Anda di halaman 1dari 8

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

JOHOR DARUL TAKZIM







KERTAS KERJA :
KEM BAKAT BOLA TAMPAR IPGKTI (JPPIPGKTI)
TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM






1.0 PENDAHULUAN :

Bola Tampar ( Volleyball ) merupakan sejenis permainan bola berpasukan.
Dimainkan oleh dua pasukan dalam sesuatu permainan, pemain dari setiap
pasukan akan mencuba skor dengan merejam ke gelanggang pihak lawan.
Pasukan yang mencapai mata ke 25 dahulu akan disytiharkan menang bagi
perlawanan ini. Oleh itu, kelengkapan yang lengkap sangat penting dalam
permainan ini ketika permainan dijalankan atau ketika latihan dijalankan agar
sesi yang dijalankan itu dapat berlangsung dengan selamat dan jayanya.


2.0 PENGENALAN DAN RASIONAL :

Guru pelatih merupakan aset negara yang akan membimbing masyarakat pada
masa hadapan. Justeru itu, kem bakat ini sebagai medan untuk mencungkil
bakat guru-guru pelatih IPGKTI, memupuk budaya persaingan secara sihat dan
memberi peluang guru-guru pelatih IPGKTI untuk memantapkan lagi kemahiran-
kemahiran yang ada. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah
merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru pelatih untuk
mempastikan ianya terus berkembang sejajar dengan aspirasi negara..

Melalui kem bakat ini adalah diharapkan guru-guru pelatih dapat menimba
pengetahuan dan pengalaman dalam permainan yang selalu dianjurkan pada
peringkat sekolah, daerah dan juga negara. ia juga dapat menyediakan guru
pelatih ke arah gaya hidup sihat dan cemerlang serta selaras dengan slogan 1
Murid 1 Sukan, maka bakal guru pelatih juga harus cemerlang dalam bersukan.





3.0 MATLAMAT :

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru-guru pelatih tentang sukan
bola tampar serta memberi peluang kepada mereka menunjukkan dan
menyerlahkan bakat dan potensi mereka dalam bidang sukan bola tampar.

4.0 OBJEKTIF :

4.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru-guru pelatih
mengenai sukan yang selalu dimainkan oleh para pelajar di dalam
peringkat sekolah, daerah, dan juga negara.
4.2 Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk menyertai kejohanan /
pertandingan dari pelbagai peringkat.
4.3 Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk melibatkan diri dalam
aktiviti sukan.
4.4 Memperkembangkan potensi individu dan rasa tanggungjawab.
4.5 Meningkatkan semangat kesukanan dan rasa kekitaan.
4.6 Menjaga nama baik IPG Kampus Temenggong Ibrahim dalam permainan
bola tampar.
4.7 Memupuk semangat perpaduan antara guru-guru pelatih dari kampus lain.







5.0 STRUKTUR ORGANISASI :

5.1 JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG TN.HJ.MOHD SAID BIN HASRAN
PENGARAH
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR
PENGERUSI PUAN RUBIAH BINTI AHMAD
TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR
NAIB PENGERUSI TN. ABU BAKAR BIN SAHARI
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR
SETIAUSAHA EN.ZALI BIN A.RAHMAN
KETUA UNIT KOKURIKULUM
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR
BENDAHARI PUAN NORHAYATI IBRAHIM
PEGAWAI EKSEKUTIF KANAN
IPG KMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR


5.2 JAWATANKUASA KERJA

JURULATIH / PENSYARAH 1) TN.HJ.AZMAN BIN MANAS
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU, JOHOR
2) EN. SAFFERY BIN ARIFFIN
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU, JOHOR
3) ZUHAIDA BTE RAYA
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU, JOHOR
KETUA PASUKAN LELAKI MUHAMMAD ANAS BIN ABD RAHAMAN
( 1PISMP PJ )
IPG KAMPUS TEMENGGING IBRAHIM
JOHOR
KETUA PASUKAN WANITA NUR AZURA BINTI GHALIB
( 1PISMP PJ )
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR
SETIAUSAHA KERJA NUR AZURA BINTI GHALIB
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR
BENDAHARI FARAH NATASYA BTE KAMALUDIN
( 3 PISMP TESL 2 )
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

AHLI JAWATAN KUASA :

1. PERALATAN : NG QI AN ( 3 PISMP BC )
: NOR AMIRAH MOHAMAD SABERE ( 1 PISPM PJ )
2. LATIHAN : MOHD RIEZMAN BIN RAMLI ( 7 PISMP BM )
: ROS AMILIANA BTE ROSLAN ( 3 PISMP TESL 5 )
3. KEBAJIKAN : LEE YAN SHENG ( 3 PISMP TESL )
: ATHIRAH ZAIDON ( 1PISMP TESL 4 )

6.0 KEWANGAN

Sumber kewangan adalah daripada peruntukan institut. Anggaran perbelanjaan
keperluan asas peralatan bola tampar adalah seperti :


BIL ITEM JENAMA KUANTITI ANGGARAN HARGA
SEUNIT (RM)
JUMLAH
1 Bola
( latihan)
Molten V5M3500 15 95.00 1425.00
2 Bola
(pertandingan)
Molten V5M3500 4 140.00 560.00
3 Troli Bola Molten 2 500.00 1,000
JUMLAH KESELURUHAN 2985.00


Ulasan Pegawai Eksekutif Kanan :














7.0 PENUTUP

Diharap Kem Bakat bola tampar enam sebelah anjuran IPG Kampus
Temenggong Ibrahim ini akan mendapat kelulusan dan kerjasama daripada
pihak pengurusan IPGM-KTI dan seterusnya mencapai matlamat dan objektif
institut untuk melahirkan bakal guru yang seimbang dari segi akademik dan
kokurikulum dan menaikkan nama IPGM-KTI dalam sukan permainan bola
tampar.


Disediakan oleh :

( NUR AZURA BINTI GHALIB )
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

Disemak oleh :


( TN. HJ. AZMAN BIN MANAS )
Pensyarah / Jurulatih
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

Disahkan oleh :


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

Diluluskan oleh :


( MOHD SAID BIN HASRAN )
Pengarah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

Anda mungkin juga menyukai