Anda di halaman 1dari 8

AMALI 6

MENGUKUR KEPELBAGAIAN GENETIK

(Measuring Genetic Diversity)

Pendahuluan

Jika anda melihat sebarang kumpulan individu dari spesis yang sama manusia,
kucing, anjing anda akan lihat semuanya tidak serupa. Kromosom dibina dari koleksi gen, dan
pernyataan luaran gen (fenotip individu) boleh pelbagai variasi. Ini kerana gen mempunyai
bentuk alternatif yang dipanggil allel, dan kelihatan berbeza disebabkan berlakunya variasi allel
yang hadir dalam pembentukan genetik individu. Kolam gen sesuatu spesis adalah himpunan
semua allel-allel yang berkemungkinan dari semua gen dalam spesis tersebut.

Para ekologis pemuliharaan tidak dapat mengekalkan semua kepelbagaian genetik


dalam spesis-spesis , tetapi mereka cuba untuk mengekalkan kepelbagaian genetik yang
dijumpai dalam individu tumbuhan dan haiwan tempatan. Sebagai contoh, jika populasi orkid
dalam satu lembah dengan populasi orkid spesis yang sama di lembah yang lain dapat
menyesuiakan diri walaupun dengan cara berbeza, maka kedua-dua populasi tadi mesti
dikekalkan kerana berpotensi untuk berevolusi. Tetapi jika kedua-dua populasi yang sama
genetiknya, maka memulihara hanya satu populasi sudah mencukupi untuk membina kolam
gen spesis tersebut. Tetapi memelihara hanya satu populasi adalah berisiko.

Implikasi menggunakan hanya sebahagian kecil bahan genetik yang didapati boleh
membawa kepada berlakunya genetik hanyut, kehilangan kecergasan dan boleh menghadkan
keupayaan populasi untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitaran secara
berterusan. Untuk membuat keputusan tentang berapa banyak perubahan yang perlu kita
lakukan, pemuliharaan jangka panjang adalah langkah terbaik. Bagi tujuan tersebut pertamanya
kita mesti mampu untuk "mengukur" kepelbagaian genetik dalam populasi dan kedua, kita
tentukan berapa banyak yang perlu untuk dipulihara.(Gibbs et al, 1998).
TUGASAN

Anda bertugas dengan satu agensi pemuliharaan dan berdepan dengan satu masalah
iaitu enam lot tanah lembab yang berbeza jenis tanahnya dan ditumbuhi oleh dua jenis orkid
liar. Lot-lot tersebut sedang dibangunkan untuk menjadi kawasan perindustrian. Organisasi
anda hanya mampu membeli dan menjaga empat lot tanah sahaja. Lot manakah yang harus
dijaga? Tiga lot adalah paya mengandungi populasi Pterostylis isozymus. Tiga jenis paya yang
lain merupakan habitat populasi spesis Pterostylis polyzymous . Anda menghantar sampel daun
ke sebuah kolej untuk analisa genetik, dan menerima data seperti di bawah, iaitu di dalam
bentuk gel protein elektroforesis untuk satu lokus allozyme yang polimorfik bagi kedua-dua
spesis. Lokus tersebut mempunyai dua allel, Cepat dan Perlahan kerana mereka bergerak
pada kadar yang berbeza merentasi gel tersebut, di mana allele yang cepat berada di bawah
allele yang perlahan.

Langkah 1

Pterostylis isozymus, Populasi 1 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum
Sho + + + + + + + + + + + + + 23
w
Fast + + + + 7

Pterostylis isozymus, Populasi 2 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum
Sho + + + + + + + + + + 12
w
Fast + + + + + + + + + + + + + 18

Pterostylis isozymus, Populasi 3 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum
Show + + + 4
Fast + + + + + + + + + + + + + + 26
Pterostylis polyzymus, Populasi 1 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum
Show + + + + + + + + + + 12
Fast + + + + + + + + + + + + + + 18

Pterostylis polyzymus, Populasi 2 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum
Show + + + + + + + + + + 14
Fast + + + + + + + + + + + 16

Pterostylis polyzymus, Populasi 3 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum
Show + + + + + + 8
Fast + + + + + + + + + + + + + 22

Langkah 2

Frekuensi allele bagi Pterostylis isozymus,

Allele cepat, Allele perlahan, 2xpxq


P q
Populasi 1 7/ 30 0.23 23/ 30 0.77 2(0.23)(0.77)
= 0.35
Populasi 2 18/ 30 0.6 12/ 30 0.4 2 (0.6) (0.4)
= 0.48
Populasi 3 26/ 30 0.82 4/ 30 0.13 2(0.82) (0.13)
= 0.23
Purata = 1.06 / 3

(Hs) = 0.35
Frekuensi allele bagi Pterostylis polyzymus,

Allele cepat, Allele perlahan, 2xpxq


P q
Populasi 1 18/ 30 0.6 12/ 30 0.4 2(0.6)(0.4)
= 0.48
Populasi 2 16/ 30 0.53 14/ 30 0.467 2 (0.53) (0.467)
= 0.5
Populasi 3 22/ 30 0.73 8/ 30 0.267 2(0.73) (0.267)
= 0.39
Purata = 0.46

(Hs) = 0.46

Langkah 3

Jangkaan heterozygosity (Ht) bagi Pterostylis isozymus

Allele cepat, Allele perlahan,


P q
Populasi 1 7/30 0.23 23/30 0.77
Populasi 2 18/30 0.60 12/30 0.4
Populasi 3 26/30 0.87 4/30 0.13
Purata frekuensi allele 1.70/ 3=0.57 0.43

(Ht).= 2 x purata p x purata q = 2 x 0.57 x purata q =

(Ht) = 2pq = ? = ? 0.49

Jangkaan heterozygosity (Ht) bagi Pterostylis polyzymus

Allele cepat, Allele perlahan,


P q
Populasi 1 18/30 0.6 12/30 0.4
Populasi 2 16/30 0.53 14/30 0.47
Populasi 3 22/30 0.73 8/30 0.27
Purata frekuensi allele 0.62 0.38
(Ht).= 2 x the average p x the average q =

(Ht) = 2pq = ? = ? 1.2604 1.3


= 2(0.62) (0.38)

= 0.47

Langkah 4

Pterostylis isozymus

Fst = (Ht - Hs) / Ht


= 0.49 0.35 / 0.49
= 0.29
Fst > 0.1 , menunjukkan divergen yang besar di antara populasi Pterostylis isozymus.

Pterostylis polyzymus

Fst = (Ht - Hs) / Ht


= 0.47 - 0.46 / 0.47
= 0.02
Fst <0.1 , menunjukkan tiada divergen di antara populasi Pterostylis polyzymus.

Kesimpulan

Populasi Pterostylis isozymus adalah lebih divergen daripada populasi Pterostylis


polyzymus. Oleh itu, populasi Pterostylis polyzymus, adalah sama secara genetik antara satu
sama lain.
Laporan Anda (soalan)

1. Adakah populasi bagi setiap spesies adalah berbeza antara satu sama lain? Adakah
sesuatu spesies mempunyai lebih diversiti antara populasi daripada yang lain? Yang
mana satu?
Populasi bagi setiap spesies adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Berdasarkan
data di atas, satu spesies yang mempunyai diversiti antara populasi lebih daripada yang
spesis lain. Populasi Petrostylis isozymus menunjukkan divergen yang besar iaitu 0.29
dan ia mempunyai F st > 0.1. Spesis Pterostylis polyzymus pula menunjukkan divergen
iaitu 0.02 dan ia mempunyai Fst < 0.1.

2. Bagaimanakah anda peruntukkan dana yang terhad bagi pemerolehan tanah lembap?
Jelaskan dengan wajar keputusan anda di dalam konteks memelihara jumlah genetik
diversiti yang maksimum yang menggambarkan kedua-dua spesies.
Berdasarkan data di atas, spesis Pterostylis isozymus mempunyai kepelbagaian
genetik yang tinggi berbanding dengan spesis Pterostylis polyzymus. Oleh itu, spesis
yang mempunyai risiko ancaman kepupusan yang tinggi diberi keutamaan bagi
peruntukkan dana dengan pemerolehan tanah.

3. Apakah pertimbangan selain genetik yang akan mempengaruhi pilihan anda?


Antaranya aspek-aspek adalah saiz populasi, kualiti persekitaran pembiakan dan
sumbangannya dalam ekosistem. Dalam kontek pemuliharaan genetic pula, fokus
utama diberi kepada spesis yang diancam kepupusan iaitu spesis Pterostylis
polyzymus. Ini disebabkan spesis yang diancam kepupusan sukar untuk meneruskan
kehidupan dalam habitat. Kita perlu mengambil tindakan sebelum spesisinya
mengalami kepupusan.

4. Diberi bahawa kedua-dua allele pada lokus yang dikaji ditemui bagi setiap spesies.
Mengapakah lebih daripada satu populasi akan wujud bagi setiap spesis yang
dilindungi?
Diversti genetik di kalangan spesis berlaku di dalam sesuatu populasi spesis yang
berbeza-beza. Apabila, setiap spesis yang dilindungi akibat daripada variasi genetik
yang wujud di kalangan sepsis maka wujudnya beberapa populasi baru. P opulasi
dengan variasi genetik yang tinggi mempunyai keupayaan yang tinggi untuk
meneruskan kehidupan dan membentuk populasi yang baru. Kesimpulannya, lebih dari
satu spesis perlu dilindungi untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem dan ia akan
mengurangkan kepupusan.

5. Melalui pembacaan oleh Eldridge (1998) yang bertajuk Trouble in Paradise,


bagaimanakah saintis memaksimakan diversiti genetik bagi pengenalan semula
populasi? Mengapakah mereka tidak memilih hanya sejenis haiwan dari pulau
tersebut?
Berdasarkan Eldridge (1998) yang bertajuk `Trouble in Paradise`, microsatelittes
digunakan oleh para saintis untuk memaksimakan diversiti genetik bagi
memperkenalkan semula spesis. Penggunaan alat ini telah membolehkan saintis
melakukan kajian tentang variasi genetik di tanah besar dan di pulau-pulau yang
mengalami kepupusan. Berdasarkan bacaan, saintis telah memaksimakan diversiti
genetik bagi re-introduce population dengan memilih haiwan daripada pulau yang
berbeza. Ini disebabkan, haiwan dari spesis yang sama tetapi berbeza persekitaran
bagi habitat pulau mempunyai peluang terbentuknya populasi yang pelbagai. Jika
haiwan daripada satu pulau sahaja akan mempunyai profil identiti yang sama dan
kajian menunjukkan populasi di pulau itu akan mengalami kekurangan variasi genetik.
Sekiranya jika hanya satu spesis dipilih, ia mungkin mengalami ancaman seterusnya
mendorong kepada kepupusan spesis.

Bibliografi

BUKU

G.W.Yeat. (2007). Biology SPM. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd


S.H.Chan.(2011). Kuasa Melalui Minda,Biologi SPM. Shah Alam: Sap Publication
(M) Sdn.Bhd.

INTERNET

Dr. Ahmad Ismail. (2011). BiodiversitiKekayaan Biologi. Diakses pada 18


September 2013 daripada http://www.ukm.my/ahmadukm/images/stories/
data/kuliah/manusia/biodiversiti.htm

Anda mungkin juga menyukai