Anda di halaman 1dari 9

Dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 20062010 yang bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang

dengan minda
kelas

pertama,

banyak

isu-isu

semasa

pendidikan

yang

dihadapi

oleh

guru. Semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini
menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
Dalam konteks perguruan, profeison menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran
untuk keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja
dalam bilik darjah namun di sekolah secara amnya. Bekas perdana Menteri Tun Dr.
Mahatir telah mengeyorkan Wawasan 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 kepada
guru adalah menwujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, mewujudkan dan membangunan masyrakat
demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral etika, liberal dan
bertolak ansur, saintifik dan progresif,mempunyai daya perubahan

tinggi dan

memandang ke depan, masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Dengan itu,


guru memainkan peranan yang penting dalam mencapai hasrat Wawasan 2020
dalam menghasilkan insan modal yang berakhlak mulia. Profesion Keguruan cukup
mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru terhadap agama, bangsa dan
Negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang bertanggungjawab memastikah
Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya.
Pendidikan memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi
Negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga membuktikan bahawa
mereka mampu mengimbangkan kewujudan intergrasi kaum nasional bagi menjamin
dan kesejahteraan Negara. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan da
keberhasilan guru terhadap tanggungjawb, kelengkapan, keilmuan dan keperibadian
disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan professional.
Murid pecah gegendang telinga ditampar guru, begitulah tajuk berita akhbar
Berita Harian bertarikh 17 Ogos 2012. Apabila berita ini menjadi tatapan masyarakat,
pelbagai andaian, tuduhan dilemparkan kepada guru tersebut khasnya dan komuniti
guru amnya. Persoalan yang biasanya akan dibincangakan di kedai-kedai kopi atau
tempat-tempat rehat aedalah Kenapa guru tersebut melakukan sedemikian rupa ?
dan guru tersebut gila? Jarang sekali kita mendengar pandangan yang membela
atau mempertahankan guru tersebut. Guru tersebut umpama digantung tidak bertali
oleh lapisasn masyarakat yang cetek pemikiran dan nipis ilmunya tanpa usul periksa
dan tanpa mendengar luahan daripada guru tersebut. Adakah guru tersebut benarbenar gagal mengawal emosinya dan bertindak sedemikian tanpa ada sebarang nilai
rasional dalam dirinya? Ataupun guru tersebut bertindak sedemikian kerana
provokasi yang dilakukan oleh murid tersebut dan rakan-rakannya? Persoalan ini

telahpun dijawab oleh masyarakat yang saya percaya rata-rata akan menyalahkan
guru tersebut kerana tindakannya dan melupakan semua jasa guru tersebut
mendidik anak-anak muridnya sebelum ini. Denganitu,kesyangtelahberlakuini

telahmembuktikanbahawapadazamankini,paragurusentiasamenghadapicabaran
yanglebihketaradengantuntutandaripadaibubapa,masyarakat,pihakpengurusan
sekolah dan kementerian demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Selain itu,
pelbagaireformasidalambidangpendidikandanmasalahmasalahsepertimasalah
muriddanbebanankerjapastiakanmenyebabkantekananstresdikalanganguru.
Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan dan
kestabilan di Negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting
untuk memacu pembangunan Negara kita bagi mencapai status Negara maju
menjelang tahun 2020. Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu
menghasilkan

golongan

cendiakawan

yang

berkualiti

hendaklah

diberikan

penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung dan tidak langsung


menyumbang

kepada

pembangunan

Negara

yang

dinamik

mampan

dan

menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada


produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan
cabaran dunia global yang memerlukan pendidikan melonjak ke satu tahap yang
baru dan tidak hanya selesa berada di takuk yang lama.
Sistem pendidikan yang pesat berubah dalam usaha untuk merealisasikan
wawasan 2020 dan keinginan untuk bersaing dengan Negara-negar lain amat
memberi kesan banyak kepada para guru. Guru berdepan dengan pelbagai cabaran
semasa yang memerlukan mereka untuk bekerja lebih produktif dan melakukan
tugas dengan lebih berkualiti. Cabaran yang tidak dapat ditangani oleh guru akan
menyebabkan stress dan dan mengangu kualiti kerja guru. Stres di kalangan guru
merupakan satu halangan kepada produktivi kerja yang baik dan memberi kesan
kepada fizikal dan psikologikal guru (Payne & Firth, 1987). Dalam usaha untuk
melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik terutamanya para guru
adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian wawasan 2020 negara iaitu
untuk menjadi Negara yang maju dan setaraf dengan Negara-negara maju yang lain.
Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih cekap, lebih kreatif dan
mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka. Untuk mendapatkan
prestasi kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh melakukan tugastugas mereka tanpa tekanan dan tanpa dibebankan tugas-tugas yang lain.
Lambatkan tugas-tugas lain seperti kerja perkeranian terhadap guru akan
menganggu prestasi kerja mereka dan menyebabkan mereka mengalami tekanan

