Anda di halaman 1dari 11

DEMAM DENGGI

LESTARI OLEH:
NURUL FATWA BINTI HUSIN
PEN.PEG.TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENGENALAN DEMAM DENGGI
Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh
jangkitan virus denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk aedes.
Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang
berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis
denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan
Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari
(purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit
mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai
tanda dan gejala tidak khusus.
JENIS-JENIS DEMAM DENGGI
Antara jenis demam denggi ialah:
1. Demam tanpa mengalami sebarang gejala.
2. Denggi klasik, pesakit mengalami demam kuat selama empat hingga
tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan munculnya bintik-bintik
merah di bawah kulit.
3. Demam denggi berdarah, gejalanya adalah sama dengan denggi klasik
tetapi terdapat juga pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut dan
dubur, muntah darah dan berak berdarah.
4. Demam denggi berdarah beserta sindrom kejutan denggi. Pesakit
mengalami gejala yang sama seperti demam denggi berdarah tetapi
disertai dengan kaki dan tangan menjadi sejuk, bibir biru, pucat, gelisah,
lesu dan mengantuk.
Demam kuat secara mengejut.
Demam berterusan.
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata.
Ruam atau bintik merah di kulit.
Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi.
Sakit kepala.
Ruam merah di kulit.
Hilang selera.
Muntah-muntah.
Sakit perut.
SIMPTOM-SIMPTOM DEMAM DENGGI
BAGAIMANA DEMAM DENGGI BERJANGKIT
1. Nyamuk aedes yang membawa virus deman denggi.
2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes.
3. Pesakit yang mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi.
TABIAT NYAMUK AEDES
1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada kakinya.
2. Aedes biasanya menggigit pada waktu siang.
3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung.
4. Aedes juga membiak di dalam dan luar rumah seperti di pasu bunga,
tempayan, kolam mandi, tayar buruk, perangkap semut, saluran bumbung
dan bekas simpanan air.
TEMPAT NYAMUK AEDES MEMBIAK
Dalam Rumah
1. Perangkap semut.
2. Pasu Bunga.
3. Timba/ gayung.
4. Kolam/ kolah mandi.
Luar Rumah
1. Tayar buruk.
2. Tempurung kelapa.
3. Botol atau gelas pecah yang mengandungi air.
4. Saluran air hujan.
5. Tempayan.
6. Longkang yang tersekat.
PENCEGAHAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES
1. Hapuskan nyamuk aedes dewasa. Gunakan racun penyembur serangga di
rumah.
2. Semburan kabus (fogging) untuk semburan kabus yang berkesan. Orang ramai
perlu memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus di
dalam rumah.
3. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate ke dalam semua bekas
menyimpan air tiga bulan sekali. (satu sudu = 10 gram untuk 20 gelen air).
4. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk
daripada bertelur.
5. Salin air dalam tempayan, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu
dan cuci serta berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
6. Buang air dari piring alas pasu dari masa ke semasa dan berus piring itu
hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
7. Tanam semula semua benda atau bekas yang boleh menakung air hujan seperti
botol, tin kosong, tempurung kelapa dan lain-lain.
8. Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung) dan pastikan tayar-tayar buruk
yang tidak terpakai tidak menakung air.
KESIMPULAN
J ika demam anda berpanjangan melebihi 3 hari dan tiada tanda lain
seperti selsema/ batuk dan ada jiran yang disyaki denggi, segeralah
jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. J ika ada tanda-tanda
pendarahan, terus pergi ke unit kecemasan hospital berdekatan.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai