Anda di halaman 1dari 2

Permainan Tradisional

LAPORAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN

Tugas-tugas sebelum program:


Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia. Saya mewakili ahli jawatankuasa
pengelolaan pertandingan bagi permainan tradisional dan membuat laporan tentang
tugas-tugas yang dijalankan sebelum berlangsungnya pertandingan. Mula-mulanya
kami mengumpul maklumat berkaitan kumpulan permainan tradisional yang akan
menganjurkan

sistem

pertandingan

masing-masing.

Seterusnya,

kami

telah

mengaturkan jadual pelaksanaan pertandingan bagi semua kumpulan supaya tidak


timbul sebarang masalah dalam kelancaran pertandingan. Kami telah menyediakan
papan skor dan papan pemenang keseluruhan serta jadual pertandingan untuk
disiarkan pada hari pertandingan. Kami melaksanakan semua perkara di bawah ajk ini
dengan perbincangan bersama pensyarah.

Tugas-tugas semasa program:


Pada hari pertandingan, kami telah menyiarkan papan skor berserta jadualjadual lain untuk meningkatkan kemeriahan dan kelancaran pertandingan. Walaupun
cuaca yang kurang baik menimbulkan masalah, namun kami berjaya mengatasinya
dengan berpindah ke gelanggang padang yang tidak basah. Semua pertandingan
berlangsung seperti yang dijadualkan. Namun, terdapat juga segelintir kumpulan yang
mengambil masa yang lama untuk menamatkan permainan. Namun, ia tidak menjadi
masalah serius. Kami menanganinya dengan memperingatkan mereka tentang kelarian
masa. Selain daripada itu, tidak berlakunya sebarang masalah lain yang berkaitan
dengan pengelolaan pertandingan.

Tugas-tugas selepas program:


Dengan bantuan ahli jawatankuasa saya di bawah, kami berjaya melaksanakan
tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kami dalam pengelolaan
pertandingan.

Tugasan

kami

sentiasa

dipantau

oleh

pensyarah

kami.

Saya

mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa saya yang menyokong
saya dalam semua hal.

Laporan Disediakan Oleh :

__________________________
(VALARMATHI A/P BELLA)
Ketua AJK Pengelola Pertandingan,
Lawatan Sambil Belajar,
IPG Kampus Tuanku Bainun.

Anda mungkin juga menyukai