Anda di halaman 1dari 3

Cenderabahasa Bil.

1 JPNPP
MODUL 9 : KATA MAJMUK
Definisi: Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna
yang tertentu.
Bentuk-bentuk kata majmuk:
1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contoh:
gambar rajah
biru laut
luar biasa
tengah hari
kapal terbang
bandar raya
alat tulis
terima kasih

kuning langsat
jalan raya
merah muda
jam tangan
nasi minyak
bom tangan
meja tulis
kipas angin

*kategori ini juga termasuk gelaran


Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor
Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.
2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.
Contoh;
garis pusat
pita suara
model linear
segi tiga
atur cara

kertas kerja
darah panas
mata pelajaran
batu kapur
kemas kini

cari gali
reka bentuk
kanta lekap

3. Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)


Contoh:
kaki ayam
buah tangan

pilih kasih
manis mulut

duit kopi
anak emas

kaki bangku
buah hati

makan angin
berat tangan

Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan

kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
sukarela

suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya

Cenderabahasa Bil.1 JPNPP

Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum.
Contohnya:
a. Kata nama
b. Kata adjektif
c. Kata sendi nama
d. Kata hubung
e. Kata tanya

peribadi, peribahasa, perikemanusiaan,


dinihari, hulubalang
sukacita, dukacita
kepada, daripada
apabila, barangkali, manakala, darihal,
apakala, padahal, walhal, kadangkala
bagaimana

Penggandaan Kata Majmuk


Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata
sahaja.
Contohnya:
Tunggal
alat tulis
gambar rajah
balai raya
kapal terbang
Menteri Besar
suku kata
garis pusat

Jamak
alat-alat tulis
gambar-gambar rajah
balai-balai raya
kapal-kapal terbang
Menteri-menteri besar
suku-suku kata
garis-garis pusat

Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya


melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
Tunggal
pesuruhjaya
warganegara
tandatangan
jawatankuasa
setiausaha

Jamak
pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha

Pengimbuhan kata majmuk


a) Kata Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya
tetap terpisah.
Contohnya:

Cenderabahasa Bil.1 JPNPP


campur aduk
ambil alih
daya serap ulang kaji
b) Kata majmuk yang
bercantum.
Contohnya:
campur aduk
ambil alih
daya serap ulang kaji
-

bercampur aduk
mengambil alih
daya serapan
mengulang kaji
menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara

mencampuradukkan
pengambilalihan
kedayaserapan
pengulangkajian

Anda mungkin juga menyukai