Anda di halaman 1dari 2

PBS 2012

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

SMK METHODIST (ACS) KLANG


JALAN RAYA BARAT
41000 KLANG, SELANGOR

NAMA : ___________________________________________ TINGKATAN : ___________________


KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

MENULIS
3
Memahami dan memberikan respon kepada maklumat yang didengar
dituturkan, dibaca dan ditulis.
B3 DT1 Menulis ayat dalam perenggan.
B3 DT1 E2 Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam
perenggan.

ARAHAN :
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isikan tempat kosong dalam petikan itu dengan penanda
wacana yang sesuai.
Tiba-tiba

Sebenarnya
Seterusnya

Di samping itu
Akhirnya

Akibatnya

Selain itu

Sebenarnya

Semasa waktu rehat, saya, Dass dan Kum Meng ke bawah pokok angsana di tepi padang. Kami
duduk di situ sambil makan bekalan kami. (1) __________________ , kami berbual-bual tentang
perlawanan bola sepak petang semalam.
Perlawanan antara sekolah kami dengan SMK Teluk Gadong itu sungguh hebat. (2) ____________ ,
kedua-dua pasukan sama kuat dan bermain dengan baik. Setelah pasukan lawan mendapat gol yang
pertama, pasukan kami membalas dalam masa lima minit kemudian. (3) __________________ , pada
waktu rehat kedua-dua pasukan seri dengan 1-1.
(4) __________________ , dalam babak kedua permainan menjadi lebih hebat. Bola dibawa turun
naik dari gol ke gol tetapi tiada jaringan dapat dibuat. Kedua-dua pasukan mencuba beberapa kali.
(5)__________________ , dalam dua minit yang terakhir kekasaran berlaku di depan pintu gol lawan.
Ayam tambatan pasukan kami, Azrul, ditumbuk ketika dia hendak menanduk bola ke dalam gol lawan.
Kejadian itu mencetuskan pergaduhan.
(6) __________________ , pengadil melayangkan kad merah kepada dua orang pemain pasukan
lawan. (7) __________________ , pengadil juga member tendangan penalty kepada pasukan kami.
Azrul seperti biasa menyudahkan tendangan itu dengan mudah. Pasukan kami menang dengan
jaringan dua gol.
(8) __________________ , itulah kali pertama pasukan kami dapat mengatasi pasukan SMK Teluk
Gadong. Sudah lima tahun kami kalah atau seri sahaja dengan pasukan mereka. Perbualan kami
terhenti apabila loceng berbunyi. Kami pun berlari ke kelas kami.
NK @ 2012 PBS BMT1 | B3DT1E2-R

PBS 2012

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

JAWAPAN :
1 Di samping itu
2 - Sebenarnya
3 Akhirnya
4 Seterusnya
5 Tiba-tiba
6 Akibatnya
7 Selain itu
8 Sebenarnya

NK @ 2012 PBS BMT1 | B3DT1E2-R

Anda mungkin juga menyukai