Anda di halaman 1dari 4

Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di


kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik
darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk
minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di
samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasi eksperimen
telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer
yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan
kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah
demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan ke arah
menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web
secara bekerja dalam kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan
pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun
atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan
agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran
konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang
menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan
konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara
berkesan dan berpanjangan.

Robiah Sidin, Nor Sakinah Mohamad. (2007). ICT dalam pendidikan: Prospek dan
cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan Malaysia, vol. 32
(2007) pp. 139-152
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah pembelajaran kooperatif dalam sains
dapat menerapkan nilai murni: bekerjasama, berdikari, kasih sayang, kebersihan mental,
kebersihan fizikal, kejujuran, kerajinan dan rasional. Seramai 990 orang pelajar Tingkatan
dua daripada 12 buah sekolah di Selangor diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Alat
kajian yang digunakan adalah soal selidik pelajar (ujian pasca dan pra), pemerhatian guru
dan temu bual pelajar. Kaedah kuasi eksperimen dijalankan dengan mengambil setiap
sekolah dua buah kelas dijadikan sampel: sebuah dijadikan kelas eksperimen dan sebuah
lagi dijadikan kelas kawalan. Kelas eksperimen diajar mengikut struktur kumpulan kooperatif
STADdan Jigsaw 2, sementara kelas kawalan diajar secara traditional. Tempoh masa
mengajar ialah enam minggu dan mata pelajaran yang diajar adalah sains KBSM. Data
yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan ujian-t, min, kekerapan, sisihan piawai dan
peratus. Hasil kajian menunjukkan semua nilai murni dapat diterapkan secara signifikan
(p<0.05) tetapi bilangan nilai murni yang diterapkan berbeza antara sekolah. Selain itu, hasil
kajian juga menunjukkan struktur Jigsaw 2 lebih banyak menerapkan nilai murni daripada
struktur STAD.

Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin, Musa Daia. (2001). Penerapan Nilai Murni
Melalui Pembelajaran-Kooperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan, vol. 27 (2001)
pp. 47-57
I 7 Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah
menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi
sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara.
Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para
guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan yang menjadi teras
kekuatan Kementerian Pelajaran sejak dahulu hingga kini. Bakti yang telah dicurahkan
oleh mereka tidak dapat disangkal oleh mana- mana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun
negara mencapai kemerdekaan misalnya, kita menyaksikan peningkatan yang ketara
akses pelbagai peringkat pendidikan. Negara boleh berbangga dengan kejayaan kita
menyediakan pendidikan rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap
hampir sejagat. Kejayaan negara menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang
singkat selepas merdeka telah diakui dan diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa, seperti
UNESCO dan Bank Dunia. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam
persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu,
Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan
semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses
pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar
setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-
21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan
kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan
menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha mencapai
hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan
Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk
menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun
2025. Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama
Negara, pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan.
Antara lain, perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran
murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan
pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian. Pelan ini dengan jelas
menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan
transformasi yang bakal dilalui. Kesemua matlamat ini melambangkan cita-cita kita yang
tinggi. Namun, saya yakin kita berupaya mencapainya. Hal ini termasuklah memastikan
enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat pendidikan, iaitu daripada prasekolah hingga
menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, mengurangkan separuh jurang
pencapaian antara kelompok kaya dengan miskin, bandar dengan luar bandar, dan
antara negeri dalam tempoh yang sama, meningkatkan kedudukan pencapaian negara
daripada kelompok sepertiga terbawah kepada kelompok sepertiga teratas dalam
kalangan negara yang menyertai pentaksiran peringkat antarabangsa, seperti PISA dan
TIMSS, dalam tempoh l5 tahun akan datang, dan membina sistem pendidikan yang
mengasuh kanak-kanak untuk menghargai keunikan identiti sebagai warganegara
Malaysia. Secara keseluruhannya, hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber
yang terancang dan teliti, dan seterusnya memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk
meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid. Pada kesempatan ini, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran dan semua
pihak yang menyumbang kepada pembinaan Pelan Pembangunan Pendidikan ini. Saya
akui bahawa bukanlah mudah untuk melaksanakan transformasi sistem pendidikan, dan
kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pelaksanaannya. Tetapi
percayalah, bukan sahaja kerajaan dan Kementerian Pelajaran yang komited untuk
mencapai kesemua matlamat ini, malah saya secara peribadi juga komited. Dengan
berganding bahu bersama-sama rakyat, saya amat yakin bahawa kita akan terus tabah
dan dapat memastikan setiap matlamat berjaya dicapai. Daripada ibu bapa, anggota
masyarakat sehinggalah sektor swasta, kita semua mempunyai peranan dalam
meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih
kejayaan anak kita, yang dapat kita laksanakan dengan bangganya. Insya Allah, marilah
kita harungi perjalanan yang menguja,

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025). Education, vol. 27, issue 1
(2013) pp. 1-268

Anda mungkin juga menyukai