Anda di halaman 1dari 17

LIRIK LAGU PATRIOTIK

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.

31 Ogos
Akhlak Mulia
Anak-anak Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Bahtera Merdeka
Bendera Malaysia
Berkorban Apa Saja
Budi Bahasa Budaya Kita
Bumi Malaysia
Fikirkan Boleh
Ilham Pujangga
Jalur Gemilang
Joget Malaysia
Kemegahan Negaraku
Keranamu, Malaysia
Kucari Damai Abadi
Malaysia Baru
Malaysia Berjaya
Malaysia Tanah Airku
Malaysia Tercinta
Muhibah
Nyalakan Tekad
Pada Hari Penghabisan
Pahlawanku
Perajurit Tanah Air
Perwira
Putera Puteri
Saya Anak Malaysia
Sekapur Sirih Seulas Pinang
Tanah Pusaka
Tanjung Puteri
Tegakkan Bendera Kita
Wawasan 2020

RUKUN NEGARA
Sejarah negara menyedarkan kita
Perpaduan bangsa asas sejahtera
Teras pembina negara dan bangsa
Rukun Negara ideologi negara.
Lima prinsip rukun utama
Agama teras murni warganya
Kepercayaan yang luhur kukuh jiwa
Negara aman dan bangsa berjaya.
Bumi dipijak dan langit dijunjung
Kesetiaan kepada rakyat dan negara
Prinsip kedua jati diri bangsa
Kami pertahankan kedaulatan negara.
Prinsip ketiga bersatu dan bersama
Perlembagaan luhur adil dan saksama
Prinsip keempat tema kesejahteraan
Perusahaan negara kita jayakan.
Bersopan santun amalan mulia
Rakyat berbudaya mesra bersama
Marilah bersama warga Malaysia

Kita hayati Rukun Negara.


1
Sudirman (Ahmad CB)
31 Ogos
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
2
AKHLAK MULIA
Berbekalkan iltizam yang padu
Ke hadapan dengan semangat baru
Menjunjung tinggi masyarakat kita
Seiring jalan
Mengorak langkah berganding bahu
Menuju matlamat negara.
Berdisiplin dan berharmoni
Kita bina negara warisan ibunda
Melangkah maju ke hadapan
Semangat perjuangan jadi pegangan
Inilah sumpah taat setia
Kami rakyat Malaysia.
Mendukung bahasa jiwa bangsa
Cinta dan harapan terlaksana
Putera dan puteri negara jaya
Amalkan semangat bersatu
Akhlak mulia masyarakat jaya 2x
Kebanggaan rakyat Malaysia. 2x
3
Penyanyi: M. Nasir
Anak-anak Kita
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita

Dari padang jerangkap samar


Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli korporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu
3

Lagu dan seni kata: Dol Ramli


Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
marilah amalkan ramai-ramai
bahasalah menyatukan kita semua
yakinlah "bahasa jiwa bangsa".
Marilah mari rakyat semua
buktikan taat semua
dengan satu bahasa.
Maju bangsa dan maju negara
megahkan bahasa kita

"bahasa jiwa bangsa".

4
Bahtera Merdeka
Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra puteri sayang
Putra puteri sayang
Sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyingsing membawa harapan
Tanah Semenanjung 2x
Permata nilam
(korus)
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
(1)
Duhai ibu pertiwi
Putera puteri datang sujud bakti
Untuk (Ingin) menunaikan 2x
Sumpah dan janji
(ulang 1)
5
Lagu: Tony Fonseka dan Abdul Latif Ali
Senikata: Mad. Tahir Hj. Samsuddin
Bendera Malaysia
Marilah kita beramai-ramai
Naikkan bendera yang permai
Bendera Malaysia aman dan damai
Bendera Malaysia empat warna
Merah puteh biru kuning bersama
Semua ada dengan makna
Mengenalkan Malaysia pada dunia
Jalurnya empat belas
Bintangnya juga
Wajahnya berseri dan bercahaya
Tanah Malaysia negara kita
Harap rakyat taat setia
Bendera Malaysia amat gagah
Berkibar di tiang dengan megah
Empat belas negara bersatu sudah
Tanda Malaysia telah merdeka.
6
P. Ramlee
Berkorban Apa Saja

Berkorban apa saja


Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Budi Bahasa Budaya Kita


Ibu bapa dan kaum keluarga
saudara terdekat jiran tetangga
sayang menyayangi bertegur sapa
ketulusan ikatan sepanjang usia.
Para guru rakan sekolah
turut warnai kehidupan kita
ilmu ditimba pengalaman bertambah
pergaulan sihat peribadi ceria.
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
ramah dan mesra elok pekerti
yang tiada dibantu yang lemah dilindungi
bertimbang rasa hormat-menghormati.
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
mencurah bakti tak minta dibalas
harapan rakyat satu amanah
budi bahasa budaya kita.
7
Pencipta dan lirik: Ariff Ahmad
Bumi Malaysia
Bersinar di seluruh alamku
Gemilang cemerlang cahaya
Lahirnya di zaman baru
Malaysia negara baru Malaysia

Berkibar bendera Malaysiaku


Berkibar di angkasa tinggi
Menunjukkan semangat bersatu
Bumi Malaysia tetap aman bersatu
Terus berjaya dan subur bahagia
Malaysia negara ku yang kaya
Tetap terpuji serata dunia
Kerana hidup damai sentiasa
Gembira di bumi ku Malaysia
Bermegah segala makhluknya
Mempertahankan semangat maju
Berjaya Malaysia negara baru
8
Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
9
Pencipta: A. Rahim Yadi
Seni kata: Ismail Jaron
ILHAM PUJANGGA
Pencipta: A. Rahim Yadi
Seni kata: Ismail Haron
Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana
Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda

Pandang yang satu kepada yang ramai sayang


Pandang yang ramai kepada yang satu
Sungguhkanlah hatimu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu Dari perkara yang merugi
Maaf mudi dan muda
Kususun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa
10
Lagu: Pak Ngah
Lirik: Siso Kotaprasa
Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang ... di bawah naunganmu
Jalur gemilang ... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang ... megah kami terasa
Jalur gemilang ... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang

11
Pencipta: P. Ramlee
JOGET MALAYSIA
Pencipta: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
L
Datok panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau Saloma orang yang bijak
Negeri kita apa namanya
P: Ikanlah keli di dalam perahu Oranglah buta tangkap buaya } 2x
Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu Negara kita nama Malaysia } 2x

L: Rama lah rama di pohon duri Mati di timpa si buah nangka } 2x


Kalau Cik Saloma orang bestari Bulan berapa Malaysia merdeka } 2x
P: Anak Bengali di kebun nyonya Petiklah gambus anak Melaka } 2x
Wahai Cik Ramlee ini jawabnya 31 Ogos Merdeka } 2x
L: Ke pasar lama membeli serai Singgah bertanya datuk Menteri } 2x
Kalau Saloma orang yang pandai Di mana letak ibu negeri } 2 x
P: Anaklah bilal dari Mentakab Pergi ke Johor buat kenduri } 2x
Cik Ramlee soal mudah di jawab Kuala Lumpur ibu negeri } 2x
12
Lagu: Jimmy Boyle
Seni kata: Dol baharin
Kemegahan Negaraku
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya gagah perkasa
Kedaulatanmu ibu pertiwi
Malaysiaku maha perkasa
Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia raya
Negaraku yang kucintai
13
Lagu: Pak Ngah
Lirik: Siso Kopratasa
KERANAMU, MALAYSIA
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar I.T pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua
Pasti merasa bangga
Kerana mu Kami mendakap tuah
Kerana mu Kami bangsa berjaya
Kerana mu
Kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Kerana mu Kami bebas merdeka
Kerana mu
Nyawa dipertaruhkan
Kerana mu
Rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia Malaysia .........


Terima Kasih Malaysia !!!!!!!!!!

