Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan perpuluhan, murid telah diajar
dengan teknik mengenal konsep nilai tempat perpuluhan dahulu. Mengira dan memasukkan biji
bola di dalam congkak merupakan pengalaman konkrik yang harus ditekankan supaya murid
dapat merasai pengalaman dalam mengenal nombor konsep perpuluhan. Murid boleh
mengetahui nilai tempat perpuluhan berdasarkan contoh-contoh yang selalu mereka lihat
terutama pada harga barang di pasaraya atau kedai yang meletakkan tanda harga dengan nilai
perpuluhan.
Selain itu, guru cuba mengembangkan pengalaman sedia ada murid tentang perpuluhan
serta mempertingkatkan lagi konsep tersebut dengan operasi konkrit yang diajar oleh guru
berserta resos. Sebagai contoh mewarna petak persepuluh dan perseratus, murid berasa
seronok di dalam mewarna petak-petak yang dibenarkan oleh guru.
Pembahagian kepada sepuluh kotak bersamaan dengan persepuluh, guru mewarnakan
satu sahaja petak dan ianya mewakili kepada satu persepuluh. Jika guru mewarna tiga petak,
bermaksud ianya mewakili kepada tiga persepuluh. Kemudian guru menulis daripada satu
persepuluh kepada nilai tempat perpuluhan dengan pembahagian nilai tempat puluh, sa,
persepuluh, perseratus dan seterusnya. Jika tiga persepuluh maka nilai tempatnya ialah 0.3 di
mana 0 mewakili kepada nilai sa dan 3 mewakili nilai persepuluh. guru cuba untuk mengetahui
keberkesanan pemahaman murid berkaitan dengan nilai tempat perpuluhan dengan memberi
beberapa contoh dan murid cuba mengisi nilai tersebut.
Guru mempelbagaikan cara pengajaran dengan mengukuhkan pengetahuan murid
dengan bermain permainan gelas perpuluhan. Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan
dan diberikan resos supaya semua murid dapat merasa pengalaman dalam menyelesaikan
masalah. Murid diberikan gelas yang sudah bertanda dan mempunyai nilai tempat perpuluhan,
guru menyoal murid dengan menyebut nilai secara spontan dan murid akan mencari nilai yang
sepadan dengan nilai perpuluhan yang disebut oleh guru.
Sebelum bahan bantu belajar diedarkan kepada murid- murid untuk menjalankan kerja
praktik, guru memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat
dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

Guru harus membimbing murid-murid membincang fakta- fakta penting yang terkandung
dalam bahan bantu belajar. Selepas itu, harus diadakan pula aktiviti penilaian terhadap tindak
balas murid- murid berdasarkan hasil penggunaan bahan bantu belajar itu dengan tujuan untuk
mengetahui pencapaian objektif pembelajaran. Kemudian aktiviti di dalam kumpulan, murid
yang pertama akan menyoal dan murid kedua akan cuba mencari jawapan melalui gelas
perpuluhan tersebut dan seterusnya sehingga semua ahli kumpulan merasa pengalaman
tersebut.
Aktiviti menilai keberkesanan pengunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah diadakan.
Aktiviti ini mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian. Ia bertujuan untuk
mengukuhkan pelajaran yang baru disampaikan serta membolehkan guru mengenal pasti
kebaikan dan kelemahan penggunaan bahan pelajaran.
Di akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat menukarkan nilai pecahan
persepuluh kepada nilai tempat perpuluhan dengan mudahnya. Selain itu, murid juga boleh
menyesuaikan nilai tempat perpuluhan dengan mengikut carta nilai perpuluhan iaitu puluh, sa,
persepuluh, perseratus dan perseribu. Penggunaan resos yang tepat dan selari dengan isi
kandungan memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan
memberikan kefahaman yang maksimum kepada murid.
Pengajaran ini boleh dipertingkatkan lagi dengan adanya bahan animasi grafik cara
penempatan nilai tempat perpuluhan, murid lebih mudah memahami dalam bentuk 3D daripada
bentuk 2D di dalam pembelajaran. Pelbagai resos boleh dibuat untuk memperkukuhkan
pengetahuan konkrit murid contohnya membuat carta poket nilai tempat perpuluhan, murid
cuba perlu meletakkan nombor pada nilai sa, persepuluh, perseratus sahaja dan boleh digukan
juga di dalam konsep penambahan, penolakan dan pendaraban melibatkan perpuluhan.

Anda mungkin juga menyukai