Anda di halaman 1dari 1

Sidang Tergempar, Pas mahu Najib Panggil Dr.

M
Nizam zain
17 september 2014

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didesak memanggil satu sidang Parlimen
tergempar untuk memperincikan semula Bajet 2015 yang didakwa tidak bersandarkan kepada sumber
pendapatan negara yang sebenar.
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sidang tergempar itu juga perlu memberi
ruang kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk hadir dan memberikan
pendapatnya.
"Pengalaman beliau menangani krisis kewangan pada 1999 boleh dijadikan panduan sebelum
terlambat.
"Rakyat perlu bersatu mendesak kerajaan melakukan sesuatu," katanya dalam satu kenyataannya, hari
ini.
Dalam sidang Parlimen tergempar itu, kerajaan perlu memperincikan beberapa perkara berdasarkan
kepada suasana ekonomi yang tidak menentu susulan kejatuhan nilai ringgit, harga minyak, bursa saham
dan komoditi tempatan.
Antaranya, pengurangan pendapatan Petronas dan sumbangannya kepada kerajaan; penurunan nilai
Ringgit dan kesannya pada hutang negara; pengurangan pendapatan daripada sumber eksport sawit dan
getah serta langkah-langkah pengurangan kos termasuklah pengurangan lawatan ke luar negara oleh
menteri kabinet.
Selain itu, kerajaan juga perlu menjelaskan penggunaan wang subsidi minyak setelah ditarik balik dan
menjawab segala pertuduhan mengenai isu 1MDB.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) susulan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
"Kerajaan tidak harus memperjudikan nasib negara dan rakyat di 2015 dengan pelaksanaan GST yang
bakal melonjakkan inflasi dalam dua tahun pertama pelaksanaannya sebagaimana yang berlaku di
China, Singapura dan juga Australia berdasarkan laporan 2H2014 Economic Outlook: External Positives
Amidst Domestic Challenges.
"Perniagaan dan rakyat perlu diberikan ruang yang lebih selesa dan menentu untuk menghadapi krisis
ekonomi yang kian nyata. Solusi jangka pendek boleh diwujud dengan menangguhkan pelaksanaan
GST," katanya lagi.

Anda mungkin juga menyukai