Anda di halaman 1dari 6

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang
dibina daripada nilai murni tersebut .

1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.


Nilai Murni: mematuhi peraturan.
Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.

2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.


Nilai Murni: bertanggungjawab
Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa
tanggungjawab.

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak


itu.Mengapakah adik menangis? tanya pengawas itu.
Nilai Murni: perihatin
Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di
sekeliling kita.

4. Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya
sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli
makanan, jawab budak itu sambil menangis.
Nilai Murni: berterus-terang.
Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar
pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.

5. Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk
kamu. Mari ikut abang. kata pengawas itu.
Nilai Murni: memberi pertolongan.
Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di
bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Contoh 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun.
Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus
berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah
menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka
menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka
berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buahbuahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari,
Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari
sekolah.

Pengajaran

1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.


2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.

Contoh jawapan

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk


pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika
ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan
menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda
orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan
mencemarkan nama baik keluarga.

Contoh 2

Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing.


Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada
Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah,
Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga,
memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua
pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh
kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong
meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adikadiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia
bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang
ringan tulang.

JAWAPAN

1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.


2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.

Contoh 3

Tema : Murid yang bersikap negative

Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian
yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng
berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan.
Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah
mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak
disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka
hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang
melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah

didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan
dengannya. Mereka takut pada Jamil.

JAWAPAN

1. Kita perlu menepati masa


2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru

Cadangan masa menjawab Bahagian C


20 minit

Membuat Ulasan
Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.
Tidak kurang 50 patah perkataan atau tidak melebihi 50 patah perkataan.
Cara Menjawab Soalan

Baca dan fahami situasi.


Gariskan kata kunci dalam soalan.
Sediakan rangka karangan. Catatkan

nilai-nilai murni atau pengajaran yang

terdapat dalam teks.


Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan

Contoh:

Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan
ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan
bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman
dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku.
Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau
mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan
ceria

Senaraikan nilai murni/pengajaran/amalan baik yang terdapat dalam petikan

Bangun awal pagi disiplin diri


Menolong ibu di dapur
Bersarapan bersama kasih sayang
Bersalam menghormati orang tua
Rajin / tidak suka membuang masa
Suka kepada kebersihan

BAHAGIAN C Cara menulis.


Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
Ini, kita mestilah(huraian/contoh).
Seterusnya, kita haruslah
.(huraian/contoh)
Di samping itu, kita hendaklah
(huraian/contoh)..
Selain itu, kita mestilah .
..(huraian/contoh).

Akhirnya, kita wajarlah.(huraian/contoh)

..

Anda mungkin juga menyukai