Anda di halaman 1dari 11

1. Jelaskan teori-teori kedatangan lslam ke Alam Melayu.

Nyatakan TIGA kesan


pengaruh Tamadun lslam dalam Tamadun Melayu.
Pengaruh kedatangan Islam ke Tanah Melayu meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap kebudayaan di Tanah Melayu khususnya Malaysia. Pengaruh ini dapat dilihat dari lima
aspek :
1. Pendidikan tidak formal
2. Pendidikan formal
3. Kesenian
4. Gaya hidup
1. PENDIDIKAN TIDAK FORMAL
Pendidikan tidak formal terawal adalah melalui asuhan keluarga. Penekanannya
ialah nilai moral, pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. Kanakkanak mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian, perikanan, kraftangan,
pertukangan. Ibu bapa turut mengajar hal agama, adat, sopan santun. Nilai murni diterap
melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan jenaka yang memberi teladan dan pengajaran.
Pantang-larang dan adat dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di
hadapan orang tua. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun, teka teki, peribahasa dan
sebagainya. Contoh cerita teladan bagi masyarakat di Malaysia:
Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang
paling cerdik di dalamhutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang
kepadanya untuk meminta pertolonganapabila mereka menghadapi masalah.
Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan,
tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada
bila bila masa saja. Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan
untuk mencari makanan. Oleh keranamakanan di sekitar kawasan kediaman
telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencaridi luar kawasan
kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan
Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha
mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil
berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa
membuang

masa

Sang

Kancil

terus

minum

dengan

sepuas-

puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga


Sang Kancil. Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila
terasa penat ia berehat sebentar dibawah pohon beringin yang sangat rendang
di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalamhatinya "Aku mesti
bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelahkepenatannya
hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan
dedaunkegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan
yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang

masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat


menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir
Sang Kancil.Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk
menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang
Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai.
Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk
mendapat

cahaya

matahari.Tanpa

berlengah-lengah

lagi

kancil

terus

menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang
Buaya, apa khabar kamu pada hariini?" buaya yang sedang asyik menikmati
cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang
menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya
lagi"Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil
"Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil,
Sang Buaya tidak sabar lagi inginmendengar khabar yang dibawa oleh Sang
Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak
sampaikan". Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya
menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja
Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama
Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman
telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka
bumi ini."Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk
memanggil semua kawanaku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil
sudah berangan-angan untuk menikmatibuah-buahan. Tidak lama kemudian
semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul ditebing sungai. Sang
Kancil

berkata

"Hai

buaya

sekelian,

aku

telah

diperintahkan

oleh

NabiSaulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman


akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah
kamu merentasi sungai bermuladaripada tebing sebelah sini sehingga ke
tebing sebelah sana".Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya
daripada Nabi Sulaiman semua buaya segeraberatur tanpa membantah. Kata
Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil
sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang
pertamadi tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua
tiga lekuk, jantan betina akuketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah
sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai.
Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing
sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian,

tahukah kamu bahawa aku telah menipukamu semua dan tidak ada hadiah
yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman". Mendengar kata-kata Sang Kancil
semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah ditipu oleh kancil.
Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila
bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara
sehingga hari ini. Sementaraitu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan
terus meniggalkan buaya-buaya tersebut danterus menghilangkan diri di dalam
kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak
ranum itu.
2. PENDIDIKAN SECARA FORMAL
Pendidikan formal adalah hal berkaitan keagamaan di rumah, istana, masjid,
surau,madrasah dan pondok. Di rumah guru,pendidikan al-Quran diajar melibatkan anak
-anak berusia 7 hingga 15 tahun. Manakala di istana,menurut Sejarah Melayu, pusat
pengajian agama terdapat di istana Melaka. Sultan Mansur Syah telah menerima
pengajaran Islam daripada

