Anda di halaman 1dari 49

KAEDAH SALOMA DAPAT MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID

MENULIS AYAT MAJMUK BERPANDUKAN GAMBAR


OLEH
ZAINUDDIN BIN HUSSAIN

1.0 PENGENALAN

Menguasai kemahiran menulis adalah penting bagi para pelajar. Menulis adalah
proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan sebagainya. Zaba (1952)
mengatakan bahawa menulis ialah kemahiran menyusun dan menggubah katakata untuk

dijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita. Kemahiran menulis

secara khusus dikaitkan dengan proses penyebaran ilmu,idea atau maklumat


secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa,
audiens dan gaya penulis supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan
kehidupan secara lebih menyeluruh. Oleh itu, kemahiran menulis bukan sesuatu
yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman

pemikiran

terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran


dalam bilik darjah.
Sehingga kini, masalah penulisan yang dilakukan oleh murid-murid terutama
dari segi tatabahasa tidak pernah selesai. Saban hari, ada sahaja kesalahan
tatabahasa yang dilakukan oleh mereka ketika melaksanakan kemahiran menulis
boleh menyebabkan murid

tidak

dapat

mengikuti

sesi pengajaran

dan

pembelajaran dalam bilik darjah dengan berkesan. Kegagalan ini juga secara tidak
langsung boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku mereka dan turut
mengganggu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Menurut Applebee, Langer dan Mullis (seperti yang dipetik dalam Lilies
Suryanti, 2010, hal 1) laporan National Asessment of Educational Progress (NAEP)
Amerika menyatakan bahawa tidak sampai satu perlima penulisan murid
memuaskan sejak dari tahun 1986. Kebanyakan murid menghadapi masalah
menyusun pandangan dalam penulisan dan tidak dapat mengekspresikan dengan
baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut tujuan yang telah
2

ditetapkan. Sehingga ke hari ini, Kemahiran menulis terus menjadi masalah ketara
dalam kalangan murid sekolah terutama dalam aspek tatabahasa.
Penulisan yang baik dari peringkat awal ini bakal melahirkan seseorang
penulis berwibawa

dengan penuh yakin hasil penulisannya yang mampu

menyalurkan pelbagai idea dengan penuh yakin dan bergaya bagi mempengaruhi
pemikiran dan menyatakan sesuatu perkara dengan tepat, jelas, menarik dan
mudah difahami orang lain. Selain itu, bidang penulisan ini juga merupakan satu
daripada cabang yang diuji bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di negara kita. Penulisan

dan

kefahaman telah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia mewakili A dalam


Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga tahun 2015. Tatabahasa ilmu
dan idea yang berkesan kepada setiap pembaca atau kumpulan sasaran yang
ditujukan.
Kepentingan kemahiran membina dan menulis ayat bukan sekadar untuk
tujuan pencapaian akademik sahaja seperti lulus cemerlang dalam peperiksaan,
malah untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian. Dalam usaha negara
kita untuk menjadi sebuah negara yang maju pada 2020, guna tenaga mahir amat
diperlukan. Penggunan tenaga mahir bukan hanya dalam konteks sains dan
teknologi sahaja malah kemahiran berbahasa

khususnya dalam kemahiran

menulis.

(kenapa ada font saiz 11 & 12)


1.1 Konteks / Latar Belakang

Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh


semua murid. Kemahiran membina ayat adalah salah satu aspek penting
dalam bahasa Melayu. Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati
3

kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dari


aspek membina ayat dengan betul dan lengkap.
Permasalahan ini menjadi rutin dalam pengajaran dan pembelajaran
kelas saya. Sepanjang mengajar kemahiran menulis, saya menyedari
bahawa masih terdapat

murid-murid Tahun 5 Teratai dari Sekolah

Kebangsaan Apal ini kurang mahir dalam membina ayat terutamanya bagi
kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A. Apabila sesi pengajaran dan
pembelajaran ( P & P) , beberapa orang murid kelas ini kurang memberi
respon dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
penulisan. Hal ini amat merisaukan saya
Berdasarkan semakan buku latihan dan sesi pengajaran dan
pembelajaran, saya mendapati tahap penguasaan perbendaharaan kata
murid juga agak terhad. Mereka menggunakan perkataan yang biasa
digunakan dan secara berulang kali dalam membina ayat ditambah pula
banyak kesalahan dalam aspek tatabahasa. Hal ini menyebabkan ayat yang
dibina oleh murid banyak kesalahannya. Anehnya kesalahan yang dilakukan
holeh murid adalah kesalahan yang sama atau berulang,walaupun telah
diberikan penjelasan berulang kali.
Antara ungkapan-ungkapan yang sering bermain diucapkan mereka
apabila saya memberi latihan membina ayat berpandukan gambar adalah
i.
ii.
iii.
iv.

buat ayat apa,cikgu


payah cikgu buat ayat.
Cikgu,nak tulis macam mana ni
kita tak pandai buat ayat cikgu

Sehubungan dengan itu saya perlu

membuat perubahan dalam

merangka kaedah terbaik agar masalah yang dihadapi oleh murid-murid


saya dapat dikurangkan dan membolehkan mereka membina ayat yang lebih
lengkap dan gramatis.

2.0 FOKAS KAJIAN / AMALAN GURU YANG PERLU DIMURNIKAN


5

Kesukaran murid dalam menguasai kemahiran membina ayat majmuk yang


gramatis mengundang persoalan pada diri saya untuk mencari punca
sebenar permasalahan ini. Setelah dibuat pemerhatian selama sebulan,
saya telah dapat merungkai beberapa punca masalah ini, antaranya adalah
1. Subjek kajian tidak faham tentang pola ayat dan cara untuk mengolah
sesuatu gambar untuk dijadikan ayat.
2. Latihan membina ayat yang diberi tidak siap dan ada di antara mereka
tidak hadir ke sekolah jikalau ada mata pelajaran bahasa Melayu keesokan
harinya.
3. Subjek kajian saya juga bosan dan sering merungut apabila pengajaran
membina ayat dijalankan. Ada antara mereka meniru kawan apabila
dikehendaki menjawab latihan membina ayat.
4.Terdapat juga subjek kajian menunjukkan tingkah laku negatif seperti tidak
memberi respon, lambat mengeluarkan buku, teragak-agak menjawab
soalan secara lisan, banyak termenung semasa menulis, kerap mengganggu
rakan dan membuat tugasan tidak menepati arahan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.
5. Subjek kajian ini mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Mereka hanya
dapat membina ayat pendek dengan tiada huraian mahupun kata kerja
sepertimana kemahuan kehendak soalan yang sebenarnya.
6. Amalan saya dalam pengajaran juga mempengaruhi keupayaan murid
menguasai kemahiran pembelajaran yang diharapkan. Ketika saya mengajar
6

kemahiran membina ayat, saya lebih ke arah membina ayat penyata yang
mudah. Sedangkan untuk mendapat markah yang baik murid perlu membina
ayat bersifat majmuk. Kadang-kala saya agak garang apabila sesi
penerangan

dan

kaedah

yang

dilaksanakan

murid

tidak

mampu

membuatnya. Saya perlu lebih peka dan bersabar dengan ragam dan
kerenah

murid-murid

saya yang pelbagai aras kebolehan dan latar

belakang kehidupan. Dalam hal ini saya mesti berinteraksi secara berfokas
untuk

mencari

permasalahan

yang

mereka

hadapi

dan

cuba

menyelesaikannya.
7. Saya perlu juga membuat perubahan ke arah yang lebih baik dalam
strategi dan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran. Mungkin strategi

lalu tidak berkesan kerana saya lebih banyak mengajar secara sehala dan
kurang melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran.
8. Di samping itu juga saya perlu meminta pendapat atau idea daripada
guru-guru lain sebagai langkah penyelesaian bersama ke arah mengubah
tingkah laku murid ke arah yang lebih baik. Menemui pentadbir sekolah,guru
bimbingan dan guru cemerlang akan dapat menjana keputusan yang positif
untuk kebaikan saya dan murid-murid saya. Justeru itu saya akan
menggunakan kaedah SALOMA untuk membantu meningkatkan kemahiran
dan penguasaan murid-murid membina ayat majmuk dalam pengajaran dan
pembelajaran.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum


Meningkatkan kemahiran tahap penguasaan murid-murid dalam membina
ayat majmuk berpandukan gambar melalui penggunaan kaedah SALOMA
bagi memenuhi kehendak kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A.
3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus bagi kajian ini adalah untuk:
i.