emosi. Antara lain, tugas guru juga termasuk membantu pelajar mendapat pencapian
akademik yang baik dan membantu mereka mempunyai nilai-niali murni. (Koch,et
al.1982). Guru juga diminta menanamkan kebolehan berdikari kepada pelajar dalam
usaha mereka memperolehi pengetahuan (Lee, 1999).
Peningkatan ketidakhadiran kerja,pusing ganti yang tinggi dan persaraan
awal merupakan antara sebab mengapa banyak di kalangan guru berkaitan dengan
tekanan emosi, stes dan burn out. Stres memberi kesan kepada masalah kesihatan
mental dan fizikal dan mempengaruhi keberkesanan hubungan guru dengan pelajar
dan juga mutu pendidikan(Weisberg & Sagie, 1999). Sres juga menyumbang kepada
penurunan tahap tenaga guru dan penglibatan tugas yang semakin berkurangan
(Lewis,1999). Stres yang keterlaluan dan tidak dikawal akan menyebabkan burn out
di kalangan guru. Kesan burn out adalah lebih memudaratkan daripada kesan stress
seperti kepuasan kerja yang berkurangan, hubungan guru-murid dan guru yang
renggang, motivasi guru yang berkurangan dan pengurangan keberkesanan guru
dalam memenuhi matlamat pendidikan. Stres memberi kesan kepada interaksi guru
dengan murid dimana ia boleh menyumbang kepada ketidakselesaan hubungan
dengan murid-murid sehingga menyebabkan guru bertindak secara tidak wajar
terutama apabila pelajar-pelajar menghasilkan kerja yang tidak baik dan tidak
bertingkahlaku dengan baik (Nelson et al 2001).
Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum
melainkan ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya
itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu
persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala
terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti
menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat
negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa
melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan
dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di
luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari.
Sememangnya peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru
bukan sahaja mengajar dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di
dalam kelas tetapi dia juga diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas yang lain.
Antaranya adalah sebagai pengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid, perancang
program-program, agen perubahan, penyelidikan, fasilitator, penilai dan banyak lagi.
Apabila sesi persekolahan menuju ke penghujungnya pada setiap tahun, guru
sekolah perlu mendapat semakin banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Sementara tugas-tugas tersebut semakin bertambah, tugas seperti pemeriksaan

tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan dihadapi oleh guru selain melaksanakan
tugas rutin iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru akan berasa beban dan
seterusnya akan mengalami tekanan emosi yang serius.
Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan
perbatuan yang dicatu mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi
diganti sebagai cuti rehat pada keesokan harinya. Namun, bagi kebanyakan guru,
beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari mereka sudah memilih
kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu,
penyelesaian yang wajar harus dicari bagi meringankan beban ini kerana jika stres
atau tekanan berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan tidak bijak untuk
menguruskannya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit tertentu yang akan
menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan
negatif kepada murid.
Antara penyakit-penyakit yang berpunca akibat mengalami tekanan stres
adalah sakit jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Merujuk
kepada isu guru tersebut telah mengalami kesukaran tidur sehingga dia mengamuk.
Kesukaran tidur atau dikenali sebagai insomnia adalah salah satu penyakit yang
berpunca daripada tekanan stres.
Selain itu, terdapat juga banyak punca yang menyebabkan kes sebegini
berlaku. Antaranya adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif. Suasana kerja
adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ruang kerja yang sempit dan
sesetengah kelas yang terlalu panas dan tidak selesa boleh menimbulkan
ketidakselesaan kepada guru berbanding dengan individu lain yang bekerja di
tempat yang berhawa dingin. Tambahan pula, kemudahan-kemudahan sekolah yang
tidak mencukupi untuk keperluan diri dan pelajarnya terutamanya sekolah-sekolah di
kawasan pedalaman akan menyebabkan guru tersebut semakin stres.
Selain itu, kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang sentiasa menjadi
cabaran kepada seseorang guru juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan guru mengalami tekanan emosi. Murid sentiasa melakukan pelbagai
aksi untuk menarik perhatian guru tentunya akan menimbulkan masalah serta
memberikan kesan kepada emosi guru dan lama-kelamaan ia akan menjadikan guru
berasa stres.
Punca-punca peribadi juga merupakan guru mengalami tekanan emosi.
Keadaan kesihatan guru terjejas ataupun berlakunya kemalangan dan kematian
dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan guru tersebut mengalami tekanan
emosi yang seirus. Selain itu, hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja
adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ia merupakan satu sokongan

