Anda di halaman 1dari 2

Isnin, 11/7/2016

Hari ini merupakan hari pertama di SK Taman Pantai Sepang Putra bagi
menjalani sesi praktikum fasa 2. Setibanya di sekolah, kami menghadiri
perhimpunan rasmi dan memperkenalkan diri kepada warga SK Taman Pantai
Sepang Putra. Setelah itu, kami berjumpa dengan GPK 1 dan diberikan jadual
waktu persendirian mengikut kursus.
Seterusnya, kami berjumpa dengan Guru Besar bagi mendapatkan amanat
serta nasihat sepanjang menjalani praktikum selama 2 bulan di SK Taman Pantai
Sepang Putra. Banyak nasihat berguna yang diberikan dalam menjadikan diri ini
lebih bersedia untuk menghadapi cabaran mengajar di sekolah ini.

Selasa, 12/7/2016
Tiada sesi PdP pada hari ini. Saya berjumpa dengan guru pembimbing
bagi mendapatkan bimbingan dan juga rancangan pengajaran tahunan.

Rabu, 13/7/2016
Tiada sesi PdP pada hari ini. Saya menyiapkan rancangan pengajaran
harian bagi kelas akan datang.

Khamis, 14/7/2016
Saya mula masuk ke kelas 4 Anggerik pada hari ini. Aktiviti yang dijalankan
adalah lebih kepada sesi perkenalan bersama murid bagi mengenali mereka
dengan lebih rapat. Secara amnya, saya berjaya menguruskan kelas dan murid
sebagaimana yang dikehendaki.
Saya juga mengedarkan Jurnal Alam Sains sebagai salah satu strategi
pengajaran saya untuk subjek sains. Murid menunjukkan rasa minat bagi

melengkapkan tugasan portfolio oleh sebab ia berbeza berbanding nota yang


ditulis di dalam buku sains.

Anda mungkin juga menyukai