Anda di halaman 1dari 8

2.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan.
Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sifat perubahan yang dapat di ukur sama
ada mengikut peringkat dan ketentuan masa. Apabila ia bersifat kuantitatif, setiap perubahan seseorang
dapat dilihat dengan nyata berdasarkan pengukuran yang dibuat ke atas seseorang ataupun sesuatu
organisma. Pertumbuhan yang biasa, kecuali yang disebabkan oleh kanser, selalunya berhenti manakala
sesuatu organisma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa dan selepas itu pertumbuhan tidak lagi
berlaku.
Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu perubahan yang tidak dapat diukur
secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang menunjukkan sifat berlainan daripada
peringkat yang terdahulu. Berlainan dengan hal pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada peringkat
permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan
sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku
walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus,
dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.
Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-
gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu
iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-
benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan
yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

3.0 PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Arah
Perkembangan mempunyai arah baik sewaktu peringkat belum lahir mahupun pada peringkat sudah
lahir. Arah-arah itu seperti:
1. Arah kepala ke kaki (cephalocaudal).
2. Arah tengah ke tepi (proximodistal).
Mengikut arah kepala ke kaki, perkembangan bermula dari kepala dan bergerak ke arah kaki. Ini
bermakna, perubahan awal pada struktur dan juga fungsi berlaku di bahagian kepala kemudian di
bahagian badan dan akhir sekali di bahagian kaki. Kepala kanak-kanak kecil biasanya berat kerana
perkembangan sudah banyak berlaku di bahagian kepala dibandingkan dengan bahagian lain misalnya
bahagian kaki. Itu sebabnya apabila kanak-kanak ditiarapkan, dia hanya dapat mengangkat dadanya
apabila ia dapat mengangkat kepalanya.
Mengikut arah tengah ke tepi pula, perkembangan ini berlaku dari arah tengah badan menghala ke
bahagian luar badan dan ke hujung anggota. Sewaktu di dalam kandungan, iaitu ketika bahagian kepala
dan badan sudah dikatakan cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan hanya merupakan
puntung-puntung yang belum tumbuh. Secara beransur-ansur, puntung tangan ini akan memanjang dan
berkembang menjadi tangan dan jari. Daripada segi fungsi, bayi yang dikandungi menggunakan lengan
terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan tangan dan jari.

Susun atur tersendiri


Corak perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Sebelum berjalan,
lazimnya seorang kanak-kanak berdiri terlebih dahulu. Corak yang lazim ini tidak akan berubah, jika
seseorang kanak-kanak yang dilahirkan awal, dia mungkin terlambat dalam beberapa aspek
perkembangan, tetapi dapat sampai ke peringkat kanak-kanak lain seperti yang sepatutnya.

Menyeluruh
Pada peringkat awal kehidupan, seseorang bayi hanya dapat memberi gerak balas secara menyeluruh ke
atas sesuatu rangsangan kerana tulang dan otot masih belum matang. Umpamanya, jika seseorang bayi
cuba mengambil sesuatu benda, hampir seluruh badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan
tangannya kerana jarinya masih belum dapat digunakan. Selepas besar, pergerakan bagi mengambil
sesuatu benda hanya memerlukan jari sahaja tanpa menggerakkan sebahagian besar badannya. Emosi
kanak-kanak juga berlaku secara menyeluruh. Misalnya pada peringkat awal, ketakutan kanak-kanak
ditunjukkan secara menyeluruh. Kemudian ketakutannya hanya kepada perkara-perkara tertentu sahaja.
Ternyata perkembangan itu berlaku mengikut proses pembezaan. Selepas proses pembezaan mencapai
sesuatu peringkat ketentuan, proses penyatuan pula berlaku. Umpamanya, beberapa kemahiran yang
terdapat pada terdapat pada seseorang adalah pemilihan dan gabungan beberapa tingkah laku yang
menjadi penggabungan baru.

Berterusan
Perkembangan diri seseorang berlaku secara berterusan. Ia bermula daripada percambahan sehingga
akhir hayat. Perkembangan ini berlaku pada kelambatan atau kecepatan yang berbeza-beza. Disebabkan
perkembangan itu berterusan, apa yang berlaku pada satu peringkat mempengaruhi peringkat yang lain.
Umpamanya, rumah tangga yang tegang pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak
mempengaruhi sahsiah kanak-kanak seterusnya. Tanggapan negatif kepada ibu bapa yang kerap
bertengkar sukar dihapuskan. Perkembangan dan pertumbuhan jasmani pada peringkat awal
terutamanya pada peringkat kehamilan dapat menentukan sifat kanak-kanak sewaktu dewasa nanti.
Sekiranya berlaku kecatatan kecil pada peringkat awal kehamilan, kecatatan ini membesar selepas ia
dewasa nanti.

Kecepatan
Kecepatan dalam proses perkembangan tidak pernah sama. Anggota yang berlainan mempunyai
kecepatan yang berlainan. Kanak-kanak yang tinggi kecerdasannya tetapi masih belum matang selalunya
mempunyai perkembangan kecerdasan yang mendahului peringkat kematangan jasmani,
kemasyarakatan dan emosi. Mereka selalunya susah menyesuaikan diri dengan kanak-kanak yang sebaya
dan juga kanak-kanak yang lebih tua.

Berkaitan dan mempengaruhi.


Perkembangan dan pertumbuhan satu-satu anggota adalah berkaitan dan mempengaruhi perubahan
keseluruhan anggota lain. Pertalian ternyata didapati di antara kematangan jasmani dengan kematangan
mental. Kesan daripada keadaan ini, kanak-kanak yang cepat matang berbeza dengan kanak-kanak lain
yang sebaya tetapi lambat matang. Perbezaan ini bukan sahaja terdapat pada keadaan jasmani mereka
tetapi juga daripada segi mental dan tingkah laku. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa
perkembangan itu adalah proses yang bersepadu melibatkan penyesuaian keseluruhan badan.

Berbeza
Setiap individu mempunyai corak perkembangannya yang tersendiri. Justeru, tidak semua kanak-kanak
sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama. Frank (1950)
mengatakan bahawa perkembangan hidup seseorang bergantung kepada pewarisan dan alam sekeliling
yang amat unik. Walaupun kecepatan perkembangan mungkin berbeza-beza bagi kanak-kanak,
perkembangan ini adalah kekal. Kanak-kanak yang berbadan tinggi pada satu peringkat umur akan
berbadan tinggi juga pada peringkat-peringkat umur yang lain, sedangkan yang berbadan rendah akan
rendah juga kemudiannya. Lingkungan umur akal bagi kanak-kanak cerdas, sederhana dan lembap juga
menunjukkan kekekalan sebagaimana sifat jasmani tadi. Perkembangan mental yang cepat akan
berterusan cepatnya sedangkan kanak-kanak yang cacat otaknya tertinggal semakin jauh apabila dia
semakin membesar. Kemajuan perkembangan kanak-kanak akan berkeadaan kakal dan ia bergerak maju
atau berkembang mengikut kecepatan yang dimulakannya. Oleh sebab tiap-tiap kanak-kanak mempunyai
sifat kecepatan perkembangannya tersendiri, maka tidak boleh diharapkan semua kanak-kanak itu
mempunyai peringkat umur yang sama.

Berperingkat-peringkat
Hidup manusia berperingkat-peringkat. Setiap peringkat dapat dibezakan melalui sifat yang nyata bagi
peringkat itu. Sifat tertentu bagi sesuatu peringkat itu memberikan sifat keutuhan dan sufat yang unik.
Walaupun terdapat peringkat-peringkat ini, tetapi garis-garis pembahagian tidak nyata bagi memisahkan
di antara satu di antara satu dengan yang lain. Terdapat tujuh peringkat perkembangan yang ketara iaitu:

Peringkat

Peringkat 1
Peringkat sebelum lahir sehingga bayi dilahirkan. 280 hari dalam kandungan.
Peringkat 2
Peringkat bayi merah iaitu daripada masa lahir sehingga kira-kira 10 ataupun 14 hari kemudian.
Peringkat 3
Peringkat bayi daripada umur 2 minggu sehingga kira-kira 2 tahun.
Peringkat 4
Peringkat kanak-kanak iaitu antara umur 2 tahun sehingga akil baligh.
Peringkat 5
Peringkat remaja iaitu daripada akil baligh sehingga peringkat dewasa iaitu kira-kira berumur 25 tahun.
Peringkat 6
Peringkat dewasa.
Peringkat 7
Peringkat tua.

4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

4.1 Faktor Kebakaan (Genetik)


Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-
anaknya melalui gen-gen.
Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu
bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen.
W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang
akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu.
Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu
bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait
seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.
Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia.
Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Oleh itu, ahli-
ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut,
bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes.
Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Tahukah
anda mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku? Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada
nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama
terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan
pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu.
Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas dilihat daripada ciri-ciri berikut:
· Ciri-ciri fizikal. Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi
daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru
atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa.
Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama
ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga
dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih
berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.

· Ciri Fisiologi. Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan
individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan
kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka.

· Kecacatan mental. Rencatan mentaladalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-
dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga
disebabkan oleh faktor baka. Penyakit ini menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk
menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino yang beracun yang terdapat banyak dalam makanan. Oleh
itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang kan merosakkan keadaan mentalnya.
Pengaruh baka ke atas kecerdasan telah pun dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah seseorang individu
biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Kedua-dua faktor baka dan
persekitaran adalah penting dalam menentukan kecerdasan seseorang individu tetapi kajian-kajian
menunjukkan bahawa nisbah pengaruh baka ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus.

· Sahsiah. Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga
memainkan peranan yang penting. Contohnya, perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah
dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak
dipengaruhi oleh faktor baka.

· Kecerdasan. Faktor baka banyak memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan seseorang
individu. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-
anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran juga memainkan
peranan yang penting kerana alam sekitar yang kaya dengan kemudahan-kemudahan akademik akan
merangsang perkembangan mental kanak-kanak.

4.2 Faktor Persekitaran.


Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya
bermula dari peringkat persenyawaan.
Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-
unit kebakaan.
W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh
mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.
Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam
sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir.
Terdapat dua kategori faktor persekitaran, iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir.
Faktor Pralahir
Di antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti berikut:
· Pemakanan. Makanan yang seimbang adalah penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan
seseorang bayi yang sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit.

· Kesihatan Ibu. Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Sebaliknya, ibu yang
menghidapi penyakit akan meyebabkan kecacatan seseorang bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu
atau buta.

· Penyalahgunaan Dadah. Amalan menyalahgunakan dadah oleh ibu lazimnya akan membahayakan
perkembangan biasa seseorang bayi. Contohnya seorang bayi Thalidomide yang dilahirkan cacat adalah
disebabkan penyalahgunaan dadah Thalidomide.

· Kesan X-Ray. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seseorang ibu kepada X-Ray yang
berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi jasmani atau mental.

· Emosi Ibu. Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan, bimbang atau tertekan kemungkinan melahirkan
bayi yang kurang sihat.

· Umur Ibu. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia
berkemungkinan besar melhirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah
kecerdasan yang rendah.

Faktor Selepas Lahir


Di antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah seperti berikut:
· Pemakanan. Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat baik bagi
seseorang bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang
berzat dan seimbang adalah diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan
pekembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang individu dari pelbagai
penyakit.

· Keluarga. Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu. Ibu bapa bukan sahaja
terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan
emosi. Sejak lahir, kanak-kanak dilindungi, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz
sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak. Contohnya, seorang
kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat layanan dan perhatian yag sempurna
daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala yang diminta oleh kanak-kanak itu akan diberi oleh ibu
bapanya. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa.

Sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka. Ibu atau
bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mereka mengemukakan pendapata atau
cadangan. Ini akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anak-anak seperti
ini akan menjadi individu-individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain
untuk membuat keputusan. Sebaliknya ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh
anak-anak belajar untuk menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat
majoriti dalam satu-satu tindakan embuat keputusan.

· Rakan Sebaya. Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yan sama
atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Biasanya, rakan sebaya mempunyai cita-cita,
minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama. Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah
mahkluk sosial yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu dari segi afektif, sosial,
kognitif dan psikomotor.

· Sekolah. Kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi
perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang. Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolh luar
bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah
juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan serta kejeleketan di antara pelajar-pelajar adalah
kurang berbanding dengan sesebuah sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat
berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar-pelajar juga dipengaruhi oleh
sekolah yang mereka hadiri. Sekolah yang hanya menekankan hal-hal akademik akan menghasilkan
individu yang kurang berminat dalam permainan atau sukan.

· Tempat Tinggal. Tempat tinggal sseorang individu akan mempengaruhi perkembangannya. Contohnya,
di kawasan bandar, penduduk-penduduk adalah kurang mesra di antara satu sama lain berbanding
dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Nilai-nilai seperti tolong-menolong, bertimbang rasa,
kemesraan dan sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar. Penduduk-penduduk
di bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar.
Dengan itu, kanak-kanak akan membesar menjadi individu-individu yang juga selalu mengharapkan
bayaran atau ganjaran bagi sesuatu tugasan.

· Sebaran Am. Semua jenis sebaran am seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar
akan mempengaruhi perkembangan mental, pandangan dan sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi,
sosial dan politik. Sebagai contoh, progarm TV Pendidikan seperti Along Bijak banyak membantu kanak-
kanak mempelajari konsep-konsep nombor, abjad, bahasa dan matematik.

· Pusat Ibadat. Pusat-pusat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil yang terdapat di satu-satu tempat juga
mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup seseorang individu. Pusat-pusat tersebut juga akan
membentuk individu-individu yang menghayati nilai-nilai murni seperti seperti belas kasihan,
kesyukuran, suka menolong orang lain, amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi.

· Persekitaran Dunia. Ahli-ahli politikdan pemimpin-pemimpin, ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain
di seluruh dunia boleh mempengaruhi penduduk di satu-satu tempat iaitu dari segi idea, budaya,
ekonomi, politik dan ideologi. Pandangan atau falsafah hidup penduduk berkenaan juga turut
dipengaruhi.

Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai
hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Beliau mengetengahkan model
ekologi berbentuk lapisan bulatan (Sistem Ekologi Bronfenbrenner ) yang masing-masing mempunyai
pengaruh dan tahap tertentu. Terdapat empat tahap dalam perkembangan ini iaitu:
· Mikrosistem. Kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang berbentuk pada apa yang ada di depan
mata termasuklah pengaruh objek-objek fizikal seperti patung dan teknologi, struktur persekitaran, serta
peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik beradik.

· Mesosistem. Merangkumi hubungan kanak-kanak dengan persekitaran yang lebih luas dan bagaimana
persekitaran ini mempengaruhi kanak-kanak. Contohnya, bagaimana kanak-kanak bergaul di sekolah
lebih-lebih lagi apabila mahu memulakan alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah dengan
keluarga.
· Eksosistem. Menghubungkaitkan kanak-kanak dengan persekitaran yang mungkin kurang berkaitan
dalam hidup mereka. Melihat bagaimana kanak-kanak didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja
ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan institusi sosial lain.

· Makrosistem. Makrosistem adalah lapisan paling luar yang menyentuh pengaruh hubungan kanak-
kanak dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah sistem nilai sosial,
perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa.
Menurut Bronfenbrenner, teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawa faktor
persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembangan kanak-kanak tetapi antara
keduanya saling berkait rapat. Kanak-kanak tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran sosial
mereka setiap hari yang mana ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.

http://notapismp.blogspot.com/2009/04/konsep-dan-prinsip-perkembangan-kanak.html

Hasil daripada kajian Haliza Hamzah dan Joy. N. Samuel dalam buku mereka,
Perkembangan Kanak-kanak mendapati bahawa terdapat lima prinsip asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama dalam proses ini ialah proses
perkembangan berlaku mengikut aturan. Sebagai contoh, seseorang bayi pada
peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan
kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Tambahan pula, perkembangan itu juga
bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak.

Prinsip kedua dalam proses ini ialah perubahan dalam pertumbuhan dan
perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Sebagai
huraian, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar
menggunakan jari tangan adalah contoh kepada prinsip ini. Pertumbuhan pula berlaku
dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.

Dalam prinsip ketiga, penulis menekankan pertumbuhan dan perkembangan


merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan. Menurut penulis, dalam
proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambahkan kemahiran yang
sedia ada. Kemahiran yang ada padanya pada waktu ini merupakan asas untuk
mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.

Prinsip keempat pula adalah berkaitan dengan corak dan aturan perkembangan
yang hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza mengikut individu.
Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan
manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. ini merupakan satu faktor
yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang dapat kita kaji dan lihat di
dalam sesebuah bilik darjah.

Prinsip yang terakhir pula menekankan perkembangan sebagai hasil interaksi di


antara kematangan dan pembelajaran. Bagi penulis, kematangan merupakan
kemunculan potensi atau tahap yang sedia ada di dalam seseorang individu. Sebagai
contoh, merangkak, duduk, berjalan berlari adalah potensi yang telah sebati dalam diri
setiap individu. Potensi ini adalah hasil daripada faktor-faktor genetik. Pembelajaran
pula adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi yang memerlukan
usaha.

Justeru, tersimpullah bahawa pembelajaran membantu kepada perkembangan


potensi setiap individu. Sebagai contoh, pekembangan otot dan saraf anggota badan
yang lengkap dan sempurna memungkinkan seseorang itu berlari pecut, akan tetapi,
dia hanya boleh berlari pecut jikalau diselitkan melalui latihan dan peniruan teknik-
teknik untuk berlari pecut.

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/psikologi-perkembangan-prinsip-prinsip.html

Anda mungkin juga menyukai