Anda di halaman 1dari 6

[LAPORAN BINA INSAN GURU SIRI 5 LAWATAN

PENANDA ARAS]
Pendahuluan
Saidina Ali r.a pernah berkata, Jika ingin melihat masa depan sesebuah
negara, lihatlah pada pemuda dan pemudinya. Oleh itu, dapat dilihat betapa modal
insan adalah aset yang paling utama dalam meningkatkan daya saing dan juga
produktiviti negara di peringkat global khususnya. Seiring dengan era globalisasi,
adalah penting untuk membentuk serta mendidik generasi muda ke arah melahirkan
warga Malaysia yang lebih kompetetif, berakhlak mulia, mempunyai sahsiah yang tinggi
dan peribadi yang unggul. Bidang pendidikan memainkan peranan yang begitu penting
di mana warga pendidik Malaysia perlulah menguasai dan memiliki intelek yang tinggi,
penguasaan ilmu dan juga penguasaan kemahiran profesional dalam mencapai
matlamat yang diimpikan.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah melaksanakan
satu program yang dinamakan sebagai Bina Insan Guru (BIG) dalam usaha untuk
melahirkan guru-guru yang bersikap holistik, berkualiti tinggi, bersikap professional
serta mempunyai keperibadian yang mulia. Melalui usaha memperkasakan peranan
guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah antara keutamaan yang dilakukan
oleh kerajaan dengan memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.
Oleh itu, untuk melahirkan modal insan, peranan kerajaan dan juga para guru adalah
tunggak utama ke arah kejayaannya. Modul-modul yang disediakan dalam program BIG
ini sesungguhnya akan memberi impak yang sungguh besar dan juga efektif dalam
melahirkan warga pendidik yang dihasratkan oleh negara.
Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi telah
membangkitkan mengenai Konsep Modal Insan dalam pembentangan Rancangan
Malaysia KE 9 (RMK 9). Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi
pelapis yang berkualiti dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai
terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang terdapat
untuk program BIG ini bukan sahaja bakal membentuk pembangunan fizikal tetapi juga
pembangunan rohani guru secara menyeluruh.

[LAPORAN BINA INSAN GURU SIRI 5 LAWATAN


PENANDA ARAS]
Sesungguhnya, program Bina Insan Guru haruslah menjadi aspek yang penting
dalam melahirkan guru-guru yang berkualiti tinggi yang bakal berbakti kepada nusa dan
bangsa. Hal ini kerana guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah
membangunkan modal insan yang berkualiti iaitu berilmu dan berkemahiran tinggi untuk
sebuah negara maju yang membangun. Warga pendidik juga diharapkan bakal menjadi
penyumbang dalam kemajuan pendidikan bukan sahaja di peringkat nasional malah di
peringkat dunia. Ini secara tidak langsung membuktikan Malaysia tidak ketandusan
warga pendidik yang mampu menyumbang kepada kemajuan sistem pendidikan dunia.

[LAPORAN BINA INSAN GURU SIRI 5 LAWATAN


PENANDA ARAS]

LAPORAN PENUH PERLAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5


LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA,

PORT

DICKSON

TARIKH: 23 APRIL 2016


TEMPAT: SK SUNGALA, PORT DICKSON
MASA: 8.00 PAGI-5.00 PETANG

Pada pukul 7.00 pagi, para guru pelatih dari 5PISMP Sains dan 5PISMP PSV
telah berkumpul di hadapan Dewan Serbaguna dan tepat jam 7.45 pagi, bas
rombongan ke Sekolah Kebangsaan Sungala bertolak. Perjalanan mengambil masa
kira- kira 45 minit dan kami tiba di sana pada pukul 8.30 pagi. Setibanya kami di sana,
kami disambut oleh guru besar sekolah terbabit iaitu Puan Ruslahwati Binti Muhd Yusof
dan dibawa ke Bilik Mesyuarat bagi mendengar sedikit taklimat mengenai sekolah
tersebut. Untuk sesi slot yang pertama iaitu bengkel pengurusan pendidikan, kami
didedahkan dengan latar belakang sekolah terbabit, sejarah penubuhan, pencapaian
yang telah diraih oleh sekolah tersebut, pengurusan serta infrastruktur kemudahan yang
disediakan di sekolah tersebut dan sebagainya. Kami juga didedahkan mengenai
bagaimana sekolah di dalam kem tentera ini beroperasi di bawah dua kementerian
yang berbeza iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pertahanan
Malaysia.
Sekolah ini juga merupakan salah satu sekolah yang cemerlang di daerah Port
Dickson dan pelbagai program diadakan bagi mengekalkan kecemerlangan akademik
serta kokurikulum sekolah ini. Sebagai sebuah sekolah yang beroperasi di dalam
sebuah kem tentera, maka tiada masalah bagi sekolah ini untuk mendapatkan tenaga
kerja apabila berlangsungnya sesuatu program seperti program gotong royong perdana

[LAPORAN BINA INSAN GURU SIRI 5 LAWATAN


PENANDA ARAS]
kerana kebanyakan ibu bapa murid-murid merupakan anggota tentera di dalam kem
tersebut. Selain menghulurkan tenaga kerja, ada juga ibu bapa yang secara
sukarelawan menjadi jurulatih sukan serta membantu kelas pra-sekolah menyiapkan
taman bunga bagi pertandingan keceriaan pra-sekolah daerah Port Dickson.
Sesungguhnya, kolaborasi pihak sekolah dengan ibu bapa di sekolah ini begitu mantap
dan tidak mustahil SK Sungala ini mampu menjadi salah satu sekolah yang cemerlang
dan disegani di daerah Port Dickson.
Pada pukul 10.00 pagi kami bergerak ke kafeteria untuk menikmati minum pagi
yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Pada jam 10.15 pagi, program BIG ini
diteruskan dengan aktiviti membuat mural di bilik-bilik khas dan juga ruangan dinding
yang telah ditetapkan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
menyiapkan mural di bahagian dinding bilik sains, bengkel RBT, bilik muzik dan
sebagainya. Setiap ruangan dan bilik mempunyai rekabentuk mural yang berbeza-beza
dan aktiviti mural ini selesai pada kira-kira jam 4.00 petang. Sebelum bertolak pulang
ada pukul 5.00 petang, majlis penutup telah diadakan di Dewan Sekolah. Selepas itu,
kami bergerak pulang ke IPG.

[LAPORAN BINA INSAN GURU SIRI 5 LAWATAN


PENANDA ARAS]

ANALISIS SWOT

Ukhwah 5PISMP SN dan 5PISMP


PSV dapat dieratkan
Mewujudkan hubungan dua hala
antara IPGK Pendidkan Teknik
dengan SK Sungala

Tidak dapat melawat


keseluruhan kawasan
sekolahTaklimat mengenai
sekolah yang terlalu singkat

STRENGTH

WEAKNESS

OPPURTUNI
TY

THREAT

Mengenali budaya sekolah yang


beroperasi di dalam kem tentera

Terlalu memfokuskan kepada


aktiviti mural.
Kekangan masa dalam
menyampaikan taklimat
mengenai sekolah

[LAPORAN BINA INSAN GURU SIRI 5 LAWATAN


PENANDA ARAS]

Anda mungkin juga menyukai