Anda di halaman 1dari 13

CONTOH SOALAN KOMUNIKASI PERSEORANGAN

1. Komunikasi antara perseorangan lebih tepat didefinisikan sebagai


A. Komunikasi linear yang melibatkan dua orang
B. Komunikasi yang memberi kepuasan kepada dua orang yang mempunyai hubungan
C. Komunikasi yang bersifat transaksi berlaku secara serentak antara dua orang dan mereka saling
mempengaruhi
D. Komunikasi yang bersifat interaksi berlaku secara spontan antara dua orang secara bersemuka
E. Semua pilihan jawapan di atas
2. Dr Ngasoon sedang memeriksa tangan Thong Chai yang patah. Tiba-tiba Thong Chai meraung
kesakitan. Apakah jenis perspektif komunikasi yang sedang berlaku antara mereka berdua?
A. Komunikasi perspektif transaksi
B. Komunikasi perspektif linear
C. Komunikasi perspektif interaksi
D. Komunikasi perspektif interpersonal
E. Semua jawapan di atas
3. Apabila kita mendefinisikan komunikasi antara perseorangan secara kualitatif ini bermakna
A. Komunikasi yang bersifat interpersonal iaitu lebih formal
B. Komunikator-komunikator mengambil kira bilangan komunikator yang terlibat
C. Komunikasi diad
D. Komunikasi antara perseorangan adalah bersifat peribadi atau personal
E. Semua pilihan di atas
4. Suami : Awak nak masak apa malam ni?
Isteri : Saya tak tahu apa kita nak makan malam ni, ya?
Suami : Awak fikirkanlah sendiri. Malam kelmarin saya telah laksanakan giliran saya memasak.
Sekarang giliran awak pula.
Perbualan di atas mencadangkan bahawa kedua-kedua suami isteri tersebut mempunyai
A. Hubungan saling melengkapi
B. Hubungan simetri
C. Hubungan selari
D. Hubungan queen control
5. Thong Cheng bertemu dan berbual dengan seorang pelajar lain yang tidak hadir ke kuliah KOM
3432 pada waktu yang sama. Tujuan utama Thong Cheng berinteraksi dengannya mungkin sekali
disebabkan oleh
A. Konteks budaya
B. Konteks hubungan atau perkaitan
C. Konteks psikologikal
D. Konteks situasi

E. Konteks peristiwa
6. Perkara-perkara berikut berlaku dalam proses komunikasi transaksi kecuali
A. Kedua-dua komunikator menghantar dan menerima mesej pada waktu yang sama
B. Terdapat halangan komunikasi tau noise
C. Penghantar mesejmengenkod mesej melalui saluran tertentu
D. Penghantar mesej tidak akan dipengaruhi oleh penerima dalam transaksi tersebut
E. Semua pilihan jawapan di atas
7. Dalam komunikasi antara perseorangan yang sesuai atau ideal, adalah lebih baik jikaterdapat
jumlah
A. Komunikasi personal yang rendah dan komunikasi interpersonal yang tinggi
B. Komunikasi personal yang tinggi dan komunikasi interpersonal yang rendah
C. Komunikasi personal dan komunikasi interpersonal yang tinggi
D. Komunikasipersonal dan komunikasi interpersonal yang sederhana
E. Semua pilihan di atas
8. Manakah antara perkara berikut berlaku dalam komunikasi antara perseorangan
A. Kedua-dua komunikator mesti berada pada masa dan tempat yang sama
B. Kedua-dua komunikator tidak semestinya bersemuka
C. Kedua-dua saling mempengaruhi
D. Kedua-duanya telah saling mengenali antara satu sama lain
E. Semua pilihan jawapan di atas
9. Siapakah pengkaji komunikasi yang menggambarkan komunikasi kemanusaiaan sebagai suatu
proses input/output linear?
A. Lasswell
B. Shannon dan Weaver
C. Weaver dan McLuhan
D. Lasswell dan Berlo
E. Lasswell dan Thong Chai
10. Lasswell telah memperkenalkan model komunikasi seperti di bawah. Apakah perkara yang
sepatutnya diisi pada ruang kosong dalam model itu?
Siapa ?
Berkata apa?
____________________?
Kepada siapa?
Dengan kesan apa?
A. Medium apa?
B. Dalam saluran apa?
C. Halangan apa?
D. Dalam mesej apa?
E. Melalui siapa?
11. Apabila kita menginterpretasikan perkataan atau isyarat (signal), kita sebenarnya

