Anda di halaman 1dari 1

Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan

dan mereka merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal


dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan
di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin
dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari
wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu
ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Perkahwinan
campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta
tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk
berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita
tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak
perempuan disebut Nyonya. Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba
dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat
Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi
masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan
pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama
tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk
agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja
Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu
telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan
Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat
Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan
masyarakat
Melayu.
Kaum
Baba
dan
Nyonya
telah
memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk,
cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di
Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch"
berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada
perak atau emas.

Anda mungkin juga menyukai