Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,


JALAN KUALA KETIL, 08000,
SUNGAI PETANI, KEDAH

Encik Ahmad Nadri Bin Mat Daud


Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar
Institut Sultan Abdul Halim,
Kedah.

22 Julai 2015

Surat Tunjuk Sebab Tidak Menghadiri Kelas


Merujuk perkara tersebut, saya ingin memohon maaf atas ketidakhadiran saya ke kuliah
pada hari Selasa dan Rabu, 21-22 Julai 2015.
2.

Saya tidak menghadiri kelas pada tarikh dan hari yang berkenan kerana saya masih

lagi berada di Sarawak. Ini disebabkan juga harga tiket yang terlalu mahal menyebabkan
saya membeli tiket agak lewat untuk balik semula ke institut.
3.

Tambahan pula, tiket pada hari rabu itu,merupakan tiket yang agak murah

berbanding harga tiket pada hari sebelumnya. Saya ingin memohon maaf atas kesilapan
saya tidak hadir kuliah yang sememangnya mengganggu proses pembelajaran saya. Segala
kerjasama dari pihak tuan, saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
______________________
( KASMAH PAKAR )
Pelajar Kelas P5A-KG
GSTT Ambilan Jun 2013

______________________
( PAKAR BIN REPIN )
Bapa Pelajar.

LAMPIRAN C (3)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,
JALAN KUALA KETIL, 08000,
SUNGAI PETANI, KEDAH

Ruj. Kami:

IPGKSAH/ / Jld 3 (2)


Tarikh: 16 Mei 2013

Pengurus,
Hasani Group Sdn Bhd,
Jalan Pekan Lama, 08100,
Sungai Petani, Kedah
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN ALAT TULIS BAGI KEPERLUAN KURSUS KEPEGAWAIAN
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.
Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak kami akan mengadakan Kursus Kepegawaian
Permainan Bola Tampar bagi guru pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim khususnya.
Program tersebut dijangka akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh:
Hari:
Masa:
Bil. Peserta:

1 Julai 2013
Isnin
8.00 pagi 5 petang
35 orang

3.
Saya selaku setiausaha Persatuan Bola Tampar IPG Kampus Sultan Abdul Halim
dengan berbesar hati ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memberikan sumbangan
berbentuk alat tulis bagi merialisasikan program ini.
4.
Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan
kami ini.
Sekian terima kasih.
Saya yang diamanahkan

NUR NAJIHAH BINTI MOHD ZAID,


Setiausaha
Persatuan Bola Tampar
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Anda mungkin juga menyukai