Anda di halaman 1dari 29

KUMPULAN

I
N
YA

i
lm
i
H

m
Ki

ra
r
a

ng
i
h
AyatCTransformasi
Dan Ayat Majmuk

q
f
a
Sy

Ayat
Transformasi

Ayat Transformasi
Disebut juga sebagai ayat terbitan bermaksud

penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi


hukum atau rumus transformasi.
Rumus transformasi berfungsi untuk
mengubah aturan atau struktur ayat serta
menggugurkan atau memperluas sesuatu
unsur dalam ayat atau frasa.
Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat
dilakukan melalui proses transformasi yang
mengakibatkan pengguguran, penyusunan
semula dan peluasan.

Proses Pengguguran
Satu proses transformasi yang berlaku pada

struktur ayat yang mengakibatkan


pengguguran unsur-unsur tertentu daripada
binaan ayat itu.
Pengguguran boleh berlaku pada bahagian

subjek ataupun predikat ayat seperti contohcontoh yang berikut:

a) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat
perintah. Dalam ayat perintah jenis suruhan, kata ganti nama diri
orang kedua sebagai subjek ayat boleh digugurkan dan ini tidaklah
menjejaskan maksud ayat tersebut seperti contoh yang berikut:

Kamu semua jangan bising.

-Jangan bising!
Murid-murid bangun.
-Bangun!

b) Pengguguran subjek frasa nama yang

serupa dalam ayat majmuk. Jika subjek


ayat terdiri daripada frasa nama yang
serupa, maka subjek, frasa nama yang
kedua itu boleh digugurkan dan ayat
tersebut boleh digabungkan untuk
menghasilkan ayat majmuk gabungan
seperti contoh yang berikut:
Dia berjaya. Dia berusaha bersungguh-sungguh.

- Dia berjaya kerana dia berusaha bersungguhsungguh.


- Dia berjaya kerana berusaha bersungguhsungguh.

serupa dalam ayat majmuk. Jika predikat


ayat terdiri daripada frasa kerja serupa,
maka predikat frasa kerja yang kedua itu
boleh digugurkan dan ayat tersebut
boleh digabungkan untuk menghasilkan
ayat majmuk gabungan seperti contoh
yang berikut:
Rina bekerja di Putrajaya. Dila bekerja di

Putrajaya.
- Rina bekerja di Putrajaya dan Dila bekerja di
Putrajaya.
- Rina dan Dila bekerja di Putrajaya.

d) Pengguguran (oleh + Frasa Nama) dalam


ayat pasif seperti contoh yang berikut:
Halaman rumah kami telah dibersihkan oleh abang.

-Halaman rumah kami telah dibersihkan.


Pendapat mereka semuanya ditolak oleh pengerusi.

- Pendapat mereka semuanya ditolak.

Proses Penyusunan Semula


Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah

susunannya dan diterbitkan semula dalam


satu struktur ayat gramatis yang baharu.
Proses ini secara langsung akan

mengakibatkan perubahan pada kata-kata


tertentu serta penggantian kata-kata lain
pada ayat yang diterbitkan.

a) Penyusunan semula frasa nama


sebagai subjek. Proses ini
melibatkan transformasi ragam ayat
aktif kepada ayat pasif seperti
contoh yang berikut:
Pekedai itu mengira harga barang.

-Harga barang dikira oleh pekedai itu.


Anggota polis mengawasi kesesakan jalan raya.

-Kesesakan jalan raya diawasi oleh polis.

sebagai objek. Objek tepat dalam ayat


asal dipindahkan ke bahagian akhir ayat
dengan didahului oleh kata sendi nama
kepada, dan kata kerja yang berakhir
dengan imbuhan i digantikan dengan
akhiran kan. Contoh :
Atikah mengirimi sahabatnya sebungkusan hadiah.

- Atikah mengirimkan sebungkusan hadiah kepada


sahabatnya.
Ayah menghadiahi ibu sebentuk cincin berlian.

- Ayah menghadiahkan sebentuk cincin berlian


kepada ibu.

c) Penyusunan

semula melalui ayat


sonsang. Proses ini berlaku apabila
unsur keterangan tersebut hendak
difokuskan dengan cara keterangan
ini diletakkan di hadapan ayat.
Contoh :
Mereka duduk di atas kerusi rotan.

- Di atas kerusi rotan mereka duduk.


