Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

BAHASA ARAB
TINGKATAN 1

BAHASA ARAB TINGKATAN 1

MATLAMAT KURIKULUM BAHASA ARAB


Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah untuk membolehkan murid memperolehi empat kemahiran
berbahasa iaitu; mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran ini dipraktiskan berdasarkan kepada skop dan situasi tertentu,
memperkayakan murid dengan kosa kata, asas tatabahasa, morfologi dan prosa terpilih, serta meningkatkan keupayaan mereka
menggunakan bahasa Arab dengan betul dan membentuk keperibadian mereka dengan nilai-nilai murni dan akhlak mulia.
OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA ARAB
Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah ialah untuk membolehkan murid:
1)

Mendengar, memahami dan membicarakan tentang siaran-siaran dalam bahasa Arab.

2)

Bertutur dengan fasih dan lancar dalam situasi-situasi tertentu.

3)

Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan.

4)

Menulis dalam pelbagai tema dan bentuk penulisan serta memahami kandungannya.

5)

Menguasai kemahiran menulis dalam tiga bentuk kaligrafi Arab ( Khat ); Nasakh, Ruqah dan Thuluth mengikut kaedah yang betul.

6)

Menghafal dan memperdengarkan asas pola morfologi dan mahfuzat terpilih berbentuk puisi, kata-kata hikmah dan perumpamaan.

7)

Menguasai asas tatabahasa Arab serta mampu mengaplikasikannya.

8)

Menguasai sekurang-kurangnya 1500 kosa kata Arab serta mampu menggunakannya dengan tepat.

BAHASA ARAB TINGKATAN 1

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

Mengetahui, memahami dan memberi respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
dalam situasi tertentu.

Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul dan tepat terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan
ditulis dalam situasi tertentu.

Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul dan tepat dengan berhemah tinggi terhadap perkara yang
didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam situasi yang tertentu.

BAHASA ARAB TINGKATAN 1

KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN
BERTUTUR

BAHASA ARAB TINGKATAN 1

BAND

DESKRIPTOR

Mengecam, mengeja, mengajuk, menyebut dan mengesan huruf hijaiyyah


tunggal dan bersambung yang didengar dengan betul.

Mengeja, menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan yang didengar


dengan betul dan tepat.

Menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan dan frasa yang didengar
serta mampu menyebut contoh yang lain dengan betul dan tepat.

Menyebut dan memahami perkataan, frasa, ayat mudah, mahfudzat terpilih


dan tasrif fiil yang didengar serta mampu menggunakannya dalam ayat dan
menyebut contoh yang lain dengan betul dan tepat.

Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkara


yang didengar dengan fasih dan lancar secara lisan dengan tatabahasa yang
betul.

Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkara


yang didengar dengan fasih dan lancar, tekal dan berterusan secara lisan
dengan tatabahasa yang betul.

KEMAHIRAN

MEMBACA

BAHASA ARAB TINGKATAN 1

BAND

DESKRIPTOR

Mengajuk dan menyebut huruf hijaiyyah tunggal dan bersambung yang dibaca
dengan betul.

Mengeja, menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan yang dibaca


dengan betul dan tepat.

Mengeja, menyebut dan memahami perkataan dan frasa yang dibaca serta
mampu menyebut contoh yang lain dengan betul dan tepat.

Menyebut, dan memahami perkataan, frasa, ayat mudah, mahfudzat terpilih


dan tasrif fiil yang dibaca serta mampu menggunakannya dalam ayat dan
menyebut contoh yang lain dengan betul dan tepat.

Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkara


yang didengar dengan fasih dan lancar secara lisan dengan tatabahasa yang
betul.

Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkara


yang didengar dengan fasih dan lancar, tekal dan berterusan secara lisan
dengan tatabahasa yang betul.

KEMAHIRAN

MENULIS

BAHASA ARAB TINGKATAN 1

BAND

DESKRIPTOR

Menyalin semula huruf hijaiyyah tunggal dan bersambung yang dibaca dengan
betul.

Mengeja, menulis dan memberi makna perkataan yang ditulis dengan betul
dan tepat.

Mengeja, menyebut dan memahami perkataan dan frasa yang dibaca serta
mampu memberi contoh yang lain secara tulisan dengan betul dan tepat.

Menulis dan memahami perkataan, frasa, ayat mudah, mahfudzat terpilih dan
tasrif fiil serta mampu memberi contoh yang lain dengan betul dan tepat.

Menulis dan memahami ayat mudah dalam situasi tertentu serta mampu
menggunakannya dalam ayat dan menyebut contoh yang lain dengan betul
dan tepat.

Menulis dan memahami ayat mudah dalam pelbagai situasi serta mampu
menggunakannya dalam ayat dan menyebut contoh yang lain dengan betul,
tepat, tekal dan berterusan.

Anda mungkin juga menyukai