Anda di halaman 1dari 2

Khasiat Daun Pegaga

Sesiapa yang asal dari kampung atau memang suka makan ulam tentu kenal
daun pegaga. Hmm.. daun pegaga nie sebenarnya ada seribu satu khasiat..!
Kalau korang nak tahu ulam pegaga, selain daripada rasanya yang sedap
(bagi che petualah), ia juga diamalkan oleh orang-orang tua dulu kerana
dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti kencing manis,
mengecutkan peranakan, ubati gatal pada bahagian vagina, hilangkan bintikbintik hitam di muka dan juga ubat untuk darah tinggi.

Bahkan daun pegaga juga bermanfaat untuk kecantikan wajah.


Ini antara beberapa khasiat daun pegaga

Hilangkan Bintik Hitam di Muka


Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kendian dicampurkan dengan bedak
sejuk sangat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.
M.Onya.. ambil sepuluh helai daun pegaga dan cuci dengan air garam. Lepas
tu tumbuk hingga halus dan campurkan dengan air garam dan bedak sejuk
yang ditambah ngan sedikit air suam.
Tempekkan campuran tu pada muka pada sebelah malam dan bersihkan
pada keesokan hari. Amalkan petua nie setiap malam sampai bintik-bintik
hitam kat muka tu hilang.

Serikan Wajah Dengan Daun Pegaga


Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan dua gelas air
sehingga tinggal segelas air rebusa tu. Lepas tu tapis rebusan tu dan biarkan
ia sejuk. Minumlah air rebusan tu sekali sehari selepas makan malam.

Amalkan tiga kali dalam seminggu dan korang akan dapati wajah korang
akan kelihatan lebih berseri. InsyaAllah

Petua Kecutkan Peranakan


Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas
kedatangan haid bolehlah amalkan makan pucuk pegaga yang dibuat ulam
atau dijadikan ramuan dalam gulai. Amalan ini dikatakan akan membantu
mengecutkan peranakan wanita.

Anda mungkin juga menyukai