Anda di halaman 1dari 4

Guru dan cabaran semasa

Oleh DR. AMINUDIN MANSOR


DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti.
Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada
bidang pendidikan di negara ini.

Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah
menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.

Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses
pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan,
tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam
kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan
oleh pihak guru.

Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha


memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan
juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang


dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya
terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.

Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11


oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan
pendidikan.

Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130
negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar
pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan
Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di
peringkat tinggi.

Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi
program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).

Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi
merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan
negara.

Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan


atas keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan
persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari
hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang
panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.

Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa
tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi
profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.

Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada


kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi
pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya
serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.

Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan


negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah
difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak
bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.

* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan


latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat


Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara

* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar
dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan
kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;

* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan


dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;

* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;

* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai


pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki
kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;

* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang


mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni
serta menghargai tradisi dan warisan; dan

* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan


antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan
modal insan.

Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan
peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah
pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan
yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang.

Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar
daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk
mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang
baik dalam kehidupan.

PENULIS ialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Gurudan-cabaran-semasa#ixzz3SxrE71xe


Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai