Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS TEKNIK, BANDAR ENSTEK
71760 NEGERI SEMBILAN

TUGASAN PROJEK

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Nama

: Siti Khadijah binti Muftar

No. K/P

: 880711-01-5240

Program
Ambilan
Nama Pensyarah

: DPLI SM (KDC) SABK


: NOV 2013
: EN. ABDUL HAMID BIN TAN

PROFIL

Nama

: Siti Khadijah Bt Muftar

Ic

: 880711-01-5240

Alamat

: N0 24 Kg Baru Sri Aman,


Jln Makmur, 81300 Skudai, Johor.

No Tel

: 013 6289817

Tarikh Lahir : 11 Julai 1988


Email

: khadijahskm@gmail.com

Nama Bapa : Muftar Bin Abdullah


Nama Ibu

: Faridah Bt Salim

1.0 LATAR BELAKANG

Keindahan panorama alam sekitar yang dinikmati di muka bumi ini akan pudar
sekiranya manusia tidak menjaga dan memuliharanya sebaik mungkin. Ini kerana, manusia
dan alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian disebabkan ia
saling berkaitan di antara satu sama lain. Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam
sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan
boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di chernoby,
ukraine telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi
ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa
berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang
perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara
perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar,
kesesakan lalu lintas di bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan
tanah tanih. Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora
dan fauna juga turut diberi perhatian.
sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting
untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira
ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan
menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan
hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan
menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan
masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan
pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut. Pelbagai
usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak
swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan perundangan namun
hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan
kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang
dijalankan ini dapat mengenal pasti punca, kekangan dan masalah tersebut dan seterusnya
mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut.

2.0 ISU ALAM SEKITAR

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka (dbp) mengatakan bahawa pencemaran
adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap . Arus pembangunan ke
arah menjadikan malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi.
Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial
telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di
kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut
timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat.
Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi pos dipang
di kampar, perak, tanah runtuh di genting highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah
mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam
menjaga alam sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara
meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar .

Isu tanah

runtuh

kerap

tersiar dalam media elektronik.

kali

terpampang

Isu tanah

runtuh

didada
ini bukan

dada

akhbar

sahaja

atau

menjadi

bualan masyarakat sama ada di warung warung kopi, di jabatan jabatan kerajaa malahan
telah

mendapat

perhatian

oleh pemimpin

pemimpin

masyarakat.

Persoalannya,

mengapakah isu tanah runtuh berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua
pihak dan jalan penyelesaian harus dicari untu merungkaikan kebimbangan masyarakat
terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan
terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung. Faktor yang berpotensi
menyumbang kepada tanah runtuh boleh dibahagikan kepada faktor alam dan faktor
manusia. Faktor-faktor alam adalah berkait dengan jenis bahan dan ketebalan,
geomorfologi, pemendakan, dan pemototongan cerun. Faktor-faktor manusia termasuk
pengubahsuaian

cerun,

puncak

cerun

overloading,

pengubahsuaian

saliran,

dan

pemindahan tumbuh-tumbuhan. Tanah runtuh berpunca daripada kegagalan bahan tanah


atau batuan yang tidak dapat bertahan dari satu kedudukan akibat beberapa faktor tertentu.
Oleh itu, proses susutan jisim tanah berlaku pada permukaan bumi. Faktor-faktor kejadian
tanah runtuh ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.

Antara faktor-faktor yang menjadi punca kejadian tanah runtuh ialah aktiviti
penebangan hutan tanpa kawalan. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun,

penerokaan dan penebangan hutan terpaksa dilakukan untuk tujuan pertanian, perumahan,
membina infrastruktur dan sebagainya. Akar-akar tumbuhan yang akan menstabilkan cerun
yang mengikat zarah-zarah tanah. Evapotranspirasi oleh tumbuh-tumbuhan juga boleh
mengurangkan tekanan liang dalam jangka masa tertentu dengan menyingkir air tanah.
Oleh itu, pemindahan tumbuh-tumbuhan dapat menyebabkan kestabilan terganggu.
Bagaimanapun, ia adalah hanya bahagian atas tanah iaitu distabilkan oleh tumbuhtumbuhan. Di dalam hal pokok-pokok besar, pengukuhan cerun oleh akar pokok dan
penambahan pemuatan di cerun oleh kuasa angin. Apabila penebangan hutan dilakukan,
maka akan menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan dan mewujudkan struktur
tanah yang longgar dan tidak stabil kerana tiada pelindung atau tanaman penutup bumi
hingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Hal ini menjadi lebih parah apabila adanya
pembalakan haram, penerokaan tidak berlesen dan juga pertanian yang tidak sistematik.
Jelaslah bahawa penebangan hutan merupakan faktor kejadian tanah runtuh.
Selain itu, kejadian tanah runtuh juga berpunca daripada aktiviti penggondolan bukit
untuk pembangunan di kawasan tanah tinggi. Aktiviti pemotongan dan penambakan yang
tidak mengambil kira factor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah atau batuan,
darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan boleh mengundang
kepada tragedi ngeri. Tanah yang digondolkan akan menyebabkan struktur tanah menjadi
tidak stabil dan boleh menyebabkan berlakunya gelongsoran tanah yang memungkinkan
meragut nyawa dan kehilangan harta benda. Penggondolan dilakukan untuk pembinaan
hotel, perumahan dan pembinaan lebuh raya. Oversteepening dan pemotongan cerun
biasanya berlaku di jalan raya, pembinaan kejuruteraan dan pembinaan landskap.
Pemotongan cerun biasanya terjadi untuk membina bangunan-bangunan atau laluan
kenderaan. Amalan ini mengalihkan sokongan lateral dan melemahkan cerun, ini akan
membawa kepada tanah runtuh di banyak kawasan (pomeroy, 1982; schuster dan krizek,
1978). Jelaslah bahawa, penggondolan yang tidak terancang boleh menyebabkan
berlakunya tanah runtuh.
Faktor seterusnya, yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh ialah
fenomena alam. Kita sedia maklum bahawa fenomena alam bukanlah dicipta oleh manusia
tetapi manusia boleh merancang dan bersedia menghadapi fenomena alam menggunakan
kaedah saintifik dan moden. Kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan
menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak. Tanah akan menjadi
longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah. Tanah menjadi lemah dan mudah runtuh.
Pada kebiasaannya, pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti
takungan atau larian air yang banyak. Kesannya akan berlaku tanah runtuh terutamanya di

lereng-lereng bukit. Antara fenomena alam yang menjadi punca tanah runtuh ialah banjir,
gempa bumi, hujan lebat dan sebagainya.

3.0 LANGKAH ATAU SARANAN

Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan


negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan
pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan
supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan
pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah
memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang. Pemuliharaan Sumber juga
perlu bagi mengawal isu ini. Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada
masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan
sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi.
Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan
memberi perhatian kepada faktor intangible seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.
Seterusnya ialah meningkatkan kesedaran rakyat. Sungguhpun kesedaran rakyat
tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum
mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar
semata-mata untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat
kaitannya dengan usaha pembangunan. Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang
tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan
melanggar peraturan alam sekitar. Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang
menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya
melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi
sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang
berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya. Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut
bertanggungjawab dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan
semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam
sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa
apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.
Jika ditelusuri secara mendalam , antara langkah yang pragmatik ialah melalui
peranan yang dimainkan oleh syarikat-syarikat pemaju . Syarikat-syarikat pemaju perlulah
meneliti secara mendalam mengenai kawasan yang ingin dijadikan lokasi pembinaan serta
tidak bersikap tergopoh gapah sebelum membangunkan sebarang pembangunan di
kawasan tersebut . Mereka hendaklah melakukan pemeriksaan terlebih dahulu . Hal ini
demikian untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku . Pemaju juga
disarankan agar mendirikan bangunan atau tapak perumahan di tanah yang lapang dan
rata. Mereka perlu mengelakkan membina rumah atau bangunan di kawasan yang berbukit

bukau serta di kawasan yang berdekatan dengan sungai . Hal ini demikian kerana kawasan
tersebut berisiko tinggi dalam mengundang berlakunya tanah runtuh . Bak kata peribahasa
Melayu sediakan payung sebelum hujan . Jelaslah bahawa peranan yang dimainkan oleh
syarikat pemaju amatlah penting bagi mengatasi kejadian tanah runtuh yang mampu
meragut nyawa penduduk Malaysia .
Kita juga memerlukan proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita.
Langkah yang berkesan perlu diambil dalam memastikan mesej yang jelas mengenai
unsure-unsur pemuliharaan alam sekitar yang betul dapat disampaikan kepada setiap
anggota masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita terus terpelihara. Setiap
anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri
masing-masing, kerana kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Jika
semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing
dan bekerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar, pastinya alam sekitar kita akan dapat
diselamatkan dan dipelihara sepenuhnya.
Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh telah menjadikan imej negara ini terjejas
dengan teruknya. Lantaran itu, kerjasama semua pihak terutama pihak pemaju perumahan
amat diperlukan agar tidak membina projek mereka di kawasan yang berisiko tinggi seperti
kawasan berbukit. Ketiadaan kerjasama atau kedegilan pihak-pihak tertentulah yang
menyebabkan masalah ini sukar untuk dikekang oleh kerajaan kita. Bak kata orang tua-tua,
nasi sudah menjadi bubur yang mengingatkan kita bahawa semua yang berlaku sudah
terlewat untuk dikesali kecuali kita sedar lalu bertindak mengatasinya dengan lebih awal.

4.0 REFLEKSI
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanu Wataala dan
junjungan besar Nabi Muhammad kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang
untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan menuntut ilmu dunia . Tanpa belas
kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakan Tugasan
Kerja Kursus Pendidikan Alam Sekitar. Memang benarlah kata pepatah Melayu, Kalau Tak
Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya. Begitu juga dengan saya, jika saya tidak
mencanai usaha untuk menyiapkan tugasan ini, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala
kadar asalkan siap sahaja. Walau apa rintangan dan dugaan mendatang, saya tetap ingin
melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat tugasan yang ingin dicapai
akan terlaksana.
Sebelum mempelajari subjek Pendidikan Alam Sekitar di kampus, pandangan saya
terhadap pengetahuan dalam ilmu alam sekitar adalah kurang mendalam. Malah, saya
mengambil ringan hal-hal yang berkaitan dengan alam sekitar contohnya penebangan
pokok-pokok, pembakaran secara terbuka, pembuangan sampah yang keterlaluan di
sungai-sungai dan sebagainya. Namun, semua itu berubah apabila saya membuat tugasan
untuk menyiapkan kerja kursus mengenai isu pencemaran alam sekitar. Dalam tugasan ini
saya di minta untuk mengkaji isu pencemaran alam sekitar dan langkah pencegahan.
Saya menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat melalui pembacaan buku.
Hal ini kerana pusat sumber hanya di buka hanya pada waktu pejabat dan saya pula
mempunyai kelas bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 8.30 malam. Selain itu, saya juga
menghadapi

kesempitan

waktu

dalam

menyiapkan

tugasan

ini

kerana

kepadatan jadual yang terlalu penuh dengan kelas yang wajib dihadiri mengikut jadual yang
disediakan. Tambahan pula dengan kesibukan mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi
peperiksaan akhir semester 2 pada 16,17, dan 18 disember 2014. Dalam menyiapkan
tugasan ini, saya mendapati beberapa kelebihan dan kebaikan yang saya perolehi
antaranya saya dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada. Selain itu tugasan ini juga
meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
disamping mengekalkan usaha pembangunan mampan di Malaysia. Alam sekitar yang tidak
tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi
keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktivitiaktivitipembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Oleh itu, kewajipan menjaga kebersihan alam sekitar adalah terletak sepenuhnya di
tangan kita. Sudah tiba masanya setiap anggota masyarakat membuang sikap tak apa'
dalam diri masing-masing untuk melindungi dunia daripada melakukan pemusnahan
terhadap alam sekitar secara berterusan. Ia merupakan tugas dan kewajipan akhlak kita di
muka bumi ini untuk menjaga dan memelihara alam sekitar kita sebagaimana ia telah
memberi pelbagai manfaat kepada kita berabad lamanya. Setiap anggota masyarakat perlu
sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri masing-masing, kerana
kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Jika semua anggota masyarakat
bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama untuk
menyelamatkan alam sekitar, pastinya alam sekitar kita akan dapat diselamatkan dan
dipelihara sepenuhnya.
Elbert Hubbard pernah berkata , kebijaksanaan ialah keupayaan untuk bertindak
pada masa yang benar-benar tepat . Jika kita tersilap langkah, kita diibaratkan ,
menconteng arang ke muka sendiri . Oleh sebab itu , kita janganlah mengambil sesuatu
tindakan secara sambil lewa ibarat melepaskan batuk di tangga kerana apabila nasi sudah
menjadi

bubur

,kita

hanya

akan

menyesal

buat

selama-lamanya

BIBILIOGRAFI
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru pendidikan alam sekitar
merentas kurikulum KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Kursus Pendek
Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohammad Zohir Ahmad & Nordin Abdul Razak. (2007). Pendidikan Alam Sekitar di
Sekolah: Komitmen Guru Vol 7 : University Sains Malaysia.
UNESCO-UNEP. (1978). Final Report: Intergovernmental Conference on Environmental
Education. Paris, France: UNESCO.
Mohd Rozali Othman, Mohd Talib Hj. Latif & Tai Kek Siong. (2006). The Malaysian Journal of
Analytical Sciences Vol 10 No 2 (2006): 191-196: AIR LARIAN SEBAGAI PENUNJUK
PENCEMARAN. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zarina Law Abdullah & Abdul Latif Ahmad. (2009). HEHE1103 Pengenalan Pendidikan
Kesihatan. Selangor : Open Universiti Malaysia.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai