Anda di halaman 1dari 3

1.

Tajuk : UJIAN PRESTASI Disediakan oleh : SARIMAH BINTI CHE OMAR HADLIWATI
BINTI DAUD NORITA BINTI OMAR ( 815584 ) ( 815416 ) ( 815606 )
2. PENGENALAN UJIAN : Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan
untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang
berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting
dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain
itu ia juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu
serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid.
3. DEFINISI UJIAN : Standard for Educational and Psychological Test (1980) pg 2 : ....
Satu set tugasan atau soalan-soalan bertujuan utk mengenalpasti jenis-jenis t.laku bila
dibuat di dlm situasi yg standard dan utk mendpt skor-skor yg akan mempunyai harta
psikometrik yg dikehendaki spt reliabiliti dan validiti yg tinggi Anne Anastasi ( Psychological
Testing, 1976) menyatakan bahawa ujian pada dasarnya merupakan sesuatu pengukuran
yang objektif dan standard terhadap sampel tingkahlaku. Frederick G. Brown ( 1976 )
menyatakan bahawa ujian adalah prosuder yang sistematik untuk mengukur sampel
tingkahlaku seseorang.
4. UJIAN PRESTASI : Ujian yang digunakan untuk mengukur keupayaan atau kecekapan
murid melakukan sesuatu tugasan. Melibatkan manipulasi objek konkrit. Memerlukan
murid membuat tugasan lain sebagai tambahan. Melibatkan penggunaan bahan konkrit,
radas, gambar dan sebagainya. Memerlukan guru membuat penilaian terhadap
pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri efektif murid.
5. Ujian kebolehan atau kecekapan murid melakukan sesuatu aktiviti / tugasan / amali
Murid bebas memilih cara atau langkah yang bersesuaian dengan kebolehanya ketika
menjalankan tugasan Tidak banyak menggunakan bahasa / pertuturan atau kertaspensel.
Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu
tugasan. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik
atau buruk.
6. Contoh Ujian Prestasi : Dalam pendidikan Jasmani Murid diuji keupayaan mereka
dalam teknik menggunakan alatan Pendidikan Jasmani yang pelbagai dan salah satu
daripadanya ialah teknik pass baton yang betul. Kemudian senarai semak diberikan kepada
murid dan murid sendiri boleh menilai prestasi mereka sendiri. Guru selalunya bertindak
sebagai pemerhati dan pembimbing sahaja dan ujian ini dinilai berdasarkan pemerhatian
oleh guru kepada murid.
7. DEFINISI : Azizi Ahmad (2009), ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk
mengukur keupayaan atau kecekapan murid melakukan sesuatu tugasan yang melibatkan
manipulasi objek yang konkrit.
8. DEFINISI : Valencia, Hiebert & Afflerback ( 1994 ) : ujian prestasi ialah tugasan yang
perlu dibuat oleh murid untuk mempamirkan tahap kompetensi atau pengetahuannya
dengan membina satu hasil atau memberi respon yang tertentu. Feuer & Fulton (1993) :
ujian prestasi cuba mengaitkn kesahan dengan meletakkan murid dalam situasi sebenar dan
menilai prestasinya berdasarkan kriteria yang disediakan.

9. Mengapa Ujian Prestasi ? Terdapat 2 trend pendidikan yang menyebabkan ujian prestasi
diberikan penekanan semula dalam aspek menilai murid : Perubahan penekanan daripada
ujian rujukan norma kepada ujian rujukan kriteria. Teori pembelajaran moden menekankan
kepada perlunya memberi tumpuan kepada hasil pembelajaran yang lebih kompleks.
10. Mengapa Ujian Prestasi ? Ujian prestasi menyediakan cara yang sistematik untuk
menilai kemahiran berfikir dan menaakul serta hasilnya. Tidak dapat diukur oleh ujian
objektif /esei yang biasa. Contoh : Sains kemahiran hipotesis & ujian makmal.
Matematik penyelesaian masalah praktikal. Bahasa kemahiran komunikasi, membina
peta, graf dan sebagainya.
11. Mengapa Ujian Prestasi ? Ujian prestasi sebagai amalan ketika menjalankan penilaian
formatif. Dijalankan secara berterusan dalam tempoh sesuatu pengajaran. Bentuk
penilaian yang menggunakan ujian prestasi, antaranya : Penilaian kompetensi Penilaian
proses dan produk Penilaian berterusan. Penilaian afektif.
12. CIRI-CIRI UTAMA UJIAN PRESTASI : Mengukur keupayaan. Mengukur kecekapan.
Masa yang lebih untuk menilai. Berkait dengan kesukaran tugasan, tugasan yang
komprehensif dan masa yang lebih untuk menilai. Melibatkan manipulasi / hipotesis.
Tugasan lebih kompleks & kurang struktur. Melibatkan kemahiran.
13. KRITERIA UJIAN PRESTASI : Menilai murid pada tugas dalam disiplin khusus yang
ditetapkan. Menilai pencapaian murid secara menyeluruh. Mengambilkira pengetahuan
dan kemahiran secara holistik. Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran.
Melatih murid cara membuat penilaian terhdap pencapaian dan membantu menilai kerja
orang lain. Mempastikan murid berupaya membuat persembahan dan mempertahankan
hasil kerjanya di khalayak ramai.
14. ELEMEN YANG DIUJI: Kualiti hasil kerja. Kemahiran menggunakan peralatan /
bahan. Kebolehan menganalisa tugasan / merancang prosuder kerja. Kepantasan
membaca / menterjemah arahan. Kebolehan membuat keputusan.
15. BENTUK-BENTUK TUGASAN : Bentuk-bentuk tugasan melibatkan : Penyelesaian
masalah yang realistik. Menjaga alam sekitar. Kemahiran lisan & psikomotor tanpa
produk. Memberi ucapan, menggunakan mickroskop, membaiki enjin. Kemahiran
penulisan & psikomotor dengan produk. Menulis laporan kajian, menulis cerita pendek,
membina rak buku.
16. KATEGORI UJIAN PRESTASI : Terdapat 2 kategori ujian berdasarkan kepada objektif
pengajaran yang dicakupinya : Ujian Prestasi Terhad. Lebih berstruktur dan skop terhad.
Contoh : menulis laporan, membina graf. Ujian Prestasi terbuka. Lebih komprehensif dan
kurang berstruktur Contoh : baca novel dan tulis kritikan novel, reka dan bina rak buku.
17. LANGKAH MELAKSANAKANNYA : Menetapkan hasil prestasi. Memilih fokus
penilaian. Memilih darjah realisme yang sesuai. Memilih situasi tugasan. Memilih metod
pemerhatian, merekod dan memeriksa.
18. KELEBIHAN UJIAN PRESTASI: Kejayaan seseorang murid akan bergantung kepada
sikap dan tabiat mental terhadap penggunaan maklumat dan kemahiran berfikir yang sesuai.
Ujian prestasi membenarkan kedua-dua murid dan guru berpeluang untuk melihat apa
sikap dan tingkahlaku berkembang baik dalam menjalankan tugasan

19. KEBAIKAN UJIAN PRESTASI: Antara kebaikan ujian prestasi ialah :


Menunjukkan tanggungjawab individu Menghargai kerja berpasukan Mempunyai inisiatif dan
menjadi rajin Mempunyai integriti dan berkelakuan beretika Sebagai pengambil risiko
intelektual Menunjukkan keyakinan diri Menghargai penilaian sendiri sebagai satu cara untuk
meningkatkan kekuatan dan kelemahan
20. FOTFOLIO : Satu contoh teknik yang banyak digunakan dalam mentaksir pembelajaran
murid. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan
memenuhi kehendak soalan ujian. Secara umumnya, fotfolio adalah proses
mendokumentasi pembelajaran merentas masa bagi menunjukkan progres murid serta
mengajar mereka melalui pentaksiran kendiri, penyuntingan dan penambaikan tugasan.
21. RUMUSAN : Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan murid menunjukkan
pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian.
Ujian prestasi memberi rangsangan kepada murid untuk memperkenal dan mengembangkan
aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai