Anda di halaman 1dari 15

BMM3163

Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kesusateraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan
Melayu juga merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan
masyarakat Melayu (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Kesusasteraan wujud dalam masyarakat
manusia melalui bentuk tulisan dan juga lisan. Dalam kehidupan kita seharian bentuk
kesusasteraan sememangnya tidak boleh lari daripada kita. Misalnya apabila mendengar
muzik yang mengandungi unsur sastera. Kita juga sering menggunakan pelbagai
peribahasa dan pepatah yang indah-indah dalam petuturan sebenarnya juga merupakan
kesusasteraan Melayu.

Penerapan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah juga


secara tidak langsung diharapkan dapat merealisasikan potensi murid sepenuhnya serta
mengembangkan minat mereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat (Khairuddin
Mohamad et al. 2016). Justeru, bahan pengajaran yang berunsurkan sastera dan teknik
pengajaran yang menerapkan unsur ini perlulah diperkembangkan pada murid sekolah
rendah amnya. Penggunaan bahan sastera yang menarik akan menjadikan murid tertarik
dalam pendidikan sastera di sekolah rendah.

Oleh hal demikian, tugasan BMM3163 Keusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
adalah berkaitan dengan menganalisis Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
yang mempunyai kaitan dengan aspek Kesusasteraan Melayu serta perlulah membuat
penjelasan mengenainya. Seterusnya, perlulah menghasilkan satu langkah pengajaran
dengan mengaplikasikan dua teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan
daripada novel remaja yang telah ditentukan.

1
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

ANALISIS DSKP

2.0 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

STANDARD
KEMAHIRAN STANDARD KANDUNGAN PEMBELAJARAN TAHUN

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu


Mendengar dan 1.5 Bercerita dan menceritakan perkara dengan tepat, sebutan yang
bertutur sesuatu perkara semula dengan jelas dan intonasi yang betul 3
tepat menggunaka sebutan yang menggunakan ayat tunggal dan ayat
jelas dan intonasi yang betul majmuk dengan betul

Mendengar dan 1.6 Berbicara untuk menyampaikan 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan
bertutur maklumat tentang sesuatu perkara maklumat yang tersurat dengan tepat
daripada pelbagai sumber dengan tentang sesuatu perkara daripada 3
tepat secara bertatasusila pelbagai sumber secara bertatasusila

1.7.2 Berbincang dan


Mendengar dan mengemukakan pendapat tentang
bertutur 1.7 Berbincang dan mengemukakan sesuatu perkara dengan
pendapat tentang sesuatu perkara menggunakan perkataan, frasa dan 3
daripada pelbagai sumber secara ayat yang betul daripada pelbagai
bertatasusila sumber secara bertatasusila

Membaca 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan 2.3.1 Membaca kuat ayat penyata 2
bacaan dengan lancar, sebutan dengan lancar, sebutan yang jelas,
yang jelas dan intonasi yang betul intonasi yang betul dan berjeda
2.4.3 Membaca dan memahami
Membaca 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersirat dengan tepat
maklumat yang tersurat dan tersirat daripada bahan multimedia yang 3
daripada pelabagi bahan untuk sesuai untuk membuat penilaian
memberi respons dengan betul dengan betul

3.7.1 Menghasilkan penulisan 2


berbentuk naratif secara separa
terkawal dengan betul

Menulis 3.7 Menghasilkan penulisan kreatif 3.7.1 Menghasilkan penulisan 3


dalam pelbagai genre dengan betul pelbagai genre kreatif secara
berpandu dengan betul

3.7.2 Menghasilkan penulisan kreatif 3


berbentuk imaginatif dan deskriptif
secara berpandu dengan betul
4.2.2 Mengujarkan ayat dengan
sebutan yang betul, intonasi yang
Aspek seni 4.2 Mengujarkan bahasa yang jelas dan diksi yang tepat serta
bahasa indah dan menggunakan bahasa menggunakan mimik muka yang 2
badan secara kreatif semasa sesuai melalui penceritaan secara
bercerita secara didik hibur didik hibur
4.3.2 Mengujarkan dialog secara
Aspek seni spontan berpandukan bahan
bahasa 4.3 Mengujarkan bahasa yang rangsangan dengan bahasa badan
indah dan menggunakan bahasa yang sesuai untuk menyampaikan 3
badan dengan kreatif melalui pengajaran melalui aktiviti lakonan
lakonan secara didik hibur. secara didik hibur

2
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

KEMAHIRAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TAHUN

4.4.1 Melafazkan dan memahami


pantun empat kerat dengan sebutan
4.4 Menlafazkan dan memahami dan intonasi yang betul dan jelas 3
Aspek seni puisi dengan intonasi yang betul menggunakanbahasa yang indah
bahasa menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur
secara didik hibur
4.4.2 Membina pantun empat kerat
secara berpandu dan melafazkan 3
dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan jelas secara didik hibur

Jadual 1 : Standard Kandungan dan Standard pembelajaran DSKP

Saya telah memilih Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kementerian
Pelajaran Malaysia (2012) tahap 1, Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan.

Fokus pengajaran ini adalah untuk melihat bagaimana kemahiran-kemahiran yang


terdapat dalam DSKP dapat memberikan penekananan pada Standard Kandungan (SK)
dan Standard Pembelajaran (SP) yang mengandungi unsur pembelajaran sastera. Pada
pemilihan pertama saya adalah SK 1.5 dan SP 1.5.1 iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya boleh menggunakan
bahan sastera seloka untuk murid bercerita dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. Murid boleh menjadikan
seloka tersebut sebagai bahan cerita mereka untuk disampaikan di dalam kelas dalam
bentuk lakonan. Pendidikan drama atau lakonan di sekolah atau dalam bilik darjah
lazimnya diserapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau aktiviti kebahasaan yang
lain. Bahkan aktiviti berunsur drama, begitu bermanfaat kepada murid-murid kerana
mereka akan meneroka dan meraih pelbagai kemahiran baik secara langsung mahupun
tidak langsung, Ghazali Ismail et al. (2013). Hal ini secara langsung akan menyerapkan hal
berkaitan sastera dalam pembelajaran murid. Contohnya dalam aktiviti berdialog dengan
menggunakan skrip pada seloka yang disediakan guru akan mengasuh murid-murid
membaca dan bertutur dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dan jelas.
Manakala aktiviti gerak lakon pula akan memupuk semangat keberanian murid untuk ke
hadapan kelas tanpa rasa malu atau segan. Hal ini menyebabkan murid akan bersikap
yakin diri, bertolak ansur dan seterusnya berupaya menonjolkan diri.

3
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

Seterusnya saya memilih SK 1.6 dan SP 1.6.1, dalam kemahiran mendengar dan
bertutur juga. Saya boleh membuat pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan
menggunakan sajak atau pantun. Setelah itu, murid diminta untuk mencari maklumat yang
tersurat daripada sajak dan pantun yang dibaca. Murid juga perlulah memberikan
penjelasan daripada maklumat yang diperoleh dengan membaca kembali sajak dan pantun
yang guru berikan. Standard kandungan yang dinyatakan di atas adalah berkisarkan
tentang cara bahasa diujarkan. Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan
unsur bahasa, unsur paralingustik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik
muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan, Khairuddin Mohamad (2011).

Pengajaran dan pembelajaran penggunaan bahan sastera seterusnya boleh saya


peroleh daripada SK 2.3 dan SP 2.3.1, iaitu dalam kemahiran membaca. Kemahiran
membaca syair boleh diperkenalkan dalam PdP saya. Murid diminta untuk membaca syair
yang mengandungi ayat penyata dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan juga
berjeda. Intonasi yang dibaca perlulah sesuai dengan irama syair. Murid juga boleh
membaca secara berkumpulan dan individu secara bergilir. PdP ini adalah tentang
mengujarkan syair berpandukan bahan rangsangan dengan bahasa badan yang sesuai
untuk menyampaikan pengajaran melalui pembacaan syair dengan irama yang betul.
Kemahiran membaca seterusnya adalah pada SK 2.4 dan SP 2.4.3 iaitu membaca dan
memahami maklumat yang tersirat dengan tepat daripada bahan multimedia yang sesuai
untuk membuat penilaian dengan betul. Dalam situasi ini, saya akan mencari bahan
sastera seperti cerpen pendek di dalam komputer. Murid membaca cerpen secara bergilir
dan memahami cerpen yang ditayangkan. Setelah itu, murid dikehendaki mencari
maklumat yang tersirat daripada cerpen yang ditayangkan. Murid perlulah mentafsir
kesudahan cerita dalam cerpen yang ditayangkan oleh guru.

Saya juga memilih kemahiran menulis untuk memperkenalkan penggunaan bahan


sastera dalam PdP. Dalam SP 3.7.1, adalah cara bagaimana murid boleh menghasilkan
penulisan berbentuk naratif secara separa terkawal dengan betul. Murid boleh
menghasilkan satu cerpen pendek berdasarkan bahan ransangan bergambar. Contohnya
saya akan memberikan satu gambar payung. Murid diminta untuk menghasilkan cerpen
‘aku sekaki payung’. Murid boleh mengeluarkan idea dengan berimaginasi tentang apa
yang dilihatnya. Berimaginasi adalah salah satu cara guru merangsang murid untuk

4
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

mengeluarkan idea yang lebih kreatif. Seperti SP 3.7.1, menghasilkan penulisan pelbagai
genre kreatif secara berpandu dengan betul. Dalam SP ini murid boleh diberikan peluang
untuk menjana lagi penulisan mereka dalam cerpen. Penggunaan bahan sastera dalam
penulisan cerpen yang kreatif dapat meningkatkan keupayaan murid dalam menggunakan
bahasa yang meluas dan tinggi kerana karya-karya sastera mengandungi bahasa-bahasa
yang indah, tinggi dan perbendaharaan kata yang banyak. Selain itu, dalam SP 3.7.2,
menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif secara berpandu
dengan betul. Dalam SP ini, saya boleh mengarahkan murid untuk menulis sinopsis cerpen
yang mereka telah baca. Selain itu banyak aktivi lain yang boleh saya aplikasikan seperti
menulis nilai-nilai murni yang terdapat pada cerpen tersebut. Melalui aktiviti yang saya
senaraikan, diharapkan murid-murid akan dapat mengembangkan dan meningkatkan
pemikiran intelek mereka dengan bantuan guru yang juga seharusnya mempunyai kreativiti
yang tinggi.

Seterusnya saya memilih aspek seni bahasa dalam PdP menggunakan bahan
sastera. Saya memilih untuk mengajar aspek seni bahasa kerana aspek ini merujuk
keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui
pembelajaran yang menyeronokkan sekaligus murid dapat mempelajari kesusasteraan
Melayu dalam konteks pendekatan didik hibur. Oleh itu, didik hibur dapat dilihat memberi
keupayaan dan membolehkan murid memperoleh bahasa yang indah secara mudah
daripada beberapa teknik seperti teknik nyanyian, bercerita, berlakon, mendeklamasi atau
berpuisi. Teknik pengajaran yang dinyatakan boleh dilaksanakan secara santai tetapi
begitu bermakna. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi
pembentukan gaya bahasa khususnya ayat yang menggunakan unsur simile, peribahasa,
bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam teks yang dibaca, Nik Hassan Basri
Nik Ab. Kadir (2005). Oleh itu, melalui idea yang kreatif, pembelajaran seni bahasa ini
diharapkan akan dapat melahirkan murid yang menguasai kemahiran lisan dan penulisan
dengan baik. Pemilihan bahan sastera seperti pantun, syair, sajak, seloka dan cerpen
perlulah disesuaikan dalam teknik didik hibur. Guru perlu bijak mengaitkan bahan-bahan
sastera tersebut dengan PdP menggunakan teknik didik hibur.

Rumusannya, guru perlulah bijak mengaitkan unsur bahasa dengan sastera dalam
menyampaikan pengajaran melalui pelbagai teknik dan pendekatan yang pelbagai. Selaras
dengan pendapat Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001), penggunaan bahan

5
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

sastera mempunyai banyak kelebihan seperti keseronokan kepada pelajar kerana karya
sastera itu mengandungi pelbagai keindahan serta huraian tentang hal-hal yang aneh dan
ajaib yang diselaraskan mengikut bahan sastera tersebut dengan pengajarnya.

6
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.0 Langkah Pengajaran

Standard Kandungan : 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan


bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik
hibur.
Standar Pembelajaran : 4.3.2 Mengujarkan dialog secara spontan
berpandukan bahan rangsangan dengan bahasa badan
yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran melalui
aktiviti lakonan secara didik hibur.

Saya telah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di Lampiran A berkaitan


dengan bahan daripada novel Aman bukan Amin. Saya juga telah mengaplikasikan dua
teknik dalam aktiviti yang dijalankan iaitu teknik Pemaduan Seni dan Pantomin. Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) ini adalah untuk mencapai objektif murid boleh mengujarkan
dialog secara spontan berpandukan novel Aman bukan Amin melalui aktiviti pemaduan
seni. Objektif kedua pula murid boleh bercerita menggunakan ayat tunggal dan ayat
majmuk berpandukan novel Aman bukan Amin dengan aktiviti pantomin.

Teknik pertama yang saya gunakan adalah aktiviti Pemaduan Seni. Saya telah
menerapkan tiga unsur iaitu seni lakon, seni suara, dan seni lukis dalam langkah satu.
Rajah di bawah adalah aktiviti yang saya akan rancang.

7
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

•Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan


diberikan tugasan untuk membuat lakonan dalam nyanyian serta
Aktiviti lukisan di papan putih.
1

•Murid di minta untuk melakonkan watak Amin bukan Aman dengan cara
berlakon dan dialog yang diujarkan perlulah dinyanyikan.
Aktiviti •Sebagai contoh, murid melakonkan watak Amin yang taat, sabar, dan
prihatin dalam dialog sambil menyanyi secara spontan.
2

•Ahli kumpulan yang lain pula boleh untuk melukiskan watak Amin dan
Aktiviti Aman secara spontan mengikut nyanyian yang telah ujarkan.
3

Rajah 1: Contoh aktiviti PdP yang dijalankan dalam teknik Pemaduan Seni

Rajah 1 adalah contoh aktiviti PdP yang dijalankan dalam teknik pemaduan seni mengikut
watak Amin dan Aman. Teknik ini dilaksanakan secara serentak pada masa yang sama.
Teknik ini berupaya untuk merangsang minda murid dalam mengajukan dialog secara
spontan. Murid-murid juga dilatih untuk peka terhadap apa yang diujarkan oleh rakan yang
lain. Aktiviti seperti ini akan menjana pemikiran murid yang kreatif dan kritis selaras dengan
aktiviti yang menyeronokkan. Murid akan berasa seronok dengan pembelajaran yang lebih
menghiburkan.

Teknik ini juga dapat memberikan sikap kerjasama antara murid apabila bekerja di
dalam kumpulan. Mereka akan saling bantu-membantu untuk melaksanakan tugasan yang
diberikan. Melalui aktiviti ini juga, guru dapat membina satu suasana yang menyenangkan
dan mengasyikkan murid. Hal ini demikian kerana berlakon, menyanyi dan melukis dalam
pemaduan seni adalah bentuk seni sastera yang memiliki keindahan dan kenikmatan lebih-
lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai hubungkait dengan lingkungan
kehidupan murid-murid. Sekaligus murid akan lebih menumpukan perhatian sepenuhnya
dan akan memudahkan mereka memahami cerita yang disampaikan oleh mereka sendiri.

8
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

Impak seterusnya dalam aktiviti yang saya cadangkan ini terdapat banyak aspek
yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan
kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca yang berlaku
ketika murid melakukan aktiviti dapat membantu mereka menajamkan lagi kemahiran-
kemahiran yang terlibat. Jika dikaitkan dengan pendidikan pemulihan sama ada pemulihan
khas atau biasa, guru boleh menggunakan teknik ini dalam usaha membbantu murid
menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Guru juga boleh menggunakan teknik ini agar dapat menarik minat murid untuk
berkomunikasi dan menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang hendak
disampaikan oleh rakan mereka. Sekaliguskan ia dapat meningkatkan kosa kata murid-
murid. Untuk mendapatkan impak yang lebih berkesan dalam teknik pemaduan seni ini,
guru juga boleh mengplikasikan kemudahan IT yang ada dengan menggunakan Power
Point, visual dan audio yang dimasukkan dapat menarik minat murid-murid. Persembahan
dari rakan-rakan mereka sendiri akan lebih berkesan kepada murid kerana mereka dapat
melihat sendiri tanpa perlu berimaginasi. Ianya dapat membantu murid menghayati dan
merasakan sendiri cerita tersebut.

9
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

Teknik kedua yang saya rancang adalah Pantomin. Teknik ini adalah untuk mencapai
objektif kedua iaitu murid boleh bercerita menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk
berpandukan novel Aman bukan Amin. Saya telah rancang aktiviti yang sesuai dalam
teknik Pantomin ini seperti rajah di bawah:

•Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu


melantik seorang ketua sebagai pembaca.
Aktiviti 1

•Setiap kumpulan diminta untuk mencipta cerita yang berkait dengan ciri-ciri
watak Amin dan Aman
Aktiviti 2

•Ketua kumpulan perlu membaca cerita yang telah direka oleh mereka.
Aktiviti 3

•Rakan yang lain akan melakonkan watak Amin dan Aman mengikut cerita
yang dibacakan.
Aktiviti 4

Rajah 2: Contoh aktiviti PdP yang dijalankan dalam teknik Pantomin

Rajah 2 merupakan contoh aktiviti PdP yang dijalankan dalam teknik Pantomin
menggunakan novel Amin Bukan Aman. Pelakon yang memegang watak Amin dan Aman
tidak boleh bersuara. Pencerita sahaja yang akan membacakan skrip yang telah dicipta.
Aktiviti ini juga merangsang minda murid dan peka dengan apa yang didengar. Murid-murid
akan lebih prihatin tentang perkara yang didengar dan mengaplikasikannya dalam bentuk
lakonan. Hal ini menyebabkan murid akan berlakon sambil mempertingkatkan kemahiran
lisan iaitu mendengar dan bertutur. Mereka akan bertindak secara aktif dalam lakonan yang
mereka lakukan sambil mendengar arahan daripada pembaca cerita. Otak mereka semakin
laju merancang apakah strategi seterusnya untuk mereka lakonkan. Hal ini demikian akan
menjadikan murid lebih aktif dalam berfikir dan mereka lebih peka terhadap apa yang akan
berlaku seterusnya.

10
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

Selain itu, cerita yang penuh dengan nilai-nilai murni seperti novel Aman bukan
Amin ini mampu menanamkan sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif lain yang
berguna dalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid. Mereka akan
menjadikan nilai dan tauladan yang diperoleh menerusi sebuah cerita sebagai panduan
untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Sebagai contoh aktiviti yang telah
saya cadangkan di atas, hal ini bukan sahaja dapat disematkan dalam fikiran dan jiwa
murid, malah dapat memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri serta sikap
positif dalam pembelajaran. Impak seterusnya adalah murid dapat menyusun idea-idea
secara teratur dalam apa yang mereka dengari. Seterusnya, teknik pantomin ini dijadikan
alat untuk menajamkan lagi kemahiran mendengar dan bertutur secara menyeronokkan.
Hal ini demikian kerana sewaktu bercerita, kanak-kanak atau guru juga tidak terikat kepada
nada dan intonasi perbualan yang biasa. Setiap perkataan yang diujarkan perlu
bersesuaian dengan cerita yang disampaikan. Contohnya dalam novel ini apabila Minah
mengaduh kesakitan …Aduhh!!.... bagi memberi kesungguhan bahawa Minah mengaduh
itu menunjukkan kekesalan atau kesedihan. Guru tidak perlu lagi membunyikan perkataan
itu, cukup kalau memberi penekanan dalam sebutannya sahaja mereka boleh mengetahui
sama ada bunyi tersebut daripada kesakitan, kekesalan atau kesedihan.

Rumusannya, kepelbagaian teknik yang disediakan oleh guru akan membuatkan


murid tidak berasa jemu dan bosan di dalam kelas. Guru perlulah kreatif dalam merancang
PdP bagi menjadikan suasana pembelajaran tidak pada takuk lama. Murid akan berasa
seronok walaupun hanya belajar sastera. Hal ini sangat pentigng bagi memperkenalkan
ilmu sastera kepada murid yang berbangsa lain selain bangsa Melayu.

11
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2010), Pemilihan dan Penyesuaian Bahan Dalam Pengajaran
Bahasa melayu, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Universiti Putra Malaysia.

Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001) Integrasi Media; Pengajaran Bahasa dan
Sastera. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Adenan Ayob, Khairuddin Mohamad (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : Oxford Fajar Sdn Bhd.

Ghazali Ismail, Mazlan Zaharuddin Mat Arof, Mohamad Hanifah Moideen (2013) Teknik
Drama dalam PdP Bahasa Melayu. Kajian literatur.Pahang: IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Bahagian


Pembangunan Kurikulum: KPM

Khairuddin Mohamad (2011). Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn
Bhd

Khairuddin Mohamad, Wan Zaliha Wan Othman, Amanah Mohd. Noor (2016) Genre
Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Selangor. Sasbadi Sdn Bhd.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005). Stilistik Komsas: Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Siti Hajar Abdul Aziz, (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz, (2011). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

12
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

LAMPIRAN A

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


BAHASA MALAYSIA

Tarikh : 17 Mac 2017


Tahun : 3 Perdana
Bil. Murid : 30 Orang
Masa : 11.00 – 12.00
Tema : Alam Ceria Hidup Sejahtera
Tajuk : Mesra Alam
Kemahiran : Seni Bahasa

Standard Kandungan : 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan


bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik
hibur.
Standar Pembelajaran : 4.3.2 Mengujarkan dialog secara spontan
berpandukan bahan rangsangan dengan bahasa badan
yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran melalui
aktiviti lakonan secara didik hibur.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-


1. Mengujarkan dialog secara spontan berpandukan novel Aman
bukan Amin melalui aktiviti pemaduan seni.
2. Murid bercerita menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk
berpandukan novel Aman bukan Amin dengan aktiviti pantomin.

Pengisian Kurikulum
Ilmu : Kemahiran Hidup
Nilai : Bantu membantu,Bersopan santun,Bertolak ansur
Peraturan sosiobudaya : Laras bahasa, Kesantunan bahasa
EMK : Kreativiti dan Inovasi : Penjanaan idea dan penghasilan idea baharu

Strategi Pengajaran : Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)


i) Kemahiran Berfikir Kritis (KBK) : Membuat urutan.

13
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

ii) Kemahiran Berfikir Kreatif (KBK) : Menjana idea.


iii) Kecerdasan Pelbagai (KP) : Verbal Linguistik, Muzik
iv) Belajar cara Belajar (BCB) : Menulis

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah tahu format karangan berpandukan gambar
Sistem bahasa : Sintaksis- Karangan berpandu
Bahan Sumber P&P : i) Novel Aman bukan Amin

Langkah Aktiviti Pengajaran dan


/ masa Isi Pelajaran Pembelajaran Catatan

KB
Guru menayangkan slaid-slaid gambar
Menghubungkait
tentang pencemaran alam.
Menjana idea
Menganalisis
Set Bercerita tentang isu-isu Guru mengaitkan aktiviti tadi dengan isi
Nilai
Induksi masalah pencemaran pelajaran hari ini
Bantu
5 minit alam membantu
Bersopan
santun
Bertolak ansur
Empati
Strategi P&P
Sinopsis cerita dari novel 1. Guru mengedarkan sipnopsis cerita KBK-Menjana
Aman bukan Amin :
Amin dan Aman serupa, tetapi Aman bukan Amin. Idea
tidak sama. Amin taat, sabar 2. Guru bercerita tentang sipnopsis
dan prihatin. Aman?
Langkah 1 cerita dari novel tersebut. Nilai
Sebaliknya. Selepas kematian
15 minit
Mahat, Aman semakin 3. Murid dan guru bersoal jawab tentang Hemah tinggi,
berubah laku. Kegetiran hidup
memudarkan semangatnya, novel tersebut kerjasama,
membuatkan dia terjerumus menghargai,
dalam gejala sosial.
bersyukur

1. Murid dibahagikan kepada empat Strategi P&P

Mengujarkan dialog secara kumpulan. KBK : Menjana


spontan berpandukan novel 2. Setiap kumpulan perlulah menerapkan idea
Aman bukan Amin melalui
aktiviti pemaduan seni. unsur seni lakon dan seni suara untuk KBK : Membuat
Langkah 2 menghidupkan watak Amin dan urutan
15minit Aman.
3. Murid mula berdialog dengan Nilai
menerapkan pelbagai unsur hemah tinggi,
pemaduan seni dalam persembahan berani
mereka.

14
BMM3163
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

4. Murid diminta membuat persembahan


di hadapan kelas mengikut kumpulan.
5. Guru membuat rumusan terhadap
hasil dapatan murid.

Pentaksiran
1. Seorang murid perlulah bercerita dan
Murid bercerita menggunakan Strategi P&P
rakan sekumpulan yang lain perlulah
ayat tunggal dan ayat majmuk KBK : Menjana
berpandukan novel Aman melakonkan watak yang diceritakan.
bukan Amin dengan aktiviti idea
pantomin.
Langkah 3
Pengayaan
20 minit
1. Murid menggunakan ayat tunggal dan
Nilai
ayat majmuk dalam penceritaan yang
Hemah tinggi
telah diceritakan.
Kerjasama

Penutup Kognitif
1. Murid diminta mengimbas kembali BSPP
Guru membuat rumusan
Pengajaran dan Pembelajaran. pembelajaran pada hari ini. Tayangan Video
2. Murid dan guru bersoal jawab dan
guru merumuskan hasil P&P pada Strategi P&P
hari ini. 1. KP : Verbal
Linguistik
Penutup 2. KP : Muzik
5 minit Penutup Sosial
1. Murid diminta berdiri sama-sama
Nyanyian lagu “Kalau Rasa
Gembira” menyanyikan lagu “Kalau Rasa
Gembira”. Nilai
2. murid diminta untuk menyanyikan Kerjasama
sambil menggerakkan tubuh badan.
KB
Merumus

15

Anda mungkin juga menyukai