Anda di halaman 1dari 7

1

1.0 PENGENALAN

Kaedah dapat didefinisikan sebagai cara. Manakala pengajaran dapat ditakrifkan sebagai
suatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid
dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, murid berubah
daripada tidak tahu kepada tahu. Melalui hasil pengajaran juga, tingkah laku seseorang
boleh diubah. Maka kaedah pengajaran Sejarah ialah cara menyampaikan ilmu Sejarah
kepada pelajar berasaskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, bagi memastikan kejayaan kita mesti
bersedia. Begitulah juga bagi menjayakan sesuatu proses pengajaran, seorang guru
mestilah bersedia. Bagaimana?. Seorang guru mestilah membina rancangan pengajaran
harian (RPH). Hal ini demikian kerana, RPH yang mengandungi segala langkah langkah
pengajaran beserta senarai bahan yang diperlukan dalam sesuatu proses P&P, akan
menyebabkan proses pengajaran berjalan dengan lancar.
Melalui tugasan SJH 3106, saya dan rakan rakan yang lain telah ditugaskan untuk
membina sebuah rancangan pengajaran harian bagi sukatan pelajaran Sejarah Tahun 4.
Seterusnya kami diminta mengadakan dan merakam satu pengajaran makro di sekolah
dengan cara mengggunakan RPH yang telah disiapkan itu. Tugasan ini merupakan tugasan
yang agak mencabar, namun kami pasti dapat melakukannya dengan baik.














2

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH

Mata Pelajaran dan
Kelas

Sejarah Tahun 4 Bestari

Tajuk/Unit

Tajuk 2: Zaman Air Batu
Unit 5: Zaman Air Batu
(Kenali Zaman Air Batu)

Masa

8.15 8.45 pagi

Fokus

Standard Kandungan :
2.1 Mengetahui dan memahami Zaman Air Batu

Standard Pembelajaran :
2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu
2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu
K2.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai masa yang
mempengaruhi kehidupan harian



Objektif

Di akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Menyatakan maksud Zaman Air Batu
2. Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu
3. Menyatakan kepentingan menghargai masa yang
mempengaruhi kehidupan harian

Aktiviti

1. Aktiviti mewarna topeng mengikut kumpulan
2. Simulasi perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu
3. Nyanyian lagu Zaman Ais
EMK Nilai Murni : Kerjasama, Empati

KPS : Isu dan Masalah Masa Lalu

Dimensi Kewarganegaraan : Perkongsian Sejarah

Bahan Bantu Mengajar Aiskrim, Topeng yang menunjukkan gambar Bumi, Matahari dan
Ais, Komputer Riba serta Pembesar Suara.
Penilaian Pengajaran
dan Pembelajaran DSP







3


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH



EMK

CATATAN
Set Induksi (5 minit)

1. Guru menunjukkan
sebatang aiskrim
kepada pelajar

2. Pelajar diminta
mengenalpasti objek
yang berada di tangan
guru

3. Guru menanyakan
pelajar beberapa
soalan:

a) Apakah objek yang
berada di tangan
cikgu?
b) Apakah keadaan
objek tersebut,
pepejal atau cecair?
c) Apakah yang akan
terjadi kepada objek
ini sekiranya
didedahkan kepada
sumber haba?

4. Seterusnya, guru akan
menerangkan tajuk
pelajaran

Nilai Murni
Kerjasama


EMK
Unsur sains

KB
Menjana idea
Mengenalpasti


BBM
Aiskrim


Langkah 1 (10 minit)

1. Pelajar akan
dibahagikan kepada
beberapa kumpulan
iaitu kumpulan yang
mewakili Bumi, Matahari
dan Ais

2. Guru akan
membahagikan topeng
muka yang mempunyai
gambar yang mewakili
kumpulan pelajar tadi
3. Pelajar diminta
mewarnakan topeng
Nilai Murni
Kreativiti



EMK
Seni Visual



KB
Menjana idea
Membuat perkaitan


BBM
Topeng Muka
4

tersebut menggunakan
warna yang betul
4. Setelah selesai
mewarnakan topeng
muka tersebut, pelajar
diminta memakai
topeng tersebut dan
berada di dalam
kumpulan masing -
masing

Langkah 2 (10 minit)

1. Guru menerangkan
kepada pelajar
mengenai aktiviti
simulasi yang akan
dijalankan
2. Pelajar diberikan
peranan masing
masing mengikut
kumpulan topeng muka
3. Guru akan
menerangkan kepada
pelajar mengenai
langkah langkah
pelaksanaan aktiviti
simulasi tersebut :
a) Kumpulan yang
memakai topeng
muka Bumi akan
membentuk satu
bulatan kecil
b) Kumpulan Ais akan
membentuk bulatan
besar dengan cara
memegang tangan
rakan mereka
sambil bergerak
mengelilingi
kumpulan Bumi
c) Kumpulan Matahari
akan berada jauh
dari kedua dua
kumpulan tadi
d) Berpandukan
arahan guru, secara
beransur - ansur
kumpulan Matahari
akan bergerak
mendekati kedua
dua kumpulan tadi
e) Semakin berkurang
jarak kumpulan
Matahari dengan
Nilai Murni
Kerjasama



EMK
KPS
Unsur Sains


KB
Menjana idea


BBM

5

kedua dua
kumpulan, semakin
berkurangan
bilangan ahli
kumpulan Ais yang
mengelilingi
kumpulan Bumi. Hal
ini berterusan
sehingga tiada lagi
ahli kumpulan Ais
yang tinggal
berdekatan dengan
kumpulan Bumi.
f) Guru akan
memainkan peranan
sebagai suara latar
yang akan
menerangkan setiap
perlakuan pelajar
semasa aktiviti
simulasi dijalankan
4. Pelajar akan bersoal
jawab dengan guru bagi
meningkatkan
kefahaman



Penutup (5 minit)

1. Guru mengedarkan
salinan lirik lagu
Zaman Ais kepada
pelajar
2. Guru memasang muzik
iringan
3. Pelajar dan guru
menyanyikan lagu
Zaman Ais bersama
sama
4. Guru merumuskan isi
pelajaran




Nilai
Berbangga

EMK

Muzik
KB
Merumus


BBM
Edaran kertas yang
mengandungi lirik
lagu Zaman Ais
Komputer Riba
Pembesar Suara






6


















4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa bagi menghasilkan satu pengajaran
yang baik, seorang guru amat memerlukan rancangan pengajaran harian (RPH). Dengan
adanya RPH, proses pengajaran guru akan menjadi teratur dan lancar. Sekiranya seorang
guru mengajar tanpa menggunakan RPH, maka ia boleh diibaratkan seperti sebuah kapal
yang berlayar di lautan tanpa kompas, bergerak tanpa arah yang tetap.
Maka, sudah tentulah proses pengajaran tersebut tidak akan tercapai matlamatnya dan
akan gagal. Impian bagi melahirkan generasi muda yang mempunyai nilai nilai patriotisme
terhadap negaranya juga tidak akan kesampaian.



7

Anda mungkin juga menyukai