Anda di halaman 1dari 10

1.

Menghuraikan teori pemerolehan bahasa, Konsep LINUS, kemahirankemahiran LINUS, prinsip dan kriteria pemilihan bahan pengajaran dan
pembelajaran LINUS.
Teori Pemerolehan Bahasa.
Definisi Bahasa.
Bahasa didefinisikan sebagai kebolehan semula jadi manusia yang berupa
satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh
sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(1996:87) bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
penghubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Contohnya, di antara
seorang individu dengan individu yang lain atau sebagainya.
Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi kedua Cetakan kesepuluh pula
mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang
digunakan oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi
dan mengidentifikasikan diri.
Oleh itu, segala bunyi-bunyian selain daripada alat-alat pertuturan manusia
tidak akan dikategorikan sebagai bahasa. Malahan, jika bunyi yang terhasil tidak
berstruktur atau bunyi yang tidak bermakna bagi manusia lain bererti bunyi itu juga
bukan bahasa.
Bahasa Juga didefinisikan sebagai lambang-lambang yang kita jadikan
sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu menurut Reed,C.A 1994.
Manakala menurut Simanjuntak ,1978 pula, bahasa adalah satu struktur yang unik
daripada bunyi-bunyian dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenangwenang (arbitrari) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.
Lambang-lambang peraturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenangnya dan
dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.(Bloom,1998).
Jika dirujuk kembali berdasarkan kepada definisi bahasa yang telah
disediakan, jelas menunjukkan kepada kita bahawa bahasa ini sebenarnya terdiri
daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang
(arbitrari). Di mana menurut Hayakawa 1964, arbitrari ini dapat didefinisikan sebagai

no necessary connection between the symbol and that which is symbolized.


Manakala menurut Asmah Hj. Omar (1986) menerangkan sewenang-wenang ialah
unit yang kita tuturkan sebagai rumah. Rumah yang dimaksudkan bukanlah benda
konkrit yang mempunyai bumbung, lantai, dinding, tingkap, dan pintu yang menjadi
tempay kita berteduh, tetapi adalah apa yang mewakili benda itu. Jika diterangkan
secara ringkas, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa pertuturan sama sekali tidak
berkaitan dengan makna atau pengertian tulisan sesuatu kata itu.
.

Teori Pemerolehan Bahasa

Teori pemerolehan bahasa ini berlaku secara berperingkat-peringkat


mengikut kepada perkembangan otak, iaitu hasil daripada perkembangan fizikal
sehingga dewasa. Kanak-kanak selalunya dapat memperoleh atau mempelajari
bahasa secara berperingkat-peringkat dari masa ia bayi. Semasa bayi, ia akan
belajar secara tidak formal atau pembelajaran berlaku secara tidak sedar dan tidak
perlu diajar. Ada beberapa aliran yang cuba menganalisis dan menerangkan
berkenaan dengan pemerolehan bahasa ini. seseorang guru bahasa perlu
mempunyai pengetahuan dalam dua perkara yang penting iaitu pengetahuan
mengenai bahan pengajaran dan perlu berkebolehan dalam memilih prosedur
penyampaian yang paling berkesan supaya murid-muridnya dapat menguasai
bahasa yang diajar. Seseorang guru bahasa tidak mungkin dapat menyampaikan
pelajarannya dengan cara yang berkesan jika beliau tidak mempunyai pengetahuan
tentang bagaimana proses perolehan atau pembelajaran ini berlaku. Berikut
merupakan teori perolehan yang sering digunakan untuk menghuraikan teori-teori
pembelajaran :
i.

Teori Behaviorisme
Teori Behaviorisme ini dipelopori oleh B. F. Skinner (1938). Teori ini

menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa. Behaviour


atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak balas hasil
daripada rangsangan sama ada rangsangan dalam mahupun rangsangan luaran
menurut Siti Hajar Abdul Aziz,2009:383. Menurut Skinner, pembelajaran bahasa
kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-

kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanakkanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu.
Dalam konteks pemerolehan bahasa, teori ini merupakan sebuah fahaman
yang menekankan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui
proses pencernaan tatabahasa dalam bentuk yang betul. Pemerolehan bahasa
adalah berdasarkan pengukuhan sama ada bersifat positif ataupun sebaliknya.
Peneguhan yang dimaksudkan merupakan suatu teknik atau proses yang
menggunakan elemen peneguhan untuk mengukuh serta mengekalkan gerak balas
dalam pemerolehan bahasa. Ini bermakna pembelajaran berlaku apabila terdapat
perubahan tingkah laku secara spontan, sama ada diteguhkan dengan ganjaran
atau dilemahkan melalui hukuman. Antara ganjaran yang biasa diberikan adalah
pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan dan sebagainya yang
boleh merangsang kanak-kanak untuk bercakap.
Kesimpulannya, proses pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa
merupakan suatu pembelajaran yang memerlukan latihan secara berulang-ulang
dan mementingkan persekitaran murid agar proses pembelajaran berlaku secara
sistematik.
ii.
Teori Mentalis.
Teori ini telah dikemukakan oleh Noam Chomsky, 1959 yang mengatakan
bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurut beliau, kanakkanak telah dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal.
Menurut beliau lagi, kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari
bahasa yang didedahkan kepada mereka melalui alat pemerolehan.
Teori ini melihat bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu
kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Bahasa dianggap sebagai
pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Menurut
Siti Hajar Abdul Aziz, teori ini mempertimbangkan peranan mental dalam
membentuk kepercayaan, perlakuan, ingatan, motivasi dan juga emosi.
Kesimpulannya, teori ini menekankan proses perkembangan pemikiran
kanak-kanak. Pengajaran dan pembelajaran bahasa akan dijalankan secara
berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid. Oleh itu, proses pembelajaran
berlaku lebih sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran
secara berperingkat-peringkat.
iii.
Teori Kongnitif.
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof, teori kognitif merupakan sebuah teori yang
menegaskan bahawa pembelajaran adalah sebuah fenomena mental. Aliran atau
teori ini sebenarnya bersifat mentalis yang mana teori ini menghubungkaitkan realiti

mental dengan lakuan bahasa yang betul. Manakala menurut pandangan Piaget
seorang ahli psikologi berbangsa Swiss, berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak
itu merupakan menifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Menurut
Piaget lagi, penguasaan bahasa kanak-kanak berlaku melalui beberapa peringkat
perkembangan kognitif.
Ahli-ahli kognitif juga berpendapat bahawa pembelajaran bahasa iaitu suatu
proses dalaman yang berlaku dalam akal dan tidak dapat diperhatikan secara
langsung melalui tingkah laku.
Secara ringkasnya, teori ini berfokuskan kepada idea perkembangan yang
bersesuaian dan sepadan dengan kelebihan kognitif dan fizikal murid. Oleh yang
demikian, pendekatan teori ini dapat mempengaruhi persekitaran pembelajaran,
kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran. Dengan itu, pengajaran berlaku
dengan lancar kerana bersesuaian dengan situasi semasa murid.

Konsep Linus.
Literacy and Numeracy Screening (LINUS), merupakan satu program
intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi
(Bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS
disasarkan kepada murid-murid yang belum menguasai tiga kemahiran utama iaitu
kemahiran membaca, kemahiran menulis dan juga kemahiran mengira. Definisi
LINUS terbahagi kepada dua iaitu :
a) Definisi Literasi yang merangkumi kebolehan murid dalam membaca, menulis
serta memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk dengan menggunakan
kata hubung, mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta
komunikasi harian.
b) Definisi Numerasi adalah keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik
serta

memahami

idea

matematik

yang

mudah

dan

mengaplikasikan

pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kumpulan sasaran
Kumpulan LINUS
sasaran ialah murid Tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai
asas literasi dan numerasi kecuali murid-murid berkeperluan khas, Sekolah Jenis
Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Pemantauan dan Penyeliaan.

1. Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus


daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri
daripada pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui
oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
2. Di sekolah Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik perlu menyelia
Program LINUS dar semasa ke semasa.
3. Bagi memantau kemajuan murid-murid LINUS di sekolah, satu mekanisme
sistem

pelaporan

dilaksanakan,

telah

status

diwujudkan.

penguasaan

Oleh
murid

itu,
akan

setiap

kali

saringan

dilaporkan

dengan

menggunakan sistem yang dibangunkan oleh KPM.


Matlamat LINUS
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid-murid yang
mengikuti program literasi dapat menguasai Bahasa Melayu kecuali murid-murid
berkeperluan khas setelah tiga tahun mengikuti program ini.
6 strategi telah dibentuk :
Saringan murid ( Tahap 1)
Objektif Pembinaan
LINUS
bahan
Objektif program ini adalah bagi memastikan murid-murid boleh :
MengenalPeningkatan
dan menyebut
abjad, Pedagogi
mengeja Guru
dan membunyikan suku
kemahiran

kata terbuka dan tertutup.


Program Kesedaran Sekolah dan Komuniti :
Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan
Melaksanakan
programdan
kesedaran
tertutup, perkataan
berimbuhan awalan
akhiran. tentang pentingnya
Membaca dan asas
menulis
membaca
serta memahami
dan mengiraayat
di kalangan
tunggal warga
dan ayat
sekolah
dan komuniti.
majmuk yang mudah
dengan menggunakan kata hubung dan.
Pemantauan, Penyeliaan dan Penilaian :
Strategi pelaksanaan Program LINUS
Menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian.
Mewujudkan FasiLINUS :
Mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Daerah untuk
membantu guru memastikan murid-murid berupaya
membaca, menulis dan mengira.

Kemahiran-kemahiran LINUS

1. Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merupakan komponen penting dan menjadi kunci kepada
ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu, kemahiran membaca perlu dipelajari seawal
yang boleh. Menurut Syed Abu Bakar Syed Akil dalam buku Panduan Mengajar
Kemahiran Membaca dikatakan kemahiran membaca ini memerlukan pencapaian
beberapa tahap kemahiran psikomotor dan kemahiran bahasa seperti :
i.
ii.

Deria pendengaran dan deria penglihatan dapat digunakan dengan baik.


Dapat menggerakkan mata dalam koordinasi yang seimbang. Senang
bergaul dan tingkah lakunya dapat dikawal.

iii.
iv.
v.

Senang bergaul dan tingkah lakunya dapat dikawal.


Daya ingatan kekal.
Dapat bercakap dengan fasih dan petah serta dapat memahami bahasa
yang didengar.

Kemahiran membaca peringkat Sekolah Rendah.


Prabacaan
Prabacaan ::
merupakan kemampuan
dan
tahap kesediaan
kesediaan
dan tahap
seseoran untuk
untuk
seseoran
menerima
menerima pengajaran
pengajaran
dari segi mental, emosi
dan fizikal.

Kemahir
an
Membac
a
Bacaan
Bacaan dan
dan
Pemahaman.
Pemahaman.

Bacaan
Bacaan Mekanis.
Mekanis.

2. Kemahiran Menulis.
Menurut Jago Tarigan,1995 menulis adalah mengekspresikan secara tertulis
gagasan, idea, pendapat atau fikiran dan perasaan. Tujuan pembelajaran dan
pengajaran menulis, pada asasnya ialah media untuk menyampaikan pendapat
atau maklumat agar dapat difahami dan diterima orang lain. Tulisan menjadi salah
satu media komunikasi yang cukup efektif dan efisien untuk menjangkau khalayak
masa yang sesuai.

Faktor fizikal

Bentuk fizikal seseorang


murid mempengaruhi
kesesuaiannya menulis
dengan lebih baik
apabila berada di dalam
kelas. oleh itu, guru
harus bijak menilainya.

Faktor
Persekitaran

faktor persekitaran yang


positif dari persekitaran
juga memainkan
peranan yang penting
untuk mempengaruhi
kesesuaian menulis di
kalangan murid.

Faktor mempengaruhi
kesesuaian menulis.

Pratulisan

Kemahiran Pratulisan ialah kemahiran yang menjadi asas kepada kemahiran


tulisan mekanis. Aktiviti ini mengandungi aktiviti fizikal dan psikomotor matlamat
aktiviti ini dilakukan agar murid bersedia untuk belajar menulis dan dapat membantu
mereka membentuk huruf dengan betul, mendirikan asas menulis yang kukuh agar
kanak-kanak dapat menulis dengan cekap.
Murid-murid perlu menguasai pergerakan-pergerakan motor yang dapat
membantu mereka dalam penguasaan kemahiran menulis dalam kemahiran
pratulisan ini. kemahiran ini, seperti kemahiran penguasaan pergerakan tangan,
mata serta koordinasi antara tangan dan mata bagi memudahkan aktiviti tulisan.
Penulisan Mekanis

Penulisan mekanis perlu dikuasai oleh murid agar dapat menghasilkan


tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Membuat corak, menekap dan membentuk
huruf merupakan antara aktiviti yang boleh dilaksanakan. Ini kerana aktiviti tersebut

boleh membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti


menulis huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan juga ayat.
i.
Peringkat menyediakan murid-murid
a. Melakukan pergerakan tangan.
b. Mengusai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan
selesa dan sempurna.
c. Melakukan latihan pergerakan mata.
d. Melakukan latihan koordinasi tangan dan mata.
Objektif Penulisan Mekanis.
a. Dapat menggerakkan otot tangan, jari dan mengkoordinasi pergerakan

ii.

mata dan tangan dengan baik.


b. Dapat melakar bentuk di udara, di atas meja, di atas pasir dan di
belakang rakan.
c. Membentuk huruf dalam kertas bergaris dua dan bergaris tiga.

Prinsip dan Kriteria pemilihan bahan pengajaran dan


pembelajaran LINUS
Istilah bahan atau media pendidikan dan media pengajaran sering disamakan
maksudnya, walaupun pada hakikatnya terdapat perbezaan di antara keduanya.
Media dihubung terus dengan benda-benda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan
pendidikan dan pengajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Traver,1970 istilah
media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang
mempunyai ciri-ciri tertentu.
Bahan pendidikan ialah media yang digunakan dalam usaha pendidikan.
Usaha pendidikan yang dimaksudkan ini ialah pengajaran guru. Bahan pengajaran
pula ialah media yang digunakan dalam usaha pengajaran. Kelebihan bahan
pengajaran dibandingkan dengan bahan-bahan pendidikan biasa ialah meliputi
pelbagai komponen persekitaran pelajaran yang menghasilkan rangsangan kepada
pelajar.
Prinsip-prinsip Pemilihan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu.
Terdapat beberapa prinsip asas yang perlu diikuti semasa pemilihan bahan
pengajaran Bahasa Melayu, bagi memastikan bahan pengajaran yang sesuai
digunakan.
i.
Kepentingan dari segi objektif pengajaran.
Bahan pengajaran yang dipilih mestilah bersesuaian dengan objektif
pelajaran. Guru harus dapat memikirkan jenis bahan yang akan digunakan

dalam pengajarannya berpandukan objektif khusus. Manakala bahan primer


atau sekunder berperanan penting dalam mencapai objektif pengajaran
yang telah ditetapkan.
Kepentingan Terhadap Pelajar.
Minat dan pengetahuan pelajar perlu diambil kira semasa pemilihan bahan

ii.

pengajaran.

Perbezaan

umur,

kebolehan,

perkembangan

mental,

fizikal,emosi, dan juga latar belakang serta persekitaran pelajar juga perlu
dipertimbangkan oleh guru semasa membuat pemilihan dan penyesuaian
bahan

pengajaran.

Kepelbagaian

bahan

amat

diperlukan

untuk

memperkukuhkan lagi pemahaman pelajar pentar serta membuat pelajar


iii.

yang kurang cerdas memahami sesuatu pelajaran.


Kepentingan dari segi masa.
Guru perlu merancang penggunaan masa dengan teliti dan munasabah agar
bahan tersebut dapat dimanfaatkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Perancangan guru hendaklah berbeza-beza mengikut matlamat yang ingin
dicapai, contohnya objektif yang hendak dicapai ruang yang hendak
digunakan, cara pentadbiran, dan kebolehan serta minat para pelajar.

Kriteria-kriteria Pemilihan Bahan.


Dalam pemilihan kriteria bahan pengajaran, guru tidak semestinya memilih
bahan yang terdapat dalam buku teks sahaja. Guru perlu berusaha memilih bahan
daripada sumber lain yang difikirkan sesuai untuk pelajarnya. Oleh itu, bagi
memastikan bahan yang dipilih itu sesuai dan relevan dengan keadaan pelajar, guru
haruslah mempunyai prinsip tertentu dalam pemilihan bahan, khususnya bahan
sastera dalam pengajaran pendidikan bahasa.

Anda mungkin juga menyukai