Anda di halaman 1dari 7

Soalan Struktur

1. Sebagai seorang guru,kemahiran melaksanakan pentaksiran adalah sama


pentingnya dengan kemahiran melaksanakan PdP dalam bilik darjah.

a. Jelaskan dua sebab kepentingan melaksanakan pentaksiran dalam bilik


darjah.

i)

Mewujudkan bilik darjah yang seimbang.


Guru mewujudkan suasana positif untuk menggalakan iklim bagi
pembelajaran

matematik.

Peraturan

dan

kerjasama

sentiasa

diutamakan di mana pelajar yang cerdas membimbing pelajar yang


lemah. Hubungan di antara guru dan pelajar pula berada dalam
suasana harmoni dan saling membantu dalam pelbagai perkara.
ii)

Merancang perancangan pengajaran dan pembelajaran.


Seseorang guru memerlukan pentaksiran tentang kesilapan
pengajaran yang lepas dalam menghubungkan kefahaman pelajar
dalam sesuatu topik matematik. Satu perancangan pengajaran dan
pembelajaran dengan cara baru dapat diterapkan dalam pengajaran
guru malah lebih berinformasi tentang keperluan pembelajaran pelajar
dan membolehkan guru membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan
keperluan pelajar.

b. Amalan pentaksiran yang berkesan perlu dilaksanakan secara berterusan


dalam bilik darjah.Pilih dua kaedah pentaksiran secara berterusan yang
sesuai

dan

berikan

sebab-sebab

mengapa

anda

memilih

melaksanakan kaedah pentaksiran tersebut dalam bilik darjah anda?

untuk

i)

Menulis Tugasan.
Menulis tangan dilakukan secara individu atau berkumpulan dan
dilakukan dalam bentuk kontrak atau tugasan berterusan. Laporan
bertulis di buat setelah pelajar membuat perbentangan atau
persembahan.

Penilaian

dilakukan

oleh

guru

untuk

menilai

kandungan, kemahiran , sikap dan proses penulisan dijalankan.


Penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya dilakukan bersama
penilaian guru untuk membuat laporan bertulis.

ii)

Kerja Rumah.
Kerja rumah adalah tugasan pelajar yang disempurnakan pada
waktu lapang di luar kelas. Aktiviti pembelajaran individu seperti
menjawab soalan, penyempurnaan laporan dan penyediaan isi
pembentangan adalah teknik pentaksiran dan kaedah pengajaran.
Teknik ini dapat mentaksirkan prestasi pelajar melalui penggunaan
skala pemeringkatan, senarai semak atau rekod anecdotal.

Soalan Esei

1. Kesahan merupakan satu konsep yang penting dalam aspek pengujian.Pelbagai


faktor cenderung untuk menjadikan keputusan sesuatu ujian itu kurang
kesahannya.Seorang guru perlu memahami dan mengelakkan situasi yang akan
mengganggu kesahan sesuatu ujian yang dibina.

Bincangkan dengan terperinci lima faktor yang sering mempengaruhi kesahan


sesuatu ujian dalam bilik darjah.

Faktor pertama yang mempengaruhi kesahan sesuatu ujian ialah dengan


menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual
Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan
disediakan. Di mana dalam JPU guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang
hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang
seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan
objektif

pelajaran

ataupun

aras-aras

kemahiran

bergantung

kepada

matapelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid-murid yang


menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi
kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran.
Bagi meningkatkan kesahan gagasan ialah dengan mencari korelasi
diantara markah pada ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait
yang diperkatakan itu. Hal ini bermakna bahawa jikalau kita mahu menentukan
kesahan gagasan untuk satu ujian yang dikatakan mengukur semangat berdikari,
maka kita terpaksa mencari korelasi markahnya dengan satu markah bagi ujian
lain yang mengukur trait yang sama.
Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini
kepada satu kumpulan yang diketahui mempunyai trait itu. Sifat hormat
menghormati boleh dikatakan sangat tinggi dikalangan ahli-ahli agama. Ataupun
sifat mencari keuntungan yang maksimum terdapat dikalangan peniaga-peniaga.

Oleh itu sesuatu ujian itu bolehlah ditadbirkan kepada golongan-golongan yang
dikatakan mempunyai sifat ataupun trait yang dikehendaki itu. Jika markah
kumpulan itu tinggi maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan
gagasan yang tinggi.
Dengan menjalankan satu ekperimen dan membuat ujian detik-detik
startegik didalam ekperimen itu. Ini bermakna kesahan berasaskan pendirian
yang keadaanmengubah sesuatu trait itu dapat diwujudkan. Keadaan yang
berlainan itu memberi kesan kepada trait seseorang itu. Umpamanya sifat putus
asa akan bertambah serius jikalau seseorang itu menghadapi kegagalan demi
kegagalan.Oleh itu untuk mendapatkan kesahan bagi satu ujian yang mengukur
trait putus asa ini, maka ujian ini bolehlah diberi kepada satu kumpulan yang
dimasukkan kedalam satu ekperimen apabila keadaan dikelolakan supaya
mereka yang dieksperimenkan itu mengalami kegagalan berturut-turut. Jikalau
markah pada ujian itu menunjukkan pertambahan dari satu masa ke satu masa
yang berikutnya maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan.
Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi
diantara ujian ayang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang
berkenaan dengan perlakuan yang di dalam konteks kriteria pada akhir
pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima jikalau didapati calon yang
tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang dikehendaki di dalam
kriteria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan prestasi di
dalam kriteria itu.

2. Salah tanggapan terhadap konsep matematik sering berlaku dalam kalangan


murid-murid.Dengan memberikan contoh yang sesuai huraikan maksud salah
tanggapan dalam matematik.

Seterusnya, bincangkan sejauhmana kaedah ujian diagnostik dapat membantu


guru mengenalpasti salah tanggapan dalam kalangan murid seterusnya
membetulkan salah tanggapan tersebut.

Kajian di Israel, Amerika Syarikat dan Paris (Resnick et al, 1989; Nesher, 1987)
dalam pertandingan matematik bagi rendah atas mendapati bahawa kesilapan
yang dilakukan adalah hasil dari pengetahuan asas/am mereka,

Contoh;

No.manakah yang paling besar nilainya?

(A) 0.62 (B) 0.234 (C) 0.4 (D) 0.31 (E) 0.532

Respon;

0.62(38%) ;0.532(29%) ;0.4(25%)

Mengapakah senario ini berlaku? Pertama, pengalaman awal kanak-kanak


membawa kesimpulan bahawa bagi nombor bulat, nombor yang panjang adalah
nombor yang bernilai besar daripada nombor yang kecil. Contohnya, 532 lebih
besar dari 62. Miskonsepsi akan lebih mudah terjadi apabila nombor 0.532
disebut sebagai kosong poin lima ratus tiga puluh dua, dengan cara pembacaan
nombor yang salah, maka sudah tentu jelas bagi mereka bahawa 0.532 lebih
besar daripada 0.62.

Kedua, pengetahuan am kanak-kanak dalam menyusun pecahan wajar, bahawa


0.4 lebih besar dari 0.62 kerana dalam pecahan wajar nilai puluh adalah lebih
besar dari nilai ratus, maka nombor yang paling pendek adalah nombor yang
paling besar.

Miskonsepsi dalam nombor bulat mungkin berkurangan dengan meningkatnya


umur, tetapi miskonsepsi dalam pecahan akan tetap kukuh dan menambah
bersama dengan peningkatan umur.

Susunan kurikulum yang berbeza akan membuahkan miskonsepsi yang


berlainan juga, sebagaimana yang dipaparkn dalam hasil kajian bahawa majoriti
kanak-kanak di Paris terhindar dari miskonsepsi pecahan kerana di Paris
perpuluhan diajarkan sebelum pecahan wajar. Maka, jelas bahawa miskonsepsi
kanak-kanak terbit dari percubaan untuk mengintegrasikan pengetahuan baru
dengan pengetahuan yang sedia ada.

Keputusan ujian diagnostik membantu mengenalpasti kelemahan murid


dalam menyelesaikan soalan Matematik. Saya bersetuju dengan Cockburn
(1999), yang menyatakan kadang kala ramai murid mendapat markah rendah
dalam

ujian

Matematik

disebabkan

oleh

kecuaian

semasa

menjawab.

Pengalaman selepas melaksanakan ujian saringan, saya dapati hampir separuh


murid mendapat markah rendah. Namun begitu, setelah disemak dengan teliti
saya mendapati ia berpunca daripada kecuaian semasa menjawab. Setelah
melakukan analisis ujian diagnostik, saya mendapati hanya segelintir murid
gagal menjawab dengan betul disebabkan oleh keliru dalam memahami soalan,
salah anggap tentang nilai tempat, gagal memilih algoritma sesuai, lemah dalam
memahami soalan bentuk berayat dan kecuaian semasa menulis jawapan.
Walaupun penilaian dignostik membantu mengenalpasti kelemahan,
halangan dan punca kesalahan murid, namun ia tidak membantu sekiranya guru
gagal menentukan objektif ujian, kemahiran yang hendak diuji, bagaimana
hendak menguji individu atau kumpulan dan kumpulan sasaran (Mohd Shukri
Saad,

2008).

Pengalaman

semasa

awal

praktikum,

saya

telah

cuba

melaksanakan ujian dignostik untuk murid tahun 4 kelas sederhana namun tidak
berjaya. Ini berpunca daripada kelemahan saya dalam menyediakan soalan ujian
yang sesuai dengan objektif, tahap perkembangan kognitif, pengetahuan sedia
ada dan persekitaran murid. Kesan ujian tersebut menunjukkan saya gagal
mengenalpasti murid yang lemah kerana prestasi kumpulan rendah lebih baik
daripada kumpulan tinggi. Hasil daripada itu, saya menguji soalan tersebut
dengan mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, ternyata soalan
tersebut adalah buruk, tidak diterima dan perlu dibuang.

Kesimpulannya, ujian dignostik dapat membantu pembelajaran murid


melalui kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca
kesalahan murid. Namun begitu, guru harus bijak dalam menentukan objektif
ujian dan mahir menyediakan soalan yang sesuai dengan murid. Justeru, setiap
guru haruslah merancang dengan teliti kerana mengenalpasti kelemahan murid
memerlukan guru bertindak lebih banyak daripada bercakap. (Peterson, 2011).

Anda mungkin juga menyukai