Kaedah SALOMA dapat membantu meningkatkan kemahiran

ii.

membina ayat majmuk(objtif xlengkaprujuk soalan kajian 1)


Meningkatkan minat murid Tahun 5 membina ayat majmuk dengan
baik menggunakan kaedah SALOMA

3.3 Soalan Kajian


Antara soalan-soalan tersebut adalah:
i.

Apakah kaedah SALOMA dapat membantu murid Tahun 5

ii.

membina ayat majmuk dengan baik dan gramatis?


Bagaimanakah kaedah SALOMA dapat meningkatkan minat murid
Tahun 5 untuk membina ayat majmuk dengan baik ?

4.0 SUBJEK KAJIAN

Dalam kajian ini saya memilih murid daripada kelas 5 TERATAI Sekolah
Kebangsaan Apal,

Besut, Terengganu iaitu seramai 5 orang. Tiga orang

adalah lelaki dan 2 orang adalah perempuan. Namun demikian, perbezaan


jantina tidak diambil kira kerana tidak mempengaruhi data kajian ini. Murid 5
Teratai ini merupakan murid yang mempunyai pencapaian akademik yang
sederhana dan segelintirnya ada juga yang lemah. Kelas 5 Teratai
merupakan

kelas kedua daripada dua kelas di sekolah ini.Kebanyakan

mereka datang daripada keluarga yang susah dan adik beradik yang ramai.
(tak

perlu)Dalam

pencapaian

akademik

rata-rata

daripada

mereka

memperolehi markah yang lebih kurang sama dalam setiap kali ujian
dijalankan. Dalam ujian terakhir yang saya jalankan baru-baru ini, seramai 11
orang murid yang mendapat markah 7-10 dalam bahagian A Bahasa Melayu
Kertas

Dua.Saya

mendapati

kelima-lima

subjek

kajian

mempunyai

persamaan dari segi :


a. Menulis dengan tanda baca yang tidak tepat.
b. Penulisan huruf kecil dan huruf besar yang tidak bersesuaian.
c. Struktur ayat yang dibina tidak lengkap.
d. Penggunaan kosa kata yang terhad
4.1 Tujuan Kajian
4.1.1 Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh peningkatan pencapaian
bahasa Melayu penulisan terutama dalam Bahagian A bagi murid tahun lima.
Diharap

dengan

adanya

kajian

sebegini

akan

dapat

membantu

meningkatkan pencapaian bahasa Melayu penulisan di sekolah ini pada


masa hadapan.
4.1.2 Ianya sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan
kualiti amalan pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru
menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri dan menjadi lebih kritis
tentang amalan dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam
inkuari yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru lain.

4.1.3 Membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu
tindakan yang paling strategik yang sentiasa boleh diaplikasikan.
4.1.4 Mengetahui minat murid tentang kaedah sesuai dengan kemampuan
dan kebolehan murid.

5.0 SUMBER LITERATUR

Sumber literatur ialah mengkaji hasil karya orang lain yang pernah dijalankan
oleh mereka. Tujuan dilakukan tinjauan literatur ini adalah untuk memahami
bagaimana mereka yang terdahulu telah menghadapi dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Pentingnya melakukan tinjauan literatur ini kerana
dapat memberikan idea serta hala tuju berkaitan penyelidikan yang akan
saya lakukan nanti.
Aplikasi strategi, sikap dan masalah guru yang dihadapi dalam kelas
memberi kesan kepada pembelajaran kemahiran penulisan. Menurut kajian
Yahya bin Othman (2005) tentang sikap dan masalah guru dalam pengajaran
bahasa Melayu di sekolah rendah, mendapati masalah utama yang dihadapi
oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah
untuk menangani jenis masalah yang berkaitan dengan murid iaitu
kelemahan penguasaan asas bahasa Melayu dalam kalangan murid,

10

masalah untuk berfikir serta mengumpul idea, masalah malas dan tiada
minat.
Jika kemahiran menulis murid telah dikuasai, pengalaman menulis
akan menyeronokkan murid. Walau bagaimanapun masa yang diperlukan
bagi mengajar kemahiran menulis adalah agak lama, mengajar untuk
menghabiskan sukatan, berkongsi maklumat dengan rakan,penyediaan
persediaan mengajar membebankan, namun begitu mengajar kemahiran
menulis harus diteruskan dan guru mengambil berat tentang kemahiran
menulis. Guru-guru mengambil berat tentang kemahiran menulis kerana ia
merupakan salah satu aspek wajib dalam mengajar bahasa selain aspek
lisan dan kefahaman. Selain itu, sikap murid yang dikaji adalah penting untuk
diambil kira dalam menjalankan aktiviti penulisan dalam pengajaran dan
pembelajaran, mengikuti pengajaran kemahiran menulis mengikut kebolehan
murid, dan mengadakan perbincangan dengan rakan serta

guru untuk

memperbaiki cara penulisan.


Selain itu, masalah penulisan murid juga turut berpunca daripada
gaya pengajaran guru di dalam kelas. Strategi pengajaran penting kerana
menurut Esah Sulaiman (2003) pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru,
pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan.
Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah,
teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah
dikatakan strategi pengajaran. Penggunaan bahan rangsangan tanpa teknik

11

yang berkesan, mendorong kepada kelemahan penguasaan kemahiran


penulisan.

Menurut Abdullah Hassan (2009), guru-guru menghadapi masalah


mengajar Sukatan Baharu Bahasa Melayu 2003 kerana guru-guru tidak
terlatih dalam sukatan baharu yang mengandungi kemahiran komunikasi
interpersonal, Ini khusus untuk sekolah menengah kemahiran berfikir kritis
dan kreatif (KBKK), dan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam pengajaran
bahasa Melayu. Oleh sebab itu mereka menggunakan pengalaman dan
maklumat peribadi dan tidak berdasarkan ilmu komunikasi interpersonal
sebenar. Kemahiran-kemahiran ini tidak diajarkan sebagai kursus dalam
pendidikan guru serta sudah tentu tiada kaedah mengajarnya.

Selain itu, kecerdasan emosi, kecerdasan pelbagai, kemahiran


berfikir, kemahiran belajar, membuat pengitlakan dan kajian masa depan
dalam kemahiran bernilai tambah tidak diberi fokus dalam pendidikan guru
tetapi perlu diajarkan oleh guru di sekolah. Hal ini menimbulkan kesukaran
kepada guru-guru untuk mengajar kemahiran menulis berdasarkan sukatan
baru dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Manakala Yahya Othman (2005) dan Ahmad Khair Mohd. Nor (2007)
menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung
kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi jugaoleh pengajaran menulis
yang bersistem dan berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran
menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis

12

huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami
apabila dibaca.

Susunan kata-kata yang lengkap mengandungi makna yang lengkap.


Susunan unsur-unsur perkataan dalam ayat dasar yang lazim adalah
subjeknya mendahului predikat. Abdullah Hasan (2009) menjelaskan bahawa
dalam sesuatu binaan ayat, terkandung susunan urutan perkataan dalam
binaan sintaksisi yang boleh dihuraikan antaranya melalui satu rumus atau
peraturan yang dinamakan Rumus Struktur Frasa (RSF) Rumus RSF ini
menyatakan bahawa ayat boleh dibentuk oleh beberapa ayat yang bertaraf
setara yang dihubungkan oleh kata hubung gabungan.
Sumber literatur tidak cukup..tidak ada sumber dari barat

13

6.0 MERANCANG PELAN TINDAKAN

Merancang bermaksud mengatur terlebih dahulu,mempersiapkan atau


merencanakan (Kamus Dewan,2003).Dalam konteks ini,merancang tindakan
bermaksud membuat persiapan awal sebelum bertindak.Tujuan saya
membuat perancangan adalah untuk mencari mekanisma penyelesaian
terbaik bagi menangani sebarang isu berbangkit atau permasalahan yang
telah dikenal pasti. Di sini saya perincikan perancangan yang perlu saya buat
agar

ketika

proses

melaksanakan

seiring

dengan

dirancang,Antara

perancangan yang perlu saya persiapkan adalah:


6.1 Matlamat Kajian
Saya perlu memastikan matlamat tindakan yang hendak diambil selari
dengan objektif kajian.Ini penting supaya saya tidak tersasar ketika
menjalankan kajian nanti.
Objektif Umum

14

Meningkatkan kemahiran tahap penguasaan murid-murid dalam


membina ayat majmuk berpandukan gambar melalui penggunaan teknik
SALOMA bagi memenuhi kehendak kertas Bahasa Melayu Penulisan
Bahagian A.

6.2 Tempoh pelaksanaan


Perancangan

seterusnya

saya

perlu

menentukan

tempoh

pelaksanaan bagi setiap aktiviti.

Tempoh/minggu
1

Aktiviti
Refleksi isu / masalah keperihatinan

Tinjauan Awal:
Mereka bentuk soalan untuk ujian terdahulu dan ujian
2-3
semasa bagi mengenal pasti kemahiran murid
Membuat pemerhatian dan menilai tentang latihan
yang telah diberi.
1
i.
ii.

Menjalankan ujian terdahulu


Membuat perhatian terhadap sikap murid
sebelum aktiviti intervensi

15

Analisis data tinjauan awal

Menganalisis, merekod dan melapor markah ujian


2

terdahulu - bilangan dan peratus yang lulus/yg


dapat menjawab dengan betul.
Melaporkan dapatan pemerhatian

Menulis refleksi kajian dan membuat cadangan

Jadual 1 : Tempoh pelaksanaan kertas cadangan penyelidikan


6.3 Bahan-bahan Kajian Tindakan
Saya

perlu

menyenaraikan

bahan-bahan

yang

diperlukan

untuk

melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran peserta kajian saya seperti


i.Penerangan melalui Power Point mengenai teknik SALOMA.
ii.Teks
iii.kad gambar
iv. Teka Buat,dan
v.jadual SALOMA

6.4 Kaedah Penilaian


Perancangan seterusnya saya perlu menentukan cara pemantauan dan
kaedah penilaian bagi mengenal pasti keberkesanan tindakan yang
dijalankan.Untuk itu saya memilih kaedah menemubual, pemerhatian dan
analisis dokumen untuk mendapatkan maklumat subjek kajian saya.

16

7.0 TINDAKAN

Jadual kerja atau juga skedul kerja kajian penting semasa membut kajian
tindakan kerana jadual ini ianya akan menjadi panduan untuk saya mengatur
hala tuju kajian tindakan yang hendak dibuat. Di sini saya catatkan jadual
kerja yang telah dibuat ketika proses membuat penyelidikan ini:

BIL

PERKARA
Pengajaran dan pembelajaran membina ayat

TARIKH

1.

berdasarkan gambar tunggal

24 Ogos 2014

2.

Melaksanakan ujian pengesahan permasalahan

26 Ogos 2014

3.

Pemerhatian dan analisis dokumen

1 Sept 2014

Temu bual subjek kajian yang dipilih

21 Januari 2015

Melaksanakan ujian sebelum intervensi.

22 Januari 2015

Pemerhatian dan analisis dokumen

25 Januari 2015
17

Perlaksanaan intervensi dan pemerhatian

1 Feb 2015

Ujian selepas intervensi

5 Feb 2015

Pemerhatian dan analisis dokumen

6 Feb 2015

10

Gelungan kedua

12 Feb 2015

11

Temu bual akhir

18 Feb 2015

12

Menunjukkan kepada pensyarah hasil dapatan

7 Mac 2015

penyelidikan

untuk

dibuat

ulasan

dan

penambahbaikan
13

Jadual 3 : Jadual kerja kajian tindakan

8.0 MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN


18

Untuk membuat kajian tindakan ini,saya akan memilih model Stephen


Kemmis dalam melakukan penyelidikan. Menurut Stephen Kemmis, terdapat
empat peringkat dalam penyelidikan Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen
Kemmis (1983) dan McTaggart(1988). Reka bentuk ini menunjukkan kitarkitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian
iaitu refleksi, rancangan, tindakan, dan pemerhatian. Bahagian-bahagian ini
kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang
seterusnya.
Model Kemmis dan Mc Taggart bersesuaian dengan kaedah yang
akan saya laksanakan kerana proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke
atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian
saya perlu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah
yang dihadapi. Seterusnya saya akan melaksanakan pelan tindakan yang
dirancang. Dalam proses pelaksanaannya saya perlu memerhati kemajuan
tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai
gelungan pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka saya
bolehlah memulakan proses semula ke gelungan kedua sehinggalah
masalah itu diselesaikan. Pada gelungan kedua saya mesti mereflek dan
membuat adaptasi terhadap pelan tindakan yang telah dibuat. Satu
kelebihan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada
mutakhirnya . Oleh itu, ketika saya menjalankan kajian tindakan hendaklah
pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan yang akan saya
laksanakan selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

19

MEREFLEK (1)

MEMERHATI (4)
Mengumpul dan
menganalisis data
bagi menilai
keberkesanan
tindakan

Mereflek untuk
melihat kekekuatan
dan kelemahan
pengajaran dan
pembelajaran
sendiri
GELUNGAN 1

MERANCANG (2)
Merancang tindakan
bagi mengatasi
masalah yang
dihadapi

BERTINDAK (3)
Melaksanakan
tindakan bagi
mengatasi
masalah yang
menjadi fokas

Ke gelung kedua

Rajah 1 : Model Reka Bentuk Kajian Oleh Stephen Kemmis dan Mc Taggart

8.1

Mereflek
Melalui peringkat mereflek nanti, mungkin saya dapati bahawa subjek

kajian berhadapan dengan masalah dalam membina ayat dengan betul dan
gramatis. Masalah ini dilihat sebagai masalah yang perlu ditangani kerana
membina ayat merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam
kemahiran menulis. Antara kesalahan-kesalahan yang mungkin dikesan
adalah:
a. Menulis dengan tanda baca yang tidak tepat.
b. Penulisan huruf kecil dan huruf besar yang tidak bersesuaian.
20

c. Struktur ayat yang dibina tidak lengkap.


d. Penggunaan kosa kata yang terhad
e. Tidak dapat mengembangkan ayat

8.2

Merancang
Saya merancang satu pelan tindakan iaitu satu teknik pembelajaran

yang dikenali sebagai SALOMA yang akan digunakan oleh murid dalam
membantu mereka menguasai kemahiran membina ayat. Melalui teknik ini,
murid-murid akan diberitahu maksud perkataan SALOMA yang menjurus
kepada kemahiran membina ayat dimulai dengan S (siapa),A (aktiviti)LO
(lokasi),M (masa),A (alasan) .Di samping itu juga ditambah bahagianbahagian untuk memperbanyak kosa kata, serta beberapa bahagian lain
seperti menyenaraikan isi berdasarkan gambar dan membina ayat lengkap
menggunakan tanda baca yang betul.
Di sini saya senaraikan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang
akan digunakan seperti:
i.Penerangan melalui Power Point mengenai teknik SALOMA.
ii.Teks
iii.kad gambar
iv. Teka Buat,dan
v.jadual SALOMA
8.4

