Anda di halaman 1dari 13

TAJUK 2

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


Peringkat-peringkat penguasaan
Unsur-unsur keberkesanan pengajaran
Prinsip pengajaran
Disediakan oleh: Kumpulan 1
Lew Kar Yoong
Rozza Pung
Siaw Jia Ye
Teoh Kai Hern
Vinnie Toh
Peringkat-Peringkat Kemahiran
Mendengar
Peringat awal
Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi;
Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan
ayat-ayat;
Melakukan sesuatu yang disuruh;
Menjalankan perintah dan permintaan;
Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah
secara tepat.
Peringkat pertengahan
Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat
dan terperinci;
Mengenal maklumat khusus;
Mengesan urutan;
Mengenal sebab dan akibat;
Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi;
Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.

Peringkat maju
Mengenal isi-isi penting;
Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang
bercakap;
Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi;
Mentafsirkan maksud orang yang bercakap;
Mengikut aliran dialog atau perbualan;
Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar,
Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-
bagai bentuk tatabahasa.
Peringkat-Peringkat Kemahiran
Bertutur
Peringkat awal
Melafazkan pengucapan bertatasusila;
Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu
situasi;
Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi
tertentu;
Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
Memberi arahan;
Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
Membuat ayat daripada gambar.

Peringkat pertengahan
Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan
peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
Membaca iklan, peraturan-peraturan;
Memberi ucapan pendek dan mudah;
Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
Memberi komen secara mudah;
Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara
mudah.

Peringkat maju
Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
proses dan sebagainya;
Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan,
seminar dan sebagainya;
Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
Mendeklamasi puisi;
Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
Unsur-unsur Keberkesanan
Pengajaran Kemahiran Lisan
a) Kecerdasan
Tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir
dalam proses memperoleh, menyampai dan
memproses maklumat ;
Aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa.
b) Kesihatan
Tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan
berbahasa dalam kalangan murid-murid;
Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami
gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal
berfikir dan berkomunikasi secara berkesan.

(c) Fizikal
Berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung
langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat
artikulasi yang boleh menjejaskan proses penglahiran bunyi-
bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang
hendak disampaikan;
Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah
pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya
akan mengehadkan pergaulan dan kerap kali menghadapi
masalah kosa kata dalam proses pertuturan.
(d) Persekitaran
Melibatkan ahli keluarga, jiran tetangga, tahap pendidikan,
lokasi petempatan (bandar atau luar bandar), tahap dan status
sosioekonomi;
Kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani
dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan
kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan
masyarakat di bandar.

(e) Jantina
Menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak yang berbeza-beza.
Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak
perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki.
Urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak
perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-
kanak lelaki.
(f) Dwibahasa
Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh
bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak
dwibahasa kerana dalam proses pertuturan kanak-kanak
dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa
ibundanya.

Prinsip Pengajaran Kemahiran Lisan
a. Penuturan yang dihasilkan hendaklah secara spontan,
bernas dan mudah.
b. Pengajaran hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi
dan cukup untuk didengari oleh pendengar yang lain.
c. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam
pengetahuan murid.
d. Adakan rangsangan yang membolehka murid-murid
bercakap mengenai perkara-perkara tertentu.
e. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara
formal.

f. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea
baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri.
g. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah kerap
dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja.
h. Ulang pelajaran (latih tubi) yang terdahulu dalam
pelajaran-pelajaran yang berikutnya untuk
memperkukuhkan ingatan murid-murid.
i. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru
hendaklah membimbing mereka dan jika terdapat
kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara
spontan.

Anda mungkin juga menyukai