kepada guru tersebut. Jika berlakunya perselisihan faham akibat masalah


komunikasi yang tidak berkesan maka ini boleh menyebabkan stres terhadap guru
tersebut.
Pada zaman kini, taraf hidup yang semakin tinggi telah menjadi keperluan
yang biasa bagi semua orang. Oleh itu, perbelanjaan kehidupan seharian amatlah
memerlukan wang yang secukupnya. Kita sering diberitahu bahawa gaji guru adalah
rendah berbanding dengan profesion yang lain. Dengan itu, masalah kewangan telah
membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru. Ini telah menyebabkan
dia sukar untuk menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik kepada diri dan
keluarga mereka. Maka, masalah kewangan ini akan menyebabkan guru mengalami
tekanan stres.
Berdasarkan punca-punca yang telah dibincangkan, banyak usaha dan
rancangan untuk mencari penyelesaian yang sesuai hendaklah dijalankan agar
mengatasi masalah beban guru sekolah agar isu ini tidak akan berterusan dan
menjadi semakin serius. Jika tidak, ia akan membawa kesan yang buruk sehingga
guru tidak suka akan kerja mereka dan secara tidak langsung ia mampu membawa
kesan buruk yang akan menjejaskan imej keguruan. Maka, pihak yang berkenaan
haruslah bekerjasama dan mengambil berat terhadap isu-isu guru mengalami
tekanan emosi akibat bebanan kerja.
Dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak
untuk menangani masalah beban tugas guru. Salah satunya adalah Kesatuan
Perkhidmatan Pengurusan Perguruan Kebangsaan (KPKK) telah memohon supaya
skop kerja guru dapat dispesifikan dan kebajikan guru dapat diutamakan. Selain itu,
kemudahan asas sekolah perlu lengkap dan program pemprosesan data dapat
diringkaskan serta penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau
pelajar

dapat

dilaksanakan

secara

berpusat.

Bukan

sahaja

begitu,

pihak

Perkhidmatan Pengurusan Perguruan Kebangsaan (KPKK) juga mencadangkan


agar mewujudkan jawatan pembantu murid untuk membantu urusan kerja-kerja
perkeranian dan mengasingkan guru akademik dan guru sukan agar guru dapat lebih
fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.
Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban
guru dan berusaha mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah
tersebut. Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan
Menteri Pendidikan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban
tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara dan
diharapkan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan bebanan guru.

Selain itu, tokoh akademik termasuklah bekas Ketua Pengarah Pelajaran,


Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah meminta mengkaji mewujudkan jawatan
pembantu guru bagi membantu guru di setiap kelas bagi melakukan tugas
pentadbiran dan perkeranian. Dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mencari penyelesaian dengan melatih dan menghantar pembantu pentadbir di
sekolah bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas seperti tugas
perkeranian dan menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas sekolah oleh
pembantu pentadbir sememangnya dapat mengurangkan masalah beban kerja guru.
Dengan ini, guru juga dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Bukan sahaja begitu, pihak kerajaan juga telah berusaha menaik taraf
infrastruktur dan kemudahan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman agar
menyediakan suasana persekitaran kerja yang kondusif bagi guru. Dengan usaha
sebegini, maka stres di kalangan guru dapat dikurangkan. Bagi seseorang guru yang
mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, beliau seharusnya dapat memiliki
penampilan yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran
atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan
sahaja memerlukan penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu
sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan.
Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan
masalah yang dapat membantu seseorang guru menangani masalah tekanan emosi
yang dihadapinya secara rasional, seterusnya merancang cara penyelesaian secara
sistematik.
Selain itu, sebagai seorang guru, beliau juga seharusnya dapat menguasai
kemahiran pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja
menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang penting telah mengabaikan
tanggungjawab yang lain sehingga mereka berasa tugas mereka tidak dapat
diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami
masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa
dapat membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting
dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya, seseorang guru perlu
merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang individu yang secukupnya
untuk kegunaan diri.
Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh
mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat membantu meredakan reaksi fizikal
terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi seperti

aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus nafas dengan
perlahan-lahan yang boleh menangani stres.
Bukan sahaja begitu, seseorang guru patut mengekalkan cara hidup yang
sihat dan seimbang dengan bersenam, makan makanan yang sihat, mempunyai tidur
yang cukup dan tidak meminum air beralkohol kerana badan yang sihat dapat
meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang seimbang,
seseorang guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi atau aktiviti
rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka
terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi
yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan
berkesan, maka mereka dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan
emosinya. Di samping itu, ia juga dapat memahami reaksi yang diberi. Maka, dengan
cara ini dapatlah seseorang guru itu mengendalikan masalah dan tekanan emosi
dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau perlu menjalin
hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar dapat berkongsi masalah yang
dihadapi. Merujuk kepada kes guru tersebut, guru berkenaan sepatutnya
menjelaskan dan membincangkan masalah bisikan misteri yang telah dihadapi
olehnya kepada rakan sejawat yang lain agar dapat sokongan yang baik untuk
mencari cara penyelesaian yang lebih berkesan.
Seseorang guru yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali
tekanan dan stres dengan baik. Oleh itu, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan
juga merupakan salah satu cara bagi seseorang guru untuk menangani masalah
tekanan stres kerana agama dapat memberi sumber harapan atau menjadi
pegangan kepada seseorang apabila diperlukan. Golongan yang bekerja termasuk
guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia
dapat memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan.
Dengan ini, penampilan guru dari segi sifat rohaniah dan kejiwaan dapat
dipertingkatkan. Guru tersebut juga akan lebih bersifat tenang dan mempunyai emosi
yang mantap serta optimistik dalam kehidupan.
Selain itu, seseorang guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya
dan memupuk sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu
pengetahuan

mengenai

bidang

atau

profesion

yang

diceburinya

demi

memartabatkan lagi profesion keguruan. Beliau juga seharusnya dapat memahami


kekuatan dan kelemahan dirinya. Sementara itu, fikiran yang positif patut disemai
dalam kalangan guru agar mereka dapat bersiap sedia menghadapi sebarang

masalah dan bersikap terbuka untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya


dalam bidang pendidikan.
Bukan sahaja begitu, seseorang guru perlulah sentiasa bertanggungjawab
dan memahami akauntabilitinya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara
serta rakan sejawat dan profesion keguruan agar dapat menunjukan prestasi yang
terbaik ketika bekerja terutamanya menjalankan peranannya untuk menyampai ilmu
pengetahuan dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar
murid-murid dapat mencapai objektif yang optimum.
Pihak pengurusan sekolah pula harus berperanan untuk membantu guru
dalam menghadapi sebarang tekanan, konflik dan isu. Pihak berkenaan perlu sedar
akan kepentingan pemantauan ke atas tahap stres guru dari semasa ke semasa dan
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan masalah tersebut.
Contohnya, pihak pengurusan di sekolah perlulah mengenal pasti guru-guru yang
mempunyai potensi mengalami tahap stres yang tinggi. Seterusnya, pihak sekolah
boleh bekerjasama dengan kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat Pelajaran
Daerah dan di Jabatan Pelajaran Negeri agar mengadakan sesi pertemuan untuk
membantu guru yang berkenaan untuk memahami dirinya dan orang lain, seterusnya
mendapatkan alternatif terbaik yang boleh dilakukan dalam menangani sebarang isu
khususnya yang berkaitan dengan tekanan.
Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat beban
kerja kerana globalisasi dan modenisasi dalam bidang pendidikan. Dengan
tanggungjawab guru semakin mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini
telah menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan terdapat segelintir
guru tidak dapat tekanan kerja dengan sebaik mungkin sehingga menjejaskan
kesihatannya. Oleh itu, pengurusan tekanan emosi memerlukan kemahiran yang
mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan terutamanya
dalam kalangan guru kerana kegagalan mengawal tekanan boleh membawa kesan
yang buruk bukan sahaja kepada individu tetapi juga imej organisasi. Selain itu,
pihak berkenaan juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan
beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop kerja guru. Para
guru perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam
dunia pendidikan hari ini bagi mengelakan diri terus berada dalam keadaan stres dan
menjejaskan karier diri sebagai seorang guru. Cabaran dan peranan guru kini
bertukar sering dengan peredaran masa. Guru perlu lebih bersedia dan peka dalam
melahirkan idea dan menyampaikan ilmu serta menggunakan situsasi pembelajaran
secara cekap dan berkesan. Guru juga harus berfikiran luas dengan mengadunkan
aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas. Guru

erat moden harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik dan perlu bijiak
mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmu kepada masyarakat.
Guru haruslah bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran yang ada pada
masa kini. Guru juga perlu menghapuskan sikap negative dalam melaksanakan
tugas-tugas yang diamalkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Seseorang guru yang
berjaya menhayati tanggungjawabnya akan dapat menangani cabaran dalam dunia
pendidikan pada hari ini. Guru-guru yang mempunyai etika guru yang baik akan
sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik dan ini merupakan semangat untuk
seseorang guru dalam menangani cabaran profesion. Sebagai contohnya, guru perlu
bersyukur kepada Tuhan dan menghindari larangan Tuhan serta sentiasa beriltizam
semangat berbakti. Guru yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan seharusnya
memahami kekuatan dan kelemahan yang ada. Selain itu, guru perlu sentiasa ingat
tanggungjawabnya terhadap profesion guru. Oleh itu, guru haruslah mendidik dan
mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangasa, warna,
jantina, bahasa, agama,kepercayaan

politik, tempat asal keluarga, intelek dan

akademik. Guru perlu bertindak laku baik agar dapat menjadi contoh yang baik
kepada pelajar. Tuntasnya, guru perlu menghayati etika guru dalam mengatasi
cabaran yang dihadapi pada masa kini.

Anda mungkin juga menyukai