Anda di halaman 1dari 1

Asal-usul Bahasa Melayu

Terdapat dua hipotesis tempat asal usul bahasa Melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik
iaitu
dari
kawasan
Asia
Tengah
dan
kawasan
Nusantara.
KAWASAN

ASIA

TENGAH

Hipotesis kawasan Asia Tengah menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian selatan China seperti IndoChina, pantai timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan di Burma. Mereka ini telah berhijrah secara
berkelompok-kelompok
dari
selatan
China
ke
Nusantara.
Kelompok pertama yang sampai ke Nusantara dikenali sebagai Melayu-Proto. Kelompok ini dikatakan telah
menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM. Pada peringkat awal hipotesis, perpindahan kelompok Melayu telah
dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892 dan dikukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932.
Pada tahun 1500 SM, kelompok Melayu kedua telah datang ke Nusantara dan mereka dikenali Melayu-Deutro.
Golongan ini mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu-Proto. Kelompok Melayu-Deutro inilah
yang telah menurunkan Melayu moden yang merupakan penutur natif bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu yang
dituturkan
hasil
daripada
kelompok
Melayu-Deutro.
HIPOTESIS

KAWASAN

NUSANTARA

Hipotesis kawasan Nusantara menyatakan bahawa orang Melayu memang berasal dari Nusantara. Hipotesis ini lebih
meyakinkan. Ini berdasasarkan kepada bukti geografi, bahasa, artifak, perkembangan manusia dan kebudayaan.
Berdasarkan bukti geografi, perpindahan bangsa Melayu berlaku bukan melalui penghijrahan tetapi melalui
perpecahan dataran sebagai implikasi dari pencairan glasier.Berdasarkan kepada bukti bahasa pula, bahasa Melayu
berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun China-Tibet.
Ditinjau dari sudut artifak, ada penemuan beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di
seluruh dunia.Perkembangan kebudayaan orang Melayu dan Jawa yang sangat menonjol dan telah tersebar ke
bahagian lain di Nusantara juga menguatkan lagi kebenaran hipotesis ini.Dari segi perkembangan manusia pula,
didapati bangsa Melayu berkulit cerah tetapi bangsa Asia Tengah berkulit cerah. Tambahan lagi, kajian arkeologi
yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada
tengkorak manusia di Asia Tengah. Dua tengkorak manusia Jawa yang ditemukan masing-masing berusia 670 000
tahun dan 600 000 tahun tahun sedangkan tengkorak menusia Peking berusia 550 000 tahun. Oleh itu, berdasarkan
bukti ini, bahasa Melayu memang wujud di Nusantara dan bukan dari kawasan-kawasan lain.

Anda mungkin juga menyukai