Anda di halaman 1dari 9

Praktikal 1: keperluan asas tumbuhan

Objektif : untuk menentukan keperluan asas tumbuhan: cahaya matahari, udara dan
air.

Pengenalan: Tumbuhan adalah satu kehidupan di bumi. Ia memerlukan keperluan
asas untuk meneruskan kehidupannya. Contoh keperluan asasnya
adalah cahaya matahari, udara dan air. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari
untuk menjalankan fotosintesis. Daun adalah satu organ khusus bagi proses
fotosintesis. Proses ini akan membantu tumbuhan untuk menyediakan makanan secara
bersendirian seperti kanji. Selain itu, tumbuhan juga memerlukan udara untuk meresap
karbon dioksida serta mengeluarkan oksigen. Tumbuhan menggunakan karbon
dioksida untuk proses fotosintesis. Jika, tiada karbon dioksida maka tumbuhan itu tidak
melakukan proses fotosintesis. Oleh itu, ia tidak menyediakan kanji. Tambahan pula, air
merupakan salah satu keperluan asas bagi sesuatu tumbuhan. Peranan air sangat
penting bagi tumbuhan untuk meneruskan kehidupan. Dalam proses fotosintesis, air
mempunyai peranan yang penting. Air diperlukan untuk menghidratkan semula tisu-tisu
serta mengaktifkan semula enzim-enzim yang hadir dalam tisu-tisu. Air juga memberi
manfaat kepada tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam keadaan panas dan kering.
Akhirnya, keperluan-keperluan ini adalah asas bagi sesuatu tumbuhan.

Masalah: Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari?

Bahan: tumbuhan dengan daun yang besar, Vaseline, kertas
pembinaan hitam, klip kertas



Keputusan:
PEMERHATIAN INFERENS/ KESIMPULAN
PROSEDUR A Hari ke-1 : Tidak ada Daun bermula layu dan
perubahan pada daun.
Hari ke-2: Daun mula layu
dan kelihatan kekuningan.
Hari ke-3: Daun kelihatan
kekuningan yang ketara.
Hari 4: Daun tidak gugur.
kelihatan berwarna
kekuningan. Ini kerana, daun
tidak mendapat cahaya
matahari yang secukupnya
untuk proses tumbesaran.
Hari ke-1: Tidak ada
perubahan pada daun.
Hari ke-2: Daun tidak
menunjukkan perubahan
yang ketara.
Hari ke-3: Daun mula layu.
Hari ke-4: Daun terus gugur.
Daun bermula layu dan
gugur. Ini kerana, bahagian
yang ditutupi dengan kertas
yang berwarna hitam telah
menghalang daun tersebut
daripada memerangkap
tenaga cahaya matahari dan
menghalang berlakunya
proses fotosintesis.



Soalan-soalan & jawapan:

1. Apakah yang akan berlaku jika hanya sebahagian atas yang telah disalut?
Bahagian bawah?
Apabila bahagian atas disalut, maka daun tersebut tidak boleh memerangkap cahaya
sahaja.pada bahagian bawah masih meneruskan aktiviti masing-masing. Ini kerana,
stroma terletak di bahagian belakang daun. Sekiranya Vaseline disapukan pada
permukaan belakang daun, maka daun tersebut akan mati kerana daun tersebut tidak
dapat melakukan proses fotosintesis. Fotosintesis adalah proses yang paling utama
untuk tumbuhan membuat makanannya sendiri. Sekiranya hanya bahagian atas daun
ditutupi, daun tersebut masih boleh hidup serta stoma tumbuhan darat banyak terdapat
pada bahagian bawah daun untuk mengurangkan kehilangan wap air dari daun.

2.Adakah daun akan mati jika salutan tersebut dikeluarkan selepas sehari?
Tidak.Tumbuhan akan terus menjalankan proses fotosintesis selepas vaselin
dibersihkan.

3.Apakah yang akan berlaku jika hanya separuh daun yang telah disalut?
(setengah bahagian atas dan setengah bahagian bawah)
Daun akan masih hidup.Ini kerana bahagian-bahagian yang tidak dilapisi vaselin masih
boleh melakukan proses fotosistesis. Hanya bahagian yang ditutup sahaja akan layu.

4.Apakah yang akan berlaku terhadap daun selepas topeng telah dikeluarkan?
Perhatikan untuk beberapa hari.
Daun tersebut kelihatan layu kerana ia tidak mendapat cahaya matahari yang cukup
untuk melakukan proses respirasi. Selepas kertas hitam ditanggalkan, ia akan kembali
segar apabila tumbuhan tersebut mendapati segala keperluan asasnya seperti air,
udara & cahaya mencukupi.


Masalah : Bolehkah tumbuhan berhidup tanpa air?

Bahan : Bening kacang, dua pasu bunga kecil, air, tanah,
humus

Keputusan:
PEMERHATIAN INFERENS/ KESIMPULAN
TUMBUHAN A Hari ke-1 : Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan
Benih kacang telah hilang.
Ini kerana, mungkin
Hari ke-2 : Benih kacang mula
cambah
Hari ke-3 : Semua benih
kacang telah hilang.
Hari ke-4 : Benih kacang
langsung tidak tumbuh
dimakan oleh burung
TUMBUHAN B Hari ke-1 : Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan.
Hari ke-2 : Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan.
Hari ke-3 : Benih kacang
hilang.
Hari ke-4 : Benih kacang
langsung tidak tumbuh
Benih kacang telah hilang.
Ia disebabkan Mungkin
dimakan burung.

Soalan-soalan & Jawapan:

1. Mungkinkah hasil yang sama diperolehi sekiranya benih yang digunakan
adalah berbeza?
Ya. Ini kerana semua benda hidup perlukan keperluan yang sama.

2. Adakah kemungkinan tumbuhan disiram terlalu banyak air?
Apabila kita menyiram terlalu banyak air ia akan mereputkan akar serta
tumbuhan kelihatan layu, daun yang baru akan bertukar menjadi keperangan
dan tiada tumbesaran tumbuhan.sesuatu tumbuhan hanya memerlukan air
dengan kuatiti yang banyak tetapi tidak terlebih banyak.

3. Bagaimanakah pekebun dapat diberitahu sekiranya tumbuhan
memperolehi air yang cukup? Tidak cukup? Terlalu banyak air?
Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti masalah ini. Antaranya, kita boleh
mengenalpasti petanda pada tumbuhan bagi cukup penyiramanya adalah
dengan kelihatan tanaman itu tumbuh sihat. Bagi tumbuhan yang tidak cukup
pula, daunnya berubah menjadi kekuningan dan kering. Seterusnya adalah bagi
tumbuhan yang terlalu banyak air dengan akar akan reput, tumbuhan kelihatan
layu, daun yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran
tumbuhan.
Masalah : Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara?

Bahan: benih kacang, dua jar/baling dan dua cawan plastik,
tanah, humus,kapas, air

Keputusan:
PEMERHATIAN INFERENS/ KESIMPULAN
PROSEDUR A Hari ke-1 : Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan.
Hari ke-2 : Benih kacang mula
cambah.
Hari ke-3 : Semua benih
kacang telah mula tumbuh
daun dan akar.
Hari ke-4 : Semua benih
kacang tumbuh dengan
sempurna
Benih kacang memerlukan
udara - benih kacang dapat
tumbuh kerana
menggunakan udara yang
terperangkap untuk terus
hidup
PROSEDUR B Hari ke-1 : Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan.
Hari ke-2 : Benih kacang mula
cambah.
Hari ke-3 : Semua benih
kacang telah hilang.
Hari ke-4 : Benih kacang
langsung tidak tumbuh
Benih kacang tidak dapat
tumbuh -kami mengesyaki
terdapat pelajar yang
mengganggu eksperimen
kami
Hari ke-1 : Benih kacang tidak Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan.
Hari ke-2 : Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan.
Hari ke-3 : Benih kacang mula
kering.
Hari ke-4 : Benih kacang kering
dan tidak dapat tumbuh
tumbuh.-kerana air yang
terdapat dalam cawan
mulai kering pada hari
ketiga kerana berlaku
proses penyejatan
Hari ke- 1 : Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan.
Hari ke-2 : Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan.
Hari ke-3 : Benih kacang mula
kering.
Hari ke-4 : Benih kacang kering
dan tidak dapat tumbuh
Benih kacang tidak
tumbuh.-kerana air yang
terdapat dalam cawan
mulai kering pada hari
ketiga kerana berlaku
proses penyejatan

Soalan-soalan & Jawapan:

1. Apakah cara lain udara dapat disingkirkan dari cawan?
Kita boleh menggunakan mancis yang terbakar di dalam jar. Hal ini kerana api
memerlukan oksigen untuk proses pembakaran. Api akan terpadam sekiranya
oksigen habis dalam jar tersebut.

2. Adakah udara yang berlebihan merupakan masalah kepada pekebun?
Udara yang banyak tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada
kepada petani. Ia hanya mendatangkan manfaat kepada para petani.
Contohnya, tiupan angin akan mempercepatkan lagi kadar transpirasi kerana
udara yang tepu dengan wap air ditiup ke tempat lain. Ini membantu untuk
kehilangan air melalui stoma tidak terganggu.Tiupan angin juga menyegarkan
udara di persekitaran tumbuhan serta memperbaharui bekalan karbon dioksida
untuk fotosintesis. Tambahan pula, terdapat juga beberapa jenis tumbuhan yang
memerlukan angin untuk pendebungaan. Angin membantu memindahkan
debunga ke permukaan stigma bunga yang lain. Tiupan angin yang kencang
seperti angin puting beliung akan menumbangkan pokok seterusnya
mendatangkan kerugian kepada petani.