Dia akan ke universiti jika lulus cemerlang.

- Jika lulus cemerlang dia akan ke universiti.

Proses Peluasan
Berlaku melalui penambahan unsur-unsur

dalam ayat yang baharu.


Dalam bahasa Melayu, terdapat 3 jenis

peluasan, iaitu peluasan subjek frasa nama,


peluasan frasa predikat dan peluasan
menggunakan kata hubung.

yang terdiri daripada frasa nama boleh


diperluas dengan memancangkan satu ayat
yang lain kepada subjek ayat asal melalui
penggunaan kata relatif yang. Proses ini
boleh berlaku jika kedua-dua subjek ayat itu
serupa seperti contoh yang berikut :
Kereta itu kepunyaan saya.

Kereta itu baru dibeli.


- Kereta yang baru dibeli itu kepunyaan saya.
Bunga itu bunga mawar merah.
Bunga itu berbau harum.
- Bunga yang berbau harum itu bunga mawar
merah.

melibatkan frasa predikat boleh berlaku


jika frasa nama dalam ayat yang hendak
dipancangkan itu berfungsi sebagai
subjek kepada ayat pancangan tersebut
seperti contoh yang berikut :
Ahmad membeli rumah itu.

Rumah itu besar.


- Ahmad membeli rumah yang besar itu.
Guru memarahi budak itu.

Budak itu nakal.


- Guru memarahi budak yang nakal itu.

c) Peluasan menggunakan kata hubung.


Peluasan juga boleh berlaku melalui
proses penggabungan ayat dengan
menggunakan kata hubung tetapi,
walaupun, jika dan sebagainya seperti
contoh yang berikut :
Kita tidak boleh menonton wayang.

Kita tidak ada tiket.


- Kita tidak boleh menonton wayang jika tidak ada
tiket.
Dia pergi bekerja.

Dia tidak sihat.


- Dia pergi bekerja walaupun tidak sihat.

Soalan
1. Apakah maksud ayat transformasi?
2. Apakah fungsi rumus transformasi?
3. Apakah maksud proses pengguguran?
4. Apakah maksud proses penyusunan semula?
5. Sila nyatakan 3 jenis proses peluasan.

Ayat
Majmu
k
Free Powerpoint Templates

Ayat Majmuk
Ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang

dicantumkan menjadi satu ayat.


Menyebabkan ayat majmuk itu mempunyai lebih daripada dua
subjek atau lebih daripada dua predikat.
Juga boleh terdiri daripada sederetanh ayat tunggal yang
dicantumkan menjadi satu mengikut kaedah tertentu sehingga
menjadikannya atay baharu seperti contoh yang berikut:
- Anita menbaca buku sambil mendengar radio.
-Kami membuat kerja sekolah semasa adik tidur di dalam bilik.
-Dia memakai baju yang dijahit oleh ibunya.
Ayat-ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat yang
disambungkan oleh unsur yang disebut kata hubung.

Ayat Majmuk
Ayat 1
Anita membaca buku.
Kami membuat kerja
sekolah
Dia memakai baju.

Kata Hubung
(sambil)
(semasa)
(yang)

Ayat 2
Anita mendengar radio.
Adik tidur dalam bilik.
Baju dijahit oleh ibunya.

Ayat majmuk dibahagi kepada 3 jenis iaitu:


-Ayat majmuk gabungan.
-Ayat majmuk pancangan.
-Ayat majmuk campuran.

Ayat majmuk gabungan.


Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang
digabungkan menjadi satu dengan menggunakan kata
hubung gabungan, iaitu dan, tetapi, atau, lalu, sambil dan
sebagainya.
Contoh :
-Murid-murid menari dan menyanyi.
-Pokok kelapa tinggi tetapi pokok langsat rendah.

Ayat majmuk gabungan = Ayat 1 + kata hubung + Ayat 2


Jenis ayat majmuk ini juga boleh terdiri daripada tiga, empat atau

lima ayat yang digabungkan menjadi satu ayat, terdiri daripada


ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya (biasanya tidak boleh
dicampuradukkan), contoh:
-Murid-murid menari dan menyanyi. (ayat penyata)
-Janganlah berangan dan termenung sahaja! (ayat perinth)
Ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama dan
berulang, maka unsur yang sama itu boleh digugurkan, contoh :
(a) Anjing itu menggigit kakinya.
(b) Anjing itu lari.
=Anjing itu menggigit kakinya lalu lari.
(a) Ali suka mata pelajaran Sejarah.
(b) Ahmad suka mata pelajaran Sains.
=Ali suka mata pelajaran Sejarah tetapi Ahmad suka Sains.

Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada dua jenis berdasarkan

penggunaan kata hubung yang berbeza, iaitu:


(i) Gabungan yang susunan faktanya berurutan satu demi satu
(ii)Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan
fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan itu.

Gabungan yang sususan faktanya berurutan satu demi satu


Kata hubung yang digunakan seperti dan, lalu, lagi, serta, sambil dan

sebagainya. Contoh:
-Murid-murid berbaris lalu ke padang.
-Penonton bersorak sambil bertepuk tangan.

Gabungan yang susunannya memberikan maksud


pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan itu
Kata hubung yang digunakan seperti tetapi, sebaliknya, melainkan,

padahal dan sebagainya. Contoh:


-Dia makan ubat setiap hari tetapi penyakitnya masih belum sembuh.
-Dia berjawatan tinggi, padahal kelulusannya tidak seberapa.

Ayat Majmuk Pancangan


Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang kedudukannya

tidak setara, iaitu ada ayat-ayatnya yang tidak boleh berdiri sendiri.
Ayat jenis ini terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau
beberapa ayat kecil yang disebut ayat pancangan.
Ayat-ayat ini dipancangkan dengan menggunakan kata hubung
seperti yang dan bahawa dan kata hubung yang membawa unsur
keterangan.
Ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis
(i) Ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif)
(ii)Ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen)
(iii)Ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan)

Ayat Majmuk pancangan relatif (ayat relatif)


Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan

perkataan yang. Contoh:


-Wanita itu memakai barang kemas yang mahal.
-Kanak-kanak yang comel itu anak buah saya.
Proses pemancangan ayat di atas seperti:
-Wanita itu memakai barang kemas. Barang kemas itu mahal.
Wanita itu memakai barang kemas + barang kemas itu mahal.
Wanita itu memakai barang kemas yang mahal.
-Kanak-kanak itu comel. Kanak-kanak itu anak buah saya.
Kanak-kanak itu comel + kanak-kanak itu anak buah saya.
Kanak-kanak yang comel itu anak buah saya.

Ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen)


Berbeza daripada ayat relatif dari segi hubungan ayat-ayat kecil

dengan ayat induk adalah bagi melengkapkan kata kerja yang


terdapat dalam ayat induk tersebut.
Penggunaan kata hubung bahawa dan untuk bertujuan untuk
menandakan hubungan tersebut. Contoh:
-Dia mengakui (sesuatu)
Anaknya itu nakal
Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal.
-Agak sukar untuk mereka melarikan diri.

Ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan)


Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu kecil

atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada


predikat.Contoh:
-Kita mesti berjimat cermat agar senang di kemudian hari.
-Beg itu sudah tiada ketika saya masuk tadi.

Menggunakan kata hubung seperti agar, ketika, jika, sewaktu, oleh

sebab, lantaran, meskipun, bagaimanapun, namun, semasa,


sehingga, jikalau, sekiranya, supaya dan sebagainya.
Proses pemancangan seperti:
-Kita mesti berjimat cermat(ayat induk)
senang kemudian hari (ayat keterangan)
Kita mesti berjimat cermat agar senang di kemudian hari.
-Beg itu sudah tiada(ayat induk)
saya masuk tadi (ayat keterangan)
Beg itu sudah tiada ketika saya masuk tadi.

Ayat majmuk Campuran


Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu yang

terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau


dengan beberapa jenis ayat majmuk. Contoh:
-Samad masih menonton televisyen tetapi kawan-kawannya yang
sudah mengantuk telah lama tidur.
Ayat majmuk campuran ini terdiri daripada satu ayat tunggal, iaitu
Samad masih menonton televisyen diikuti oleh satu ayat majmuk
yang menggunakan kata relatif yang, iaitu yang sudah mengantuk,
manakala ayat induknya ialah kawan-kawannya telag lama tidur.
Ayat tunggal tersebut dihubungkan dengan ayat majmuk itu
menggunakan kata hubung tetapi.

Soalan
1. Apakah itu ayat majmuk?
2. Ayat majmuk boleh dibahagikan kepada berapa jenis?

Dan apakah jenis-jenis tersebut?

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai