Anda di halaman 1dari 7

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3063)

REFLEKSI
MINGGU 1 (14 & 15 Januari 2015)
NAMA: Nur Nadiah Binti Mohd Yassin
KUMPULAN : PISMP Pengajian Agama 2113
Pada semester 5 ini, dalam bidang Pengajian Profesional, matapelajaran Budaya dan
Pembelajaran iaitu EDU 3063 merupakan kursus yang wajib diambil oleh semua guru pelatih
semester 5 sebagai Komponen Teras dalam PISMP. Oleh itu, Encik Awang Razali Bin Awang
Karim merupakan pensyarah bagi matapelajaran EDU 3063 ini.
Bermula pada minggu pertama semester ini, pensyarah memulakan sesi kuliah dengan sesi
taaruf bersama rakan sekelas saya. Setelah itu, pensyarah mengajar kami tajuk pertama dalam
matapelajaran ini iaitu Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia. Berdasarkan kuliah
tersebut, pensyarah menerangkan tentang pengertian dan konsep budaya. Melalui penerangan
tersebut terdapat pelbagai pandangan yang dilontarkan daripada pengkaji masyarakat dan
budaya. Antaranya Koentjaraningrat (2002), Robert Bierstedt, Piddington, Alfred Kroeber dan
Clyde kluckhohn, Herskovits, E.B Tylor dan Aziz Deraman (1994).
Melalui pandangan-pandangan tersebut dapat saya simpulkan bahawa budaya merupakan
suatu yang penting untuk dipelajari, dihayati dan difahami oleh seseorang individu lebih-lebih
lagi sebagai seorang guru. Hal ini kerana budaya merupakan satu aspek yang luas yang
merangkumi pelbagai unsur utama antaranya ialah agama dan kepercayaan, bahasa, kesenian,
sistem ekonomi dan sebagainya. Di negara kita Malaysia ini terdapat pelbagai kelompok budaya
yang wujud. Oleh itu, pengetahuan tentang budaya ini amat penting untuk membina masyarakat
yang bersatu padu dan bertamadun. Dengan adanya pengetahuan dan pemahaman saya sebagai
bakal guru tentang budaya ini, saya akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid
agar nilai-nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri mereka.
Selain itu, pensyarah juga menerangkan tentang komponen budaya iaitu material dan bukan
material. Melalui penerangan ini dapat saya perolehi bahawa peralatan dan kelengkapan seperti

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3063)

rumah dan pakaian merupakan antara budaya material. Manakala kepercayaan, lagu dan tarian
tradisional merupakan budaya bukan material. Melalui penerangan ini dapat saya simpulkan
bahawa setiap apa yang digunakan atau diamalkan oleh suatu kaum atau bangsa berkait rapat
dengan budaya. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu peka terhadap budaya lain agar kita
dapat menghormati budaya tersebut dan berfikiran terbuka dalam setiap aspek kehidupan.
Seterusnya pensyarah membincangkan tentang unsur utama budaya iaitu simbol atau
lambang, bahasa, nilai dan kepercayaan, norma, teknologi dan resam. Melalui perbincangan ini
dapat saya kenalpasti unsur utama budaya yang selama ini tidak saya ketahui secara mendalam.
Selain itu, pensyarah juga menerangkan tentang pengertian dan konsep kepelbagaian kelompok.
Antaranya ialah etnik, ras, masyarakat, minoriti dan kelompok.
Secara keseluruhannya, topik pertama ini amat penting kepada setiap individu terutamanya
saya sebagai seorang bakal guru untuk mempelajari budaya dengan lebih terperinci dan
mendalam. Dalam konteks profesional keguruan ini, dengan adanya pemahaman tentang budaya,
saya akan lebih bersedia untuk berhadapan dengaan murid daripada pelbagai budaya. Ini dapat
membantu saya untuk tidak bersifat prejudis terhadap pelajar dan akan sentiasa lebih berhemah
dan menghomati nilai serta amalan budaya setempat.
Alhamdulillah dengan adanya topik ini dalam matapelajaran EDU 3063, sedikit sebanyak
memberi kesedaran kepada saya dan rakan-rakan betapa pentingnya pengetahuan tentang
budaya. Secara keseluruhannya sesi kuliah pada minggu pertama ini berjalan dengan baik dan
memberi saya ilmu dan pengetahuan yang baru yang dapat saya gunakan di sekolah kelak.
Sekian, terima kasih.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3063)

REFLEKSI
MINGGU 2 (19 & 21 JANUARI 2015)
TAJUK : JENIS DAN DEMOGRAFI KELOMPOK
NAMA: Nur Nadiah Binti Mohd Yassin
KUMPULAN : PISMP Pengajian Agama 2113
Pada minggu kedua ini, pensyarah meneruskan sesi kuliah dengan tajuk seterusnya dalam
matapelajaran EDU 3063 ini iaitu Jenis dan Demografi Kelompok. Melalui tajuk ini, pensyarah
menerangkan tentang konsep, sifat, tujuan dan ciri-ciri kelompok serta ciri-ciri fizikal
masyarakat. Selain itu, pensyarah juga mengupas permasalahan dalam membentuk ras.
Berdasarkan topik ini, dapat saya simpulkan bahawa kelompok merupakan hubungan antara
beberapa individu yang saling bergantung atau bergabung antara satu sama lain walaupun
berlainan bangsa dan agama. Oleh itu, setiap individu bertanggungjawab dalam memastikan
kelompoknya sentiasa berada dalam keamanan dan kesejahteraan.
Seterusnya, pensyarah meneruskan kuliah dengan membincangkan tentang demografi.
Antara isi pelajaran yang dibincangkan dalam subtopik ini ialah jenis-jenis kelompok dan
demografinya, tujuan demografi kelompok dan demografi kelompok di Malaysia. Secara amnya,
demografi merujuk kepada komposisi penduduk di sesuatu lokasi. Saya berasa seronok
mempelajari subtopik ini kerana banyak pengetahuan baru yang saya perolehi terutamanya
tentang demografi kelompok di Malaysia iaitu berkaitan dengan kepelbagaian kaum dan bangsa
antaranya Melayu, Cina, India, Pribumi Sabah dan Sarawak dan Orang Asli. Selain itu,
pensyarah juga membincangkan tentang pertembungan budaya yang berlaku di negara kita ini.
Dengan adanya pertembungan budaya ini, saya sebagai bakal guru bertanggungjawab dalam
usaha membantu masyarakat agar mereka saling memahami antara satu sama lain.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3063)

Secara keseluruhannya, pengetahuan tentang topik ini amat penting untuk setiap bakal guru
seperti saya dalam menghadapi kepelbagaian kelompok dan demografi yang wujud di sekolah
kelak agar perpaduan negara dapat dicapai secara berterusan. Kesimpulannya, sesi kuliah pada
minggu ini memberi banyak input yang menarik dan baru untuk saya dalam menghadapi cabaran
masa hadapan. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI
MINGGU 3 (26 & 28 JANUARI 2015)
TAJUK : KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
NAMA: Nur Nadiah Binti Mohd Yassin
KUMPULAN : PISMP Pendidikan Islam 2113
Pada minggu ketiga ini, pensyarah meneruskan sesi kuliah dengan tajuk seterusnya
dalam matapelajaran EDU 3063 ini iaitu Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya. Sesi kuliah
pada kali ini amat menarik minat saya untuk mengambil perhatian yang lebih kerana tajuk pada
kali ini amat dekat dengan kehidupan seharian saya yang berada dalam kepelbagaian sosiobudaya. Oleh itu, sepanjang sesi kuliah dijalankan antara yang dapat saya ketahui ialah tentang
aspek-aspek kesedaran kepelbagaian sosio-budaya masyarakat di Malaysia.
Melalui tajuk ini, pensyarah menerangkan enam aspek kesedaran kepelbagaian sosiobudaya di negara kita ini iaitu bangsa, bahasa, struktur masyarakat atau kelas sosial,
kepercayaan, adat resam dan jantina. Berdasarkan ke enam-enam aspek kesedaran tersebut, dua
daripadanya iaitu adat resam dan kepercayaan memberi saya pengetahuan baru dan pengalaman
yang menarik. Hal ini kerana, setiap kaum dan etnik mempunyai adat resam dan kepercayaan
tersendiri. Sebagai contoh, adat resam Melayu ialah bercukur jambul dan bersunat. Manakala
adat resam masyarakat India pula ialah Adat Valaikaappu. Melalui kepercayaan pula, masyarakat
Cina sinonim dengan Yin dan Yang, Feng-Shui dan Jade. Manakala kepercayaan masyarakat
India pula ialah pengaruh dewa-dewi dan unsur alam.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3063)

Berdasarkan topik ini, dapat saya simpulkan bahawa mempelajari kepelbagaian sosiobudaya masyarakat di Malaysia ini amat penting kerana ia merupakan salah satu wadah untuk
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, bangsa dan
budaya. Oleh itu saya sebagai bakal guru bertanggungjawab dalam usaha membantu mendidik
anak bangsa agar mereka saling memahami antara satu sama lain agar negara kita sentiasa aman
dan damai.
Sekian, terima kasih.

REFLEKSI
MINGGU 4 (02 & 04 FEBRUARI 2015)
TAJUK : IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
NAMA: Nur Nadiah Binti Mohd Yassin
KUMPULAN : PISMP Pendidikan Islam 2113
Alhamdulillah, sesi kuliah telah pun masuk minggu keempat. Pada minggu ini,
pensyarah meneruskan sesi kuliah dengan tajuk seterusnya dalam matapelajaran EDU 3063 ini
iaitu Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya. Sesi kuliah pada kali ini lebih berfokus kepada
implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap masyarakat Malaysia ke arah pembentukan
warganegara Malaysia yang bersatu padu. Melalui kuliah tersebut dapat saya pelajari bahawa
terdapat empat aspek yang terlibat kesan daripada kepelbagaian sosio-budaya ini iaitu implikasi
terhadap murid, guru, sekolah dan kurikulum tersirat. Implikasi tersebut dapat dilihat daripada
pelbagai sudut kepelbagaian sosio-budaya antaranya ialah bahasa, bangsa, struktur masyarakat,
adat resam, kepercayaan dan jantina.
Menelusuri impikasi terhadap murid, dapat saya perolehi dengan adanya kepelbagaian
sosio-budaya ini wujudnya pelbagai perbezaan yang sangat ketara di dalam bilik darjah
antaranya ialah perbezaan komunikasi dan bangsa iaitu wujud kelompok dialek dan bangsa yang
mana murid lebih cenderung kepada kelompok dialek dan bangsa masing-masing. Seterusnya,
implikasi terhadap guru yang dapat saya pelajari akibat kepelbagaian sosio-budaya ini ialah

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3063)

sebagai guru seharusnya tidak mengajar murid mengikut kelompok bangsa dan kelas sosial.
Oleh itu, saya sebagai bakal guru perlu menyediakan aktiviti PdP yang melibatkan interaksi
pelbagai kelompok, contohnya aktiviti berkumpulan.
Selain itu, kepelbagaian sosio-budaya ini turut memberi implikasi terhadap sekolah dan
kurikulum tersirat. Ini dapat dilihat melalui wujudnya pelbagai jenis sekolah iaitu SK, SJKT,
SKJC, sekolah agama dan aliran agama, sekolah perempuan dan lelaki serta sekolah bandar dan
luar bandar. Melalui kurikulum tersirat pula dapat saya kenalpasti implikasi yang ketara ialah
penerapan nilai budaya masyarakat melalui pembentukan sikap dan budaya diajar bukan sahaja
secara teancang tetapi dipelajari dan dihayati pelajar melalui teladan dan amalan yang
dibiasakan di sekolah. Contohnya, kepatuhan terhadap peraturan sekolah dan sikap hormat
menghormati.
Secara keseluruhannya, topik ini amat penting sebagai persediaan saya untuk menjadi
seorang bakal guru yang mampu mendidik pelajar dengan memahami latar belakang budaya dan
menggunakannya untuk membina strategi PdP yang efektif. Sekian, terima kasih.
REFLEKSI
MINGGU 4 (09 & 11 FEBRUARI 2015)
TAJUK : KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
NAMA: Nur Nadiah Binti Mohd Yassin
KUMPULAN : PISMP Pendidikan Islam 2113
Alhamdulillah, sesi kuliah telah pun memasuki minggu kelima. Pada minggu ini,
pensyarah meneruskan sesi kuliah dengan tajuk seterusnya dalam matapelajaran EDU 3063 ini
iaitu Ketaksamaan Peluang Pendidikan. Sesi kuliah pada minggu ini menyentuh tentang isu
pendidikan secara lebih mendalam yang mana berkait rapat dengan pendidikan yang tidak sama
rata akibat beberapa faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia.
Melalui kuliah tersebut dapat saya pelajari bahawa ketaksamaan peluang pendidikan
merujuk kepada wujudnya keadaan akses atau proses untuk memperoleh atau menyampaikan
suatu maklumat dan data dalam pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk kerana
faktor-faktor tertentu. Antara faktor utama ialah faktor kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti
dan murid berkeperluan khas. Faktor sampingan pula merujuk kepada kedudukan sekolah,
pencapaian akademik, minat murid, peluang hidup dan dan sosialisasi. Melalui faktor-faktor ini,
maka wujudlah ketaksamaan peluang pendidikan.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3063)

Lantaran wujudnya pendidikan yang tidak sama rata ini, saya sebagai bakal guru harus
peka dengan bersedia untuk memainkan peranan yang penting dalam menangani isu ini. Antara
peranan yang dapat saya pelajari ialah seorang guru perlu mengelakkan daripada melabel murid
dan setiap guru perlu mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran agar gaya pengajaran dan
pembelajaran sesuai mengikut perubahan sekeliling sama ada melibatkan budaya, tempat, murid
dan sebagainya.
Pada sesi kuliah tersebut, pensyarah juga turut melontarkan isu ketaksamaan peluang
pendidikan yang mana isu ini sentiasa meniti di bibir masyarakat. Antara isu yang dibangkitkan
ialah tentang masalah kekurangan kemudahan terutamanya di sekolah pedalaman seperti bekalan
air dan elektrik. Selain itu, isu yang turut dibincangkan ialah ketaksamaan peluang pendidikan
kepada murid orang asli, peribumi Sabah dan Sarawak dan murid pedalaman. Oleh itu, akibat
daripada isu ini kerajaan mewujudkan pendidikan yang sama rata di bawah program Rancangan
Malaysia Ketiga (RMK-3).
Secara keseluruhannya, topik ini amat penting untuk saya pelajari agar saya sentiasa
berusaha berganding bahu untuk merapatkan jurang perbezaan pendidikan di negara kita ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai