Anda di halaman 1dari 4

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN

SENI VISUAL
Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual, guru perlu bijak menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik menarik minat pelajar. Guru perlu membuat
rangcangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan
objektif oengajaran akan tercapai. Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang
mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini membolehkan guruguru dapat menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan.
Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh
digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran pembelajaran yang
berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah:
1. Pembelajaran masteri
2. Kajian masa depan
3. Konstruktivisme
4. Belajar cara belajar
5. Kecerdasan pelbagai
6. Pembelajaran akses kendiri
7. Kemahiran berfikir
8. Teknologi komnunikasi dan maklumat (ICT)
9. Pembelajaran konseptual
10. Pembelajaran Kontekstual
Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada
pelajar-pelajar dalam kelas, pemilihan strategi yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran akan
bejalan dengan lancar, seronok dan objektif akan tercapai dengan mudah dan berkesan. Strategi
pengajaran yang sesuai, pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan akan
memberikan kebaikan kepada guru dan pelajar

1. Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan makna dan
pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah. Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis
dan kreatif semasa aktiviti P&P. Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea,
menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian.
Kemahiran ini di aplikasikian dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara kritis untuk
menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Selain itu, pelajar boleh
menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu mencerna dan menghasilkan idea asli
yang yang bersifat generatif.

2. Kemahiran Belajar cara belajar


Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap
teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid
meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah,
dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

3. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT.
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka
dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi
perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. ICT
di aplikasikan dalam PSV dalam bentuk berikut :

Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian simulasi

Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari bahan.

Mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel

Mod sokongan seperti memproses perkataan , pereka bentuk grafik.

4. Kajian Masa Depan


Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin
terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan.
Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan
supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Contohnya, murid diberi tugasan
menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir jauh ke hadapan memikirkan rumah
yang di inginkan apabila dewasa kelak.
5. Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visualruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Dalam P&P pendidikan Seni , kecerdasan
visual ruang lebih difokuskan dimana murid perlu berkebolehan mengesan dan menggambarkan
bentuk, ruang , warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan visual secara ruang
secara grafik.
6. Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina
pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar
sepanjang hayat.
7. Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Melalui pembelajaran ini murid
dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna. Contohnya, murid
mengaplikasikan pengalaman melihat cara hidup di kampung nelayan untuk melukis suasana di
kampung nelayan.
8 . Pembelajaran Masteri
Pendekatan masteri merupakan pendekatan yang berfokus kepada penguasaan pelajar dimana
murid-murid perlu memahami satu unit pengajaran dahulu sebelum berpindah kepada unit yang
lain. Pembelajaran ini di aplikasikan dengan melalui pemulihan kepada murid yang lemah
manakala murid yang sudah memahami pelajaran diberi pengayaan. Setelah semua murid dapat
menguasai kemahiran yang diingini barulah berpindah kepada kemahiran lain. Contohnya,
sebelum mengajar melukis guru menekankan terlebih dahulu teknik lakaran bentuk asas.
Pengenalan Kaedah dan Teknik
Kaedah pula adalah cara yang dipilih kemudian disusun secara teratur dan sistematik
sebelum melaksanakannya dalah sesuatu program mahupun aktiviti pembelajaran. Ianya adalah
cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajara untuk
mencapai sesuatu objektif pelajaran. Setiap orang akan menggunakan kaedah dalam kehidupan
seharian mereka. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam situasi seperti mempunyai masalah
keluarga, kita mesti akan mencari jalan iaitu pendekatan untuk menghuraikan masalah ini. Tanpa
bantuan kaedah, masalah ini tidak akan berjalan dengan lancar. Mungkin kita boleh membuat
senarai semak perkara-perkara yang boleh membuatkan masalah itu selesai.
Teknik pula adalah bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu berdasarkan situasisituasi yang tertentu. Teknik juga boleh dikenali sebagai modus operandi dalam situasi yang
dicipta. Ianya merupakan satu prosedur untuk membantuk kaedah mencapai objektif. Selain itu,
teknik merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran
kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Teknik ini merujuk kepada
suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan aktiviti pembelajaran bagi sesuatu
hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar bahan pengajaran. Secara khususnya, teknik
merupakan salah satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat
penanggapan pelajar.

Rujukan
Strategi dalam pengajaran.Diperolehi pada Mac 20, 2011
daripadahttp://itukamibudakseni.blogspot.com/2010/11/strategi-dalam-pengajaran-dan.html

Diperolehi pada Mac 20, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/17713195/Pendekatan-P-PPSV

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual.Diperolehi pada Mac 22,
2011 daripada http://www.scribd.com/doc/40534233/Strategi-Pengajaran-Dan-PembelajaranDalam-Pendidikan-Seni-Visual

Anda mungkin juga menyukai