Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Pemilihan bidang kerjaya khususnya dalam bidang pendidikan menjadi semakin kompleks
ketika ini ekoran terdapatnya kebolehan manusia yang pelbagai dan keperluan murid yang
begitu kritikal selaras dengan ciri pembangunan dan pembentukan insan yang berdaya saing.
Pemilihan kerjaya sesuai merupakan salah satu permasalahan terbesar remaja di Malaysia.
Masalah ini meliputi masalah dalam membuat keputusan sama ada ingin menceburkan diri
dalam kerjaya keguruan ataupun tidak. Amalan pemilihan sedia ada calon untuk kemasukan ke
program keguruan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan pencapaian
akademik, ko-kurikulum dan pilihan pelajar. Walaupun pencapaian akademik dan ko-kurikulum
pelajar memenuhi syarat, namun pilihan yang dibuat oleh pelajar berkemungkinan tidak tepat
dengan personaliti, minat, nilai, dan potensi sebenar diri mereka.

Terdapat enam jenis personaliti manusia yang berbeza. Jenis-jenis ini dikenali sebagai
Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Convensional. Kadang kala kita
menggunakan huruf pertama sebagai ringkasan untuk mewakili satu-satu personaliti. Misalnya
kita boleh menyatakan seseorang itu sebagai Realistik, atau jenis R. Individu lain mungkin
merupakan individi Sosial, atau jenis S. Setiap personaliti R,I,A,S,E dan C mempunyai perkara
yang digemari secara berbeza-beza. Kesemua yang dinyatakan di atas adalah dikemukakan
oleh Dr. John Holland pada tahun 1971 berdasarkan kajian beliau terhadap pembentukan
personaliti manusia terhadap persekitaran tempat kerja. Teori ini dibentuk untuk membantu
golongan dewasa mencari peluang pekerjaan, pembeajaran dan pengurusan kerjaya.

1
LAPORAN
INVENTORI MINAT KERJAYA

2.0 Kumpulan Sasaran

Saya telah berkaloborasi bersama guru pembimbing Sekolah Kebangsaan Panchor


untuk membuat program inventori minat kerjaya ini bersama. Saya telah memilih murid tahun
enam sebagai peserta bagi menjawab semua soalan dalam inventori kerja yang akan
dilaksanakan pada 29 Julai 2016. Sebelum memulakan sesi inventori saya telah menyediakan
kertas kerja untuk menjalankan aktiviti ini bersama guru kaunseling SK Panchor iaitu Puan
Hasmah bt Jusoh (Rujuk Lampiran). Seramai 30 orang murid yang telah dipilih untuk membuat
inventori ini dan kesemuanya adalah dari kelas yang sama, iaitu kelas 6 Perdana. Kelas 6
Perdana adalah kelas yang pertama daripada lima buah kelas bagi tahun 6.

2.1 Rasional

Program ini bertujuan untuk memadankan individu dengan kerjaya iaitu membuat keputusan
pemilihan bidang pendidikan atau pekerjaan yang sesuai dengan potensi diri murid. Program ini
juga untuk memastikan ciri peribadi seseorang individu itu selaras dengan keperluan bidang
pengajian atau pekerjaan.

2.2 Matlamat

Program ini diharapkan dapat:


2.2.1 Memberikan dimensi dan perspektif baru kepada murid dalam menentukan minat
yang mereka suka.
2.2.2 Mendidik murid mempunyai keyakinan dan keberanian dalam membuat
keputusan untuk diri sendiri dan mengenali potensi diri dari inventori yang
dijalankan.

2
2.3 Objektif

Melalui program ini murid dapat:


2.3.1 Mengenal pasti pemilihan bidang pendidikan atau pekerjaan yang sesuai dengan
potensi dan minat murid.
2.3.2 Memadankan murid dengan kerjaya yang sesuai dengan potensi diri melalui
ujian minat kerjaya yang mereka lakukan.

3.0 Carta Alir Pelaksanaan Inventori

Rajah 1: Carta alir pelaksanaan Inventori Minat Kerjaya

Sebelum melaksanakan inventori ini, saya telah membuat perancangan untuk merangka
perjalanan bagi ujian yang akan dijalankan. Murid telah dikumpulkan diperkarangan dataran
sekolah kerana memudahkan guru bimbingan dan kaunseling memantau murid bersama guru
pelatih. Berikut adalah cara pengiraan skor bagi ujian Inventori Minat Kerjaya :-

3
 Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati agar kebolehpercayaan skor
dapatannya tepat.
 Borang jawapan IMK mengandungi 6 lajur dan 20 baris. Bilangan lajur menjelaskan
bahawa instrumen ini mengukur 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial,
Enterprising, dan Konvensional.
 20 baris menjelaskan bahawa setiap konstruk diwakili oleh 20 item.

Pentafsiran skor perlulah dilakukan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling, namun guru biasa
boleh membantu dalam pengiraan skor bagi ujian tersebut.

4.0 Aktiviti Yang Dijalankan

Murid telah berkumpul di dataran sekolah pada pukul 11.30 tengahari. Guru bimbingan dan
kaunseling memberi arahan kepada murid supaya duduk di dataran secara senyap.

Gambar 1: Murid berkumpul di dataran sekolah

Seterusnya, guru bimbingan dan kaunseling memberi arahan kepada murid serta penerangan
pelaksanaan ujian Inventori Minat Kerjaya.

4
Gambar 2: Guru bimbingan dan kaunseling memberi arahan dan penerangan kepada murid

Murid diedarkan kertas ujian inventori dan diberikan arahan oleh guru bimbingan dan
kaunseling. Murid diberikan masa selama setengah jam untuk menjawab seratus soalan yang
diberikan secara jujur.

Gambar 3: Murid menjawab soalan inventori yang diberikan.

Murid mula menjawab soalan yang diberikan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Setelah
cukup masa menjawab, guru bimbingan dan kaunseling memberikan penerangan tentang
pengiraan skor.

5
Gambar 4: Guru membuat ulasan tentang dapatan murid.

Guru telah memberikan penerangan dan ulasan tentang hasil dapatan murid terhadap ujian
yang telah mereka laksanakan. Murid telah mengambil pendekatan yang positif dari hasil
dapatan mereka. Ada juga yang masih ragu-ragu tentang arah tujuan mereka, kerana mereka
tidak pasti adakah itu sebenarnya yang mereka mahukan. Program Inventori kerjaya ini telah
tamat pada pukul 12.00 tengahari dan di akhiri dengan ucapan terima kasih murid kepada guru-
guru.

6
5.0 Dapatan

Skor paling tinggi

PERSONALITI JUMLAH MURID


Realistik 4
Investigatif 5
Artistik 15
Sosial 2
Enterprising 2
Convensional 2
Jumlah 30

JUMLAH MURID
16
14
12
10
8
6
4 JUMLAH MURID
2
0

Rajah 2: Skor paling tinggi dalam ujian inventori minat kerjaya

Berdasarkan rajah 2, Artistik adalah skor yang paling tinggi dalam ujian inventori kerjaya tahun
enam SK Panchor, Seremban. Dapat saya rumuskan bahawa murid tahun enam ini masih
mencari identiti sendiri, mereka masih ragu-ragu dengan apa yang mereka mahukan. Murid
yang jenis ini adalah cenderung akan kerja-kerja seni seperti pemain muzik, penari, penyanyi
dan pelelong, Hairunnaja Najmuddin (2006). Mereka biasanya mempunyai kebolehan dalam
bidang seni, hasil kerja mereka berbeza dari kebiasaan dan mempunyi pemikiran yang kreatif.
Individu A secara umumnya lebih gemar tugas yang melibatkan idea berbanding benda-benda.
Individu A lazimnya bersikap terbuka, imaginatif, berdikari dan original.

7
Dari ujian iventori ini juga, didapati kod kedua yang dipilih oleh murid tahun enam ini
adalah Convensional. Individu yang memilih kod C suka akan kerja-kerja seperti juruwang,
setiausaha, kerani pejabat dan kakitangan penyelidikan. Individu jenis ini mempunyai
kemahiran perkeranian dan pengiraan. Mereka suka kerja-kerja pejabat dan gemar merancang
tugas-tugas yang melibatkan nombor dan perkataan. Dia juga disifatkan sebagai penurut,
praktikal, berhati-hati, berjimat cermat, cekap, teratur dan tekun, Hairunnaja Najmuddin (2006).
Dapatan yang saya peroleh ini dapat saya rumuskan hampir 80 peratus jawapan yang murid
tahun enam di sekolah ini menjawab dengan jujur. Dapat dilihat bahawa jelas antara skor yang
diperoleh sesuai dengan skor kedua dan ketiga yang dipilih oleh mereka. Sebagai contoh ada
yang mendapat skor RIS, sekiranya skor seperti ini murid dinasihati supaya menerokai
kesemua enam kombinasi iaitu, RIS, RSI, ISR, IRS, SIR, SRI dan mereka akan lebih
memperoleh lebih banyak pilihan kerjaya, Hairunnaja Najmuddin (2006).

Dapat saya rumuskan bahawa, murid tahun enam SK Panchor adalah individu yang
lebih sukakan pada unsur kesenian. Mereka akan lebih kreatif dan lebih inovatif dalam
melaksanakan sesuatu perkara. Pemikiran mereka selalunya akan lebih jauh dan pemikiran di
luar kotak. Mereka akan lebih cenderung untuk mencipta sesuatu yang lebih menarik dan lebih
menjurus kepada inovasi sesuatu yang baharu. Mencipta sesuatu yang lebih moden serta
kreatif dan mereka lebih suka akan kerja yang melibatkan pengeluaran idea-idea yang unik dan
menarik. Selari dengan arus teknologi masa kini yang melibatkan unsur ICT dan maklumat di
hujung jari sahaja. Apa yang mendukacitakan saya apabila keputusan untuk kod Sosial adalah
antara yang terendah. Hubungan sesama insan, bekerja dengan orang ramai, suka membantu,
bertanggung jawab, mesra, bekerjasama, idealistik, peramah, baik hati, pemurah dan penyabar
kemungkinan besar tiada di dalam diri para murid. Apa yang boleh saya katakan mereka
mementingkan hal yang melibatkan akademik sahaja. Mereka berlumba-lumba untuk mengejar
siapa yang lebih pandai tanpa melibatkan komunikasi sosial antara mereka.

8
PERANAN GURU BIASA

6.0 Peranan Guru Biasa Dalam Melaksanakan Aktiviti Bengkel Inventori Minat Kerjaya

Proses bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah bukan hanya digalas oleh guru
kaunseling sahaja namun semua pihak termasuk guru biasa juga terlibat secara langsung
dalam proses bimbingan dan kaunseling pelajar. Selain itu, bukan semua sekolah yang
mempunyai seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru, kadang-kadang guru
biasa juga menjalankan fungsi-fungsi sebagai guru bimbingan dan seorang kaunselor. Peranan
guru-guru biasa adalah sangat penting kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik
darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku
bermasalah semua murid-murid mereka. Menurut A. Ghani Abdullah dan Abd. Rahman Abd.
Aziz (2009), guru perlu mempunyai sikap dan keperibadian sebagai kaunselor ataupun
pembimbing kepada para pelajar memandangkan gurulah yang memainkan peranan yang
besar dan penting alam membentuk pelajar yang baik dan berketerampilan. Oleh itu, guru tidak
boleh mengelakkan peranan sebagai kaunselor atau pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja
dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah
harian yang dihadapinya.

Dalam pelaksanaan Inventori Minat Kerjaya di Sekolah Kebangsaan Panchor pada 29


Julai 2016 yang lepas, saya dapati sangat penting bagi menyedarkan murid bahawa mereka
perlulah ketahui apa sebenarnya yang mereka minati. Mereka sebenarnya tidak tahu untuk
membuat keputusan sendiri dalam mencari identiti sendiri. Ada yang lebih keliru apabila mereka
tidak tahu apa yang mereka minati, hal ini kerana mereka tidak pernah didedahkan dengan
sesuatu yang lain selain dengan penekanan terhadap keputusan akademik sahaja. Ada juga
yang bertanyakan pada saya apa itu permainan monopoli. Ini menunjukkan mereka tidak
pernah mendengar atau tidak pernah langsung bermain permainan monopoli. Apa yang saya
boleh katakan kemungkinan mereka hanya pandai untuk bermain permainan di alam maya
sahaja. Kemungkinan besar juga selama mereka di tahun enam ini, guru akan lebih
menekankan untuk kepentingan menduduki peperiksaan UPSR yang akan tiba. Mereka lebih
tahu hal yang berkaitan dengan subjek yang pernah mereka pelajari.

Peranan utama saya dalam pelaksanaan Inventori ini adalah sebagai pembantu guru
kaunseling dalam melaksanakan program dan memastikan program berjalan dengan lancar dan

9
teratur. Antara peranan guru biasa juga, saya perlu membantu dan membimbing murid
mengatasi masalah yang dihadapi seperti cara menjawab soalan inventori. Sebagai contoh,
saya membimbing sekumpulan murid menjawab soalan yang diberi dan memahami apa yang
sebenarnya mereka minati. Selain itu, saya mengawal keadaan murid dan tidak terlalu bising
atau membuat kerja lain semasa mereka menjawab soalan inventori tersebut. Saya juga perlu
menasihati mereka dalam memahami minat sebenar mereka. Tugas seorang guru biasa bukan
sahaja mengajar di sekolah atau memberi ilmu kepada murid-murid malah semua guru terlatih
berperanan sebagai guru bimbingan ataupun guru pembimbing. Sepertimana yang telah kita
ketahui, perkhidmatan bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru
bimbingan dan kaunseling sahaja. Setiap guru sama ada guru mata pelajaran atau guru kelas
mampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing dengan mengambil kira pengalaman
hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing, Ang J. E. (2007).

PENUTUP

Program seperti ini akan menajdikan murid lebih yakin dengan keputusan dan minat sebenar
mereka. Ketidakselarasan antara personaliti, minat dan pekerjaan memberi kesan kepada
kerjaya dan seterusnya kesejahteraan individu. Tekanan yang wujud akibat ketidakselarasan ini
boleh dimanifestasikan melalui pengambilan cuti sakit yang berlebihan, ponteng kerja, kurang
komitmen, dan sebagainya. Bagi murid sekolah rendah Program iventori kerjaya ini sedikit
sebanyak dapat membantu murid dalam mengenali diri sendiri sekaligus dapat memberikan
keputusan yang bijak untuk kebaikan sendiri kelak. Program ini juga diharapkan dapat
membantu guru pelatih memahami cara pengendalian sesuatu program yang ingin dijalankan di
Sekolah.

10
RUJUKAN

Abd Ghani Abdullah & Abd Rahman Abd Aziz. (2009). Mengurus Tingkah laku Pelajar. PTS
Profesional.

Ang J. E. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Hairunnaja Najmuddin, (2006) Membimbing Remaja Memilih Pendidikan dan Kerjaya, Kuala
Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008), Perkembangan Kanak-kanak. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Malek Muhamad Sait, 2007, Mengurus Bimbingan & Kaunseling Sekolah, Kuala Lumpur, PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd

Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, Kuala Lumpur :
Fajar Bakti Sdn Bhd

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj Alias, Rashinawati Abd. Rashid, Azlina
Ahmad (2013), Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd

11
LAMPIRAN

KERTAS KERJA

PROGRAM IVENTORI MINAT KERJAYA


SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

TARIKH :

29 JULAI 2016

TEMPAT

KELAS TAHUN 5

ANJURAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SK PANCHOR
Dan
Guru Pelatih IPGKRM

12
1.0 PENGENALAN

Kerjaya adalah salah satu rangkaian pekerjaan atau pengalaman yang dilakukan oleh
seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tanggungjawabnya. Kerjaya juga
meliputi persediaan sebelum seseorang itu melibatkan diri dalam bidang pekerjaan serta
peranan-peranan lain yang dilakukan selepas seseorang itu bersara.

Pemilihan bidang kerjaya khususnya dalam bidang pendidikan menjadi semakin


kompleks ketika ini ekoran terdapatnya kebolehan manusia yang pelbagai dan keperluan murid
yang begitu kritikal selaras dengan ciri pembangunan dan pembentukan insan yang berdaya
saing. Pemilihan kerjaya sesuai merupakan salah satu permasalahan terbesar remaja di
Malaysia. Masalah ini meliputi masalah dalam membuat keputusan sama ada ingin
menceburkan diri dalam kerjaya keguruan ataupun tidak. Amalan pemilihan sedia ada calon
untuk kemasukan ke program keguruan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah
berdasarkan pencapaian akademik, ko-kurikulum dan pilihan pelajar. Walaupun pencapaian
akademik dan ko-kurikulum pelajar memenuhi syarat, namun pilihan yang dibuat oleh pelajar
berkemungkinan tidak tepat dengan personaliti, minat, nilai, dan potensi sebenar diri mereka.

2.0 RASIONAL

Program ini bertujuan untuk memadankan individu dengan kerjaya iaitu membuat keputusan
pemilihan bidang pendidikan atau pekerjaan yang sesuai dengan potensi diri murid. Program ini
juga untuk memastikan ciri peribadi seseorang individu itu selaras dengan keperluan bidang
pengajian atau pekerjaan.

3.0 MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat:


3.1 Memberikan dimensi dan perspektif baru kepada murid dalam menentukan minat
yang mereka suka.
3.2 Mendidik murid mempunyai keyakinan dan keberanian dalam membuat
keputusan untuk diri sendiri dan mengenali potensi diri dari iventori yang
dijalankan.

13
4.0 OBJEKTIF

Melalui program ini murid dapat:


4.1 Mengenal pasti pemilihan bidang pendidikan atau pekerjaan yang sesuai dengan
potensi dan minat murid.
4.2 Memadankan murid dengan kerjaya yang sesuai dengan potensi diri melalui
ujian minat kerjaya yang mereka lakukan.

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM IVENTORI MINAT KERJAYA

Penaung : Pn. Khatijah binti Jaamat


(GPK 1 Akademik)
Penyelaras : Pn. Hasmah bt Jusoh
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
: Norzai Shahida bt Kamarudin
(Guru Pelatih IPGKRM)
Robbyatul Khadzeelah bt Mohamed Khair
(Guru Pelatih IPGKRM)

6.0 CADANGAN TEMPAT PROGRAM DAN TARIKH

Tempat : Kelas Tahun 5, SK Panchor


Tarikh : 29 Julai 2016 (Jumaat)

7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

8.00 pagi Murid berkumpul di dalam kelas dan guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan
penerangan tentang iventori minat kerjaya.

8.15 pagi Murid mula menjawab soalan iventori minat kerjaya secara individu.

8.30 pagi Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan dapatan murid secara rawak.

14
8.0 KUMPULAN SASARAN

8.1 Murid tahun 6 Perdana (30 orang)


8.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Panchor
8.3 Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar

9.0 PENUTUP

Ketidakselarasan antara personaliti, minat dan pekerjaan memberi kesan kepada kerjaya dan
seterusnya kesejahteraan individu. Tekanan yang wujud akibat ketidakselarasan ini boleh
dimanifestasikan melalui pengambilan cuti sakit yang berlebihan, ponteng kerja, kurang
komitmen, dan sebagainya (Carmeli & Gefen, 2005). Program iventori kerjaya ini sedikit
sebanyak dapat membantu murid dalam mengenali diri sendiri sekaligus dapat memberikan
keputusan yang bijak untuk kebaikan sendiri kelak. Program ini juga diharapkan dapat
membantu guru pelatih memahami cara pengendalian sesuatu program yang ingin dijalankan di
Sekolah.

Disediakan Oleh:

………………………………….
( Hasmah bt Jusoh )
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Panchor

15
16

Anda mungkin juga menyukai