Tindakan Pelaksanaa Intervensi

21

Untuk aktiviti ini, murid akan menyenaraikan seberapa banyak kata


kerja yang mereka tahu. Di sini saya akan memberi bimbingan beserta
contoh contoh kata kerja sekiranya peserta kajian menghadapi masalah
dalam aspek mengenal kata kerja.
Kemudian saya akan menyediakan petikan kepada murid. Murid
diminta membaca teks secara akliah, seterusnya murid dikehendaki
menggariskan kata kerja. Murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat
dalam petikan dan menulis dalam jadual yang disediakan.Kata kerja
merupakan elemen dalam membina ayat majmuk berpandukan gambar.
Melalui cara ini akan membiasakan subjek kajian mengesan kata kerja dan
mampu membina ayat majmuk dengan lebih baik. Saya akan meminta
mereka menyebut kata kerja yang tercatat pada teks tersebut.
Untuk aktiviti seterusnya saya akan merancang untuk mengadakan
permainan bahasa iaitu Teka Buat dengan menyediakan beberapa gambar
dan

perkataan. Bahan-bahan ini diadakan

sebagai rangsangan minda

subjek kajian untuk mengikuti aktiviti pembelajaran seterusnya. Berdasarkan


gambar tersebut, murid akan menulis kata kerja yang berkaitan gambar di
dalam lembaran kerja. Sebagai contoh gambar guru, subjek kajian diminta
menulis kata kerja dan menulis ayat

berkenaan seorang guru. Latihan

diulang beberapa kali agar mereka peka dan tahu tentang kata kerja yang
akan digunakan ketika membina ayat majmuk nanti.
mengingat

Murid dikehendaki

kata kerja yang disenaraikan. Saya akan meminta mereka

mengingat kata kerja yang dilengkapkan dalam Teka Buat. Aktiviti ini untuk
menambah kosa kata murid.

22

Perkenalkan Kaedah SALOMA


Saya akan memberi penerangan mengenai penggunaan kaedah SALOMA
kepada murid melalui paparan Power Point. Saya akan menerangkan secara
mendalam berkaitan kaedah SALOMA dan menyertakan contoh yang sesuai
serta paparan ini dihasilkan secara berwarna warni. Perkara ini bertujuan
agar murid-murid tertarik dan seterusnya membantu mereka mengingati
maklumat-maklumat penting dalam paparan Power Point tersebut.
Saya akan mengedarkan gambar kepada murid dalam bentuk helaian
kertas dan gambar tersebut turut ditayangkan pada skrin putih di hadapan
kelas bagi memudahkan saya untuk bersama-sama melihat gambar tersebut
bersama murid. Berdasarkan gambar yang diberikan, murid diminta untuk
berbincang bersama rakan mengenai gambar dan diberikan masa untuk
meneliti gambar tersebut. Melalui aktiviti ini mereka akan menyebut tentang
apa yang ada terdapat pada gambar tersebut secara bebas.Ini untuk
menyemai nilai yakin diri ketika memberi pendapat di kalangan mereka yang
sama aras kebolehan. Sebenarnya apabila mereka berada di kalangan
kumpulan kebolehan setara, mereka mungkin aktif dan berusaha memberi
pendapat.

Kata-kata semangat dan pujian perlu diberikan selalu agar

mereka berasa seronok dan dihargai. Di sini harapan saya supaya


kerjasama di kalangan mereka akan dapat disemai agar ianya menjadi rutin
dalam aktiviti pembelajaran.
Saya akan menggunakan kaedah SALOMA untuk memastikan murid
dapat membina ayat dengan baik dan tersusun. Melalui penggunaan jadual,
subjek kajian diminta mengisi perkataan berpandukan kod perkataan pada

23

jadual SALOMA. Murid perlu mencatat apa sahaja aktiviti yang dapat dilihat
daripada gambar tersebut. Maksud perkataan SALOMA adalah S untuk
siapa. Siapa merupakan pelaku yang terdapat di dalam sesuatu gambar
yang ditunjukkan dan tidak semestinya melibatkan manusia semata-mata.
Untuk A iaitu
dilakukan

aktiviti , memerlukan murid untuk mentafsir apa yang

oleh

siapa

daripada

langkah kedua tadi. Murid perlu

menyatakan perbuatan atau perlakuan yang dilakukan. Selepas itu ialah kata
kunci LO bagi lokasi ,M bagi masa dan A untuk alasan. Dengan
menggunakan kata kunci yang telah diberikan, murid akan membina ayat
mengikut urutan teknik yang telah dinyatakan oleh saya
S

A [Aktiviti]

LO [Lokasi]

M [Masa]

A [Alasan]

[Siapa]
Ayah

membasuh

Di

halaman pada

waktu supaya bersih

Kakak

kereta
menyiram

rumah
petang
di
halaman Pagi tadi

Pak Mail

pokok bunga rumah


pergi berburu di hutan

kelmarin

kijang

agar

pokok

hidup subur
kerana
isterinya
mengidam.

Jadual 2 : Jadual SALOMA


8.5

Pemerhatian
Pada peringkat ini, pemerhatian dan membuat analisis akan saya

jalankan bagi menguji tahap pemahaman dan penerimaan murid berkaitan


teknik yang diperkenalkan. Saya akan merekod dan menganalisis segala
24

data yang diperolehi seperti analisis dokumen, pemerhatian secara tidak


langsung dan temu bual berstruktur. Perbandingan keputusan Ujian Dahulu
dan Ujian Semasa akan saya buat secara rumusan. Dalam analisis kajian,
peserta kajian mungkin akan menghadapi masalah dalam penggunaan kata
kerja yang sesuai, masalah kesalahan ejaan dan struktur ayat.
Walau bagaimanapun kebolehan mereka membina ayat keluar dari
kepompong kebiasan sudah dikira satu kejayaan bagi saya.Apa yang
penting mereka akan dapat membina ayat dengan lebih panjang dengan
kesalahan yang minima,
8.6 Gelungan kedua
Refleksi
Sekiranya pemerhatian dalam lingkaran pertama dibuat dan mendapati
subjek kajian masih menghadapi masalah dalam penggunaan kata kerja
yang sesuai dengan gambar dan kesalahan ejaan, maka perancangan
tindakan

gelungan

kedua

perlu

dibuat

dengan

adanya

beberapa

penambahbaikan dan pemurnian nanti.


Perancangan
Dalam lingkaran kedua, saya akan memulakan semula kajian
daripada peringkat rancangan. Pada masa ini, saya akan merancang untuk
menggunakan

latihan

interaktif

berbantukan

komputer

untuk

penambahbaikan intervensi yang telah dibuat.. Latihan interaktif ini


mempunyai beberapa peringkat daripada mudah kepada sukar untuk
peningkatan kosa kata murid. Pada peringkat perancangan, kaedah dan
25

cara yang digunakan masih lagi sama dengan sebelum ini. Namun begitu,
penambahbaikan pada alat intervensi yang menggunakan latihan interaktif
yang melibatkan permainan bahasa yang diharap dapat memberikan kesan
yang berbeza kepada subjek kajian.
Tindakan
Pada peringkat tindakan, intervensi kedua dilaksanakan dengan
penambahbaikan intervensi yang akan dilakukan. Pemerhatian berstruktur
juga akan dilakukan pada masa ini. Satu lagi ujian selepas intervensi ini akan
dilaksanakan bagi menilai keberkesanan penambahbaikan tersebut.

Pemerhatian
Pada fasa pemerhatian kedua ini, saya akan mendapatkan maklumat
tentang kajian yang dijalankan melalui pemerhatian dan ujian dahulu.
Dapatan daripada ujian semasa ,temu bual, pemerhatian ini akan
dibandingkan dengan ujian terdahulu

1 dan pemerhatian 1. Semasa

pemerhatian, pengkaji menilai peningkatan kosa kata subjek kajian dan


kecenderungan mereka.

9.0 MENGUMPUL DATA

26

Untuk membuat kajian tindakan ini,saya akan memilih model Stephen Kemmis
dalam melakukan penyelidikan. Menurut Stephen Kemmis, terdapat empat
peringkat dalam penyelidikan Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis
(1983) dan McTaggart (1988). Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian
tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian iaitu refleksi, rancangan,
tindakan, dan pemerhatian. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan
perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.

Dalam kajian ini,saya telah mengumpul data

melalui 3 kaedah iaitu

kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen (lembaran kerja). Saya


memilih kaedah ini memandangkan kaedah ini adalah yang paling sesuai bagi murid
sederhana dan bagi saya ia merupakan kaedah yang mudah untuk mendapatkan
maklumat dan tinjauan kepada masalah yang hendak saya selesaikan.

9.1

Menjalankan Ujian Sebelum Intervensi


Perlaksanaan ujian sebelum intervensi adalah untuk mendapat maklumat

awal bagi mengenal pasti permasalahan yang wujud. Saya memberikan satu set
soalan ujian untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap keupayaan murid
saya membina ayat majmuk berpandukan gambar.Di sini ditunjukkan markah ujian
sebelum yang diperolehi oleh subjek kajian

Jadual 1.:Skor murid sebelum menggunakan kaedah Saloma dalam membina ayat

27

Subjek Kajian

Jumlah Skor

murid 1

4 daripada 10

murid 2

4 daripada 10

murid 3

5 daripada 10

murid 4

5 daripada 10

murid 5

4 daripada 10

Jadual 4: Skor ujian sebelum yang di perolehi subjek kajian

9.2

Melalui kaedah pemerhatian.


Melalui kaedah ini, banyak maklumat mengenai sikap subjek kajian yang

saya perolehi. Antara pemerhatian yang telah dibuat adalah seperti di jadual 1.
BIL

PEMERHATIAN

1.

Kehadiran ke sekolah

2.

Kesediaan untuk menerima pelajaran pada hari ini

3.

Tumpuan terhadap pelajaran yang diajar

Memberi respon terhadap isi pelajaran

28

Melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran

Kecenderungan dan minat terhadap pelajaran

Membuat latihan yang diberi

Menyudahkan dengan sempurna kerja rumah yang diberi

Jadual 5: Item Pemerhatian


Pemerhatian Item 1
Semasa kajian ini dilaksanakan iaitu bermula pada 18 Januari hingga 18
Februari.Kehadiran subjek kajian dalam tempoh tersebut cukup memuaskan.Saya
telah memberi semangat dan motivasi kepada mereka supaya selalu hadir ke
sekolah.Ini penting sekiranya masalah ketidakhadiran ke sekolah berlaku,ianya
akan menganggu perjalanan kajian ini.

Pemerhatian Item 2
Ketika hendak memulakan sesi pengajaran,saya akan mempastikan semua murid
sudah ada buku teks bahasa Malaysia di atas meja mereka.Saya telah membuat

29

pemerhatian aspek kesediaan belajar subjek kajian. Ada di antara mereka lambat
mengeluarkan buku seperti yang diminta sebelum ini.Sehubungan dengan itu saya
telah memperingatkan mereka supaya peka tentang arahan ini,
Pemerhatian Item 3, 4 Dan 6
Semasa dalam pengajaran dan pembelajaran,saya telah membuat pemerhatian ke
lima-lima subjek kajian ini dalam aspek tumpuan, respons dan kecenderungan
terhadap pelajaran. Rata-rata di antara mereka kurang memberi tumpuan terhadap
apa yang diajar. Ada di antara mereka membuat hal lain, bercakap dan memandang
keluar. Untuk mengatasi masalah ini, sekali-sekala saya memperkuatkan suara
supaya mereka sedar dan memberi perhatian.
Pemerhatian Item 5
Ketika

menjalankan

aktiviti

pembelajaran,pemerhatian

terhadap

sikap

dan

penglibatan subjek kajian cukup baik. Rupa-rupanya mereka ini boleh memberi
kerjasama yang diharapkan.Sebagai contoh dalam aktiviti membaca, Amalina
(bukan nama sebenar) sering mengangkat tangan ketika aktiviti membaca. Begitu
juga penglibatan subjek kajian yang lain dalam aktivit bacaan.
Analisis Pemerhatian Item 7 Dan 8
Pemerhatian tentang latihan membina ayat yang telah diberi serta sikap
menyempurnaakan tugasan.Kelima-lima subjek kajian dapat membuat ayat, tetapi
sekadar ayat penyata yang mengandungi empat hingga lima perkataan sahaja.
Sebenarnya mereka ada keupayaan untuk maju dalam pelajaran, Bertitik tolak
daripada pemerhatian itu saya telah mengambil langkah-langkah positif untuk
meningkatkan potensi mereka ke tahap yang lebih baik.

30

Skor

Tahap

Amat baik

baik

Kurang baik

Lemah

Jadual 6 : Skala Pemerhatian Kepada Subjek Kajian

SUBJEK
KAJIAN

ITEM

JUMLAH

21/32

22/32

20/32

20/32

21/32

Jadual 7 : Skor pemerhatian keatas subjek kajian


9.3

Melalui Kaedah Temu bual.


Kaedah ini juga amat sesuai digunakan bagi saya untuk mendapat data

daripada subjek kajian ini. Temu bual ini dijalankan adalah untuk melihat
sejauhmana kekerapan membaca mempengaruhi keupayaan murid membina ayat
yang baik. Temu bual yang telah dijalankan adalah seperti di bawah.
31

Subjek Kajian 1
Seorang murid yang

aktif, selalu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

peramah dan rajin.


Temu bual1
Guru :Pada waktu lapang,awak minat tak membaca buku?
Murid :Minat
Guru :Buku apa yang awak selalu baca?
Murid :Buku pelajaran dan buku cerita cikgu
Guru : Berapa kali awak baca buku dalam seminggu?
Murid :Tiga kali, cikgu.Saya baca hari Sabtu.
Guru : Berikan satu tajuk buku yang paling awak gemari?
Murid :Tak ingat,cikgu
Guru :Adakah awak pernah menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam?
Murid :Sepuluh buah, cikgu

Subjek Kajian 2
Seorang yang agak aktif,rajin,sering memberi kerjasama dalam aktiviti
pembelajaran kadang-kadang leka dan hilang fokas.
Temu bual 2
Guru :Pada waktu lapang,awak minat tak membaca buku?
32

Murid :Minat
Guru :Buku apa yang awak selalu baca?
Murid : saya suka baca buku cerita cikgu
Guru : Berapa kali awak baca buku dalam seminggu?
Murid :Dua kali, cikgu.Saya baca hari Jumaat dan Sabtu.
Guru : Berikan satu tajuk buku yang paling awak gemari?
Murid :Tak ingat,cikgu
Guru :Adakah awak pernah menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam?
Murid :Dua buah, cikgu
Subjek Kajian 3
Seorang yang pendiam, kurang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran tetapi
rajin apabila membuat latihan yang diberikan.
Temu bual 3
Guru :Pada waktu lapang,awak minat tak membaca buku?
Murid :Minat
Guru :Buku apa yang awak selalu baca?
Murid : Buku teks
Guru : Berapa kali awak baca buku dalam seminggu?
Murid :Sekali,.Saya baca hari Jumaat
Guru : Berikan satu tajuk buku yang paling awak gemari?

33

Murid :Tak ingat


Guru :Adakah awak pernah menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam?
Murid :Sebuah.
Subjek Kajian 4
Seorang yang pendiam,Sering termenung tetapi rajin menyiapkan latihan yang
diberi.
Temu bual 4
Guru :Pada waktu lapang,awak minat tak membaca buku?
Murid :Minat
Guru :Buku apa yang awak selalu baca?
Murid : Buku cerita
Guru : Berapa kali awak baca buku dalam seminggu?
Murid : Tiga kali,.Saya baca hari Jumaat
Guru : Berikan satu tajuk buku yang paling awak gemari?
Murid :Sang Kancil
Guru :Adakah awak pernah menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam?
Murid :Tak ada
Subjek Kajian 5
Seorang

yang

agak

pendian

rajin,suka

melibatkan

diri

dalam

aktiviti

pembelajaran.Tetapi sering dibuli oleh rakan sekelas


Temu bual 5
34

Guru :Pada waktu lapang,awak minat tak membaca buku?