Maulana Abu Bakar. Ramai ulama menetap di Melaka

antaranya orang Arab, Parsi, Gujerat, kerana pengaruh pemerintah Melaka. Kitab al-Dur al
Manzum (kitab Tasawuf) merupakan kitab sangat terkenal di istana Melaka hingga ke istana
kerajaan Johor. Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah turut disimpan di
istana Melaka. Ilmu politik dan pentadbiran negara juga diajar di istana. Manakala di masjid
dan surau, kanak-kanak diajar ilmu tajwid, fikahdan bacaan sembahyang, orang dewasa
pula belajar ilmu fikah, usuludin, hadis tasawuf pada tahap lebih tinggi. Pengajian pondok
pula menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama dan berkhidmat kepada
masyarakat. Pondok terkenal terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong), Terengganu
(Pondok Pulau Manis)dan Kedah (Pondok Titi Gajah). Pelajar akan belajar sehingga 10
tahun sebelum tamat pengajiannya. Wujud juga sistem madrasah yang diperkenalkan oleh
Bani Saljuk di Iraq. Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara
kelas. Pendidikan madrasah ini mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan,
pengkhususan. Ia diawasi oleh Mudir (Guru Besar) dan diselia oleh sebuah lembaga.
3. KESENIAN
Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya. Keindahan ini dapat dilihat
daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni tampak. Pada zaman Islam wujud seni bina
seperti seni bina masjid yang terdapat ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, bumbung,
Masjid terkenal contohnya Masjid

Kg. Laut Kelantandan Masjid Tengkera Melaka.

Manakala istana raja pula dilengkapi dengan balairung, tempat bersemayam, balai istiadat
contohnya istana Melaka. Rumah-rumah pula mempunyai seni ukiran tumbuhan, geometri.

Seni epigrafi pula adapada batu bersurat dan batu nisan. Seni khat atau kaligrafi juga
digunakan sebagai hiasan di Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata wang.
Seni persembahan yang merangkumi tarian, muzik, nyanyian dipersembahkan dalam
majlis perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan. Selain itu, tarian pengaruh
Arab seperti tarian dabus di Perak, tarian inang di istana Melaka serta tarian zapin. Seni
muzik yang dapat dilihat pula seperti seni dikir diiringi rebana dan kompang. Sebagai
contoh, tarian zapin yang diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari
Yaman. Zapin merupakan tarianMelayu yang berasaskan kesenian ArabParsi yang telah
disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud gerak kaki daripada perkataan
alZafn. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan
langkah kaki penarinya.
Zapin menumpukan pada langkahan kakidengan posisi kaki selalu tertutup dan
tidak merendah. Kebanyakan posisi badanselalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi
tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan
mahupun kiri beradadi bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu
untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti salam dan
assalamualaikum, kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan
budi pekerti. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai irama
tarian. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di
Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang
mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih
tradisional sifatnya. Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya
usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana,
gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin
namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang
dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.
4. GAYA HIDUP
Aspek terakhir yang dapat dilihat adalah dari aspek gaya hidup. Perubahan
adatistiadat pemerintah dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan,bacaan
ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah, perlantikan penggantisultan sebelum istiadat
pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah.Perubahan akhlak rakyat, contohnya,
ibu bapa amat dihormati, jiran dianggap seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti
Pak Long dan Mak Long,apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu
rendah. Adab berziarah juga terbentuk seperti seseorang perlu memberi salam dan tuan
rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak - kanak mencium tangan

orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum, bacaan
bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum. Majlis perkahwinan dan berkhatan
diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong - royong,
bekerjasama dan perpaduan.

2. Senaraikan 10 prinsip lslam Hadhari dalam usaha pelaksananannya untuk


kesejahteraan dan pembangunan Modal insan di Malaysia.
1. Keimanan dan ketakwaan kepada llahi
2. Kerajaan Adil dan Beramanah
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
4. Penguasaan llmu Pengetahunan
5. Pembangunan Ekonomi yang Komprehensif dan Seimbang
6. Kehidupan Berkualiti
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
8. Keutuhan Budaya dan Moral
9. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
10. Kekuatan Pertahanan
3. Berdasarkan prinsip ke- 4 penguasaan ilmu pengetahuan, jelaskan dengan
contoh, tujuh kepentingan penguasaan ilmu dalam pelbagai masa kini.