KUCARI DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun


Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia al-Ghazali
Aku cari mana dia as-Syafii.
Kita bongkar kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunah Nabi
Cari panduan.
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman Dialah wali
Dia mencukupi aku hidup bererti
Menikmati damai abadi.
14
Lagu dan seni kata: P. Ramlee
Malaysia Baru
Andai hidup tak punya cinta
Pada bangsa mahupun wanita
Hidup tak punya ertinya
Kenikmatan tidak dirasa
Cinta bangsa rasa mulia
Cinta wanita rasa bahagia
Menjadi kita penuh daya
Mencipta hidup sempurna
(korus)
Andai kita lalai sertalah lupa
Masa akan lari sia-sia
Jiwa kosong tak berharga
Dunia bukan syurga
Oleh itu mari kawanku
Berpimpin tangan berganding bahu
Segera capai cita yang satu
Di alam Malaysia baru
(ulang dari korus hingga akhir)
15
Lagu dan lirik: Surya Buana
Malaysia Berjaya
Malaysia kita sudah berjaya

Aman makmur bahagia


Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya
Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya
Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya
Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya
16
Lagu dan seni kata: Johar Bahar
MALAYSIA TANAH AIR KU
Lagu dan Senikasa Johar Bahar
Malaysia oh tanah air ku
Tanah tempat tumpah darah ku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa
Sawah mu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukit mu lurusnya terbentang
Tak jemu mata ku memandang
Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia
Malaysia negeri ku Malaysia
Pusaka tinggalan moyang ku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah air ku
17
Pencipta: Masrurah Irina
Lirik: Siso Kotaprasa
MALAYSIA TERCINTA
Tanah air tercinta
Ibu pertiwi warisan bangsa
Negara ku Malaysia bebas Merdeka
Lambang keamanan dan kemakmuran
Bertekap dan berbakti
Semangat waja gigih berusaha
Sehati dan sejiwa
Rakyat berbilang bangsa
Menuju ke arah satu cita
Keluhan resah

Tiada bermain di jiwa Semuanya bergantikan ceria


Zaman gerhana jauh sudah
Ditinggalkan
Malaysia tanah tercinta
Budimu tinggi nilainya
Kami yang menerima jasa mu
Tak terbalas
Walaupun bergalang nyawa
Demimu tetap ku relakan
Malaysia tercinta
Tanah bertuah
Jasa dan budi
Tetap kusanjung tinggi
Tetap kusanjung tinggi
18
Pencipta dan seni kata: Saiful Bahari
Muhibah
Muhibah, Muhibah
Itulah amalan kita semua
Muhibah, Muhibah
Sejak sedari zaman purbakala
Tunaikanlah ikrar
Satu nusa satu bangsa merdeka
Satu loghat dan satu suara
Dalam Malaysia jaya
(korus)
Junjung tinggi cita-cita bangsa
Hormatilah perlembagaannya
Marilah kita berganding tangan
Hapuskanlah jurang perbezaan
Muhibah, Muhibah
Gema bersatu padu satu bangsa
Negara 'kan makmur bahagia
Dalam Malaysia jaya
(ulang dari korus)
19
Pada Hari Penghabisan
Pada hari penghabisan
Waktu di pelabuhan
Air mata berlinang
Sedih ku meninggalkan
Kawan-kawan ku sayang
Tak dapat ku berkata
Hanya bersalam mesra
Sungguh terasa hiba
Kalau akan berpisah
Tak tertahan air mata
(korus)
Kerana persahabatan

Telah erat di hati


Tapi apakan daya
Ku mohon diri
Lantaran ayah ibu
Telah rindu menunggu
Aku pulang dahulu
Namun tetap ku nanti
Semoga jumpa lagi
20
Pencipta dan seni kata: Yusoff B
Penyanyi: Sanisah Huri
PAHLAWANKU
Pahlwan ku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Nama mu tetap di puja
Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur
Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati
Pahlawan ku Menuju ruang ke medan perang
Jangan ragu
Sebagai askar berjuang
21
Pencipta dan seni kata: Surya Buana
PERAJURIT TANAH AIR
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburkan bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti
22
Penyanyi: Sharifah Aini
Perwira
Perwira
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti

Membela pertiwi
Perwira
Janganlah kakanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang
(1)
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi
Kakanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati
Majulah kakanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku
(ulang dari 1)
23
Lagu: Jimmy Boyle
Seni kata: Dol Baharin
PUTERA PUTERI
Putra puteri negara jaya
Bersatu berpadu tenaga
Padamu harapannya bangsa
Seandai cita-cita
Putra puteri sejati mulia
Kota bandar desa sepasti
Seruan jasmani dewi suci
Bakti jasa jiwamu.
Menegakkan nusa mendirikan bangsa
Putra Putri dewi cekal gagah berani
Putra Putri negara jaya
Bersatu berpadu tenaga
Padamu harapannya bangsa
Seandai cita-cita.
24
Saya Anak Malaysia
(1)
1953
Bulan 5 aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
NEGERI SEMBILAN
(2)

Selepas itu aku dibesarkan


Di NEGERI KELANTAN
Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Puteh
Saya Anak Malaysia (4X)
(3)
Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat saleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi MALAYSIA dekat di hati
Saya Anak Malaysia (4X)
Sampai masa aku pun balik
Tapi makweku nampak pelik
Dia kata nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa
Saya Anak Malaysia (4X)
(4)
Lemah lembut sopan santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampaknya kutu
Aku hormat orang tuaku
Saya Anak Malaysia (4X)
(Ulang 2,3 & 4)
25
Sekapur Sirih Seulas Pinang
Sekapur sirih sekapur sirih seulas pinang
Diberi bekal diberi bekal buat perangsang
Pergilah intan pergilah intan pergilah sayang
Ketengah medan ke tengah medan pergilah berjuang
Biarlah gugur biarlah gugur bertumpah darah
Biar berlengkar, biar berlengkar di medan perang
Janganlah undur janganlah undur menyerah kalah
Pantang pendekar pantang pendekar di tengah gelanggang
Janganlah sedih janganlah sedih meninggal kami
Senjata disandang senjata disandang sebagai ganti
Kami berdoa kami berdoa setiap hari
Selamat pergi selamat pergi selamat kembali
26
Lagu: Ahmad Merican
Seni kata: Wan Ahmad Kamal
Tanah Pusaka
Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Di seluruh dunia negaraku
Yang berdaulat negaraku
Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya

Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka
Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa di dalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia
Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela ku gugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata
27
Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
(korus)
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
28
Penyanyi: Sudirman
Tegakkan Bendera Kita
Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita di bawahnya
Hidup berkeluarga
Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa Kemegahan semua
Tegakkan bendera kita
29
Ciptaan: Akbar Nawab
Wawasan 2020
Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Dengan berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka


Penuh tenaga murni
Bakti dicurah searah-sehala
Dengan wawasan yang suci
Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati
Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan

Nyalakan Tekad
Nyalakan azam membumbung
padukan tekad nan waja
songsongi ombak bergulung
menuju ke pulau cita.
Setitis jadikan laut
sekepal jadikan gunung
namamu kelak disebut
jasamu kelak disanjung.
Nyalakan tekad di hujung cita
sama muafakat ke puncak jaya
sembah setia sepenuh jiwa
untuk nusa dan negara.
Kan megah langit dijunjung
rela bumi nan dipijak
kan megah ibu mengandung
putera puterinya berjasa.
59 patah perkataan
Kucari Damai Abadi
Kucari bukan harta bertimbun-timbun
untuk hidup kaya
aku cari bukan wang berjuta-juta
untuk hidup bergaya.
Aku cari bukan kawan-kawan
untuk hidup dalam berfoya-foya
aku cari mana dia al-Ghazali
aku cari mana dia as-Syafie.

Kita bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman


kita bongkar rahsia sunah Nabi, cari panduan.
Aku hidup kerana Dia, Rabbi
dialah teman, dialah wali
dia mencukupi
aku hidup bererti
menikmati damai abadi.

Anda mungkin juga menyukai