Anda di halaman 1dari 2

28 Januari 2016

Ruj.Kami: VM/ON16/01

Pengarah
..
..
..
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE PERTANDINGAN ORANGA NADAGAM 2016
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk:Kami VanakkamMalaysia DotCom Sdn Bhd sebuah syarikat penerbitan akhbar harian online
www.vanakkammalaysia.com serta penerbit rancangan televisyen ingin menganjurkan Oranga
Naadagam 2016 - Pertandingan Drama Pentas Tamil bagi pelajar IPTA/ IPTS/ IPG/ ILP/
ADTEC/ JMTI/ POLITEKNIK/ IKBN dengan kerjasama Astro Vaanavil. Ini adalah kali
keempat kami menganjurkan pertandingan ini.
Tujuan kami menganjurkan Pertandingan Drama Pentas ini adalah untuk memberi pendedahan
dan mendorong pelajar-pelajar institut pengajian tinggi meningkatkan daya kreativiti serta
mencungkil bakat yang ada pada pelajar dalam aspek lakonan pentas. Program ini juga akan
memberi keyakinan dan akan menjadi rangsangan bagi menjamin kejayaan para pelajar dari segi
kurikulum dan kokurikulum pada masa hadapan.
Untuk makluman Tuan, kami telah pun mendapat surat sokongan dari Jabatan Pengajian Tinggi,
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Tenaga Manusia
untuk menganjurkan pertandingan ini.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar India dari IPTA/ IPTS/ IPG/ ILP/
ADTEC/ JMTI/ POLITEKNIK/ IKBN. Program ini akan dirakam dan disiarkan di Astro
Vaanavil, saluran 201 (tarikh dan masa akan ditentukan kemudian). Tiada yuran atau tambang
dikenakan untuk menyertai pertandingan ini.

VanakkamMalaysiaDotComSdn. Bhd. (609104-P)


Suite A 16 1, Menara Atlas, Plaza Pantai, No. 5, Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur.Tel: 03 2284
3000 Fax: 03 2284 4699 Email: info@vanakkammalaysia.com

www.vanakkammalaysia.com

Pertandingan ini akan diadakan secara berperingkat di 4 zon (saringan), pusingan separuh akhir,
satu sesi bengkel lakonan dan pusingan akhir. Berikut adalah cadangan untuk program tersebut :-

Saringan - Zon 1

TARIKH
19 March 2016*

Saringan - Zon 2

26 March 2016*

Saringan - Zon 3

2 April 2016*

Saringan Zon 4

3 April 2016*

Pusingan Separuh Akhir

7 May 2016*

Bengkel Lakonan

21 May 2016*

Pusingan Akhir

11 Julai 2016*

*kemungkinan ada perubahan dalam tarikh mengikut kekosongan dewan pertandingan.


Sehubungan perkara di atas kami memohon jasa baik pihak Tuan untuk memberi kebenaran dan
memberi sokongan kepada para pelajar institusi Tuan untuk mengambil bahagian dalam
pertandingan ini. Segala kerjasama pihak Tuan dihargai dengan ikhlas.

Beriku adalah senarai borang yang disertakan sekali bersama surat ini :
A

B
C
D
E

Surat sokongan
- Jabatan Pengajian Tinggi
- Institut Pendidikan Guru Malaysia
- Jabatan Pengajian Politeknik
- Jabatan Tenaga Manusia
Peraturan Pertandingan
Mekanisma Pertandingan
Borang Penyertaan
Borang Disclaimer

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Cik.Vetha di talian 03-2284 3000 atau 016-9760 501.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,

..
THIAGA RAJAN MUTHUSAMY
PENGARAH URUSAN

Anda mungkin juga menyukai