Anda di halaman 1dari 30

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1



INTERAKSI
2




TAJUK 4 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu
TAJUK 5 Golongan Kata Bahasa Melayu
TAJUK 6 Golongan Kata Bahasa Melayu




SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang
terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula
dihuraikan kepada definisi, jenis dan perinciannya.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, para pelajar dapat :
(i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa Melayu.
(ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
TAJUK 4

Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Kata Majmuk
Kata Ganda

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
2


Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4

4.1 Bentuk Kata Majmuk
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebth dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain. Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti mi
besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapt dipisahkan kepada
tiga kelompok seperti yang berikut:

4.1.1 Kata Majmuk Yang Terdiri Daripada Rangkaian Kata Bebas,
contohnya:
gambar rajah biru haut air hujan
jalan raya nasi minyak terima kasih
luar biasa merah muda alat tulis
bandar raya tengah hari jam tangan
meja tulis bom tangan kapal terbang
kuning langsat


Proses
Pembentukan kata
Definisi
dan
Jenis-jenis kata


Kata Majmuk


Kata Ganda
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
3

Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran,
Contohnya:
Perdana Menteri Duta Besar Raja
Muda
Setiausaha Politik Penolong Pendaftar Ketua
Menteri Naib Canselor Profesor Madya
TimbalanKetua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara

4.1.2 Kata Majmuk Yang Berbentuk Istilah Khusus
Contohnya:
model linear telefon dail terus
lesung sendi
kanta tangan segi tiga cari
gali
reka bentuk lut sinar garis
pusat
hak milik mata pelajaran pita
suara
darah panas kertas kerja batu
kapur
atur cara kemas kini urus
setia

4.1.3 Kata Majmuk Yang Mendukung Maksud Kiasan, Iaitu Simpulan Bahasa
Contohnya:
kaki ayam buah hati duit kopi
makan angin pilih kasih anak emas
buhan madu manis mulut tumbuk
rusuk
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
4

berat tangan

4.1.4 Bentuk Yang Telah Mantap
Ada sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah
dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata
tersebut tennyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap
dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tensebut adalah:
antarabangsa benitahu bumiputera
jawatankuasa kakitangan kerjasama
olahraga matahari setiausaha
sukarela suruhanjaya tandatangan
tanggungjawab warganegara pesuruhjaya

Selain bentuk kata majmuk yang dibmncangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan
yang tergolong daham golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja
bercantum, contohnya:
(i) kata nama : peribadi peribahasa hulubalang
dinihari perikemanusiaan
(ii) kata adjektif: sukacita dukacita
(iii) kata sendi nama: kepada daripada
(iv) kata hubung: apabila manakala padahal
darihal barangkali kadangkala
apakala walhal
(v) kata tanya: bagaimana
4.2 Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
5

alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku
kata
jirim-jirim organik menteri-Menteri Besar gambar-
gambar rajah
kapal-kapal terbang garis-ganispusat model-model
linear Naib-Naib Canselon Ketua-Ketua Menteri
Penolong-Penolong Pendaftaran

Satu kecualian ialah penggandaan yang telah mantap; penggandaannya unsur.
Contohnya:
pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan jawatankuasa-
jawatankuasa
setiausaha-setiausaha

4.3 Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata
terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

4.3.1 Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran
sahaja, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk bercampur aduk
litar selari berlitar selari
ambil alih mengambil ahih
temu bual ditemu bual
daya serap daya serapan

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
6

4.3.2 Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya
menjadi bencantum.

Contohnya:
campur aduk mencampuradukkan
daya scrap kedayaserapan
ganis pusat mengganispusatkan
satu padu menyatupadukan
urus niaga diurusniagakan

4.4 Bentuk Kata Ganda
Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang
menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian kata dasar boleh
mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga
boleh digandakan secara berentak, iaitu bendasarkan rentak bunyi tententu.
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu:

4.4.1 Penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan
kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Penggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak ada imbuhan
menggandakan seluruh kata dasar.
Contohnya:
pulau-pulau mandi-mandi
buku-buku suku-suku
cantik-cantik minum-minum
tinggi-tinggi mata-mata
sungguh-sungguh kura-kura
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
7

tiba-tiba labah-labah
Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu
termasuk imbuhan sekali.
Contohnya:
pemimpin-pemimpin persatuan-persatuan
pelatih-pelatih kehendak-kehendak
4.4.2 Penggandaan separa
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar
sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.
Penggandaan separa boheh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya
melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandaannya pada
bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami
proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet.

Contohnya:
laki lalaki lelaki
jari jajari jejari
siku sisiku sesiku
rambut rarambut rerambut
langit lalangit lelangit

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya
menggandakan kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhannya sekali.
Penggandaan separa demikian berlaku terhadap golongan kata kerja dan kata
adjektif. Bentuk-bentuk gandaan itu boleh terletak di bahagian belakang kata
dasar atau di bahagian hadapan kata dasar untuk jenis kata kerja.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
8

Contoh penggandaan separa yang sedemikian di bahagian belakang kata dasar
adalah seperti yang benikut:
berlari-lari terdiri-diri
mencari-cari sepandai-pandai
berturut-turut

Contoh penggandaan separa yang sedemikian di bahagian hadapan kata dasar
adalah seperti yang berikut:
kasih-mengasihi tolong-menolong
cinta-mencintai bantu-membantu
kejar-mengejar

4.4.3 Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata
dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan
perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan
berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
(i) penggandaan berentak penguhangan vokal
(ii) penggandaan benentak pengulangan konsonan
(iii) penggandaan berentak bebas

4.4.3.1 Penggandaan berentak pengulangan vokal
ialah penggandaan yang mempunyai ciri-cmri pensamaan pada bunyibunyi vokal
tertentu, iaitu terdapat cini-ciri keharmonian vokal.
Contohnya:
sayur-mayur cerai-berai
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
9

kuih-muih tungkus-lumus selok-belok
hingar-bingar
lauk-pauk hina-dina
gotong-royong hiruk-pikuk

4.4.3.2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
ialah penggandaan yang mempunyai cini-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan
tertentu.
Contohnya:
gunung-ganang simpang-siur
bukit-bukau mandi-manda
mundar-mandir bolak-balik
kayu-kayan batu-batan
4.4.3.3 Penggandaan berentak bebas
ialah penggandaan yang tidak mengandungi cini-cini persamaan pada bunyi
vokal atau konsonan.

Contohnya:
anak-pinak saudara-mara
lintang-pukang titik-bengik



BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
10


Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;
Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan konsep golongan kata bahasa Melayu secara umum;
2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja bahasa Melayu;








KERANGKA TAJUK-TAJUK
TAJUK 5
Golongan Kata Bahasa Melayu
Kata Nama
Kata Kerja

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
11


Rajah 5.1: Kerangka Tajuk

5.0 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu
Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa
Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli
bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing
(Ali Mahmood et.al. 2010) seperti berikut:
a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812):

Rajah 5.2 : Golongan Kata Menurut Marsden (1812)
b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)


Golongan
Kata Bahasa Melayu




Konsep golongan
kata Bahasa Melayu

Konsep golongan
kata nama dan kata
kerja Bahasa Melayu

Ciri-ciri golongan
kata nama dan kata
kerja Bahasa Melayu

Jenis-jenis
golongan kata nama
dan kata kerja
Bahasa Melayu
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
12


Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)
c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968):


Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Asmah (1968)
d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
13



Rajah 5.5: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

5.1 Golongan Kata Nama

Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi
sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan
lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama
boleh pula dipecahkan kepada sub-golongan berdasarkan ciri-ciri semantik
perkataannya, iaitu seperti yang berikut:

kata nama khas
kata nama kata nama am
kata ganti nama

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
14

Maksud ciri-ciri semantik kata nama ialah makna yang mendukung oleh setiap
perkataan yang tergolong dalam kata nama. Dengan berdasarkan makna
demikian seluruh kata nama dapat dipecahkan kepada tiga subgolongan, iaitu
kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama.

5.1.1 Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda
yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas
terbahagm kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama
khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu
kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah yang berikut:


Rajah 5.6: Golongan Kata Nama Khas Menurut Tatabahasa Dewan (1996)
5.1.1.1 Kata Nama Khas Hidup
(a) Manusia
Nina Ahmad Tun Abdul Razak Rubi Hamid
P. Ramlee Hani Jamil Raja Azlan Shah
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
15


(b) Bukan Manusia
Tumpuk Si Belang Sang Lamri
Lassie Comel

(C) Kata Nama Khas Tak Hidup
Kuala Lumpur Pasir Mas
Ahli Mangku Negara Gunung Kinabalu Proton Saga

5.1.2 Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara
yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit.


BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
16

Rajah 5.7: Golongan Kata Nama Am Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

5.1.2.1 Kata Nama Am Abstrak
Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau
bukan kebendaan.
Contohnya:
Kedamaian demokrasi kemerdekaan
Perhimpunan penyalahgunaan

5.1.2.2 Kate Nama Am Konkrit
Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan.
Contohnya:
mimpi roh idaman

kehendak serapan tangan
rumah kambing sungai
lautan pekerja pelabuhan
kekasih jambatan kereta


5.1.3 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama
tunjuk dan kata ganti nama din. Kata ganti nama din boleh dipecahkan lagi
kepada kata ganti nama din tanya dan kata ganti nama din orang. Kata ganti
nama din orang
terdini daripada kata ganti nama din orang pertama, kata ganti nama din orang
kedua, dan kata ganti nama din orang ketiga. Berikut mi diperincikan
penggolongan kecil kata ganti nama:
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
17



Rajah 5.8 : Golongan Kata Ganti Nama Menurut Tatabahasa Dewan (1996)
5.1.4 Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah kata nama yang berfungsi menunjuk pada
sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu
itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini untuk menunjuk pada yang dekat.

5.1.5 Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama din ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda,
perkara, atau manusia. Kata ganti nama din terbahagi kepada dua kumpulan,
iaitu:
(a) kata ganti nama din tanya
(b) kata ganti nama din orang

Kata ganti nama din tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan ha!
benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama din tanya,
iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan
mana yang merujuk benda dan orang.
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
18


Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri
daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga.
Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:

kata ganti nama diri orang pertama - saya, aku, beta, patik,kami, dan kita
kata ganti nama din orang kedua - saudara, kamu, awak, engkau, dan anda
kata ganti nama diri orang ketiga - ia, dia, beliau, mereka, dan -nya.

5.3 Golongan Kata Kerja
Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi
unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan
kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata
kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata
kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:
Golongan kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat
menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat
dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak
transitif. Kata kerja transitif pula dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif
aktif dan kata kerja transitif pasif. Penggolongan ini dapat digambarkan melalui
rajah yang berikut:
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
19


Rajah 5.9 :Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja
5.3.1 Kata Kerja Tak Transitif
Kata kenja tak tnansitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti
oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh
itu kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata
kerja tak tnansitif berpelengkap dan kata kerja tak tnansitif tak berpelengkap.
Contoh-contoh kata kenja tak transitif:

5.3.1.1. Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
bangun berjalan tumbang
tersenyum pulang terpegun
menangis menguning menjerit
melancong berkibaran meninggi

5.3.1.2 Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Beransur tinggal menjadi
Berbuat ada berbantalkan


KATA KERJA

KATA KERJA
TRANSITIF

AKTIF

PASIF

KATA KERJA TAK
TRANSITIF

BERPELENGKAP

TAK
BERPELENGKAP
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
20

5.3.1.3 Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menenima penyambut sesudahnya, yang
disebut objek. Kata kerja transmtif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitmf pasif. Kata kenja transitif aktif
ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan
atau -i. Kata kerja transitif pasif pula malah kata kerja hasil danipada proses
transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Contohnya:
1. Ali membeli buku. (aktif)
2. Buku dibeli oleh Alm. (pasif)

Contoh-contoh lain adalah seperti yang benikut:

Kata Kerja Transitif Aktif Kata Kerja Transitif Pasif
makan
mengambil
menendang
melihat
memasukkan
mengabaikan
menghasilkan
memendekkan
memperisteri
memperhangat
dimakan, kumakan, kaumakan
diambil, kuambil, kauambil
ditendang, kutendang, kautendang
dilihat, saya lihat, kamu lihat
dimasukkan, kumasukkan, kaumasukkan
diabaikan, saya abaikan, kauabaikan
dihasilkan, kuhasilkan, kauhasilkan
dipendekkan, saya pendekkan, kamu
pendekkan
diperisteri, kauperisteri
diperhangat, saya perhangat


BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
21


SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;
Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;
Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;
2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa
Melayu;
3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

TAJUK 6
Golongan Kata Bahasa Melayu
Kata Adjektif
Kata Tugas
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
22

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 6.1 : Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif dan kata Tugas

6.1 Golongan Kata Adjektif
Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan
frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara.
Namun kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan
kumpulan berdasarkan makna perkataan-penkataannya, iaitu:
Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-
kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif
warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi)
kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata
adjektif pancaindera

6.1.1 Kata Adjektif / Sifatan / Keadaan :
Baik jahat cerdik
Pandai gopoh lemah
kasar, berani takut
lembut nakal buas
sihat segar sakit


Golongan Kata
Bahasa Melayu

Konsep golongan kata
adjektif dan kata tugas
Bahasa Melayu

Ciri-ciri golongan kata
adjektif dan kata tugas
Bahasa Melayu

Jenis-jenis golongan
kata adjektif dan kata
tugas Bahasa Melayu
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
23

layu tegap tegas
sibuk tenang

6.1.2 Kata Adjektif Warna
Putih kuning merah
Biru hijau ungu
Perang kelabu

6.1.3 Kata Adjektif Ukuran
Panjang pendek kecil
Nipis tebal tinggi
Cetek dalam tohor

6.1.4 Kate Adjektif bentuk
Bulat bundar leper
Bujur lonjong

6.1.5 Kata Adjektif Pancaindera
(a) rasa : sedap manis lazat
masam kelat pahit
tawar
(b) pandang : cantik molek hodoh
ayu buruk
(c) dengar : merdu mersik nyaring
bising
(d) bau : hanum wangi busuk
hapak
(e) sentuh : halus licin keras
Kasar lembut lembik


BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
24

6.1.6 Kate Adjektif Waktu
segera spontan lewat
lambat awal

6.1.7 Kate Adjektif Cara
Cepat laju denas
Lambat perlahan

6.1.8 Kata Adjektif Perasaan
Rindu geram asyik
Benahi ghairah benci
Sayang cinta

6.1.9 Kate Adjektif Jarak
Jauh dekat hampin
nyaris

6.2 Golongan Kata Tugas

Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau
heterogen, iaitu yang terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-
beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi
frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas mi masuk ke dalam binaan
ayat sama ada melalui perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja,
kata nama dan kata adjektif, ataupun melalui penhubungan secara langsung dengan
binaan frasa atau klausa tertentu. Misalnya, kata bilangan masuk ke dalam frasa nama
melalui perhubungan dengan kata nama, seperti dalam contoh yang berikut:


BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
25

Frasa Nama
Kata Bilangan Penjodoh Bilangan Kata Nama
ramai
dua
beberapa
tiap-tiap
kebanyakan
-
orang
ekor
-
-
penonton
askar
kucing
calon
penduduk

Kata penguat pula masuk ke dalam frasa adjektif melalui perhubungan dengan kata
adjektif.
Contohnya:
Kata penguat Kata adjektif
sungguh
amat
paling
kurang
indah
bahagia
tinggi
baik

Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung
sesuatu tugas sintaksis tententu, iaitu sama ada sebagai penghubung, penerang,
penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, ataupun tugas-
tugas yang lain lagi. Berdasarkan tugas-tugas yang demikian, maka kata tugas boleh
dikenal pasti sebagai yang benikut:
(i) kata hubung : dan, atau, tetapi
(ii) kata seru : wah, amboi, aduh
(iii) kata tanya : bagaimana, bila, benapa, mengapa
(iv) kata perintah : sila, tolong, hanap
(v) kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan
(vi) kata bantu : akan, sudah, pennah
(vii) kata penguat : sangat, amat, paling
(viii) kata penegas : juga, lah, tah, pun
(ix) kata nafi : tidak, bukan
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
26

(x) kata pemeri : ialah, adalah
(xi) kata sendi nama : di, dan, dalam
(xii) kata pembenar : ya, benan, betul
(xiii) kata bilangan : dua, segala, benibu-nibu,masing-masing
(xiv) kata arah : atas, bawah, dalam
(xv) kata pembenda : -nya
(xvi) kata penekan : -nya
93



AKTIVITI

1. Secara berpasangan, catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap jenis kata
adjektif, iaitu (i). kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna; (iii) kata
adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata adjektif
jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif
pancaindera.


2 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza, iaitu
(i) kata hubung gabungan; (ii) kata hubung pancangan; (iii) kata praklausa; (iv) kata
prakfrasa dan kata pascakata.
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
27





Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu
dalam komunikasi, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah
pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai
unsur teras kebudayaan dan tamadun. Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa,
Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk
Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan
Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand
Continental, Kuala Terengganu.
Tegas beliau, krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam
dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pembudayaan tentang mutu
penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa,
pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan
fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang
baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai
bahasa tonggak tamadun bangsa.
Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan
menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi
mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan
kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di
samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu
kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek
kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan
bahasa perpaduan.
Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah,
pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini
telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif
Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa penerapan
kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk
generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar
seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengng-
kat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta.

Sumber: http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
28




LATIHAN

Berdasarkan petikan cerpen di bawah, kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif yang
terdapat. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut.

Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket
gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih
bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh.
"Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandanganny
menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.
Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan.
"Hilwah... kau marah?"
Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku
nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan."
"Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya.
Dia mengorak senyum.
"Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan
itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih
hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh.
Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
29


Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006).
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Kuala
Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala
Lumpur:Open University Malaysia.
Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala
Lumpur:Open University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka





BAHAN BACAAN
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
30

Anda mungkin juga menyukai