Prinsip ke-4 iaitu Penguasaan llmu Pengetahuan, kerajaan sentiasa


menganjurkan

rakyatnya agar sentiasa menguasai ilmu pengetahuan. Islam

mewajibkan umatnya untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. Dalam konteks
Malaysia, jalinan hubungan etnik akan menjadi lebih padu sekiranya masing-masing
melihat signifikan hubungan etnik dalam konteks ilmu dan realiti, bukannya emosi,
perasaan dan prasangka.
Dialog tamadun atau dialog antara agama akan berlaku dengan wujudnya
interaksi individu. Nabi Muhammad s.a.w banyak menggunakan dialog dan hikmah
ketika berhujah dengan orang Musyrikin Mekah. Orang Melayu tidak mempunyai
masalah dalam interaksi tamadun. Agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan
Kristian dapat berkembang di Kepulauan Melayu kerana pemahaman orang Islam
berasaskan ilmu al-Quran yang mementingkan toleransi dan menerima hakikat
kepelbagaian agama dan keturunan dan hidup bersama dalam kerukunan, aman dan
damai kecuali pada waktu darurat. Orang Melayu juga menerima bahasa kelompok
etnik lain walaupun bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Pakaian
kebangsaan yang berasaskan kemelayuan diterima oleh semua kelompok etnik
walaupun setiap kelompok etnik mempunyai pakaian etnik masing-masing. Kerana
Islam mengharuskan mengambil makanan yang halallah, orang-orang Melayu boleh
menerima makanan orang asing (yang halal) seperti makanan segera Barat (asal
daripada Barat), Char Koay Teaw (asal daripada China) dan Tosai (asal daripada
India). Semua ini diterima oleh orang lslam berasaskan pemahaman ilmu.
Tamadun India yang masyhur dengan falsafah dan matematik, tamadun
China dengan ilmu hisab, perpuluhan dan aritmatik dan tamadun Islam yang
menampilkan konsep angka dan meletakkan asas dalam matematik moden dan
bidang astronomi cerapan telah bersama-sama menjayakan interaksi tamadun hasil
daripada penguasaan ilmu pengetahuan. Maka kelompok etnik Cina, India dan
Melayu dan lain-lain sepatutnya tidak mempunyai masalah memperkukuh hubungan
etnik di Malaysia hasil daripada interaksi sains dan teknologi dan interaksi budaya
tamadun masing-masing terdahulu. Penguasaan ilmu pengetahuan adalah faktor
pembentukan dan kesinambungan kejayaan ketiga-tiga tamadun di atas. Ungkapan
Arab, Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China membuktikan dua aspek;
pertama interaksi dan dialog tamadun, kedua; transmisi ilmu dan pengejaran ilmu
pengetahuan.
YAB Perdana Menteri juga telah menawarkan Malaysia sebagai focal point
untuk mengadakan usaha-usaha perbincangan terbuka berkaitan Islam. [Ucapan
PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005] Maksudnya ialah
sebagai pusat dialog antara agama ataupun dialog peradaban. Usaha yang lebih

perlu dilipatgandakan oleh berbagai pihak bermula daripada masyarakat awam,


pemimpin masyarakat, pemimpin tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi
pendidikan untuk mengadakan dialog antara Muslim dan bukan Islam. Dialog,
perbincangan dan interaksi sebenarnya menambahkan ilmu pengetahuan dan
maklumat tentang hakikat kelompok etnik dan agama-agama lain. Ruang-ruang
untuk perbincangan mestilah dibuka dan dikendalikan dengan keadaan yang baik
dalam suasana dan semangat setia kawan. YAB Perdana Menteri telah melahirkan
keYAB Perdana Menteri telah melahirkan keakinannya semangat setiakawan. YAB
Perdana Menteri telah melahirkan keyakinannya: lslam sebenar yang toleran,
berkebajikan dan yang utama mengajarkan keamanan antarabangsa, keselamatan
dan kerjasama akan melonjak. Orang-orang lslam di mana-mana sahaja bukan
sahaja mempunyai kewajipan untuk mengembalikan kegemilangan lslam, bahkan
menganjurkan rasa saling bersama antara satu sama lain di kalangan agama-agama
di dunia.: (Ucapan YAB Perdana Menteri, Asia Society of Australia Sydney, Australia,
8 April 2005). Apa yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri adalah berlandaskan
kepada ajaran lslam yang menganjurkan keamanan,kedamaian dan kesejahteraan.
4. Merujuk kepada prinsip ke 5 Pembangunan Ekonomi yang seimbang dan
komprehensif, jelaskan dengan contoh, tujuh strategi yang perlu diusaha oleh
pihak pemerintah untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di
dalam Negara.
Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum yang sentiasa hidup
dalam aman dan harmoni, penuh dengan perasaan saling menghormati dan
bertoleransi. YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa perkara ini tercapai
bukanlah

secara

kebetulan

tetapi

menerusi

pengurusan

hubungan

etnik

berlandaskan perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan dan penumpuan


kepada pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang
seimbang. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan pembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula masyarakat harus dilihat juga signifikannya dari sudut
hubungan etnik. Pencapaian DEB yang diharapkan iaitu 30 peratus pemilikan
Bumiputera dalam semua bidang dan peringkat ekonomi akan memobilasikan
Bumiputera untuk bergerak maju dan berdaya saing seiring dengan bukan
Bumiputera.
Status social dan pendapatan Bumiputera diharapkan akan setara dengan
bukan Bumiputera. Objektif penyusunan semula masyarakat yang menyumbang

kepada pengukuhan hubungan etnik akan dapat direalisasikan. Sebab itu, DEB
harus dilihat signifikannya daripada sudut hubungan etnik.
Pelan dan strategi pembangunan jangkamasa pendek dan panjang akan
memberi impak yang positif kepada keutuhan perpaduan kaum. Antara dasar
berkaitan ialah seperti Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Ekonomi Baru
(DEB), Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, Dasar Pertanian
Nasional Ketiga (1998-2010), Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan
Luar Bandar, Dasar Urbanisasi Negara (DUN), Dasar Sains dan Teknologi Negara
dan

Dasar

Pendidikan

Kebangsaan.

Pembentukan dan kejayaan integrasi nasional sepatutnya juga dilihat kepada


pelaksanaan dan kejayaan Dasar Sosial Negara, Dasar Pembangunan Negara,
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
secara komprehensif di mana setiap komponen masyarakat majmuk dan kerajaan
turut sama menyumbang dan berbakti. Semua dasar negara akan tercapai sekiranya
orang Islam memahami bahawa asas keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi adalah
pemangkin

kepada

kehidupan

bermasyarakat

dan

bernegara.

5. Huraikan secara ringkas latar belakang kehidupan, kronologi kejayaan


pendidikan dan sumbangan tiga tokoh tamadun IBNU SINA dan KUNG FU
TZE. Jelaskan kepentingan hasil dari sumbangan sumbangan tokoh tersebut
kepada dunia sejagat dengan contoh.
Konfusianisme diasaskan oleh tokoh Kung Fu Tze yang lebih dikenali seagai
konfusius (551 SM-479 SM). Beliau lahir di negeri Lu, di China Timur. Konfusius
menyertai kerajaan Lu sejak muda dan menjelang usianya 50 tahun, beliau
mencapai

status

pegawai

tinggi.

Namun

akibat

komplot

politik,

Beliau

kemudiannya terpaksa meletakkan jawatan dan berada dalam buangan. Beliau


kemudiannya menjelajah dari satu negeri ke satu negeri bagi merealisasikan
reformasi politik dan sosialnya, namun tidak berjaya.Akhirnya, beliau kembali ke
Lu dan meninggal dunia (Fung Yu-Lan,2006: 43).
Konfusius menganggap pendidikan tanpa penjensian merupakan satu
prinsip memecahkan tradisi golongan kaum bangsawan. Fungsi pendidikan dilihat
begitu penting sekali bersama dengan politik dan ekonomi. Kondusius
menganggap politik, hukuman, akhlak dan tatasusila sebagai alat yang penting

untuk mentadbir Negara. Beliau menganjurkan pendidikan akhlak sebagai teras


perkembangan

manusia.

Tujuan

pendidikan

adalah

unutk

membentuk

cendiakawan dan orang budiman. Peranan orang budiman adalah tiga perkara:
i.
Mempelajari ilmu
ii.
Memperbaiki diri
iii.
Mentadbir manusia
Peranan Shi pula adalah merupakan pembantu kepada orang budiman
dan penglibatan dalam pengajaran serta kerja-kerja lain. Di samping itu Shi juga
merupakan bakal menjadi Jun Zi. Konfusius membahagi Shi kepada tiga kategori:
i.
ii.
iii.

Orang yang boleh memegang tugas politik dan diplomatik.


Orang yang mempunyai kualiti banyak akhlak Xiao dan Di.
Orang
yang
mempunyai
amanah
serta
sanggup
melaksanakannya.

Isi kandungan dalam pendidikan konfusius menganjurkan Liu Yi sebagai bahan


pengajaran iaitu Shi (kitab puisi), Shu (kitab sejarah), Li (kitab muzik), Yi (kitab
perubahan) dan Chunqiu (kitab sejarah Chunqiu).
Konfusius menekankan dalam proses pengajaran, prinsip pengajaran dan
kaedah pengajaran. Dia menganggap dalam proses pembelajaran ada empat ciri
iaitu:- banyak mendengar, banyak melihat, banyak bertanya, banyak mengenali.
Konfusius juga menekankan sikap yang sikap yang jujur dalam pembelajaran.
Beliau berkata: Tahu katakan tahu, tidak tahu katakana tidak tahu, itu adalah ilmu
pengetahuan. Beliau juga berkehendakan pelajarnya jangan melakukan empat
jenis kesalahan iaitu jangan suka buruksangka, jangan terlalu pasti, jangan terlalu
bertegas dan jangan terlalu keakuan (Lun Yu, Zi Si 9:4)
Di samping itu beliau menegaskan dalam pembelajaran kita
hendaklah mengelak daripada sikap yang merasa segan untuk bertanya sesuatu.
Dalam bahasa cina perkataan ilmu pengetahuan (Xue Wen) adalah gabungan
daripada perkataan belajar (Xue) dan perkataan Tanya (Wen). Konfusius juga
menyatakan dalam pembelajaran kita tidak mempunyai guru yang tetap. Oleh
sebab itu, beliau berkata: Di antara tiga orang berjalan, pasti diantaranya ada
seorang boleh menjadi saya (Lun Yu, Shuer 7: 22).
Tokoh lbnu Sina pengaruhnya sebagai seorang failasuf dan doktor
perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun
Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai
himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak
mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan
pembedahan.

lBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna


mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin
Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi
Ushaybiah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan
Propinzi Bukhara Afghanistan. Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman
kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak
formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10
tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat
18 tahun Ibnu Sina telah menjadi Doktor Di Raja. Disamping itu, Ibnu Sina jiga
telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu.
Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf
dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa
kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib
ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya
termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik,
syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.
lbnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan
dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai
ilmu

perubatan

psikosomatics

psychosomatic

medicine.

Beliau

memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis)


untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak seimbangan
humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih
dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan
Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari
Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan
Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai
tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :
a. Kuat atau denyutan yang lemah.
b. Masa antara denyutan.
c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui
dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.
Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit
mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau
boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:

Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa
itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak
teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses
tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga
disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina Jika anda tidak dapat mengubat
penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan
syariah maka buatlah.(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang
pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis)
adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan
dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul
darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas
jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini
dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang Ilmu Perubatan. Banyak
karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi.
Qanun Fitt Tibb adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di
Eropah pada zaman Renaissance. Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh
yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah
menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad
17 M.

Anda mungkin juga menyukai