Murid :Minat
Guru :Buku apa yang awak selalu baca?
Murid : Buku cerita
Guru : Berapa kali awak baca buku dalam seminggu?
Murid : Lima kali,.Saya baca pada hari Khamis,Jumaat dan Sabtu
Guru : Berikan satu tajuk buku yang paling awak gemari?
Murid :King of the Cup
Guru :Adakah awak pernah menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam?
Murid :Ada
9.4

Analisis Temubual Sebelum Intervensi


Hasil dapatan melalui temubual ini menunjukkan bahawa subjek kajian

hanya suka membaca buku cerita sahaja. Buku bercirikan ilmiah dan pengetahuan
kurang mendapat tempat di hati mereka Bilangan buku yang dibaca pun tidaklah
banyak. Mereka hanya membaca pada hari minggu sahaja .Jumlah catatan di
dalam buku Nilam, menunjukkan mereka tidak berminat untuk menulis ringkasan
cerita yang dibaca. Oleh sebab itulah dalam kemahiran membina ayat berpandukan
gambar, mereka hanya dapat menulis beberapa perkataan sahaja.
9.5 Melaksanakan Inovasi
Melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kaedah
SALOMA bagi menulis ayat majmuk. Kajian dijalankan secara individu dalam
melaksanakan aktiviti

35

Saya telah memberikan petikan kepada subjek kajian dan memberi arahan
supaya

mereka

mengaris

kata

kerja

yang

terdapat

di

dalam

petikan

tersebut.Pengetahuan tentang kata kerja ini telah diajar sebelum ini.Kebiasaannya


dalam penulisan ayat berpandukan gambar pada bahagian A, murid perlu
menyenaraikan kata kerja sebagai kata kunci dalam pembinaan ayat.
Saya memberikani gambar tunggal tentang jenis-jenis pekerjaan kepada
peserta kajian.Saya meminta mereka mencari ayat yang bersesuaian dengan
gambar tersebut. Secara tidak langsung mereka dapat mengetahuai tugas sesuatu
kerjaya Ketika aktiviti ini mereka cuba mengesan kata kerja yang terdapat pada ayat
tersebut.
Seterusnya saya menayangkan gambar bertema di skrin, Sebagai contoh
gambar berkelah. Pengajaran berfokaskan sumber dan murid berlaku di sini.
Suasana pembelajaran yang ceria dan kondusif memberi ruang dan peluang
kepada peserta kajian memberi pendapat dan respons. Saya meminta mereka
menyenaraikan aktiviti-aktiviti (kata kerja) yang dilakukan berpandukan gambar
tersebut.Mereka begitu teruja apabila saya menulis di atas layar, Ini kerana mereka
tidak pernah melihat apa yang saya telah tunjukkan itu. Saya mempersilakan salah
seorang daripada mereka untuk menulis aktiviti (kata kerja) yang dibincangkan tadi
di layar. Pelbagai lagak lucu subjek kajian ditunjukkan ketika menulis di atas layar
tersebut.
Selepas mereka menulis dilayar dan menyenaraikan di lembaran kerja yang diberi,
saya memperkenalkan Jadual Saloma kepada subjek kajian sebagai kaedah
penambahbaikan untuk melihat sejauhmana keberkesanan kaedah ini kepada
mereka dalam membina ayat majmuk berpandukan gambar.
Pada peringkat awal pengenalan kaedah ini, saya memberi penerangan
perkataan akronim dalam jadual

SALOMA yang membawa maksud S (Siapa),


36

Untuk kolum ini, saya menggalakkan subjek kajian menggunakan kata ganti nama
diri , seperti saya, mereka, beberapa orang.Jika melibatkan keluarga, gunakan kata
panggilan seperti ayah, ibu, abang, kakak, adik dan sebagainya. Kolum yang kedua
iaitu A (Aktiviti). Pengisian kolum ini iaitu penggunaan kata kerja. Di sini saya telah
membulatkan pelaku di dalam gambar tunggal tersebut dengan menyatakan apa
yang dilakukan oleh pelaku tersebut. Saya galakkan mereka menulis kata kerja
pada pelaku atau watak pada gambar tersebut. Seterusnya kolum LO (Lokasi).
Saya telah menjelaskan pada subjek kajian tentang tempat atau lokasi gambar
tersebut.Ini penting supaya mereka peka dan kenal lokasi peristiwa atau kejadian
itu berlaku. Kolum M (Masa),di sini saya memberi penerangan tentang masa
peristiwa, aktiviti atau kejadian itu berlaku. Akhir sekali kolum A (Alasan) meminta
mereka memberi alasan atau andaian mengapa kejadian itu berlaku.
9.6 Hasil Dapatan Gelungan Pertama
Mereflek
Pada peringkat awal pengenalan kaedah ini, subjek kajian saya tidak dapat
memahami aplikasi jadual ini. Pada tanggapan mereka membina ayat di dalam
jadual adalah sesuatu yang di luar kebiasaan mereka. Tambahan pula perkataan
akronim iaitu SALOMA yang membawa maksud S (Siapa),A (Aktiviti),LO (Lokasi M
(Masa) dan A (Alasan) memberi kerumitan kepada mereka untuk menulis ayat di
dalam kolum S,A,LO,M dan A. Pada peringkat ini 3 orang subjek kajian hanya dapat
membina ayat pada kolum S,A dan LO sahaja ,2 orang subjek kajian hanya mampu
menulis setakat kolum S dan A sahaja. Sementara kolum M dan A dibiarkan kosong
kerana tidak pandai untuk menyambung kesudahan ayat tersebut. Apabila diminta
dikembangkan ayat tersebut, ayat sudah tidak betul lagi sekaligus menjadi
kesalahan tatabahasa.Analisis dokumen subjek kajian untuk gelungan pertama
adalah pada jadual

37

Subjek
Kajian 1

Perkara

Ya
Menulis

kata

Tidak

Subjek

Subjek

Kajian 2

Ya

Tidak

Kajian 3

Ya

Tidak

Subjek
Kajian 4

Ya

Tidak

Subjek
Kajian 5

Ya

kata

Menulis

kata

sendi

dan

Tidak

ganti nama diri


Menulis
kerja
/

tempat
Menulis alasan
Jadual 8: Analisis Dokumen Gelungan Pertama
Merancang
Setelah dibuat refleksi tentang gelunggang pertama,saya perlu membuat
penambahbaikan terhadap jadual tersebut. Saya telah cantumkan kolum M dan A
menjadi MA iaitu kolum MA ( Memberi Alasan). Keesokkan harinya, saya
menunjukkan jadual Saloma yang telah ditambahbaikan. Saya bertanyakan kepada
mereka apa yang membezakan jadual Saloma hari ini dengan yang semalam.
Mereka menyatakan jumlah petaknya telah sedikit dari lima kepada empat. Mereka
dapat mengesan perbezaan tersebut. Apabila jumlah kolum dikurangkan, saya
perhati reaksi mereka lebih positif berbanding semalam
Melaksana
Setelah diberi bimbingan dan menjalani beberapa sesi latihan dalam
gelungan kedua, baharulah berlakunya pencerahan pada minda mereka. Mereka
sudah mampu membina ayat yang lebih panjang. Sepanjang membuat latihan
38

membina ayat berpandukan gambar, subjek kajian dapat membuat ayat dengan
mudah dan cepat. Di samping itu juga saya memperingatkan mereka selalu
memperbetulkan kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan agar ayat yang dibina
betul dalam aspek tatabahasa. Seterusnya saya meminta mereka menulis kembali
ayat yang dibina ke dalam ruangan jawapan yang disediakan di bawah gambar. Apa
yang penting di sini, kaedah ini dibina untuk mempertingkatkan keupayaan subjek
kajian mengembangkan ayat daripada ayat penyata kepada ayat majmuk.
Akhir sekali saya memberi latihan kepada subjek untuk melihat hasil
pembelajaran berpandukan kaedah ini dan syukurlah ia telah menunjukkan
perubahan yang positif.
9.7

Memerhati Analisis Dokumen


Saya menggunakan lembaran kerja sebagai analisis dokumen.Perkara yang

dianalisis adalah menulis kata kerja pada gambar dan membina ayat majmuk di
dalam jadual Saloma. Semasa perlaksanaan kaedah ini, setiap dua kali seminggu
iaitu pada hari Isnin dan Selasa, saya akan memberi latihan membina ayat majmuk
berpandukan gambar. Latihan yang berterusan ini akan dapat memberi pengukuhan
kepada subjek kajian dalam menguasai kemahiran ini.Tambahan pula ini akan
memberi sedikit kelegaan kepada guru bahasa Melayu yang akan mengajar mereka
pada tahun depan
Subjek
Kajian 1

Perkara

Ya
Menulis

kata

Tidak

Subjek
Kajian 2

Ya
/

Tidak

Subjek
Kajian 3

Ya
/

Tidak

Subjek
Kajian 4

Ya
/

Tidak

Subjek
Kajian 5

Ya

Tidak

ganti nama diri

39

Menulis

kata

Menulis

kata

sendi

dan

kerja

tempat
Menulis alasan

Jadual 9: Analisis Dokumen Gelungan Kedua


Data analisis dokumen ini dikumpul semasa proses gelungan kedua
dijalankan. Berdasarkan jadual di atas kesemua subjek kajian, telah dapat
melakukan item pertama analisis dokumen iaitu dapat menyatakan kata ganti nama
diri untuk orang berpandukan gambar yang diberi. Kebanyakan daripada mereka
gemar menulis kata nama khas untuk orang . Oleh itu, dapat dilihat subjek kajian
dapat mengubah kebiasaan tersebut daripada menulis kata nama khas pada
permulaan ayat kepada kata ganti nama diri selepas diterangkan dengan
menggunakan kaedah Saloma
Bagi item analisis dokumen kedua iaitu menulis kata kerja yang terdapat
pada gambar yang telah diberi, di dapati kesemua subjek kajian telah mampu
menyatakan kata kerja ataupun aktiviti yang dilakukan oleh pelaku di dalam gambar
tersebut. Hal ini, dapat dilihat dalam latihan yang diberi kepada subjek kajian.
Seterusnya, item yang ketiga pada analisis dokumen yang menyatakan
lokasi atau tempat berlakunya peristiwa atau aktiviti tersebut. Hasil daripada analisis
lembaran latihan yang telah dilakukan, dapat dilihat kesemua mereka dapat
menyatakan dan menggunakan kata sendi dengan tepat untuk menyatakan tempat
aktiviti tersebut.
Akhir sekali,item yang keempat telah memberi sedikit cabaran kepada saya
dalam memberi penerangan dan kefahaman kepada mereka untuk mengisi
40

perkataan yang sesuai bagi melengkapkan ayat tersebut.Hanya SK 1,SB 2 dan SK


3 yang dapat mengisi kolum MA (memberi alasan ) dengan betul.Sementara SK 4
dan SK 5 perlukan bimbingan

10.0 REFLEKSI : ANALISIS DAN HURAIAN DATA

Data-data yang telah dikumpulkan sepanjang proses kajian tindakan dijalankan


dianalisis dan dihuraikan secara kualitatif berdasarkan dua persoalan kajian yang
ditetapkan iaitu :
1. Apakah kaedah SALOMA dapat membantu murid Tahun 5 membina ayat
majmuk dengan baik dan gramatis?
Sebelum kajian dijalankan, keupayaan subjek kajian dalam membina ayat
majmuk didapati keputusannya kurang memuaskan.Setelah diperkenalkan kaedah
SALOMA ini secara berterusan, perbandingan skor ujian sebelum dengan ujian
selepas adalah seperti yang ditunjukkan pada graf.1

41

10
9
8
7
6
ujian sebelum

ujian selepas
4
3
2
1
0
murid 1

murid 2

murid 3

murid 4

murid 5

Graf 1 : Perbandingan Perbezaan Markah Membina Ayat Majmuk Semasa Ujian


Sebelum Dan Ujian Selepas
Graf 1 menunjukkan perbandingan markah subjek kajian tahun 5 sebelum
dan selepas menggunakan kaedah Saloma. Berdasarkan petunjuk ini jumlah skor
sebelum intervensi sangat rendah berbanding selepas intervensi. Rumusannya
dapatlah dikatakan kaedah ini dapat membantu meningkatkan kemahiran murid
tahun 5 membina ayat majmuk berpandukan gambar.
Pemerhatian berstruktur direkodkan di dalam jadual item pemerhatian.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat di dalam kelas, terdapat

beberapa

masalah yang wujud dalam kelas ini. Pertama, subjek kajian tidak dapat menguasai
kemahiran dalam membina ayat majmuk.Mereka hanya dapat menulis ayat yang
pendek sahaja iaitu. Ayat penyata.ayat sebegini hanya sesuai pada peringkat tahap
satu.Pemerhatian seterusnya menunjukkan subjek kajian menyebut kata kerja atau
aktiviti yang tidak tepat dalam sesi soal jawab. Di samping itu, subjek kajian menulis
42

kata kerja yang diberikan imbuhan dengan ejaan yang salah. Kesimpulannya
pemerhatian tentang pembinaan ayat yang dibuat oleh subjek kajian menampakkan
kelemahan yang ketara dalam banyak aspek
Semasa intervensi dijalankan, didapati bahawa subjek kajian kelihatan
berminat dengan kaedah Saloma lebih-lebih lagi apabila saya menggunakan
kaedah ini dalam menentukan skor sebaik sahaja mereka dapat menulis perkataan
dan ayat di dalam kolum jadual Saloma. Subjek kajian begitu teruja dan fokas
kepada isi pelajaran yang disampaikan. Hal ini dapat dibuktikan melalui pandangan
murid yang dihalakan kepada guru sepenuhnya semasa pengajaran. Dari segi
kefahaman subjek kajian, dapat diperhatikan bahawa berlaku peningkatan terhadap
penguasaan kemahiran dalam membina ayat majmuk. Ini dibuktikan dalam analisis
dokumen iaitu hasil kerja mereka pada lembaran kerja. Selain itu, murid kelihatan
cepat dalam menyiapkan tugasan yang diberi serta penggunaan perkataan dalam
ayat lebih tepat berbanding sebelum ini.
Akhir sekali, amalan pengajaran saya juga bertambah baik dengan
mempraktikkan pelbagai kaedah serta penggunaan sumber pengajaran dan
pembelajaran. Ini akan memberi rangsangan dan suntikan kepada mereka untuk
terus

menguasai

pengetahuan

dan

kemahiran

berfikir

serta

dapat

mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu kaedah ini


telah menjelmakan pencapaian positif yang ditunjukkan oleh subjek kajian

2. Bagaimanakah kaedah SALOMA dapat meningkatkan minat murid untuk


membina ayat majmuk dengan baik ?
Kajian saya ini tidak akan lengkap sekiranya saya tidak menemubual
kesemua

subjek

kajian

saya

untuk

melihat

keberkesanan

kaedah

dan

kecenderungan mereka dalam membina ayat..


43

Saya telah melakukan transkripsi jawapan temu bual subjek kajian seperti di
bawah mengikut soalan yang telah diajukan
Guru

: Apakah perasaan kamu apabila membina ayat dengan menggunakan kaedah

Saloma ini?
Murid 1:Mudah sikit,sebab buat ayat dalam petak.lepas tu kami salin semula.
Guru

: Beritahu cikgu,bagaimanakah kamu bina ayat dengan menggunakan kaedah

Saloma
Murid1 : Pertama saya tulis kata kerja pada gambar
Guru

: Kamu pulak

Murid 2 : Tulis kata ganti nama diri


Guru

: Contohnya

Murid 3 : saya,mereka,keluarga saya,kakak,abang


Guru

: bagus.Selepas tu tulis apa pulak?

Murid 4 : Tulis kata sendi dan lokasi


Guru

: Boleh kamu beri contoh

Murid 4 : di tepi pantai,di bawah pokok ,ke pantai


Guru

: Akhir sekali

Murid 5 :Nyatakan alasan kenapa buat


Guru

:Adakah kaedah ini membantu kamu membina ayat dengan baik?

Murid tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Hasil daripada temubual berikut dapat dibuat kesimpulan bahawa kesemua


subjek kajian dapat menulis ayat yang lebih gramatis dengan mengaplikasikan
langkah-langkah dalam kaedah Saloma. Selepas murid didedahkan dengan
penggunaan kaedah SALOMA dalam membina ayat majmuk, mereka telah
menunjukkan perubahan yang baik. Tahap keyakinan mereka juga meningkat
kerana penggunaan Jadual Saloma ini banyak membantu mereka membina ayat
44

dengan pantas dan betul.Apa yang menarik di sini ada di kalangan subjek kajian
telah memberi tunjuk ajar kepada murid lain dalam menguasai kemahiran ini.
Teorinya mudah, jika sesuatu itu senang, maka murid akan minat untuk
membuatnya.

11.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Beberapa cadangan penambahbaikan yang sangat diperlukan dalam usaha


membantu murid meningkatkan lagi prestasi serta potensi pengajaran dan
pembelajaran terutama dalam kemahiran mengeja ialah pengajaran asas
kemahiran membaca seharusnya diberikan penekanan yang lebih dan serius agar
murid dapat menguasainya dengan sebaik mungkin dan mengurangkan kadar
kesalahan tatabahasa dalam Bahasa Malaysia.
Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan
yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah
pengajaran yang unik, menarik dan berkesan. Semua perkara ini sangat penting
dan perlu dalam memperkembangkan lagi keupayaan kemahiran mengeja dalam
kalangan murid-murid yang menjadi kemahiran asas dalam aspek menulis.
Kepelbagaian kaedah dapat membentuk murid supaya tidak cepat bosan dan penat
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.
Tambahan pula, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan
bersesuaian dengan tahap kebolehan dan perkembangan kognitif murid semasa
merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat mereka.. Secara tidak
langsung juga, murid akan lebih bermotivasi untuk terus belajar (Nik Azlan Amin,
2012).

45

Menurut Muhamad Hassan (2000) (melalui Nik Azlan Amin, 2012),


penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau
berhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas.
Maka, bahan bantu mengajar dan belajar hendaklah digunakan secara optimum
dalam pembelajaran agar mampu menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan
meninggalkan kesan yang positif dalam setiap murid.
Sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok
sekiranya guru menerapkan konsep permainan sambil belajar dalam bilik darjah.
Cadangan lain untuk untuk kajian tindakan saya ini adalah dengan menerapkan
unsur permainan supaya murid akan menjadi lebih aktif dan suasana yang semakin
kondusif dalam bilik darjah juga dapat diwujudkan dengan sebaiknya. Namun, guru
perlu bijak mengawal aktiviti isi pelajaran yang ingin disampaikan kepada murid
dapat tercapai dan mereka bukan sahaja seronok bermain semata-mata tetapi juga
menjadi semakin seronok untuk belajar.
Tugas melaksanakan penyelidikan dalam pendidikan merupakan satu usaha
murni yang perlu dilaksanakan selalu sejajar dengan perubahan masa. Bak kata
pepatah Sekali air pasang sekali pantai berubah. Begitulah juga dalam dunia
pendidikan. Ketika dalam proses penyelidikan dan menambahbaik amalan dalam
pengajaran dan pembelajaran, seorang penyelidik akan berdepan dengan cabaran
dan rintangan.Ini kerana tidak semestinya apa yang dirancang dalam penyelidikan 1
akan berlaku kemenjadian dalam penyelidikan 2. Oleh itu hasil dapatan melalui
kajian ini mungkin tidak menjanjikan keseluruhan murid akan berjaya mencapai apa
yang yang dicitakan. Apa yang diharapkan di sini ialah mereka akan mendapat
impak positif hasil daripada penyelidikan ini walaupun sedikit.
Cadangan penambahbaikan yang perlu saya laksanakan selepas ini adalah
memantapkan kemahiran di kolum 4 iaitu kolum Memberi Alasan di dalam Jadual

46

Saloma. Ini disebabkan murid agar sukar untuk menguasai kolum tersebut.Pada
sesi pengajaran yang akan dating,saya akan member penekanan secara
menyeluruh

mengenai

kelemahan

ini.

Di

samping

itu

juga

saya

ingin

mengaplikasikan kaedah ini kepada murid-murid yang lain supaya permasaalahan


dalam membina ayat majmuk dapat dikurangkan.

11.1 Kepentingan Kajian


Dapatan kajian ini

diharap

dapat

membantu

meningkatkan

pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran.


11.2 Kepentingan Kepada Guru.
Semasa kajian ini dijalankan, akan terjadinya komunikasi pelbagai
hala di antara murid dan juga antara guru. Dalam masa yang sama juga ,
pelbagai aktiviti yang dijalankan akan mewujudkan satu persekitaran belajar
yang seronok dan ceria di dalam kelas. Ini akan mewujudkan sikap yang
bertanggungjawab serta kerjasama yang baik di antara ahli kumpulan. Pada
masa yang sama, guru juga dapat melatih rakan pembimbing untuk muridmurid lain.
11.3 Kepentingan Kepada Guru Besar.(perlukan)
Selain itu,kajian ini juga diharap akan dapat membantu guru besar
dan pihak pentadbir sekolah dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran
dan pengajaran di sekolah. Dapatan kajian ini diharap akan dapat digunakan
oleh pihak sekolah untuk kegunaan semua guru di sekolah.
11.4 Kepentingan Kepada Jabatan Pelajaran.
Kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang tertentu seperti Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam
usaha memberi pendedahan kepada guru-guru lain tentang pelbagai kaedah

47

dan gaya pengajaran terkini selaras dengan perkembangan dan perubahan


pesat dalam dunia pendidikan semasa.
11.5 Kepentingan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kajian ini juga diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dalam menggubal kurikulum yang sesuai dan selaras
dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu agar mampu bersaing dalam
era globalisasi yang serba mencabar ini.(tak cukup)

48

12.0 PERBELANJAAN(tak perlu)

Segala bahan yang di gunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan perlu


saya senaraikan secara satu persatu kerananya ia melibatkan perancangan
kewangan yang agak besar.Anggaran perbelanjaan ini sangat berguna
kepada saya untuk memohon bantuan kewangan daripada pihak-pihak
tertentu jika diperlukan.Di sini anggaran kos yang akan dibelanjakan untuk
menjana pelaksanaan kajian tindakan.

BIL
1.

BAHAN

KOS SEUNIT

Dakwat pencetak

RM

10.00

2.

Manila kad

botol
RM 1.00

3
4.
5.
7
8

Gam kertas
Gunting kertas
Kertas A4
Fotostat
Alat tulis

JUMLAH KOS

(RM)
RM 20.00

RM 2.00

keping
RM1.00 x 1 botol
RM 1.00 x 6 bilah
RM 12.00 x 1 rim

Jumlah

RM 1.00
RM 6.00
RM 12.00
RM 10.00
RM15.00
RM 66.00

Jadual 11: Anggaran Perbelanjaan Bahan Kajian Tindakan

49

Anda mungkin juga menyukai