Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN INTERSHIP

NAMA GURU PELATIH : TAMILSELVI & THILAGA

KURSUS & AMBILAN : PISMP PT/PJ/RBT & AMBILAN JUN 2013

TEMPOH INTERNSHIP : 06 FEBRUARI HINGGA 03 FEBRUARI 2017

PENGKHUSUSAN : PENGAJIAN TAMIL

NAMA MENTOR : PN.HANITHA LYDIA JOSEPH

CATATAN MINGGU KE: (1 & 2 ) TARIKH: 06 FEBRUARI 17 MAC 2017

Masalah/ Isu/ Peristiwa yang difokuskan:

Pada minggu pertama dan kedua ini, masalah ini berlaku semasa proses kajian
berlaku di dalam kelas. Semasa ujian diagnosis dibuat untuk mengenalpasti murid
lemah dalam kajian kami, kami sukar untuk mengenalpasti murid yang perlu kami
kategorikan dalam kumpulan rawatan. Ini kerana keputusan ujian mereka dilihat
kurang memuaskan dan semua hampir ditahap yang sama.

Analisis masalah/ isu/ Peristiwa yang difokuskan:

Masalah ini timbul kerana mungkin kerana bentuk soalan yang dirangka oleh kami
kurang difahami oleh murid dan bukan ditahap mereka. Kebarangkalian soalan ujian
yang dibina itu agak kabur.

Cadangan Penyelesaian:

Kami sepatutnya merujuk kepada pensyarah pembimbing terlebih dahulu


bagaimana untuk membina soalan yang jelas.
Kami akan menemuramah guru Bahasa Tamil bagi kelas tersebut untuk
mengenalpasti murid lemah.
Disamping itu, kami akan memperbanyakkan bacaan mengenai bagaimana
merancang sesuatu ujian dan menganalisis hasil dapatan.

Tempoh Penyelesaian:

Kami akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Sekiranya tindakan lambat
dibuat, maka kajian ini akan tertangguh.

Tindakan Susulan:

Semasa harus meneliti data dan menganalisis data secara berkesan.

Kesimpulan:

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan
peluang dan kesempatan kepada kami untuk menimba ilmu dan pengalaman di
sekolah ini untuk menjadi seorang guru yang seimbang dan harmoni pada masa
akan datang.

Anda mungkin juga menyukai