Anda di halaman 1dari 42

Salin semula contoh karangan Surat Kiriman Rasmi di bawah.

1. Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi


Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a.
memohon pekerjaan
b.
membuat aduan / bantahan / cadangan
c.
membuat rayuan
d.
membuat jemputan rasmi
e.
menempah barangan
f.
meminta kebenaran
g.
atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi
1.
Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan
tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan
daripada guru. )
2.
Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti
kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang.
Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.
Format Surat Kiriman Rasmi
Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________( garisan panjang )_______________________
Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb)

Tarikh : (selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan,
Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2.
( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan
sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3.
( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan ,
misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)
Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)

Jawatan ( Huruf Kecil )


Contoh 1
Tajuk / Soalan : Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk
memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi
menggantikan bola yang telah rosak.
Rangka Karangan
1.
alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di
hujungnya ) kemudian selang satu baris
2.
buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3.
nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
( alamat yang terakhir digariskan )
4.
tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )
5.
kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6.
perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7.
perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )
8.
perenggan ke-2
- bola lama tidak dapat digunakan lagi memerlukan bola baru
( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan
sedikit sebelum menulis )
9.
perenggan ke-3 - berharap agar permohonan diluluskan supaya latihan tidak terganggu
10. perenggan ke-4 - mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan
11. penutup - terima kasih
12. tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14. jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma.
Tips : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat
tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang
memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.

Karangan Lengkap
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
Tuan,

24 APRIL 1998.

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama


Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau
ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.
2.
Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola
baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk
menghadapi perlawanan yang akan datang.
3.
Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami
adakan setiap hari itu tidak tergendala.
4.
Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih
sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Widyawati

( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )


Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau.

Contoh 2
Tajuk / Soalan : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil
belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada
akhbar tersebut.
Karangan Lengkap
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Pelangai,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.
______________________________________________________________________________
Ketua Pengarang,
Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita Harian Sendirian Berhad,
31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.

06 Mei 2013.

Tuan,
Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan
kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah
( ADD) pada 27 Mei 2013 jam 9.30 pagi.
2.
Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami
mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan
bagaimana mengendalikannya.
3.

Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.

4.

Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian.
Yang benar,
Nazimah
..
( NAZIMAH BT NAZIM )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Pelangai,
72000 Kuala Pilah,

Negeri Sembilan.
Contoh 3
Tajuk/ Soalan : Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam
surat khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku
tersebut.
Karangan Lengkap
Kampung Sungai Tawang,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.

Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru.

06 Mei 2013

Tuan,
Memesan Buku
Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan dalam
akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.
2.

Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :
Bil.
1.
2.
3.

Judul Buku
Misteri Kapal Tenggelam
Misteri Patung George
Rahsia Rumah Tua

Kuantiti
1
1
2
Jumlah

Harga Seunit
RM 3.60
RM 3.60
RM 4.00
RM 11.20

3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai RM
11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama
daripada pihak tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
..............................................................
( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH )

Contoh 4
Tajuk / Soalan : Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis
sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran
buku.
Karangan Lengkap
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.

15 OKTOBER 1998.

Tuan,
Memohon Kebenaran Membuat Lawatan
Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan
Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja, Besut.
2. Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan dan sudah pun mendapat jawapannya.
Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran
tersebut.
Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :
Tarikh : 17.10.1998
Masa : 10.00 pagi
Ahli : 21 orang termasuk 2 guru pengiring
Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
..............................................
( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,

Persatuan Bahasa Melayu.


Contoh 5

Tajuk / Soalan :Andaikan bahawa anda diserang demam panas. Anda tidak dapat
hadir ke sekolah selama dua hari. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas anda
untuk memberitahunya keadaan anda.
Karangan Lengkap
Kampung Awek,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru kelas,
Tahun 6 Kenanga,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
20 OKTOBER 1998.
Cikgu,
Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Berhubung dengan perkara di atas, saya Habibah Bt. Ghazali murid Tahun 6
Kenanga ingin memaklumkan bahawa saya tidak hadir ke sekolah kerana diserang
demam panas.
2. Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di salah sebuah klinik. Doktor
menasihatkan saya supaya berehat selama dua hari.
3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk makluman
dan tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke
sekolah seperti biasa.
Atas perhatian dan kerjasama cikgu, saya dahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian.

Yang benar,
.
( HABIBAH BT. GHAZALI )

Contoh 6
Tajuk / Soalan : Kelab Sains sekolah anda akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3
di Sri Pentas. Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah stesen tersebut untuk memohon
kebenaran.
Karangan Lengkap
Kelab Sains,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Pengarah,
Stesen Penyiaran TV3,
Sri Pentas,
50164 Kuala Lumpur.

18 OKTOBER 1998.

Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Darau akan
mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas.
2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid
tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di TV3.Tambahan pula
televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada muridmurid.
3.

Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :


Tarikh : 25.11.1998
Masa : 10.30 pagi
Ahli : 39 orang termasuk 4 guru pengiring

4. Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan jawapan dengan segera.
Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
..............................................................
(UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH)
Setiausaha,
Kelab Sains.
Contoh 7
Tajuk / Soalan : Sebuah buku yang kamu pinjam dari perpustakaan sekolah telah hilang.
Tuliskan sepucuk surat kepada guru perpustakaan untuk menerangkan sebab-sebab kamu tidak
boleh memulangkan buku tersebut.
Karangan Lengkap
No.76, Kampung Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru Perpustakaan,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.

17 OKTOBER 1998.

Cikgu,
Buku Hilang
Merujuk kepada perkara di atas, saya Khushaima bt. Khairuddin murid Tahun 6 Kenanga ingin
memaklumkan bahawa buku yang saya pinjam pada 14 Oktober 1998 telah hilang.
2. Buku tersebut berjudul Menanti Hari Esok karya Naimah Haji Hassan. Saya meminjam
buku tersebut pada waktu rehat. Selepas itu, saya pergi makan di kantin. Setelah selesai makan,
barulah saya sedar buku yang saya letak di atas bangku telah hilang.
3. Saya akui kehilangan buku itu berpunca daripada kecuaian diri saya sendiri. Saya memohon
maaf dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kehilangan buku
tersebut.
Sekian untuk makluman cikgu. Terima kasih.

Yang benar,
......................................................
(KHUSHAIMA BT. KHAIRUDI)

Salin semula contoh karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi di bawah.


1.

Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi


Surat kiriman tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga
atau sahabat handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti :
1.

Surat ucap tahniah

2.

Surat ucap takziah

3.

bertanya khabar berita

4.

menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat

5.

Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru

6.

Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga

7.

membalas surat yang dihantar oleh orang lain

8.

dan sebagainya

Teknik Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi


1.

Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan


kesihatan penulis.

2.

Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab


pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.

3.

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda , ibunda /
bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.

4.

Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

5.

Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk
berutus surat lagi.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi


( Nama Penulis)
.....
................................
( Alamat )
......
................................
......
................................
Tarikh :

(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat)


.....................................................................................................................................
........................... .........................................................................................................
........................................
Saudara, (atau yang lain)

(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan
dalam perenggan yang berasingan)

.....................................................................................................................................
.........................
.....................................................................................................................................
.........................
.....................................................................................................................................
.......................

Yang benar,
.................
( Nama Huruf Besar )

Contoh 1

Tajuk / Soalan : Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk
mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di
kebun ayah kamu sedang berbuah.

Nama dan alamat pengirim (kanan)

Tarikh (kanan)

Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian

Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)

Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis

6
Perenggan ke-2 - buah-buahan sedang masak - ayah memajak sebahagian
sahaja
- keluarga serta kawan-kawan dapat merasai
7

Perenggan ke-3 - boleh ajak keluarga serta kawan-kawan bersama-sama

Penutup

Tandatangan pengirim (kanan)

Karangan Lengkap
Faridah Binti Osman,
49, Kampung Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
2 Julai 1998.

Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Kuala Besut, semoga


berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudari,

Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis surat
ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti hujung bulan
nanti.
Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya sedang masak.
Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya
memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta
sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya.
Saya berharap Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau
saudari suka , ajaklah keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama.
Boleh mereka sama-sama merasai keenakan buah manggis, rambutan, langsat
serta durian.
Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat mungkin.
Saya akan menunggu kedatangan saudari itu.
Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata , sambutlah
salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu
nanti.
Sekian , terima kasih.

Yang benar,
Faridah
( FARIDAH OSMAN )

Contoh 2
Pengalaman di sekolah baru.
Karangan Lengkap

294 , Kampung Darau,

Jalan Awek,
22000 Jerteh,
Terengganu.
17 September 1997.
Assalamualaikum.
Menemui sahabatku , Suzilaini yang kini berada di Kampung Minangkabau
semoga berada di dalam situasi yang meyakinkan. Apa khabar saudari?
Saudari,
Tujuan saya mengutus warkah yang tidak seberapa ini adalah untuk
menceritakan tentang pengalaman saya di sekolah baru saya iaitu Sekolah
Kebangsaan Darau.
Pada hari pertama di sini, saya didaftarkan. Saya berkenalan dengan rakanrakan sekelas. Mereka sungguh baik hati dan bersopan santun. Mereka juga selalu
menolong saya ketika dalam kesusahan.
Pada waktu rehat saya memerhati kawasan sekeliling sekolah itu. Ia bersih
dan kemas. Disiplin di sekolah itu juga ketat . Saya lihat, semua pelajar di
sekolah berkenaan begitu mematuhi peraturan.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan. Semoga bersua lagi di lain
lembaran.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Contoh 3
Surat minta kebenaran.

Karangan Lengkap
Dorm C,
Asrama Perkaya,
22300
Dungun,
Terengganu.

14 Mei
1997.
Assalamualaikum.
Menemui ayahanda yang dikasihi, semoga berada di dalam lindungan
rahmat Ilahi.
Ayahanda,
Apa khabar keluarga di sana? Anakanda berharap agar semuanya berada
dalam keadaan sihat. Anakanda di asrama sihat sejahtera.
Tujuan anakanda menulis surat ini ialah untuk meminta kebenaran
ayahanda untuk menyertai rombongan yang diadakan oleh sekolah
anakanda. Rombongan ini akan melawat beberapa tempat yang menarik di
sekitar Kuala Lumpur. Lawatan tersebut akan diadakan pada 13 Mei 1997.
Untuk tujuan tersebut, anakanda memerlukan wang sebanyak RM 100.00
sebagai bayaran tambang , penginapan,dan selebihnya sebagai wang saku.
Akhir kata, sambutlah salam rindu daripada anakanda
ayahanda dan keluarga di sana.

khas untuk

Sekian ,terima kasih.


Anakanda yang jauh,

(Saiful Anwar)

Contoh 4

Tajuk/ Soalan : Kamu mempunyai seorang sahabat yang bakal menduduki


peperiksaan UPSR. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat kamu itu. Tanyakan
tentang persediaannya dan seterusnya usaha-usaha yang kamu berdua lakukan
untuk lebih berjaya dalam peperiksaan itu kelak.
Karangan Lengkap
127, Simpang Enam Mawar,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman.
24 Mac 1997.
Ke hadapan sahabatku Halim yang berada di Kuantan, semoga di dalam
keadaan sihat sejahtera.
Saudara,
Kira-kira dua bulan lagi kita akan menghadapi peperiksaan UPSR. Mungkin
ketika ini saudara telah bersedia. Saya beranggapan begitu kerana sajak dari
dahulu lagi saudara mengamalkan prinsip iaitu belajar bersungguh-sungguh
bagaikan esok hari peperiksaan.
Saya juga berusaha mengamalkan prinsip saudara. Tetapi, saya ingin
menambah, mungkin saudara bersetuju bahawa pembelajaran di kelas sahaja tidak
mencukupi. Kita juga perlu rajin membaca surat khabar atau majalah untuk
mempertingkatkan Bahasa Melayu. Bagi pelajaran lain seperti Matematik, kita
hendaklah rajin membuat latihan sendiri.
Guru saya selalu menasihati agar kita jangan mudah berasa puas hati
dengan ilmu di dada. Rajin-rajinlah membuat rujukan. Sehubungan dengan itu
bersama-sama ini saya sertakan contoh-contoh soalan peperiksaan sekolah saya
untuk rujukan saudara.
Semoga kita sama-sama berjaya mendapatkan lima A dalam peperiksaan
UPSR kelak. Untuk mengakhiri lembaran ini , saya mengucapkan selamat maju jaya.
Sekian sahaja. Terima kasih.

Sahabatmu,
.......
( ABDULLAH SANI )

Selasa
30.4.2013
Tajuk / Soalan : Tulis sepucuk surat
kepada seorang kawan kamu untuk
mengajaknya datang ke rumah kamu
pada hujung bulan ini kerana buahbuahan di kebun ayah kamu sedang
berbuah.
1
Nama dan alamat pengirim
(kanan)
2

Tarikh (kanan)

3
Kata hadap atau pembuka kata
dan kata-kata pujian

4
Kata sapaan atau panggilan
hormat (rapat ke garisan tepi dan
koma)
5
Perenggan pertama
menyatakan tujuan surat itu ditulis
6
Perenggan ke-2 - buah-buahan
sedang masak - ayah memajak
sebahagian sahaja
- keluarga
serta kawan-kawan dapat merasai
7
Perenggan ke-3 - boleh ajak
keluarga serta kawan-kawan bersamasama
8

Penutup

Tandatangan pengirim (kanan)

Karangan Lengkap
Nama
dan alamat
...............
................,
...............
................,
...............
.................,

72000
Kuala Pilah,
Negeri
Sembilan.
30 APRIL
2013.
Menemui
sahabatku .............................yang
berada di Kampung...................,
semoga berada dalam keadaan sihat
sejahtera.
Saudari,
Saya berharap saudari masih
tidak melupai saya. Tujuan saya
menulis surat ini adalah untuk
. saudari datang ke
rumah saya pada cuti hujung bulan
nanti.

Untuk pengetahuan saudari,


buah-buahan di kebun ayah saya
sedang. Buah-buahan
pada ini sungguh
menjadi, terutama manggis. Ayah
saya sebahagian
sahaja. Selebihnya ditinggalkan
supaya keluarga serta sahabat handai
kami sama-sama dapat merasainya.
Saya berharap ..
tidak keberatan untuk datang ke
rumah saya. Kalau saudari suka ,
ajaklah serta
kawan-kawan saudari datang
bersama-sama. Boleh mereka samasama merasai . buah
manggis, rambutan, langsat serta
durian.

Saya berharap saudari


dan memberitahu
saya secepat mungkin. Saya akan
menunggu kedatangan saudari itu.
Sampai di sini sahaja yang
saya tuliskan. Akhir
kata , salam mesra
daripada saya untuk saudari
sekeluarga. Semoga kita dapat
nanti.
Sekian , terima kasih.
Yang benar,
..................
....
(
)

Tajuk/ Soalan : Kamu


mempunyai seorang sahabat yang
bakal menduduki peperiksaan UPSR.
Tuliskan sepucuk surat kepada
sahabat kamu itu. Tanyakan tentang
persediaannya dan seterusnya usahausaha yang kamu berdua lakukan
untuk lebih berjaya dalam
peperiksaan itu kelak.

Karangan Lengkap

.,

..,
72000
Kuala Pilah,
Negeri
Sembilan.
30 APRIL
2013.
Ke hadapan sahabatku
. yang berada di

.., semoga di dalam


keadaan sihat sejahtera.
Saudara,
Kira-kira dua bulan lagi kita
akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Mungkin ketika ini saudara telah
. Saya beranggapan
begitu kerana sejak dari dahulu lagi
saudara mengamalkan prinsip iaitu
belajar bersungguh-sungguh bagaikan
esok hari ..
Saya juga
mengamalkan prinsip saudara. Tetapi,
saya ingin menambah, mungkin
saudara bahawa
pembelajaran di kelas sahaja tidak
... Kita juga perlu
membaca surat khabar
atau majalah untuk .

Bahasa Melayu. Bagi pelajaran lain


seperti Matematik, kita hendaklah
rajin membuat . sendiri.
Guru saya selalu
agar kita jangan mudah berasa puas
hati dengan ilmu di dada. Rajinrajinlah membuat .
Sehubungan dengan itu bersamasama ini saya sertakan contoh-contoh
soalan peperiksaan sekolah saya
untuk rujukan saudara.
Semoga kita sama-sama berjaya
mendapatkan lima A dalam
peperiksaan UPSR kelak. Untuk
lembaran ini , saya
mengucapkan selamat maju jaya.
Sekian sahaja. Terima kasih.

Sahabatmu,
.......
(
)

Set 1 - Bahagian A
Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar.

1.
2.
3.
4.
5.

Formula bagi menjawab soalan Bahasa Melayu Penulisan


Formula Bahagian C
Bil

Nilai
Murni/Pengajaran/

Huraian

Amalan baik
1

Haqem adil

Tidak berat sebelah dan tidak memihak kepada sesiapa.

Shofiah - baik hati

Pemurah, menolong orang, menderma dan sebagainya.

Khuzaimah bekerjasama

Bersama-sama melakukan sesuatu tugasan atau kerja,


tolong-menolong

Danial berani

Menyelamatkan orang atau binatang, melaporkan perkara


yang tidak baik kepada pihak tertentu dan menyahut
cabaran yang positif.

Farah - berbudi bahasa

Elok tingkah laku dan pertuturannya

Aisha - berdisiplin

Mematuhi segala peraturan atau undang-undang yang telah


ditetapkan.

Fatin - berjimat cermat

Berhemat ketika berbelanja, menyimpan wang, membawa


bekal

Tantawi
-bertanggungjawab

Melakukan tugas harian yang diamanahkan

Fazillah- gigih/ tekun

Berusaha bersungguh-sungguh.

10

Huwaida ikhlas

Menolong orang tanpa mengharapkan balasan atau upah


atau hadiah

11

Taufik insaf

Bertaubat, tidak mengulangi lagi perbuatan keji, kesalahan


atau kesilapan

12

Suhaila - jujur/ amanah

Bercakap benar , menyimpan/ memulangkan barang orang

13

Atiqah - kasih sayang

Menyayangi orang lain atau haiwan

14

Aida - menepati janji

Tidak mungkir janji.

15

Asyikin menghargai

Mengingati jasa atau pertolongan orang, berterima kasih

16

Hanif - menghargai
masa

Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah

17

Amar prihatin

Sensitif terhadap sesuatu perkara atau isu atau mempunyai


rasa ingin tahu.

18

Putri rajin

Menolong orang , menyiapkan kerja sekolahdan sebagainya.

19

Asilah rasional

Boleh menerima suatu keputusan atau membuat keputusan.

20

Ishvin - rendah diri

Tidak bersikap sombong setelah berjaya atau sekiranya


mempunyai kelebihan.

21

Nurizza sabar

Tidak mudah marah, tabah menghadapi dugaan atau tidak


tergesa-gesa.

22

Amira - sopan santun

Berkelakuan elok atau menghormati sesiapa sahaja.

23

Rabiatul syukur

Cukup dengan apa yang ada, berterima kasih

24

Aidil - taat / patuh

Patuh kepada perintah Allah/ mendengar arahan ibu bapa,


guru, ketua

25

Izzati tabah

Menghadapi dugaan dengan redha dan hati terbuka.

26

Aini yakin

Percaya boleh melakukan sesuatu tugas atau percaya kepada


diri sendiri.

27

Siti Aishah menepati


masa

Melakukan sesuatu mengikuti jangka waktu yang ditetapkan

PWANIH
PWA- Penanda Wacana
A Antara,
S Selain itu,
S Seterusnya,
D Di samping itu,
A Akhir sekali,
NI - Nilai
H - Huraian

Formula membina karangan Bahagian B

MAS BBD

M Mengapa
A Apa
S Siapa
B Bila
B Bagaimana
D Di mana

INGAT ! Perlu ada 5 / 6 perenggan.

Pendahuluan, 1 isi + huraian ( 3 / 4 perenggan ), penutup.


UMUM

KHUSUS

Formula membina ayat bahagian A


S Siapa
A Aktiviti
L Lokasi
A Alatan
M Masa / Mengapa

BAHAGIAN C 20 MARKAH MASA DICADANGKAN 15 MINIT (Set 2)


SET 2

BAHAGIAN C 20 MARKAH
MASA DICADANGKAN 15 MINIT

Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di
bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Linggam
lahirnya ?

: Ah Seng, kamu pergikah ke rumah Aidil sempena hari

Ah Seng
: Saya belum membeli hadiah lagi tetapi kita mesti
menghadiahkan sesuatu sebagai
tanda seorang rakan.
Linggam
melukis.

: Saya ingin membelikannya alat-alat melukis. Dia gemar

Ah Seng
: Linggam, saya rasa lebih baik kita berkongsi wang untuk
membelinya. Kita boleh
membeli hadiah yang lebih berkualiti.
Linggam
: Saya setuju tetapi saya tidak mempunyai wang yang
begitu banyak.
Ah Seng

: Tidak mengapa, saya boleh tambah jika kurang.

Linggam

: kamu sungguh baik hati, Ah Seng.

Ah Seng

: Oh, tidak mengapa! Itu hanya perkara kecil sahaja.

Linggam
hadiah itu.

: Jika begitu, marilah kita pergi ke kedai untuk membeli

Ah Seng
dahulu.

: Sebentar ya, saya mesti memberitahu ibu saya terlebih

Linggam

: Baiklah.

Jawapan

Antara nilai murni berdasarkan petikan ialah kita mestilah


mempunyai sifat ______________ dengan
___________________________________________. Selain itu, kita
hendaklah ___________________________ dengan cara berkongsi wang
untuk membeli hadiah rakan. Seterusnya, kita mestilah
_____________________________ supaya kita juga turut dihargai. Di
samping itu, kita juga mestilah mempunyai sikap
_________________________________ untuk kebaikan kita bersama.
Akhir sekali, kita hendaklah
_______________________________________ sebagai tanda anak yang
baik.
BAHAGIAN C 20 MARKAH MASA DICADANGKAN 15 MINIT (Set 1)
SET 1

BAHAGIAN C 20 MARKAH
MASA DICADANGKAN 15 MINIT

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di


bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Loceng sekolah berbunyi menandakan tamat sesi persekolahan. Era


dan Iqin segera mengemaskan barang-barang mereka. Sebelum keluar
dari kelas, Era dan Iqin bersalaman dengan guru. Mereka berjalan pulang
ke rumah. Tiba-tiba mereka lihat sebuah dompet tercicir di tepi jalan.

Iqin segera mengambil dompet itu. Mereka berdua terperanjat


apabila mendapati terdapat wang yang berjumlah RM200. Era ingin
mengambil wang tersebut. Iqin menasihati Era supaya tidak
mengambilnya. kerana itu sikap yang tidak baik.

Era berasa malu dan memohon maaf. Akhirnya mereka mengambik


keputusan untuk menyerahkan dompet itu kepada guru besar. Guru besar
mengucapkan syabas atas tindakan yang mereka lakukan. Rupa-rupanya
dompet itu kepunyaan Cikgu Saifudin. Beliau mengucapkan terima kasih
kepada Era dan Iqin.

Jawapan

Antara pengajaran berdasarkan petikan ialah kita mestilah sentiasa


_______________ barang-barang keperluan kita dengan
___________________________________ dan menyimpannya selepas
digunakan. Selain itu, kita hendaklah ____________________________
guru dengan cara _____________________________ sebelum pulang.
Seterusnya, kita mestilah _________________________________ rakan
kita supaya tidak ____________________ barang orang lain. Di samping
itu, kita hendaklah _______________ dan meminta
____________________ atas kesilapan yang kita lakukan. Akhir sekali,
kita mestilah ____________________________ pertolongan orang
dengan mengucapkan _________________________________________.

Salin semula contoh karangan Cereka/Pengalaman/Keperihalan/Gambaran/Situasi di


bawah.
Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi
memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.
Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau
perbualan.
cereka

Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara
riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul
naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.
1.

cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.

2.

cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.

3.
jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan
kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan
jelas.
4.
jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan masa
yang diberikan
Pengenalan

tinggal sendirian
baca buku cerita

Perenggan ke-2

mendengar suara riuh-rendah


menjenguk ke luar
suatu kebakaran berlaku

Perenggan ke-3

ramai orang mula berkumpul


cuba membantu memadamkan kebakaran
membantu memunggahkan barang

Perenggan ke-4

aku terus menelefon pihak bomba


ahli-ahli bomba tiba

Penutup

kebakaran dapat dikawal


berasa sungguh gembira

Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah
kerana ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa
jemu, saya membaca sebuah buku cerita.
Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah
meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila
saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran
telah berlaku.

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran
dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa
bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh
minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya
kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah
saya terselamat daripada kebakaran tersebut.
pengalaman
Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama
datuk dan nenek.
Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana
sudah lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah
larut, aku bergegas pulang.
Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah
lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan
ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah
aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.
Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku.
Aku berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat
aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak
sedarkan diri.
Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut
nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku
menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum
sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku
sendiri.
situasi
Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang.
Bagaimanakah perasaan anda ?
Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil.
Saya membuat persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.

Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan
saya. Ini kerana dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan
saya.
Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai
bahawa seorang anak kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya
sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan.
SAYA BERHARAP KEJAYAAN INI AKAN MENJADI PENDORONG KEPADA ADIK-ADIK SAYA. SAYA
BERJANJI AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK PEPERIKSAAN YANG LAIN

Salin semula contoh karangan Melengkapkan Cerita di bawah.


Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
1.

karangan tidak berformat

2.
berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita
yang diberi
3.

berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.

4.

elakkan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi

5.
memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas
tentang sesuatu cerita itu.
6.
setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolongmenolong, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran.
7.

walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.

A. Sudahkan cerita di bawah ini.


Saya mengayuh basikal agak
perlahan. Walaupun lampu elektrik
menerangi jalan, tetapi saya perlu
berhati-hati. Saya bimbang termasuk
lubang atau terbabas ke dalam parit.

Sambil mengayuh, saya sempat berbual


dengan Ahmad yang duduk di belakang.
Tiba-tiba saya ternampak susuk tubuh
manusia menuju belakang balai raya.
Tanpa membuang masa
Tanpa membuang masa , saya
memberhentikan basikal. Ahmad
kehairanan, tetapi saya segera
memberitahunya. Ahmad faham. Basikal
saya baringkan di tepi jalan raya.
Tiba-tiba saya terdengar cermin
pecah. Saya yakin sudah tentu lelaki itu
seorang pencuri. Dua bulan lalu kaset dan
pinggan mangkuk dicuri orang.
Mungkinkah kejadian yang sama akan
berulang ?
Pencuri itu mesti ditangkap, kata
hati saya. Saya meminta Ahmad
mengawasi pencuri itu kerana saya
hendak ke rumah Tuk Ketua. Tetapi
sebelum sampai di rumah Tuk Ketua, saya

nampak ramai orang baru keluar dari


masjid. Salah seorang daripadanya ialah
Tuk Ketua. Saya masuk ke perkarangan
masjid. Di situ saya segera ceritakan apa
yang saya lihat. Tuk Ketua segera
memberi taklimat . Kemudian mereka
segera bergerak menuju ke balai raya.
Sampai di balai raya, seramai lima
orang menuju ke bahagian belakang dan
sebahagian lagi menjaga bahagian kiri,
kanan dan depan. Mereka melangkah
serentak merapati balai raya. Lelaki di
dalam balai raya itu perasan, tetapi tidak
sempat melarikan diri. Lelaki itu akhirnya
dapat ditangkap. Kemudian Tuk Ketua
mengucapkan terima kasih kepada saya
dan Ahmad.
B. Lengkapkan cerita di bawah yang
berakhir dengan ayat berikut :

. Bila kubuka mata, aku


melihat ayah dan ibu berada di
sampingku. Perempuan yang berwajah
ngeri itu telah pergi.
Pada malam itu, aku berseorangan
di rumah. Ayah dan ibu masih belum
pulang. Di luar, hujan turun dengan lebat,
kilat sabung-menyabung.
Aku toleh ke arah jam usang di
dinding. Rupa-rupanya sudah hampir
pukul satu pagi. Aku semakin risau kerana
bayang ayah dan ibuku masih belum
kelihatan.
Tiba-tiba kedengaran ketukan
bertalu-talu di pintu hadapan. Aku
bergegas membuka pintu. Sebaik sahaja
pintu terkuak, alangkah terkejutnya aku
kerana seorang perempuan bertudung
hitam berada di situ. Wajahnya amat
mengerikan.

Dia memandang tajam ke arahku.


Peluh dingin mula keluar dari badanku.
Dia cuba menerkamku. Belum sempat dia
menyambar tubuhku, aku menendang
badannya lalu tersungkur ke tanah. Aku
menutup pintu. Tiba-tiba matu kabur. Aku
terus terjatuh. Bila kubuka mata , aku
melihat ayah dan ibu berada di
sampingku. Perempuan yang berwajah
ngeri itu telah pergi.

Anda mungkin juga menyukai