Anda di halaman 1dari 3

DEMAM DENGGI

Demam Denggi ialah penyakit akut(teruk) yang disebabkan oleh virus dan disebarkan
melalui gigitan nyamuk Aedes betina (vektor).
Nyamuk Aedes terdiri dari Aedes aegypti dan Aedes albopictus.

Denggi terbahagi kepada 2 jenis

i) Demam Denggi biasa (DD)


ii) Demam Denggi Berdarah atau Sindrom Renjatan Denggi (DDB/SRD)

Virus Denggi dari famili Flaviviridae.Terdiri dari 4 serotype iaitu Den1,Den2,Den3 dan
Den4.Kesemua serotype ini boleh menyebabkan DD dan DDB di Malaysia.
Virus denggi berkembang biak dalam badan nyamuk dan nyamuk yang mengandungi
virus mampu menjadi sumber jangkitan disepanjang hayatnya.
Virus ini juga boleh dipindahkan kepada telurnya.Proses ini disebut transmisi transovari.
Seekor nyamuk dewasa hasil dari telur ini akan mengandungi virus di dalam badannya
walau pun ia tidak pernah menggigit pesakit denggi sebelum ini.

Pada masa ini tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini.
Oleh itu pencegahan amat penting.

TANDA-TANDA

Demam panas yang teruk secara mengejut dan berterusan.


Petekia (bintik-bintik merah pada kulit)
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,sendi-sendi, biji mata dan kepala
Pesakit DD memerlukan pengawasan kerana ada kalanya mereka turut mengalami
pendarahan di hidung dan gusi serta kencing berdarah. Pesakit DD perlu diawasi agar tidak
berubah menjadi DDB/SRD.

DEMAM DENGGI BERDARAH

Empat tanda utama ialah pendarahan,demam panas,pembesaran hati dan kegagalan


sistem perdedaran darah.
Gejala yang mungkin terjadi ialah muntah-muntah,sakit kepala dan sakit perut.
Tanda-tanda pendarahan ialah kelebaman di kulit,hidung berdarah,gusi berdarah,petekia
dan pemeriksaan darah menunjukkan berlaku trombo-sitipenia,leukopenia dan peningkatan
aras hematokrit.
Jika setelah beberapa hari demam,pesakit kelihatan semakin parah dan menunjukkan
gejala kegagalan sistem peredaran darah seperti kulit yang lembab dan dingin,bibir yang
lebam kebiruan,denyutan nadi yang cepat tetapi lemah dan hipotensi menandakan
berlakunya sindrom renjatan denggi (SRD)
NYAMUK AEDES
PEMBAWA VIRUS DEMAM DENGGI

TELUR

SATU MINGGU

NYAMUK DEWASA LARVA

KEMPOMPONG

senang dikenali dengan belang hitam dan putih di badan dan kakinya.
biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja
Virus akan membiak di dalam kalenjar air liur nyamuk (proses pengeraman) selama
8-10 hari.Selepas tempoh ini nyamuk menjadi infektif dan mampu menyebar virus.
Selepas gigitan virus akan membiak di dalam badan manusia.Tanda-tanda klinikal
akan timbul dalam masa 4-6 hari.
Virus denggi hanya hidup selama 5-7 hari sahaja di dalam badan manusia kerana
badan akan bertindakbalas dengan membentuk dan mengeluarkan antibodi.
Kitaran hidup dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1minggu.
Nyamuk dewasa (betina dan jantan) akan bersenyawa dan sperma jantan akan
isimpan dalam nyamuk betina.Untuk menghasilkan telur yang hidup,nyamuk betina
perlukan darah.
Nyamuk bertelur di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.Sebanyak
60-100 biji telur dikeluarkan pada setiap kali bertelur.Nyamuk betina mampu bertelur
10 kali semasa hayatnya selama 30 hari.
Selepas 1-3 hari telur nyamuk akan matang dan menetas mengeluarkan larva
(jentik-jentik)
Selepas 5-7 hari larva akan bertukar menjadi kepompong dan selepas 1-2 hari
nyamuk dewasa akan terbang meninggalkan kepompong.
KENALILAH TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

DI DALAM RUMAH DI LUAR RUMAH

HAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

 Tutup semua bekas-bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk
dari bertelur.
 Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti ABATE 1% (1 sudu = 10 gram untuk
20 gelen air) ke dalam semua bekas menyimpan air setiap tiga bulan sekali
 Tukar air dalam bekas jambangan bunga tiap-tiap minggu.Masukkan dua sudu teh
garam ke dalam perangkap semut.
 Buang air dari piring pengalas pasu bunga seminggu sekali dan gosok piring-piring
itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
 Periksa saluran air hujan bumbung rumah atau bangunan seminggu sekali dan
buangkan daun-daun supaya air dapat mengalir (air tidak bertakung)
 Masukkan semua bekas yang boleh menakung air seperti tin dan botol ke dalam beg
plastik dan buangkan di tempat yang disediakan.

HAPUSKAN NYAMUK AEDES DEWASA

 Gunakan racun serangga di dalam rumah boleh membunuh nyamuk Aedes dewasa
 Semburan kabus(fogging) - untuk semburan kabus yang berkesan, orang ramai
diminta memberi kerjasama untuk membenarkan semburan kabus dilakukan di
dalam rumah.

Sumber :

UNIT PENYAKIT BAWAAN VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

http://vektorpendang.tripod.com/factdenggi.html

Anda mungkin juga menyukai