A. Menyalur maklumat
B. Menapis maklumat
C. Mendekod maklumat
D. Mengenkod maklumat
E. Semua pilihan di atas
Perbualan ini untuk soalan 12
Nadiah : Apa pendapat kau tentang Pak Ngah, pensyarah kita itu?
Rosenani : Dia kacak, macho, dan bijak. Tetapi dia juga seorang yang ego.
12. Dalam perbualan di atas, persepsi Rosenani itu lebih tepat jika dikaitkan dengan kecenderungan
persepsi bahawa
A. Kita menganggap diri kita lebih baik daripada orang lain
B. Kita dipengaruhi oleh perkara-perkara yang nyata sahaja
C. Kita berpegang teguh kepada gambaran awal atau first impression
D. Kita selalu cenderung kepada gambaran negatif
E. Kita memang mudah mengumpat orang
13. Ramasamy telah melarikan diri dari rumah kerana tidak dapat menahan leteran ibunya yang
tidak henti-henti. Apakah prinsip komunikasi yang paling sesuai dikaitkan untuk situasi tersebut?
A. Komunikasi tidak boleh ditarik balik
B. Komunikasi tidak boleh diulang semula
C. Lebih banyak berkomunikasi tidak semestinya lebih baik
D. Komunikasi tidak boleh menyelesaikan semua masalah
E. Tiada satu pun di atas.
14. Semasa sedang berbual dengan Salwani, fikiran Zaidi lebih tertumpu kepada suara penyanyi
Thong Chai yang sedang tersiar di radio. Apakah halangan komunikasi yang sedang dialami oleh
Zaidi?
A. Halangan psikologi
B. Halangan luaran
C. Halangan yang tidak disengajakan
D. Halangan fizikal
E. Halangan penyanyi Thong Chai.
15. Prinsip-prinsip komunikasi antara perseorangan menyatakan bahawa komunikasi adalah rumit
(complicated) disebabkan oleh
A. Sifat sesetengah mesej yang tidak disengajakan
B. Tempoh masa yang diperlukan untuk menerima mesej
C. Interpretasi maklumat melalui berbagai-bagai symbol
D. Sifat budaya komunikasi
E. Tiada satu pun di atas.

16. Komunikasi yang tidak beretika dipamerkan oleh


A. Kebebasan memilih oleh pendengar
B. Memberitahu perkara yang sebenar
C. Meminta orang menerima pendapatnya
D. Meluahkan keyakinannya
E. Memberi respons bukan verbal ketika orang lain bercakap
17. Memberi respons dengan ikhlas dan penuh tumpuan semasa mencerap disebut
A. Simpati
B. Decentering atau other-oriented
C. Mengenkod
D. Empati
E. Simpati
18. Pembentukan konsep kendiri yang negatif seseorang pelajar itu sangat kuat dipengaruhi oleh
A. Keturunannya
B. Komen bertubi-tubi oleh gurunya
C. Kemampuan kognitifnya
D. Dorongan daripada orang yang tidak rapat dengannya
E. Angan-angannya
19. Konsep kendiri boleh dijelaskan sebagai
A. Penilaian kita terhadap harga diri kita
B. Perasaan kamu yang OK atau tidak OK
C. Konsep kamu tentang baik dan buruk
D. Huraian kita yang subjektif tentang siapa kita fikir diri kita
E. Huraian kita yang objektif tentanga siapa kita fikir diri kita
20. Apabila saya beritahu anda bahawa kekasih anda adalah seorang yang rajin, peramah,
bersopan-santun, lincah, kritis, kepala batu, dan kerap cemburu buta tetapi anda membayangkan
dia sebagai bakal isteri yang membahagiakan dan baik hati. Fenomena ini disebabkan oleh kesan
A. Halo
B. Horn
C. Primacy
D. Recency
E. Dadah
21. Romeo : Pak Ngah seorang pensyarah yang sombong. Dia seorang pensyarah yang tidak
berdisiplin dan bongkak!
Juliet : Awak tak suka pada dia?
Romeo : Menyampah sangat. Kenapa?

Perbualan di atas menunjukkan satu kesan telah berlaku ke atas diri Romeo. Kesan itu ialah.
A. Kesan primacy
B. Kesan Horn
C. Kesan Halo
D. Kesan Atribusi
E. Kesan Halusinasi
22. Orang yang mempunyai nilai kendiri yang positif selalu
A. Menjangkakan bahawa dirinya akan disenangi dan diterima oleh orang lain
B. Sensitif
C. Merendah diri walaupun prestasi kerjanya sentiasa baik
D. Menilai prestasi kerjanya sebagai tidak memuaskan
E. Yakin bahawa segala pencapaian dalam tugasnya adalah tidak bermutu
23. Berikut adalah halangan dalam membuat persepsi yang lengkap, kecuali
A. Memerhatikan perkara-perkara yang tersirat sama ada secara verbal atau bukan verbal
B. Menjadikan maklumat yang tidak memadai sebagai memadai
C. Memberi penekanan kepada maklumat negatif sahaja
D. Memilih penerangan mudah terhadap sesuatu yang kompleks
E. Semua pilihan di atas
24. Teori ini merupakan satu set kepercayaan dan hipotesis mengenai orang lain secara amnya.
A. Teori Atribusi
B. Teori Personaliti implicit
C. Teori Correspondent inference
D. Teori Causal Attribution
E. Semua pilihan di atas
25. Manakah antara situasi berikut bukan bersifat self-fullilling prophecy?
A. Azizah berjaya dalam temuduga mendapatkan biasiswa kerana ibunya pernah menyatakan
bahawa dialah calon yang terbaik.
B. Malaysia sering tewas dalam Pertandingan Badminton Piala Thomas di Jakarta kerana orang
ramai dan media menganggap pemain-pemainnya sebagai juara kampung.
C. Thong Chai menjadi seorang penghibur yang hebat kerana pengurusnya mempunyai keyakinan
yang dia akan Berjaya.
D. Setelah gurunya mengatakan dia seorang pelajar yang tidak akan Berjaya dalam matematik,
Daim masih gagal dalam ujian matematiknya walaupun telah membuat persediaan yang rapi.
E. Dalam scenario politik masa ini, ahli-ahli politik masih berfikiran positif bahawa matlamat
Wawasan 2020 akan tercapai.
26. Semasa Pak Ngah sedang menyampaikan kuliahnya, kamu terdengar dua orang pelajar di
belakang kamu sedang berbual-bual mengenai masalah mereka. Kamu memasang telinga kepada
perbualan mereka. Tiba-tiba kamu tertumpu semula kepada kuliah apabila Pak Ngah berkata dan
itulah perkara-perkara yang akan ditanya dalam peperiksaan pertengahan semester nanti.
Pada peringkat proses pencerapan yang manakah perkara di atas dikaitkan?

A. Memilih
B. Melayan atau memberi tumpuan
C. Memahami
D. Mengingati
E. Mengelamun
27. Antara kaedah berikut, yang manakah yang tidak sesuai diaplikasikan untuk mengubah konsep
kendiri?
A. Mempunyai cita-cita yang sangat tinggi untuk Berjaya
B. Mempunyai persepsi tentang diri sendiri yang sebenarnya
C. Mempunyai niat atau kemahuan untuk mengubah konsep kendiri
D. Mempunyai kemahiran berimaginasi untuk mengubah konsep kendiri
E. Mempunyai teman yang setia
28. Satu daripada strategi untuk memperbaik kemahiran persepsi peribadi adalah membentuk
orentasi empati, decentning dan other-orientation. Langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk
memenuhi strategi ini adalah
A. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai situasi yang mempengaruhi tindakan
seseorang itu.
B. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang diri orang itu
C. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang diri kita sendiri
D. Memberikan sebanyak mungkin maklumat tentang diri sendiri kepada orang lain
E. Pilihan A dan B di atas
29. Faktor-faktor yang mengganggu ketepatan atribusi kita ialah
A. Keupayaan melakukan pemerhatian yang berkesan dan lengkap
B. Lengkap atau tidak sesuatu maklumat yang diterima
C. Keupayaan untuk menolak sebab-sebab lain
D. Pilihan A dan B di atas
E. Pilihan B dan C di atas
30. Nadiah : Kau dah berjumpa dengan Dr Thong Chai pensyarah baru tu?
Rosenani : Sudah, dia seorang yang kemas kerana pakaiannya bersih.
Dalam perbualan di atas, persepsi Rosenani itu lebih tepat jika dikaitkan dengan kecenderungan
persepsi bahawa
A. Kita menganggap diri kita lebih baik daripada orang lain
B. Kita dipengaruhi oleh perkara-perkara yang nyata sahaja
C. Kita berpegang teguh kepada tanggapan awal atau first impression
D. Kita selalu cenderung kepada gambaran atau impression negatif
E. Pilihan A dan B di atas
31. Satu penilaian subjektif mengenai diri kita berdasarkan kepada kemahiran bakat, rupa, dan
perbandingan diri kita dengan orang lain disebut sebagai
A. Konsep kendiri
B. Nilai kendiri

C. Imej kendiri
D. Pendedahan kendiri (self-disclosure)
E. Konsep kemandirian
32. Apakah yang dimaksudkan dengan pencerapan tertebat?
A. Pencerap kelihatan seperti memberikan perhatian sepenuhnya tetapi sebenarnya tidak
B. Pencerap menganggap komen yang didengarnya sebagai serangan terhadap peribadinya.
C. Pencerap mengelak daripada mencerap mengenai isu-isu yang berkaitan dengan diri mereka
yang mereka tidak gemari.
D. Pencerap hanya memberikan perhatian kepada orang yang bercakap mengenai perkara-perkara
yang menarik minatnya sahaja dan menolak perkara-perkara lain.
E. Pencerap sedang menunggu giliran untuk bercakap mengenai dirinya kepada orang yang sedang
bercakap.
33. Antara pernyataan berikut, yang manakah lebih mirip kepada pertanyaan yang membawa
agenda tersembunyi?
A. Mengapakah kamu suka akan Thong Chai?
B. Awak tidak gemar akan masakan saya, betul tak?
C. Kamu pinjamkan kereta saya kepada Nik?
D. Jika saya beritahu awak, adakah awak berkecil hati?
E. Adakah saya ini jelita orangnya, sayang?
34. Yusuf berkata kepada Abu, Kalau awak berdegil tidak mahu bersetuju dengan cadangan saya
ini, syarikat awak akan bankrap! Penggunaan awak lebih cenderung menggambarkan kaedah
A. Euphemism
B. Polarisasi
C. Dominan
D. Negation
E. Demonstrative pronoun choice
35. Ketika Dr Karamjit Singn menyampaikan kuliah mengenai halangan-halangan dalam
komunikasi, kamu teringat kepada perbualan kamu dengan teman serumah kamu yang sering
berakhir dengan salah faham.
Pada peringkat proses pencerapan yang manakah, perkara di atas dikaitkan?
A. Memberi tumpuan atau melayan
B. Mengingat
C. Berangan-angan
D. Memahami
E. Memberi respons
36. Melati bertanya kepada ibunya mengenai perbezaan antara bua orang lelaki yang telah datang
melamarnya. Apakah sebab utama Melati mencerap kepada penjelasan ibunya itu?
A. Untuk keseronokan
B. Untuk belajar
C. Membuat penilaian
D. Empati
E. Membuat pemeriksaan.

37. Ketika Julaihi melayan kawannya yang gagap bercerita, perhatiannya kerap diganggu oleh dua
perkara iaitu dia mungkin tidak menutup paip di bilik air di rumahnya dan dia masih belum selesai
mneyiapkan tugasan Dr Chong. Apakah jenis halangan kepada pencerapan yang sedang dialami
olehnya?
A. Mengkritik orang yang sedang bercakap
B. Gangguan luaran
C. Kadar percakapan lawan kadar pemikiran
D. Limpahan maklumat (information overload)
E. Lamunan
38. Murad : Kursus mekanik yang saya ambil itu sangat susahlah.
Tong Seng : Kau kata matematik susah? Kau belum masuk kelas
Fizik nuclear aku.
Dalam perbualan di atas, apakah jenis pencerapan yang dilakukan oleh Tong Seng?
A. Stage-hogging
B. Pencerapan palsu (pseudolistening)
C. Serang hendap
D. Pencerapan tertebat
E. Pencerapan superficial
39. Wong ternampak sebuah kereta polis di hadapan rumah jirannya. Dia berkata kepada abangnya,
Nampaknya jiran kita ada masalah undang-undang. Pernyataan Wong adalah sejenis halangan
komunikasi yang disebut sebagai
A. Kekeliruan fakta inferens
B. Penilaian statik
C. Polarisasi
D. Bahasa bias (biased language)
E. Penilaian dinamik
40. Awak ni memang lalai dan suka membuang masa! herdek Azhar kepada Salleh.
Kata-kata Azhar adalah sejenis halangan komunikasi yang disebut sebagai
A. Kekeliruan fakta inferens
B. Penilaian statik
C. Polarisasi
D. Bahasa bias (biased language)
E. Penilaian dinamik
41. Nama seseorang boleh membentuk cara orang lain berfikir, melihat dan membuat penilaian
pada dirinya. Dalam banyak kajian yang dijalankan, kesan negatif berhubung dengan nama lebih
banyak terjadi kepada golongan
A. Kanak-kanak perempuan
B. Kanak-kanak lelaki
C. Dewasa lelaki
D. Dewasa perempuan
E. Orang-orang tua

42. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa relatif?


A. Bahasa yang mempunyai lebih daripada satu definisi
B. Bahasa yang membuat generalisasi mengenai objek, perkara, idea, atau peristiwa
C. Bahasa yang mempunyai makna jika perbandingan dibuat
D. Bahasa yang mengandungi kata-kata yang menetapkan definisi atau sifat
E. Bahasa yang sukar didefinisikan
43. Mana satukah antara pernyataan berikut sangat abstrak dari segi maknanya?
A. Pak Ali sangat pemurah
B. Pak Ngah kacak orangnya
C. Mimi orangnya rajin macam semut
D. Rahul memang kacak orangnya
E. Perangai Thong Chai macam sotong
44. Bagi kebanyakan kanak-kanak perkataan hantu lebih cenderung membawa makna yang
A. Konotatif
B. Denotative
C. Ekpresif
D. Objektif
E. Subjektif
45. Pak Ngah : Laporan tugasan kami ni tak memadai. Terlalu ringkas!
Pelajar : Berapa bilangan halaman yang paling baik untuk tugasan ini, Pak Ngah?
Pak Ngah : Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
Pelajar : Apa gaya penulisan yang perlu saya gunakan, Pak Ngah?
Pak Ngah : Mestilah bersifat akademik, tetapi jangan terlalu formal. Faham?
Pelajar : Ya saya faham (Dalam hati pelajar : Grrr! Aku langsung tak faham!)
Apakah yang menyebabkan masalah perbualan di atas?
A. Bahasa ekuivokal
B. Bahasa abstrak
C. Euphemism
D. Bahasa relative
E. Bahasa kekeliruan
46. Aminah : Saya tidak suka lelaki di UPM ini. Mereka berlagaklah
Ali : Iyalahkadang-kadang tuermemang mereka tu berlagak. Tapi dia orang baik juga sebab
dia orang suka tolong wanita. Er, kalau awak tak suka mereka kenapaItulah pasal, lelaki memang
macam tutapisusahlah nak cakap sebab saya juga lelakimaaf la ye
Berdasarkan dialog di atas, apakah bentuk respons yang digunakan oleh Ali semasa berkomunikasi
secara verbal.
A. Respons bercelaru (incoherent response)
B. Respons impersonal (impersonal response)

C. Respons sekilas (Tangential response)


D. Respons bercanggah (incongruous response)
E. Respons bukan verbal (nonverbal response)
47. Morshidi yang berasal dari Sarawak biasanya menggunakan Bahasa Malaysia di pejabatnya.
Apabila dia didatangi oleh kawan-kawannya yang berasal dari Sarawak, dia mengubah bahasanya
kepada dialek Sarawak walaupun ramai kakitangan di pejabatnya berasal dari negeri-negeri lain.
Cara penyesuaian percakapan yang ditunjukkan oleh Morshidi dinamakan sebagai
A. Penumpuan
B. Percapahan
C. Penafian
D. Pemilihan kata demonstratif
E. Spectrum bahasa
48. Apabila orang bertanya pendapat kita tentang sesuatu perkara yang kita tidak gemari seperti
Sedap tak lauk ikan keli yang saya masak ini? Kita selalunya menyatakan pendapat kita secara
terselindung atau indirect dengan mengatakan Bolehlah, Ok kah dan sebagainya. Kaedah ini
dinamakan sebagai
A. Euphemism
B. Penafian
C. Jangka masa
D. Penyusunan kata
E. Spectrum bahasa
49. Pak Cik masih memanggil aku sebagai budak nakal sedangkan usiaku sudah menjangkau 25
tahun. Pak Cik memanggil aku demikian kerana 10 tahun lalu aku pernah mencuri telur ayamnya.
Pernyataan di atas menunjukkan halangan bahasa dari segi?
A. bahasa bias
B. bypassing
C. kekeliruan inferensi fakta
D. penilaian statik
E. tidak empatik
50. Aminah : Ali, macam mana nak pergi kuliah ni? Hari nak hujanlah
Ali : Memang betul sebab itulah saya bawa payung ni
Apakah bentuk respons pengesahan yang dinyatakan oleh Ali?
A. Pengakuan langsung
B. Respons meminta keterangan
C. Respons melukakan perasaan
D. Ungkapan perasaan positif
E. Compliment
51. Perkataan yang mempunyai definisi yang terhad dan tepat adalah perkataan yang mempunyai
makna
A. Konotatif

B. Denotatif
C. Bias
D. Pragmatik
E. Dogmatik
52. Berkomunikasi secara verbal menjadi sukar apabila
A. Makna bahasa yang digunakan mesti tepat
B. Orang yang bercakap menggunakan kata-kata sajak
C. Makna bahasa diinterperestasikan mengikut konteks sosial
D. Makna perkataan mengikut simantik
E. Sintaktik bahasa dipenuhi
53. Emak berkata kepada Irma, Ambil pisau di dapur. Irma memberi respons dengan bertanya,
Pisau sayur atau pisau daging?
Mana satu halangan bahasa yang cuba diatasi oleh Irma?
A. Salah faham
B. Polarisasi
C. Kesamaan
D. Ketidakjituan
E. Kecelaruan
54. Jusman : Aku lihat kau pandang tepat wajah penceramah tadi?
Mirna : Betul, aku tertarik
Jusman : Hm, apa pendapat awak tentang isi ceramah tadi?
Mirna : Begini, saya tertarik dengan mukanya yang selamba, pergerakan tangannya menegaskan isi
penting yang cuba disampaikan dan cara dia berpakaian aku rasa tak kenakurang sesuai
dengan tajuk atau isi ceramahnya.
Jusman : Er?
Berdasarkan perbualan di atas, apakah halangan mencerap yang berlaku kepada Mirna semasa dia
mendengar ceramah?
A. Agenda personal
B. Gangguan emosi
C. Terlalu kritikanl terhadap sumber
D. Gangguan luaran
E. Gangguan lamunan
55. Seorang pengarah sedang mendengar penjelasan rakan kongsi syarikat mereka mengenai
masalah pekerja mereka melalui telefon. Sambil mendengar pengarah itu turutmenulis isi-isi penting
yang bakal dibincangkan dalam satu mesyuarat nanti. Dalam situasi tersebut, apakah yang wajar
dilakukan oleh pengarah tersebut untuk meningkatkan daya pencerapannya?
A. Mendengar masalah itu
B. Berhenti menulis

C. Merespons masalah itu


D. Melihat wajah rakan kongsi itu
E. Menulis apa jua yang lebih penting
56. Suria sedang menonton filem bertajuk Ada Apa Dengan Cinta. Ketika menonton, dia mencerap
kata-kata yang dituturkan oleh pelakon wanita utama sehingga dia menangis. Di samping itu, Suria
bercadang untuk meniru cara-cara pelakon wanita itu berlakon. Dalam konteks ini, tujuan suria
mencerap adalah
A. Mendapat nikmat dan membuat penilaian
B. Empati dan mendapat nikmat
C. Menikmati dan mempelajari sesuatu
D. Membuat penilaian dan empati
E. Turut menjadi pelakon
57. Freda mendengar dengan penuh perhatian apa yang disampaikan oleh Imran dengan tujuan
memikirkan bagaimana hendak memberi respons yang berkesan tentang apa yang dinyatakan itu.
Belum selesai Imran bercakap, Freda terus mencelah.
Apakah halangan mencerap yang boleh menjelaskan situasi di atas?
A. Kadar pencerapan
B. Ketepuan maklumat
C. Gangguan emosi
D. Agenda peribadi
E. Agenda misteri
58. Saya kecewa, sepatutnya Tugasan 1 ini sudah siap dihantar kepada Pak Ngah semalam, tapi
sampai sekarang belum siap juga. Kata Aminah
Manakah respons memparafrasa yang sesuai untuk menggambarkan empati anda kepada Aminah?
A. Kenapa awak tak siapkan segera?
B. Itulah awak! Lain kali jangan lengah-lengahkan
C. Pastinya awak rasa sangat tertekan sekarang.
D. Bersabarlah, hal itu sementara sahaja
E. Jangan bimbangPak Ngah tak akan marah sebab dia lenient orangnya.
59. Komunikasi paling sesuai didefinisikan sebagai
A. Penghantaran dan penerimaan mesej
B. Perkongsian makna melalui penghantaran dan penerimaan simbol-simbol
C. Penghantaran makna daripada seseorang kepada seseorang yang lain
D. Mengenkod dan mendekod mesej
E. Semua pilihan jawapan di atas
60. Thong Chai sedang bercakap-cakap dengan burung tiong kepunyaannya. Tiba-tiba burung itu
menyanyi. Apakah peringkat komunikasi yang telah berlaku?
A. Komunikasi perspektif linear
B. Komunikasi perspektif transaksi
C. Komunikasi kemanusiaan

D. Komunikasi keburungan
E. Tiada satu pun di atas.

Anda mungkin juga menyukai