Anda di halaman 1dari 2

KATA PENEGAS

Kata penegas/partikel ialah kata yang berfungsi sebagai penegas atau untuk menguatkan maksud sesuatu
pernyataan dalam ayat. Dalam bahasa Melayu baku, kata penegas adalah seperti yang berikut:

kah lah tah pun

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Penegas Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat

kah 1. Menguatkan maksud 1. Berapakah usia kamu sekarang, Devi?


pertanyaan/soalan. 2. Adakah dia masih belajar di kolej itu?
lah 1. Menguatkan maksud sesuatu 1. “Janganlah diganggu dia lagi,” kata Pak
pernyataan bagi ayat penyata. Man kepada Ramlah.
2. Melembutkan nada suara apabila 2. Kata Jalil, “Kalaulah saya tidak malas
meminta seseorang belajar dahulu, pasti sekarang nasib saya
melaksanakan sesuatu. tidak jadi begini.”
tah 1. Menguatkan maksud ayat seru. 1. Manatah kawan-kawan kamu yang lain.
2. Menguatkan maksud ayat 2. “Bilatah nasibku ini akan berubah,”
tanya/soal. keluh Rita.
pun 1. Menguatkan/menegaskan 1. Walau di mana-mana pun kita berada,
maksud sesuatu pernyataan dalam kita mestilah pandai menyesuaikan diri.
ayat penyata. 2. Sungguhpun badannya kecil, namun
semangatnya tinggi.

• Dalam binaan atau penulisan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata penegas
seperti di bawah ini:

1. Kesalahan menulis rapat kata penegas yang membawa makna juga dengan kata yang
mendahuluinya.
Contoh:
1.a) “Siapa-siapapun yang akan dilantik menjadi ketua darjah, saya sedia memberikan
kerjasama,” kata Yusof. (X)
b) “Siapa-siapa pun yang akan dilantik menjadi ketua darjah, saya sedia memberikan
kerjasama,” kata Yusof. (√)

o Dalam bahasa Melayu baku, kata penegas hanya ditulis serangkai dengan perkataan-perkataan
yang berikut:

adapun andaipun ataupun bagaimanapun biarpun


kalaupun kendatipun lagipun mahupun meskipun
sungguhpun sekalipun walaupun

2. Kesalahan tidak meletakkan partiikel/kata penegas kah kepada kata tanya yang
diletakkan di awal ayat tanya.
Contoh:
1.a) Siapa pemuda yang berbadan sasa itu? (X)
b) Siapakah pemuda yang berbadan sasa itu? (√)
2.a) Di mana kamu tinggal? (X)
b) Di manakah kamu tinggal? (√)

3. Kesalahan meletakkan partikel atau kata penegas kah di hujung ayat tanya tanpa kata tanya.
Contoh:

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


1.a) Ayahnya sakitkah? (X)
b) Ayahnya sakit? (√)
2.a) Hidungnya berdarahkah? (X)
b) Hidungnya berdarah? (√)

4. Kesalahan meletakkan partikel atau kata penegas kah di hujung ayat tanya dengan kata tanya
yang diletakkan di hujung ayat.
Contoh:
1.a) Nama kamu siapakah? (X)
b) Nama kamu siapa? (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu