Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Modul ini disediakan bertujuan untuk melengkapi interaksi bersemuka bagi


kursus Seni Dalam Pendidikan. Ia ditulis sebagai modul pembelajaran untuk
membimbing anda dalam pembelajaran kendiri. Modul ini terdiri dari tajuk-tajuk
berikut:

Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

Pendedahan kepada Pengetahuan dan Kemahiran Asas dalam Seni


Peringkat Sekolah Rendah

Aplikasi dan Pengurusan Aktiviti Pengajara dan Pembelajaran

Untuk setiap tajuk di atas, anda akan menguasai pengetahuan dan kemahiran
amali yang dikehendaki seperti dinyatakan dalam hasil pembelajaran. Modul ini
juga mengandungi latihan-latihan untuk mentaksir penguasaan pengetahuan dan
kemahiran amali anda. Diharap, melalui pembelajaran modul ini, ia dapat
memberi pengenalan kepada kepentingan seni dalam pendidikan bagi
mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia
menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang
melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata
pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka,
mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak. Pada
masa yang sama, ia menekankan penghubungkaitan Seni Visual, Muzik dan
Pergerakan dengan mata pelajaran lain untuk merangsang pembelajaran serta
membantu pemindahan pembelajaran. Selain daripada itu mata pelajaran ini
memberi pendedahan tentang pengintegrasian aktiviti Seni Visual, Muzik dan
Pergerakan dalam mata pelajaran yang lain dengan pendekatan bertema.
membantu anda sebagai seorang guru muzik di sekolah. Selain dari mempelajari
bahan-bahan yang ditulis dalam modul ini, anda digalakkan merujuk kepada
sumber-sumber lain untuk membantu kefahaman yang lebih lanjut.
Selamat Maju Jaya!!!

viii

viii

Anda mungkin juga menyukai