Anda di halaman 1dari 1

SOALAN 1 : HURAIKAN TENTANG PENDEKATAN

Di dalam kamus dewan 1998, pendekatan diertikan cara-cara atau langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugasan seperti mengatasi
masalah. Sesuatu masalah harus diselesaikan dengan pendekatan yang bersesuai
agar masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik.
Manakala dalam konteks pendidikan pula,pendekatan ini lebih dikenali sebagai cara
untuk mendekati sesuatu di mana mendekati pelanggan kita iaitu pelajar kita sendiri. Ia
juga merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar bagi mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
Sebagai guru harus bijak memadankan pendekatan kepada anak muridnya. Ini kerana
pegangan utama untuk kita pegang ialah, setiap kanak-kanak tahapnya berbeza antara
satu sama lain. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat dan keperluan muridmuridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang
sesuai, tepat dan betul supaya proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih afektif.
Maka proses pembelajaran akan menampakkan keberkesanannya.
Merujuk pendapat Edward M. Anthony (1963) merumuskan bahawa pendekatan harus
berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran. Contohnya
1.
2.
3.
4.

Konkrit ke abstrak
Mudah ke susah
Dekat kepada jauh
Keseluruhan kepada bahagian

Jadi setiap proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih nampak tersusun dan lebih
teratur dimana unsur ansur maju diterapkan di kalangan murid-murid. Pendekatan yang
digunakan memperincikan lebih jelas lagi akan objektif pembelajaran kita pada masa
tersebut supaya dapat dicapai.

Anda mungkin juga menyukai