3. Mungkinkah hasil yang sama diperolehi sekiranya benih yang digunakan
adalah berbeza?
Keputusan yang hamper(lebih kurang) sama akan diperolehi. Hal Ini kerana
semua tumbuhan memerlukan keperluan asas yang sama untuk terus hidup.

4. Tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan sendiri tetapi masih
memerlukan bekalan mineral. Memilih tiga jenis mineral dan menerangkan
apa yang akan berlaku sekiranya tumbesaran tumbuhan tanpa mereka.
Apabila kekurangan Nitrogen menjadikan - Daun menjadi kekuningan,
tumbuhan terbantut, tumbuhan kering sebelum matang, daun akan gugur dan
tumbuhan akan layu.
Jika ,Kalium kekurangan - Daun bertompok-tompok, daun berbintik-bintik dan
daun berpilin.
Jika, Fosforus kekurangan - Tumbuhan terbantut, batang menjadi kurus,
tumbuhan lambat matang, daun berwarna antara biru tua dengan hijau kebiruan,
tanda kekurangan bermula pada daun tua.

5. Haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan. Berikan dua alasan mengapa
haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan.
Makanan merupakan elemen penting dalam kehidupan.Haiwan memerlukan
makanan untuk pembekalan tenaga. Karbohidrat, lemak dan protein yang
terkandung di dalam makanan membantu membekalkan tenaga kepada
hidupan.Makanan memanaskan badan haiwan dan membantu dalam
tumbesaran haiwan.Tumbesaran akan membaiki sel dan tisu.air amat penting
untuk sesuatu tumbuhan itu teruskan kehidupannya. Akar tumbuhan menyerap
zat dan air dari tanah.Daun tumbuhan membuat makanan dengan menggunakan
cahaya matahari.

PERBINCANGAN :
1. Daun yang diselaputi Vaselin telah layu tetapi tidak gugur manakala,daun yang
diklipkan dengan kertas yang digunting setelah beberapa hari, terus gugur dalam
eksperimen A..
2. Biji benih di dalam bekas bunga yang disiram tidak tumbuh kerana biji benih
telah hilang, mungkin kerana dimakan oleh burung. Perkara yang sama berlaku
dengan bii benih yang tidak disiram. Kami mencadangkan agar eksperimen
dijalankan di ruang bersangkar agar burung tidak dapat masuk pada eksperimen
B.
3. Biji benih yang berada di dalam balang jar yang ditutup dengan kertas hitam
tetap bercambah dan terus hidup. Hal ini kerana biji benih tersebut
menggunakan udara yang masih terperangkap di dalam balang. Akhirnya pada
biji benih yang berada di dalam balang jar yang tidak ditutup dengan kertas hitam
tidak dapat dilakukan kerana biji benih telah hilang. Kami mencadangkan agar
eksperimen dijalankan di tempat yang berkunci .Eksperimen C , melalui prosedur
B, biji benih tidak dapat tumbuh kerana air sudah menjadi kering. Air yang terlalu
sikit dan ruang meletak cawan terlalu terdedah kepada matahari seterusnya
menyebabkan air tersejat pada kadar yang cepat. Biji benih pada kapas juga
mengecut kerana air pada kapas telah menjadi kering.
4. Tumbuhan memerlukan nutrien yang asas iaitu udara, air, cahaya, pottasium and
mikroelemen ( iron, zink, magnesium).Tumbuhan -tumbuhan telah diletakkan di
kawasan yang ada cahaya Tumbuhan memerlukan air. Tumbuhan akan mati
sekiranya tidak mendapat air . Antaranya fungsi air ialah untuk proses
transpirasi .
5. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk meneruskan hidup. Cahaya
matahari diperlukan untuk membuat makanan dengan proses fotosintesis.

KESIMPULAN:
Kami memahami bahawa tumbuhan memerlukan keperluan asas seperti cahaya
matahari, air, udara untuk proses tumbesaran. Tumbuhan akan mati sekiranya tidak
mendapat keperluan-keperluan tersebut. Maka, kita haruslah memastikan bahawa
semua tumbuhan perlu mendapati segala keperluan asas untuk hidup.
RUJUKAN :
1. Dr. Hamdan Mohd. Nor., Wahida Abdullah., & Choo Yan Tong. (2008). Focus
Super Hot SPM Biology. Bangi, Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. (buku)
2. http://www.gardeningknowhow.com/special/children/how-does-water-affect-plant-
growth.htm (web)
3. http://www.scribd.com/doc/50175342/Eksperimen-1-praktikal-sains-1-pismp-
sains (web)

Anda mungkin juga menyukai