Anda di halaman 1dari 1

Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku,

pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut,
seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai
sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah
mesra, tingkah laku yang boleh diterimaoleh norma dan nilai masyarakat, dapat
mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra denganorang lain serta memegang
kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakanmempunyai sahsiah
yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah lakudevian,
penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah
dengannorma masyarakat.Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu
penting terutamanya dalamkonteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut
Abdul Jalil (1998), pembangunansahsiah yang sempurna sebagaimana yang
dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budayadalam masyarakat dengan
pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dannegara. Ia
merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan
aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah
PendidikanKebangsaan.Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa
maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah
manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati
dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat
personaliti unik individu yang membezakan dirinya denganindividu yang lain (Cloninger,
2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada
sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri
dancara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul
Majid dan Rahil(1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian,
perasaan, emosi dan perlakuanmanusia.Sahsiah atau personaliti adalah corak
keseluruhan seseorang individu yang merangkumicara

Anda mungkin juga menyukai