Anda di halaman 1dari 1

Setiap orang mungkin mempunyai perancangan tersendiri apabila tibanya musim cuti sekolah.

Begitu juga dengan keluarga saya. Saya mengisi masa yang mungkin akan terluang dengan perkara
perkara berfaedah yang barangkali boleh menambah pengetahuan.Cuti selama enam minggu
sememangnya amat lama. Jadi, waktu cuti itu tidak akan saya bazirkan dengan perkara-perkara
yang tidak berfaedah. Pada minggu pertama, ayah bercadang untuk pulang ke rumah datuk yang
terletak di Kuala Terengganu. Sewaktu berada di sana, ilham datang menyelam minda apabila mata
saya tertumpu pada desiran pantai biarpun air dianggap pasang. Di sana juga, saya membantu
datuk bercucuk tanam di kebun yang berhampiran dengan rumah. Waktu itu, saya dapat menimba
banyak pengetahuan dengan hanya bercucuk tanam.Setelah hampir 2 minggu meluangkan masa di
Kuala Terengganu, saya sekeluarga menetap di Perak untuk tujuan pergi melancong. Banding
Island Resort menjadi tempat kami sekeluarga bermalam. Destinasi pertama kami ialah melihat
pelbagai jenis haiwan iaitu di Zoo Taiping.Diri saya tetap tidak jemu memandang permandangan
sekeliling meskipun sudah berulang kali tiba di situ. Tempat terakhir yang menjadi banyak
pengalaman untuk saya ialah setibanya saya dikota Tampan.pengetahuan sejarah saya makin
meluas dengan maklumat yang diperoleh dikawasan yang mengumpul segala sejarah itu.Cuti
saya menjadi lebih bermakna apabila saya terlibat dengan Kem Motivasi yang didaftar oleh ayah
saya. Banyak pengalaman yang diperolehi. Antaranya dapat memantapkan lagi jati diri serta mampu
membangkitkan semangat supaya lebih efektif dan sistematik dalam melaksanakan kehidupan
seharian. Selain itu, potensi dalam diri dapat dipertingkatkan .Perasaan bosan tidak menyelubungi
diri saya meskipun telah pulang dari Perak. Aku menghabiskan masa cuti di rumah datuk dan nenek
sebelah ibu di Alor Star. Aku, kakak, dan sepupu

Anda mungkin juga menyukai