Anda di halaman 1dari 8

Lampiran D : Refleksi Pengajaran 1

Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan
pada tarikh 31 Julai 2015 bersamaan hari Jumaat. Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas
tahun 4M seramai 6 orang. Murid-murid Tahun 4M adalah kelas yang boleh dikatakan dalam
kategori sederhana dan lemah. Berlatar belakang dari kawasan penempatan semula penduduk
dari kawasan setinggan, murid-murid di sekolah ini kebanyakkannya adalah dari kalangan
keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan pendidikan. Oleh sebab itulah kebanyakkan
murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan pembelajaran
mereka.
Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya
adalah Nombor dan Operasi. Yang mana ianya termasuk dalam tajuk operasi darab dalam
lingkungan 1000 yang melibatkan standard pembelajaran mendarab sebarang nombor hingga
tiga digit dengan nombor dua digit dan hasil darabnya hingga 100 000.
Saya hanya menggunakan fasa perkembangan kerana ini merupakan pengenalan
teknik Petak Darab. Sebenarnya pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk
menjalankan proses rakaman pengajaran dan pembelajaran ini,yang mana pada mulanya saya
tidak dapat menyediakan marker yang secukupnya untuk murid-murid. Ini menyebabkan
murid yang tidak mencukupi marker terpaksa menunggu untuk kawan menyiapkan soalan
pendaraban. Marker yang saya telah gunakan juga dakwatnya hampir habis menyebabkan
nombor yang saya telah menulis itu kelihatan tidak jelas dan terpaksa menulis nombor
tersebut sebanyak dua kali supaya ia terang dan boleh dilihat.Selain itu, saya juga
menghadapi kesukaran semasa memegang mounting board dan menulis nombor dalam petak
darab tersebut. Oleh kerana,kelas di sekolah tersebut tidak mencukupi maka saya terpaksa
membuat pengajaran saya di kantin.

65

Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan


adalah bahan bantu mengajar iaitu marker yang tidak mencukupi dan dakwat yang tidak
kelihatan dengan terang. Bilangan soalan untuk lembaran kerja sepatutnya diberi lebih kerana
ada juga murid-murid yang dapat menyelesaikan soalan dengan pantas tetapi saya beri hanya
6 soalan supaya mereka boleh mengambil masa untuk membuat soalan-soalan pendaraban
dengan menggunakan teknik Petak Darab. Namun begitu, saya dapati murid-murid dapat
mencapai objektif yang diharapkan kerana dapat memahami teknik Petak Darab ini dengan
baik. Hal ini disokong pula dengan hasil lembaran kerja yang telah diberi. Setelah saya
semak hasil kerja mereka saya dapati semua orang dapat menjawab dengan betul sekurangkurangnya tiga dari enam soalan yang diberi.
Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa teknik Petak Darab yang
saya gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

66

Lampiran E : Rancangan Pengajaran 2

Mengajar mendarab nombor tiga digit dengan dua digit

Tarikh

: 7 Ogos 2015

Masa

: 7.45 pagi 8.45 pagi

Kelas

: 4M

Tajuk

: Nombor Bulat

Hasil Pembelajaran

: Di akhir pengajaran murid dapat mendarab nombor tiga digit dengan

dua digit dengan menggunakan Teknik Petak Darab.


Langkah

Aktiviti Pengajaran

Langkah 1 : Mendarab nombor tiga digit dengan

1. Guru

dua digit

menulis

Contoh : 987 34 =
Pu(0)

3
R 2 7 0 0 0
a(

0
0)
Pu(0)

8
Sa
7
2

3 9
+

3
3
3

soalan

3
2 0
2

Mengajar
-

Petak
Darab,

mendarab nombor
1
0

Marker

tiga digit dengan


4
8
dua digit.
3.5 Sekiranya
murid
8
menghadapi
masalah,guru

67

Bahan Bantu

guru murid cuba


0
9

telah

dalam petak.
2. Dengan bantuan

Sa
4
6

Catatan

menerangkan
langkah

demi

langkah.
4. Murid selesaikan
soalan tersebut.

Langkah 2 : Aktiviti Pengukuhan

1.

Guru

telah

mengedarkan
lembaran

Mengajar:
kerja

kepada murid-murid.
2.

Murid

Bahan Bantu

Lembaran
Kerja

telah

menyelesaikan
lembaran kerja secara
individu.

Nota Langkah ini digunakan untuk mengaplikasikan penggunaan Teknik Petak Darab,
dengan itu hanya komponen perkembangan sahaja ditunjukkan disini.

Lampiran F : Lembaran Kerja 2

68

Nama :

Kelas :

Selesaikan soalan dibawah dengan menggunakan Teknik Petak Darab.

1) 598 87 =

2) 299 53 =

Pu(0)

Sa

Pu(0)

Sa

Ra(00
)
Pu(0)
Sa

+
+
+

4) 543 23 =
3) 765 97 =
Pu(0)
Pu(0)

Sa

Ra(00
Ra(00
)
)
Pu(0)
Pu(0)
Sa
Sa

+
+
+
+

69

Sa

6) 329 93 =

5) 657 74 =

Pu(0)

Pu(0)

Sa

Sa

Ra(00
Ra(00
)
)
Pu(0)
Pu(0)
Sa
Sa

+
+
+
+

Lampiran G : Refleksi Pengajaran 2


Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan
pada tarikh 7 Ogos 2015 bersamaan hari Jumaat. Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas
tahun 4M yang sama dalam pengajaran 1. Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam
pengajaran dan pembelajaran saya adalah Nombor dan Operasi. Yang mana ianya termasuk
70

dalam tajuk operasi darab dalam lingkungan 1000 yang melibatkan standard pembelajaran
mendarab sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit dan hasil darabnya
hingga 100 000 yang sama seperti dalam pengajaran 1.Pengajaran ini merupakan lingakaran
kedua bagi teknik Petak Darab dan dalam pengajaran ini saya boleh mengatakan samada
teknik Petak Darab ini dapat menarik minat dan perhatian murid serta dapat meningkatkan
pemahaman mereka tentang pendaraban.
Saya hanya menggunakan fasa perkembangan kerana ini merupakan langkah-langkah
untuk mengaplikasikan teknik Petak Darab. Saya telah memperbaiki kelemahan yang
terdapat dalam pengajaran 1 semasa membuat pengajaran ini. Saya dapat menyediakan
marker yang secukupnya untuk murid-murid dan juga untuk kegunaan saya. Saya juga dapat
memastikan semua dakwat marker dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Sebagai
permulaan, saya telah menuliskan soalan dalam mounting board besar saya dan memberikan
masa kepada mereka untuk menyelesaikan soalan tersebut dalam mounting board masingmasing. Pengajaran ini saya telah mengetahui bahawa murid-murid telah memahami konsep
teknik Petak Darab ini iaitu menuliskan sifar dalam petak berwarna mengikut bilangan.
Murid-murid berasa yakin untuk membuat soalan pendaraban dengan menggunakan teknik
Petak Darab ini. Ada juga murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan secara pantas
dengan rakan-rakan sebelah.
Ada juga murid-murid tidak dapat menjawab soalan dengan pantas dan memerlukan
masa yang lama untuk menyelesaikan soalan-soalan yang telah diberikan. Mungkin, muridmurid ini mempunyai keyakinan diri yang rendah. Setelah saya mengedarkan lembaran kerja,
saya dapat memerhatikan tingkah laku murid-murid. Saya dapat membuat bimbingan kepada
murid-murid yang menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan soalan pendaraban. Saya
telah menyemak lembaran kerja dan memberikan penjelasan kepada mereka kesilapan yang
mereka telah lakukan. Kebanyakkan mereka cuai semasa membuat penambahan berasingan.
71

Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa teknik Petak Darab yang
saya gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Murid-murid juga berasa gembira untuk
menggunakan teknik Petak Darab ini semasa menyelesaikan soalan pendaraban melibatkan
tiga digit dengan dua digit.

72

Anda mungkin juga menyukai