Anda di halaman 1dari 1

Pelaksanaan penilaian kendalian berasaskan sekolah yang sistematik perlu

mengikut langkah-langkah yang berikut iaitu yang pertama merancang penilaian dan
menentukan hasil pembelajaran dan instrumen penilaian. Setelah itu, instrumen
penilaian perlu dibina dengan membuat jadual penentuan spesifikasi (JSU) dan
membina soalan atau instrumen. Setelah itu, penilaian yang dirancang perlu
dilaksanakan melalui pelbagai cara seperti pemerhatian, lisan dan juga penulisan.
Setelah itu, segala maklumat berdasarkan penilaian yang dibuat, keputusan perlulah di
rekodkan dan di analisis maklumat tersebut mengenai tahap yang diperolehi daripada
murid. Jika perlu, keputusan hasil penganalisian maklumat perlu dilaporkan untuk
makluman pihak tertentu.
Setelah mengetahui kelemahan yang berlaku, penguasaan perkara yang diajar
perlu dilakukan. Jika murid-murid dapat menguasai perkara yang diajar, tindakan
susulan perlu dilakukan sebagai pengukuhan dan pengayaan dan meneruskan
pelajaran yang baru. Jika sebaliknya murid-murid tidak dapat menguasai perkara yang
diajar, tidakan susulan pemulihan perlu dilakukan dan setelah itu penilaian perlu dibuat
bagi menilai tahap murid. Guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak
dinilai, kaedah penilaian dan instrument yang perlu digunakan.
Seterusnya, dari segi perlaksanaan, peranan umum guru perlu diketahui oleh
semua iaitu peranan guru merangkumi pengurusan pentaksiran dalam bilik darjah.
Keputusan pentaksiran juga mempunyai implikasi penting bagi pembelajaran. Selain itu,
guru dilihat berperanan menyemak kembali alat pentaksiran yang digunakan supaya
selaras dengan tujuan pentaksiran.
Peranan guru dalam proses penyediaan ujian dan peperiksaan pula, ujian dan
peperiksaan perlu merujuk kepada jenis buatan guru seperti ujian bulanan dan
peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Proses penyediaan item-item ujian dan
peperiksaan terbahagi kepada tiga fasa iaitu sebelum ujian, semasa ujian dan selepas
ujian.

Anda mungkin juga menyukai