Anda di halaman 1dari 2

NUR MERDEKA

Negaraku
Awalnya persekutuan Tanah Melayu
Tanggal 31 ogos 1957 kita merdeka
Enam tahun kemudian, lahirlah Malaysia
Tarikh keramat 16 september 1963, kekal dalam lipatan sejarah
Usaha parti perikatan membuahkan hasil,
Bersatu berpadu bertambah mutu
##(muzik lama dimainkan) ; pelakon masuk pentas (lagu rakyat)
Nur merdeka!
Cahaya gema merata
Tua muda miskin kaya
Ceruk kampong serta warga kota
Gembira mendengar kita kan Merdeka
## ; Tunku Abd Rahman dan British menyerah bendera dan melaungkan
kemerdekaan
(suara jeritan kemerdekaan dan lagu sudirman)
Namun jangan sesekali kita lupa,
Kerana kita pernah dibodohkan oleh british
Kata-kata manis, taburan janji sinis
Kita dihina ditanah sendiri
##;british buli melayu (lagu seram gadoh)
Mungkin juga kita lupa
Pada kemarau yang dibawa
Dari terik matahari jepun
Kita dibakar api ditanah sendiri
Betapa peritnya di imbas kembali
##Jepun datang menyerang (lagu kamikaze dn bunyi bom)
Dan kita lupa
Setelah terbenam Si Matahari
13 malam kita lalui
jerebu hitam menyelubungi
Yang kelihatan hanya 3 butir bintang
Menyakiti, menindasi, membunuh sana sini
##komunis mendera rakyat (lagu sedih)
Dari kegelapan kesakitan
Terbit sinaran sang perkasa
Membasmi semua sang durjana
Kerana tercabar kita berjuang
Sehingga menyentuh nilai kemenangan
## pahlawan masuk berjuang (lagu semerah padi)
56 tahun Kini usianya

Cukup matang dan gagah perkasa..


Kita bahagia
Kita sejahtera
Kita semakin Berjaya
##lagu dimainkan; penonton masuk ikut tema (jalur gemilang)
Dengan Nur merdeka
Kejayaan demi kejayaan ditempa
Bangunan menara berkembar, menara kuala Lumpur..
Namamu Malaysia harum dipersada dunia
Sembilan julai 1985 kereta pertama buat Negara
Bernama proton saga
Megah menyusur dijalan raya
Nama-nama besar seperti keluarga dato sidek,
Dato lee chong wei, dan dato Nicole an davids,
Ada angkasawan yang telah Berjaya,
Dato syeh muzafar syukur namanya,
Dato azhar Mansur mengelilingi dunia,
Isi hanyalah sekelumit dari nikmat nur merdeka..
Di tanah inilah segala mimpi menjadi nyata
Jangan kita lupa, jangan kita mudah alpa,
Terus syukuri dengan nikmat nur merdeka..
## muzik dimainkan; pelakon menari dan beraksi (keranamu malaysia)

Anda mungkin juga menyukai