Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus


Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, saya wajib menjalani latihan mengajar
ataupun praktikum selama 4 minggu untuk fasa 1. Praktikum untuk sesi ini ialah
opsyen major Bahasa Cina. Saya telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Pandan untuk menjalankan praktikum pada kali ini bermula 30 Mac 2014
sehingga 24 April 2041. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi
syarat yeng telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.
Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini
ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu
memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan
dan pendidikan Bahasa Cina di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum
ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya
murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan
pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti.
Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran
dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan
menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat digunakan dan
diaplikasikan semasa mengajar kelak.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, kehadiran saya ke
sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk
itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk
membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Di samping itu, saya
dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan
sekolah. Hubungan professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan
pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga
dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dan sekolah. Akhir sekali,
saya dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan
terutama bidang Bahasa Cina.
Ilmu yang dipelajari sebelum itu akan saya cuba mempraktikkan bagi
membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dalam masa yang sama, saya boleh
merasai sendiri pengalaman melaksanakan sesi bersama murid-murid. Dalam
masa yang sama, saya juga boleh mengaplikasikan teori-teori pengajaran yang
telah saya pelajari sebelum ini.
Akhir kata, diharapkan seluruh warga SJK (C) PANDAN dapat menerima
kehadiran saya di sekolah dengan menimba pelbagai perkara berguna di situ
sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai